Rahsia Mahukan Pokok Tumbuh Subur

Assalamualaikum..  Entri hari ni sungguh santai berkenaan dengan aktiviti hujung minggu mekar. Layan ajelah sebab ini aje yang terlintas difikiran untuk pengisian blog mymekar .com kali ini.

nursery ini bertempat di Tropicana, PJ

Al-kisah… semalam mekar ke kedai akuarium di PJ untuk membeli makanan ikan emas belaan mekar. Selepas membeli di situ, mekar melencong pula di kedai bersebelahan iaitu kedai menjual pokok-pokok bunga (nursery). Sebenarnya mekar memang cukup suka ‘ter’singgah kat nursery ni. hehe. Iyalah, namanya pun orang perempuan, maka selain dari menjamu mata kekadang dapat juga menyambar sepokok dua tanaman yang ada di situ.

Asal singgah, mesti nak membeli. Rasa tenang dan damai jiwa bila dapat membeli pokok-pokok ini. Oleh itu, demi melepaskan gian, mekar ‘ter’beli 4 jenis pokok hiasan  yang masih belum ada dalam jagaan mekar. Harga tanaman di sini tidak terlalu mahal cuma mekar suka membeli pasu  colour  hitam yang boleh tahan mahal  supaya halaman rumahku nampak eksklusif (kebetulan saya penggemar warna hitam).

Keinginan membeli ini juga ditambah dengan layanan yang cukup mesra dari pembantu kedai warga indonesia di situ. Cara layanan nya seolah-olah dia pemilik nursery. Semua nama tanaman di situ dia tahu, lengkap dengan cara penjagaannya sekali.  Mekar rasa kagum dan berangan untuk singgah lagi di  situ suatu masa nanti  :P

pemandangan sekitar nursery

Tips ringkas menanam dan penjagaan pokok ala mekar :-

1. Sebelum membeli pastikan dulu di mana anda tinggal? Jika anda tinggal di rumah pangsa atau kondominium, sebaiknya pilih tanaman berdaun hijau saja untuk hiasan di halaman rumah anda. Contohnya pokok duit-duit,pokok peperomia dan pokok aloe vera.

2. Tetapi jika ada bahagian-bahagian di rumah anda yang boleh mendapat sinaran matahari dan embun walaupun sedikit, maka bolehlah anda memelihara tanaman yang daunnya berwarna merah atau kekuningan sedikit seperti pokok puding, beberapa jenis pokok keladi, pokok buluh dan pokok ati-ati.

3. Sekiranya sinaran mataharinya agak kuat, maka tanaman berbunga seperti pokok mawar, melur, keembong dan bouganvilla, anthurium dan singgoneum boleh tumbuh subur.

4. Anda perlu rajin melakukan penyenggaraan seperti menggembur, membaja, menyiram, mengawal serangga dengan berjadual.

5. Ada pokok yang tidak memerlukan penyiraman yang kerap. Cukup seminggu 1x saja. Janganlah terlebih rajin pula sehingga setiap hari mahu disiramnya. Contoh pokok yang tak perlu disiram selalu adalah pokok duit-duit dan pokok cactus.

6. Untuk memiliki tanaman yang subur juga, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang tanam-tanaman. Oleh itu, belilah tanaman hiasan anda dari pusat tanaman di mana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan banyak pilihannya.

Anda ada rahsia penanaman pokok bunga agar hidup subur. Jom kita kongsi lagi di sini.

pokok aloe vera dan pokok buluh cina
saya beli pokok ini kerana bunganya kelihatan seksi. Bunganya tumbuh dicelah-celah daun. Nama saintifiknya adalah Costus woodsonii

Costus woodsonii setelah dipindahkan ke dalam pasu hitam
daunnya berjuntai ke bawah. kelihatan sangat menarik !
rumahku tiada tanah jadi semua pokok ditanam di dalam pasu
kerja-kerja mengalihkan tanaman ke dalam pasu

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

56 thoughts on “Rahsia Mahukan Pokok Tumbuh Subur

  1. Kekadang rasa nak tanam pokok bunga juga tetapi semangat tak berkobar2 … tu yang susah tu … hanya hangat2 tahi ayam jee … Mungkin minatku bukan kepada tanam menanam … apa2 pun semoga bunga2 yang baru dibeli bertambah mekar di bawa jagaan mekar.com. (sah bunga mesti mekar ni …)
    benjy recently posted..MY CLICK-CLICK CONTEST – INFO

    • Eh jai, tips yg mekar beri pun utk sesiapa yg rumah atas angin tu. Rumah mekar lagi la tinggi kat tingkat 16. huhu..

