Assalammualaikum dan Salam Ramadhan,
Wow… sekarang ni line internet kat rumah mekar dah laju giler (mcm kelajuan kereta F1 di sepang tu..heheh..). Maklumlah baru seminggu pakai Unifi, ni yang nak berlagak tak tentu pasal (cett..ingat dah pakai berbulan2..heh. ). Saya senyum sampai ke telinga sejak dua tiga hari ni sebab seronok melayari internet tanpa ada banyak gangguan..
Sebenarnya sesiapa yang menetap di area tertentu di Lembah Klang ni kebanyakkannya dah mula pasang kabel Unifi di tempat masing-masing samada di rumah mahupun di pejabat. Kalau tak silap saya produk ni telah dilancarkan pada awal tahun 2010 di mana ia meliputi sesetengah kawasan di Lembah Klang. Tetapi kini ia dah meliputi beberapa lagi kawasan secara berperingkat-peringkat termasuklah di kediaman saya area Dmsra ni.
Pada mulanya saya tak berapa ambil kisah sangat tentang Unifi kerana saya dan mr suami bukanlah pengguna tegar internet kecuali sesekali menggunakannya untuk urusan kerja mr suami dan kegunaan harian saya yang suka mengadap blog serta menonton you tube/video. Sebelum ni saya adalah pengguna TM Streamyx untuk line internet di rumah manakala Maxis Broadband saya gunakan sekiranya berada di luar kawasan.
Tetapi untuk artikel kali ni saya tak berminat untuk menggulas tentang Streamyx dan broadband (krn saya pasti kebanyakkan orang yang menggunakan kedua2 talian ini lebih arif tentang kelebihan dan kekurangan kedua2nya kan?). Jadi lebih baik saya cerita tentang pengalaman seminggu saya menggunakan unifi ini
Minggu lepas saya dihubungi agen TM yang memaklumkan adakah saya berminat untuk mendaftar talian Unifi kerana katanya sekarang ada promosi pemasangan percuma (dalam hati saya kata, menarik juga promosi ni). Lalu saya berbincang dengan mr suami dan dia juga bersetuju serta tiada halangan dari segi bayaran bulanan (yg xjauh beza dgn talian streamy sebelum ni). Apabila kami bersetuju, maka proses pendaftaran dilakukan agen TM dan tak sampai seminggu rumah saya didatangi technition TM untuk membuat kerja-kerja pemasangan Unifi. Kerja -kerja tarik cable, setting dan tukar line dari streamyx ke Unifi (entah apa2 lagi, saya pun tak tahu) dibuat dengan mudah oleh technition TM tu yang mengambil masa +- 2 jam sahaja untuk siap sepenuhnya (mungkin rumah saya dah sediaada wire cooper streamyx, tu yang mudah kerja2 pemasangan dilakukan !)
Baiklah, ni saya cerita sikit pasal pakej yang ada di Unifi. Untuk makluman, unifi ni menawarkan 2 kategori pakej iaitu 1) Pakej VIP dan 2) Pakej Biz (utk perniagaan). Memandangkan saya mahu menggunakan talian ini di rumah maka saya memilih Pakej VIP yang dipecahkan mengikut kelajuan/item seperti data di bawah :
Ada 3 pilihan untuk Pakej VIP (utk pengguna biasa di rumah). Baca la kelebihan setiap pakej tu. Macam menarik kan! Jadi untuk keperluan di rumah saya, cukuplah dengan mendaftar pakej VIP 5 (kelajuan 5 Mbps). Bukan nak buat apa sangat pon
Sekarang ni kalau nak tengok you tube / video kat internet pun dah tak perlu menunggu lama dan yang best tanpa tersekat-sekat lagi. Smooth aje perjalanan mr you tube kali ni. Dulu masa guna streamyx …siap boleh pegi dapur minum air sementara nak tunggu video running. Sekarang memang mabelos
Itu belum lagi bab nak meng upload dan download gambar/ movie (kalau streamyx download 1mb upload 384kb). Semuanya serba pantas tak macam siput lagi. Satu lagi yang best kalau adik-adik saya datang rumah ni mesti mereka melekat depan PC jer (ajak makan pun sure tak bergerak ). Nak tahu sebab apa? Sebab adanya ‘game’ dalam talian kali ni lebih mengujakan. Hal ini kerana kelajuan internet yang pantas mempercepatkan proses interaksi di antara pemain dan juga mengurangkan keadaan permainan tersekat-sekat. Hehe.. teruja tak, teruja tak ?
Kalau anda nak tahu, bila dah pasang Unifi ni, kita bukan saje mendapat line internet berkelajuan tinggi malah kita juga akan mendapat perkhidmatan HyppTV iaitu saluran tv berasaskan internet. Contohnya macam kita nak layari youtube, video, TryMasak, semak waktu solat, flight information, dan main FaceBook selalunya guna komputer kan? Tapi melalui HyypTV segalanya boleh dibuat melalu skrin tv sahaja. Satu lagi dekat tv tu juga ada beberapa channel yang ditawarkan. Senang cerita, ia macam kita masukkan line Astro di rumah. HyppTV mencakupi lebih 30 channel yang mampu ditonton cuma 14 channel adalah free, yang selebihnya bayar mengikut channel yang dikehendaki. (lepas ni boleh terminate Astro kalau dia gatal2 naikkan lagi yuran perkhidmatan mereka
).
Selain dari itu, ada lagi pakej yang saya rasakan menarik di mana ia menyertakan juga Panggilan Percuma ke talian tetap TM di seluruh negara. Contohnya kalau kita nak telefon ke kampung di Kelantan/ Sabah/Sarawak, maka panggilan yang dibuat itu adalah percuma (sesiapa yang suka bergayut memang berbaloi guna perkhidmatan ni). Menarik bukan ? Kita bukan saje dapat internet berkelajuan tinggi, malah ada HyypTV dan juga telefon percuma ke talian tetap dengan hanya 1 kadar sahaja.
Antara peralatan yang saya perolehi secara percuma tanpa sebarang deposit apabila mendaftar dengan TM Unifi. Ada Wifi Modem, Cordless phone (jenama motorola) dan iptv with 30++ channels (kesemua harga di anggarkan RM 1000-kalau beli diluar).
Inilah pengalaman serba sedikit saya dalam penggunaan Unifi. Memandangkan saya baru beberapa hari menggunakannya, rasanya masih banyak perkara yang belum saya terokai di dalam perkhidmatan ini. Mungkin ada surprise yang menanti, manalah saya tahu kan ! Harap-harap janganlah ia menyusahkan saya.
Bagi pandangan saya, kepada golongan pelajar (yang tinggal dgn housemate) atau sesiapa yang baru melangkah alam pekerjaan sebaiknya tak perlu membazir menggunakan Unifi buat masa sekarang. Ini kerana saya melihat dari segi harga perkhidmatannya agak mahal untuk golongan itu. Pakej paling murah pun sekitar RM 149. Jadi lebih baik anda gunakan pilihan lain yang lebih murah contohnya Streamyx, broadband dan P1 yang yurannya tak sampai RM 100 pun. Melainkan ibubapa anda sponser atau pekerjaan anda lebih menjurus kepada penggunaan internet yang berkuasa tinggi, maka seronok sangatlah untuk anda menerokai Unifi. Jangan paksa diri membazirkan wang kalau semata-mata nak tunjukkan kehebatan menggunakan unifi. Tak rugi apa2 pun kalau tak pakai unifi. Pada saya unifi ni bukanlah keperluan tetapi lebih kepada memenuhi kehendak saje.
Tetapi kalau anda ada rezeki lebih dan suka mengadap komputer, maka saya syorkan anda menggunakan unifi untuk menikmati kepuasan ditahap maksimum. Daftarlah sementara kos pemasangan sekarang masih di tanggung oleh pihak TM. Jika anda ingin mengetahui maklumat Unifi lebih lanjut dan kawasan liputan terpilih, silalah layari laman unifi.my.



Bila la nak sampai ke kawasan saya (Sitiawan Perak) Unifi ni, kabel pun x pasang lagi agaknya
oh dkt perak memang tak sampai lagi teknologi ni. dia buat pcubaan kt area lembah klang dulu. Tahun dpn mybe masuk perak
UNIFI ok utk resident. Tp utk bisnes yg takde server yg canggih, mmg hampeh. Huhuhuhu….
bila ada peralatan yg canggih baru sedap nk meneroka benda2 yg berteknologi tinggi ni..huhu
Kat rumah saya dah lama ada papan tanda kawasan capaian unifi. Tp saya tak perlukan laju2 macam tu. kalau saya nak yg laju, saya pegi kat kedai mamak berhampiran. Kelajuan dia 54Mbps. baru terfikir nak klik, page dah terbukak. hehehe
Betul, Unifi ni bukan keperluan tapi memenuhi kehendak kite aje
54Mbps tu bukan kelajuan internet tapi kelajuan di antara router tu dengan laptop jer….
wow… menarik nye.. tapi harganya boleh tahan juga mahalnya ya…
kalau nak ikutkan line internet biasa seperti TM Streamyx di Malaysia yg kita bayar tak sampai RM 100 tu.. lajunya sangat tidak memuaskan (Walaupun ramai org kata laju…) sbbnya line internet di Vietnam dan Thailand jauh lebih laju dari Malaysia. Mengapa ya?? Pening gak fikir…haiz….(mengeluh…)
Belum cukup mampu lagi nak guna unify……tunggu kaya dulu kot.. nanti tak pasal sebulan dh kena potong…
Streamyx ada pakej yg mahal dan ada yg murah kan? mungkin yg laju tu dia beli pakej 2.0Mbps.
Kadang2 bila pikir negara jiran kita boleh dpt teknologi canggih tp tak kena kos yg tinggi mcm kita di sini, boleh buat kita pening kan? Jom kita tnya org TM nak?
hafiz tggu kaya la baru pakai. unifi ni tak de apa2 sangat. kalu rasa tak de keperluan mustahak, baiklah jgn terjebak.
wow.. laju nye…. mesti best kan cik mekar…
saya masih pakai 512kb je untuk bisnes online nie….
tak pe la.. pakai yg slow je…. boleh gak belajar bersabar.. he.he.he
kalo pakai yg laju2 nie.. nanti kerjanya asyik nak mendownload movie je…
p/s: tapi dalam hati raser nak pegi je telekom daftar. hu.hu.hu.. sabar-sabar….ha.ha.ha
TM nak upgrade, jd kite ikut aje la. Beza hargapun xjauh mana. Haritu pakai streamyx boleh connect 3 ke 2 bar. skrg unifi boleh cecah 4-5 bar
Sabar..sabar.. hairul. nnti bisnes masyuk baru gi TM daftar eh
pst : tapi kalu masuk ke blog yg ‘macam2 ada’, line ni confirm jadi siput balik
ha.ha.ha.. tunggu ada rumah sendiri baru pakai kot…
wahh..best la. kat tempat aku..memang takde lagi unifi nih..
itu la, tak semua tempat lagi ada unifi ni ..
congrats! sbb dah ada uni-fi. Kawe dah lama cuba dok apply tapi masih belum ada lagi kat Sabah nie. Last time kawe lawat TM, depa cakap paling copat pon 2012… Hmmmm….
Kat negeri2 lain di semenanjung ni pun byk tak sampai lagi unifi. kalu TM kata 2012 akan sampai Sabah, maknanya tak lama lagi dah tu… sabar. apa2hal unifi memang laju
“apa2hal unifi memang laju” .. jeles… jeles sabar..sabar…
Assalamualaikum kak mekar.
Selamat berpuasa…
Huhuhu, bEe pun berminat juga bende ni. Tp mgkn akan pakai bila umah dah siap nnt. Mcm skang still menyewa so mcm tak seronok pulak. Pakai ajelah dulu berukband
wsalam bee, Salam Ramadhan.
Iya lah, nanti rumah sendiri baru bestkan pakai teknologi canggih ni ? kt kediaman sya ni memang management dh siap pasang kabelnya. Jadi xde lah dia kena tebuk dinding ke..gerudi lubang ke…
Unifi belum sampai kawasan tempat tinggal saya tetapi dipejabat sudah pasang Unifi memang laju. Puasa hati download dan streaming video
kalau utk kegunaan ofis mesti managment ambik unifi “pakej bisnes” yg lagi laju capaiannya
kalu pkai broadband maxis mcmmna nak beri laju kalu tgk you tube
er.. sapa2 yg tahu sila jawab pertanyaan cik stone
terbaik pilihan yag meruntum jiwa sesiapa jua
TAK BERAPA TAU SGT UNiFI2 nie…P1 W1MAX PON RASA2NYA OKEY JUGAK.

selamat puasa di bulan ramadhan 1432H/2011
salam..
menarik tu..
harga pun berpatutan
nak cuba juga nanti..
pakai yg berapa MBps
ambik pakej vip 5 je – kelajuan 5 Mbps
uhuk.. membaca entry ini membuatkan maza teruja.. ahaks..
pengalaman buruk maza dgn Unifi ialah belum menyertainya pakejnya lagi.. ahaks
setakat hari ini masih melekat dgn broadband.. sbb on d move always gitew.. ihik..
hehehhee
hoho…pengalaman tak best adalah krn “tak memiliki” nya lagi. cadangan yg menarik
wow!
superb tuh…lepas ni, bila nk online kena terus siap2 buat air..hehe
takde pengalaman lagi pakai unifi ni…tp dah nampak dah geng2 TM korek sana-sini pasang kabel..harap mereka turunkanlah lagi harga tuh…huuu
Betul…. kalu tgk video kt internet lancar aje pjalanan nya. dah mcm tgk tv.
Harap2 nnti di turunkan harga sikit. Sya registr haritu pun sbb kos pmasangannya percuma
Best betul! Aitu masa nak pasang internet try tanya pasal Unifi nih. Malngnya kawasan A.Setar belum ada.. huhu, maka pakai saja streamyx. Boleh la tahan. hehe.
Streamyx pun okey dah tu
Thn depan mungkin unifi sampai area utara pula. TM tgh buat ikut peringkat2. maklum la kos nya menelan belanja tinggi juga
wahh, mesti best pakai unifi ni kan.?
hingga tak terkata cikgu
Memang best guna unifi. Kalau sblm ni guna P1 atau apa2 broadband berharga lebih 100 tak termasuk Astro, Unifi adalah pilihan alternatif. Kalau subscribe unifi boleh tolak tepi Astro ni. Jimat sikit bajet.
Cikgu, Unifi ni Macam-macam ada kan
Nampaknya memang laju ya unifi ni.. tak tau la apa memang butuh kelajuan macam ni.. Sementara guna digi berasa sudah cukup.
memang laju dan harganya juga tinggi. kalau anda rasa selesa dgn digi tak perlu membazir guna unifi ni
kat opis lorna pun dah gunakan unifi march lepas…
so far ok la, laju2 juga bila bukak website pape…sonok2
but kat umh still pakai streamyx…ehehe….
slmt berunifi ;p
Kat ofis bagus la pasang unifi sbb pggunanya ramai dan pelbagai.
streamyx pun dah ok utk kegunaan rumah
cuba pasang sendiri tak bahaya ke.
rasa nak cuba juga kelajuan ni.
org TM yg pasang nmpk mudah je. mungkin bangunan rumah sya dh tsedia kabel2 yg sepatutnya.
Pingback: Sejuta Impian belum tercapai | Ali-alridha{dot}com blog
best kan.. mst laju…
Niena recently posted..Angkara Miss Tress Hermanas..
wahhh. dasyat dah guna UNIFI. mesti pengalaman internet pun seronok kan?
saya nak mohon share artikel ini di FB dan web blog saya.
Kepantasannya membuatkan kita lebih seronok melayari internet.
Ok, terima kasih atas perkongsian
unifi memang best…saya pakai vip20 download HD movie 1080p ambik masa 20 minit ke 2 jam jer…sekarang dah tak beli dvd lagi dah memang jimat..cakap jer nak tengok citer apa tunggu sejam dua dah leh tengok…dalam proses nak potong astro sekarang hehehe
wow..vip20. Lagi laju tuh. Kalu vip5 (yg sya pakai skrg) dah laju, inikan vip20 tak dapat sya nk bygkan kelajuannya
tapi kan mmz, sejak 2 bulan pakai unifi ni sya rasa astro lagi pelbagai saluran yg ditampilkan. hypptv tu rupanya ada saluran tertentu je free. yang lain2 pun kena bayar juga
Assalam,
Saya user VIP20 @ 20Mbps gak, kadang-kadang takde live kat astro, so guna TV je terus direct streaming guna UniFi, puas hati beb, takde buffering langsung. terus-menerus je hehehe. tang download / torrent lak, 10GB BluRay Full-HD nye movie lak makan masa AVERAGE 15minit – 60minit. depends on seeder gak hehe. traffic minimum 2Mbps. pam pam pam pam la kerja saya setiap hari.
TAPI, bila datang bab upgrade / maintenance, memang sakit hari gegiler. macam nak jerit2 pun ada hahaha. adoyai.
wsalam.
wow.. vip20. Mesti dok melekat je dpt pc & tv sejak guna vip20 yg semestinya laju
NAK UNIFI KAT PERAK DEH…dah sanggap ni…nak pam2 gak mcm ko sharil…haha..aku ske main pam2 ni…hehe
amboi…seronoknya nak mengepam
Harap UNIFI dpt masuk ke Perak tahun depan
Pingback: Ku Ke Udara Lagi ….. | Mata Hati Mekar
kenapa internet kat Malaysia ni mahal sangat? bila ada pakej yg laju harga mesti mahal..!
baru2 ni saya pergi melawat kawan kat Thailand,internet kat rumah dia mmg laju..dia guna pakej 10Mbps tapi hanya 699 bath/bulan..lebih kurang RM70/bulan utk 10Mbps,tapi kat Malaysia Kita HANYA 5Mbps tapi RM149/bulan!!!! T_T RM149 ni kita boleh guna 10Mbps utk 2 BULAN kat Thailand.Siapa bleh britau Kenapa kat Malaysia ni suka caj mahal2 atau ada sebab2 yg mereka caj mahal? (serious)
Wow.. murahnya internet kat thailand. sungguh ka ni rEDhORSE?
Kawan2, sesiapa yg tahu kenapa internt kt malaysia amat mahal, sila kongsikan pendapat/alasan anda di ruang komen ini.TQ
Mst la mhl….kos pemasangan kabel fiber optik tgh dalam proses lgi…kt sne murah sbb dh diorang dh siap pasang kabel lme dh…mle2 kuar pn mahal jgk….utk pnetahuan smua TM UniFi ni pakai kabel Fiber Optik/ Gentian kaca sepenuhnya dari kabel bawah tanah hingga rumah korang…projek bru mula 2/3 thun lps…msti la mahal do….korang ingat fiber optik murah???…aku salah sorang bekas kontraktor pemasangan UniFi…aku sangat suka dgn kerja aku pgi pasang UniFi dri rumah ke rumah n dgr pujian diorang tntang UniFi ni…tp tpaksa brenti sebab syarikat aku stop kontrak smentara ngn TM…
saya ada buat unifi , kalau nak daftar call saya
call saya 017-3555394
Salam semua,
Perkongsian yang menarik untuk pencari2 maklumat berkenaan Unifi seperti saya.he he..~

Ada sket soalan nk tanya kepada mereka yang telah guna..Kalau tau.mohon share sekali yer.
1) Ada promosi kata..FREE usage utk 1 bulan.Is that really free? Sebab ada orang kata kena bil jugak walaupun baru guna sebulan. maksudnya tak free la tu.
2) Install Free..so, macam mana dengan yuran pemasangan, deposit, stamp duty?yang biasa dikenakan pada 1st bill? ada jugak? pengalaman saya dgn streamyx..semua kena cas dalam 1st bill even die ckp Free Install?? Penin
3) Untuk rumah apartment, ada tak cas lebih untuk kabel yang digunakan? ada tak macam free untuk beberapa kaki tertentu..then,selebihnya kena cas? ada tak?
4) Rumah apartment fiber optik dia sampai bahagian mana yer?
Kalau ada yang tahu. Mohon share. T.Kasih
Terbaekk~
Salam Mezul.
Ini pengalaman saya ya :
1. Masa sya ditawarkan unifi ni, tiada pula FREE usage yg diberikan. Hujung bulan pertama terus je kena bayar caj bulanan termasuk one time charges RM10 termasuk deposit(sya xingat dia caj berapa) tp jumlah keseluruhan RM 283.95. Bulan kedua baru maintain RM 149 tuh.
2. install memang percuma sbb masa kerja2 pemasangan, kontraktor tu xminta apa2 bayaran.
3. kebetulan di bangunan kondo sya ni dah ada semua kabel dan point unifi tu. jadi mereka xperlu panjat2 dan cari point kat luar. so, xde kena cas apa2. (Hal ni kena check dgn pihak managment sesebuah apartment tu juga).
4. Bab berapa pnjg fiber optic ni sya tak tahu. Harap pbaca lain yg tahu, boleh kongsi sama2.
myMekar,
Terima kasih di atas maklumbalas.. Nanti sy akan double check dgn TM.
TQ
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Blogger serta Follower yang tak penat-penat meneroka dunia globalisasi ini. Saya Agent TM Unifi yang berdaftar di bawah kontraktor pendaftaran Colohost Sdn Bhd yang berpusat di Platinum Walk, Danau Kota.
Apa itu UniFi? anda sedia maklum dengan apa yang telah diterangkan oleh MyMekar. Jadi, jika ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk mendaftar, jangan malu dan jangan segan, saya disini sedia membantu sehingga pemasangan di rumah anda atau di premis perniagaan anda selesai dilaksanakan.
Kenapa saya tawarkan platform pendaftaran kepada anda? Cuba pergi ke TM Point dan register, feedback mungkin makan masa 2 atau 3 bulan. Kenapa? Benda ini semua belaku kerana pihak TM sendiri semakin sibuk menguruskan lebih dari 2 Juta pendaftaran dan tempahan pemasangan. Jika anda menghitung, 1 pemasangan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 ke 6 jam, kalau 2 Juta berapa lama pula anda ingin menunggu? Dengan syarikat kami, kami tawarkan pemasangan pantas jika anda betul-betul memerlukannya. Kami boleh membantu anda jika kawasan anda mempunyai Liputan UniFi.
Tumpang promote ya MyMekar.
Jika ada sebarang pertanyaan :-
Mohd Syafiq (Black)
mohdsyafiq.black@yahoo.com
0172570801
info anda sangat membantu..tqvm…
i memula pakai VIP 5, skang tukar ke VIP 10 sebab terasa slow. Ada rezeki nak amik VIP 20 pula. Hypptv mahal sgt siarannya dan tak variety mcm astro. pakejnya perlu diubah atau ku buang ke longkang je dect hypp tv tu.
Hypptv tak best la… Astro juga yg jadi pujaan
Tak mau komen pa per lg..,,..tunggu pg Sabtu ni deme geng TM mai pasang unifi……
Mesti best sekarang dah ada unifi seantero
yg x best nye dye x mcm p14g…
dye x bleh bwk kemane mane…
haish…
potong line btol lar….
dia “melekat” kat rumah/ofis jer. tak leh bawa jalan2.
heheh…komen korang best2 la….tp 1 r kelebihan unifi ni 60Gb kota…nk bndingkn dengan yang lain…aku da pakai smua jenis broadband smua x memuaskan…aku yakin korang pun mcm tu kan…tgh tgk video syok2 tbe2 tersekat…sakit tol hati…da 8 kali aku cmpak aku punye broadband hahah sakit hati punye pasal…unifi ok sebenarnye tetapi kekurangan 1 jer x bolh bawak ke mane2…kan best kalau ade yang mcm broadband booleh bawak ke mane2 unlimitad cm strymet tu….aku yakin korang akn bli broadband yang mcm aku ckp tol x…..tpi pengeluar broadband x buat mcm tu klu la diorg buat aku rse smua akan langan……
kaitou – Harap-harap 3-5 tahun nanti, akan ada perkhidmatan UNIFI yg boleh kita bawa ke mana2 saje
mekar, 1st month ada bill masuk x? ke die bagi free utk 1st month, so kita akan byr 2nd month punyer bill la…mcm tu ke? please reply…
Ryoma,
1. Masa sya ditawarkan unifi ni, tiada pula FREE usage yg diberikan. Hujung bulan pertama terus je kena bayar caj bulanan termasuk one time charges RM10 termasuk deposit(sya xingat dia caj berapa) tp jumlah keseluruhan RM 283.95. Bulan kedua baru maintain RM 149 tuh.
2. install shja yg FREE sbb masa kerja2 pemasangan, kontraktor tu xminta apa2 bayaran.
Tak tau la skrg unifi ada promosi free ke… Lagipun sya pasang ni tahun 2011.
Haishhh, x sabar nak pakai UNIFI ni
sekarang ni senang jew… kita boleh daftar pakej unifi dan pakej streamyx secara online di http://www.daftarunifionline.com
perkhidmatan diberikan percuma dan mudah…
sekarang ni mudah kerana kita boleh daftar secara online di laman web http://www.daftarunifionline.com
perkhidmatan yang diberikan percuma dan mudah…
bestnyer pakai unifi…… laju tiada had… daftar online dengan percuma di laman web http://www.daftarunifionline.com
nak daftar streamyx pun boleh……. jimat minyak kereta anda……..
daftar unifi online recently posted..Apa itu Unifi