    • Betul suri – dulu zaman sya bekerja pernah juga menanam pokok2 ni. tapi tak berapa “menjadi”. mungkin kurang perhatian. maklumlah balik rumah pun dah lewat petang. penat pulak tu. tak de masa nak kisah tanaman ni :oops:

      • hee…kakak mekar saya pun skrg tanam bunga yg berdaun jer heee… mmg tu le kebenaran klo org bekeje..takat hujung mgu jelah blh belek2…

        pstt! rindu juga nak jadi suri rumah seperti dulu :) :(

    • saya suka tengok pemandangan yg Hijau. Tenang !. Tak de masalah rumah sewa pun. Boleh menanam dalam pasu. Bila nak pindah, senang angkut dgn pasu2 sekali :-) (ish..senang aje mekar cakap kan :| )

  2. assalamualaikum, Mekar..
    Entry Mekar kali ini bertepatan dengan waktu..hihi..
    Beberapa hari lepas ain cuba tanam sayuran kat halaman, tapi guna pasu je lah.Ni dah nampak benihnya bcambah..seronok..tapi risau gak tak pandai jaga..lagipun ain tak pernah tanam sayuran..ni kali pertama..
    boleh Mekar beri tips atau laman web ain leh layari tentang cara jaga tanaman sayuran???..bila ada ilmu mudah lagi nak jaga…baru dapat hasil…
    Terima kasih Mekar… :P nurainvivian recently posted..FACEBOOK

    • Salam Ain, disebabkan rumah mekar di “atas angin” maka tips yang mekar tulis pun lebih kpd penjagaan utk tanaman yg tak perlu byk kena cahaya matahari.
      Mekar pernah juga tanam limau purut tp serangga suka gigit daunnya & ia tak hidup. Daun pandan pun cuba tanam tp tak hidup mbe mekar tanam dlm pasu kot! Cuma yang menjadi ialah tanaman hiasan yg berwarna hijau,alhamdulilah. Mekar rujuk kat laman ni kalau nk tahu nama jenis2 pokok- fazlisyam.com . Cuba la singgah 8)

  3. salam mekar..

    wah! sudah ada taman gitew.. heheh bagus, bagus, bagus.. dan tahniah

    oh ya, alang2 dah ada taman gitew… meh ler join contest Garden of Eden di blog maza sana.. mana tau, untung2 menang kan? hehehhe

    err… rasanya maza pernah nampak nursery ni.. kat jalan lama dri Sg. Buloh – Shah alam kan?

    • Salam Maza, terima kasih krn menjemput mekar sertai contest “garden of eden” tu. Memang teringin nak join. tp mekar kena buat entri baru ni utk lengkapkan syarat penyertaan. Tunggu ya 8)

      Nursery tu kat area tropicana PJ. Kat situ banyak kedai jual ikan2 koi juga. Sungai buloh lg banyak kedai nursery kan?

  4. Rumah saya ada la secebis tanah tp dengan masa yang terlalu sedikit tambah pulak cuaca yg tak menentu menjadikan segala pokok yang saya tanam hidup segan mati tak mau. Saya suka tanam pokok yang boleh memberikan hasil. Tanam lada, daunnya kerinting. Buah langsung tak de. Dulu pernah ada roselle memang buah banyak tp pokoknya menyemakkan. Akhirnya buang je. Yg ada sekarang ni cuma pandan, pokok naga dan mata kucing. Kalau pokok jenis2 liar tu mcm hempedu bumi dan pokok bunga talang, saya cabut semuanya pun dia tumbuh balik
    Norasikin recently posted..Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas

    • Bila kita tak byk masa, sukar juga mahu buat pjagaan sempurna pd tanaman kita. Ada org kata, petua utk mjadikan pokok hidup subur ialah dgn berbual2 dgn pokok tersebut. Itulah cara kita mcurah kasih sayang pd tanaman itu.InsyaAllah ia dpt hidup sempurna.

    • Itu lah jali. Nanti bila ada rezeki nak buat Rumah yg ada tanah.huhu.. Senang sikit la nak bercucuk tanam 8)

      PJ tu dkt area tropicana. Kat area situ banyak pusat jualan ikan koi

  5. Pingback: Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan | Mata Hati Mekar

  6. salam..hye mekar.. saye ade tanam pokok kunyit,,tp nampaknyer pokok kunyit ni xnak membesarla..mcm ne ek..ape lina nak buat ek spye pokok jd besar n subur…

    • Lina – kalu cara tradisional, masa siram gunakan air basuhan beras. tak pun guna sisa air yg digunakan semasa siang ikan. InsyaAllah

  7. Saya baru berjinak-jinak dengan pokok boleh tak beri sedikit tips cara2 penjagaan dan kekerapan penyiraman jenis2 pokok. Saya sekarang ada lima pasu keladi 2 pokok bunga melor bunga raya pokok pinang pokok pisang pokok mata kucine mangga kelapa mantan dan jenis lain pokok bunga. fyi rumah saya berhampiran laut di kelantan.

    • azle,
      kalu ikut pengalaman sya, pokok keladi paling senang nak jaga. siram seminggu 2 kali je. Pkok bunga raya lak kena letak kt tempat ada cahaya.kalu cuaca hujan, xperlu siram selalu. Tapi yg pokok lain2 ni sya xde pengalaman pula

  8. saya ada pokok passiflora Kaurifolia @ pokok susu@ water kemon
    dah 3 tahun. sentiasa berbunga tapi tak lekat buah…mcm2 baja dah try
    mintak tips kalau ada camana nak bagi lekat buah…last time saya makan buah dia 40 tahun lalu..teringin betul..nostalgia

  9. sya baru tanam pokok costus woodsonii tapi kenapa daunnye nak kuning je..
    adakah tanda ini untuk ia suaikan diri d’atas tnh halaman rmah.Sya takut pokok ni akan mati…
    boleh tak terus letak baja lepas tnm???? :?:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge