Terkenang Permainan Dulu-Dulu …

Minggu lepas semasa menziarahi blog sahabat di cetusanhati.com, mekar membaca artikel tulisan sdri adele tentang kegusaran beliau mengenai gejala kanak-kanak zaman sekarang yang didedahkan terlalu awal dengan teknologi Facebook. Kata beliau, ibu bapa zaman sekarang sungguh tidak prihatin. Mereka membenarkan anak-anak seawal usia 5 tahun menikmati hiburan dan keseronokkan hidup tanpa batasan ini melalui laman FaceBook (FB).

Melalui pemerhatian mekar pula, selain dari FB, tweeter dan chatting,  anak-anak masa kini juga lebih senang menghabiskan masa lapang dengan bermain video game, dimulai dari Nintendo, PlayStation, PSP dan sebagainya.  Semua permainan ini hanya memerlukan mereka terperap di dalam rumah sahaja..! Kalau tak pun, mereka akan lepak di cyber cafe main counter strike. Mainan-mainan tradisional seperti zaman KITE kecil-kecil dulu rasanya hampir tidak mereka kenal. Berapa ramai anak-anak di zaman ini yang masih tahu bermain rounders, polis entri, konda kondi..bla..bla…?

Lupakan seketika perkara itu kerana hari ini mekar mahu membawa pembaca semua menyoroti permainan dulu-dulu yang menjadi nostalgia dalam kehidupan mekar. Mungkin ada antara kalian juga pernah bermain permainan yang sama seperti mekar. Berikut adalah permainan yang sangat popular sekitar tahun 1980 – awal 1990 an :-

1. Congkak

Merupakan permainan tradisional yang menjadi kegemaran mekar di zaman anak-anak dulu. Paling seronok bila dapat balik kampung Atuk di Terengganu, kerana di situ telah tersedianya lubang2 kecil yang dikorek di atas tanah (bawah rumah Atuk) untuk dijadikan sebagai papan congkak. Manakala buahnya kami menggunakan biji getah. Sebenarnya nak main congkak ni kena ada strategi dan kebijaksanaan tersendiri untuk menumpaskan lawan. Bila diimbas kembali kenangan mekar memang tersenyum simpul dibuatnya terutama apabila bermain dengan Pok Di (bapa saudara) kerana dia memang bijak mengelat (menipu). Mekar selalu bengang dengan dia. Kalau sepatutnya dia berenti pada lubang yang tak de biji getah (lubang mati), tapi dia mengelat dok sorok biji getah di celah jari dan terus kaut kat tempat yang ada biji getah. Kadang-kadang dia jatuhkan 2 biji getah sekaligus dalam lubang besar(rumah) masa kita tengah leka (supaya jumlah biji terkumpul lebih banyak kat pihak dia). Bila mekar cakap dia main tipu, dia kata mekar salah tengok. mmm … Sudahnya aku melopong tengok dia main sorang2 sebab giliran dia tak mati2 sampai ke sudah. Nyirap darah aku bila penah sekali main dgn dia, aku tak dapat kumpul walau sebiji getah pun gara-gara “kebijaksanaan” nya itu ..huwa..huwa..  Memang otak dia geliga kerana berjaya membuli budak kecik macam aku masa tu. Menci tau  :twisted:

2. Galah Panjang

Permainan ini dimainkan oleh dua kumpulan yang terdiri dari satu kumpulan penyerang dan satu kumpulan bertahan. Ia dimainkan di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Cara bermainnya di mana setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya. Pada mekar permainan ini sungguh mencabar kerana terdapatnya aksi terbang2, selit2, jerit2 dan lompat2  demi utk meloloskan diri dari dikepung pihak bertahan.  Ada ketika badan dah lepas tapi seluar tersangkut. hah.. macamana tuh. Nasib baik budak-budak lagi masa tu  :lol:

3. Batu Seremban

Tak pasti pula nama permainan ni dapat dari mana. Dari Seremban, Negeri Sembilan kah? Biasanya permainan ni dimainkan oleh kanak-kanak perempuan (tapi kalu tak cukup korum, selalunya adik laki aku pasti menjadi mangsanya). Seronok juga bila dapat main batu seremban ni yang biasanya dibuat daripada kain perca yg diisi beras atau kacang hijau atau pasir. Keliling kain itu kemudiannya dijahit kemas. Main dengan batu kecik-kecik atau biji saga pun boleh juga. Permainan ni biasa dimain sambil bersila di atas hamparan yang rata. Kalau kat sekolah, aku dengan kawan2 suka main batu seremban ketika waktu rehat. Kadang2 masa cikgu xdpt masuk sebab ada mesyuarat pun kami sempat curi-curi main jugak :-) Cara mainnya lebih kurang macam main tutup botol, ada timbang , kutip , cuit .. paling susah tu masa lambung pastu kena kaut suma buah yang ada kat bawah. Kalau ada sebiji dua buah boleh tahan lagi tapi kalu kena kaut 5-7 biji memang boleh berciciranlah kalau tak de skillnya.

4. Teng-Teng

Sebuah permainan yang dimain secara berkumpulan. Ia bagus sekali untuk membina otot-otot di kaki. Ini kerana pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak (yang dilukis di atas tanah/pasir) dengan menggunakan satu kaki sahaja manakala kaki sebelah lagi terpaksa di angkat. sebelum main kena pastikan kita ada “buah baling”. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana “buah baling” berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati. Permainan ni akan bertambah seksa bila petak2 makin penuh di jadikan rumah pemain. Masa ni kita mesti melompat sejauh yang mungkin. Senang cerita..ala-ala aksi sukan lompat kijang 8)

5. Lompat Getah

“anak kambing patah kaki, anak kambing pandai menari. lompat..lompat”. Eh..nostalgia betul lagu ni. Ada sape2 ingat tak? Ia dinyanyikan semasa bermain lompat getah. hehe.. melompat-lompatlah mekar buat gaya mengikut lirik lagu anak kambing tu….dan kemenangan ditentukan bila lirik akhir sekali berbunyi “anak kambing masuk kandang”… kita kena lari keluar dari getah yang dipusing tu… tanpa getah tu kena kat badan atau tersangkut (paham ke aku explain permainan ni).  Manakala ada satu lagi permainan lompat getah ni di mana kita kena lompat mengikut peringkat2 paras di badan kita. Contohnya bermula dari tapak kaki (zero point), kemudian dari paras lutut, paha, pinggan, dada, telinga, kepala, angkat tangan atas dan bawah..Fuhhh, jenuh melompat sebab mekar takat paras lutut ke pinggang bolehlah lepas. Paras dada ke kepala asyik kalah jelah…hahahhahaaa…….kena pulak yang pegang tali getah tu (pihak lawan) yang tinggi-tinggi macam galah memang matilaaaa  :mrgreen:

Pendek kata, ‘bermain di luar rumah’ adalah lifestyle kanak-kanak di suatu ketika dulu.. Permainan ni kebanyakkannye tak guna modal yang banyak pun .. ada tu boleh guna barang terpakai je heh, dah jimat dah, yang penting tu seronok , ketawa dan senyum ..  :lol:            Tak ternilai la harga nya kan?

Sebenarnya ada banyak lagi benda yang mekar suka main masa “muda-muda” dulu. Tapi setakat ni saje yang mekar ingat buat masa ni. Kalian pulak takkan takde permainan yg pelik-pelik masa kecik-kecik dulu? Mesti ada kan selain yang mekar mention kat atas..Jom kongsi keseronokkan itu  :lol: :D :mrgreen:

info : puadede.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

100 thoughts on “Terkenang Permainan Dulu-Dulu …

  1. Pingback: i1 Info Mainan » Blog Archive » Terkenang Permainan Dulu-Dulu … | Mata Hati Mekar

  2. klasik!
    rasa cam nak komen panjang nih! hiks! semua permainan tu aku tempoh sepanjang membesar.

    congkak – korek tanah bawah rumah buat lubang congkak & guna bijik getah sebagai buah. masa tu, sape ada papan congkak lengkap dengan guli, memang kekwat la.. kehkehkeh!!

    galah panjang – paling bengang bila jadi group tukang hadang tu huhuhuhu!!! lepas tu group lg 1 asek lepas jek.. main kt laman bertanah. gesek jek tanah tu buat garisan…

    batu seremban – bila musim batu seremban sampai.. habis 1 sekolah main batu seremban.. penuh kaki lima. jam tu sape jari lentik eksen la.. ye la.. bila timbang buah tu.. melentik jek.. hahaha!! yg tutup oren tu kitorg panggil ‘tudung lamnet’.

    teng-teng – ada pasang ‘tali air’ sebagai shortcut untuk ke petak seterusnya bila petak dah penuh dgn rumah lawan. selalu guna serpihan kaca atau pasu bunga sebagai buah.

    lompat getah – yang pasti member pilih aku joint kumpulan diorng sebab aku tinggi.. hahaha!! itu jek. bab melompat memang failed. lepas paras bahu jek.. :P

    ada lagi 1 permainan aku masa kecik2.. cop tiang. main kat tiang pejalan kaki sekolah. samada 4 tiang atau 6 tiang. 5 atau 7 pemain. 1 tiang 1 pemain & seorang ‘anak monyet’. masing2 akan bertukar tiang antara satu sama lain & anak monyet akan cuba merebut tiang semasa pertukaran berlaku.. yg pasti.. memang seksa wooo jd anak monyet..

    anak2 sekarang.. mana nak rasa main camtu lagi. permainan yang perlu startegi, energi & kretiviti. masing2 lebih seronok main bola sepak dengan 2 jari jek.. mana nak keluar peluh….
    kakngah recently posted..cloth diaper – lampin kain moden

    • hah… kan kakngah dah komen panjang :mrgreen:

      Aku ni kalu main dgn org lebih tua dgn aku, sah2 aku kena buli. Tapi bila aku main dgn bdk2 bawah umur, aku buli la mereka balik :lol:

      00..tutup botol tu dipanggil “tudung lamnet” eh. baru tahu. mybe lain tempat lain sebutannya.

      Main cop tiang. hehe. aku pun ada main jugak. Macam tak betul jer nak gi rebut tiang2 tu. selalu jadi mangsa tentulah mana2 tiang yg ada d sekolah. main masa rehat dan time balik masa tunggu bas sekolah sampai. Bila cikgu2 lalu kt kawasan tu , boleh pulak bagi laluan kat cikgu sambil berkata “assalammualaikum cikguuu”. :mrgreen:

      • suri pakai batu tepi jln hu…sadis sklu hee..tapi main secra berkumpualn mmg best kan kak makar..

        paling best dulu kelas merah lawan degn kelas biru, lawan dengan kelas hijau..pastu berentap ramai2 mmg best..masa tu pas habis exam upsr ;) sapa mng cikgu belanja makan tgri hiii

        • Sama la, pernah juga pakai batu utk main ni kalu xde yg kain perca tu. Tp batu tu kalu pilih yg tajam, mesti sakit bila nk kaut byk2 nnti :o

  3. saya suka lompat getah heee…sampi habis gmas bial dah lonjak2 atas rumput..maain kat tepi pantai mmg best…itulah port lepak watu2 kecik dulu heee

    • Nak buat camner. Zaman kegemilangan congkak,seremban, galah pnjg dll telah berlalu :oops:
      Tak tau la permainan mcmana pulak akan muncul lps ni 8O

    • siapa yg hidup thn 80/90 mesti pernah lalui pmainan ini. kalu tak main tu rasa tak ceria la hidup masa tu. Happy & xde masalah. :lol:

  4. Yati selalu main tipu kalau main congkak dengan arwah nenek dulu, tapi nenek cepat tangkap hehe.. Semua permainan kat atas pernah rasa keseronokan main. Terutama lompat getah. (Selalu main dengan kawan-kawan waktu rehat kat sekolah)
    Mrs.Ayie recently posted..Setahun -

    • oo..mentang2 la nenek dah b’usia, yati mengelat dgn dia ya :lol:
      Dulu badan pun ringan, seronok la nk melompat2 :lol:

  5. Zaman sekarang budak2 memang kurang berkawan. Sebab utamanya adalah tv. kemudian barulah video game dan komputer. Saya memang tak pernah bagi anak main tu semua. astro, dvd player, ps3 semua tak de. Ibubapa sekarang sangat sibuk, jadi mereka ambil jalan mudah supaya anak2 tak mengganggu mereka. Tiap-tiap minggu bawak la anak-anak pegi taman main layang2, bola dan lain2.
    Norasikin recently posted..Resepi Kari Kental Ikan Kembung

    • Congkak kayu tu memang klasik. dah lama tak tgk. kat kg pun dah takde benda2 ni semua. sebab adik2 pun dah tak main semua ni huhu

        • jangan membazir … kerajan pun tak lama lagi potong subsidi … so duit yang nak guna beli congkak kayu baik digunakan untuk perbelanjaan harian … apa kata bawa golok masuk hutan tebang kayu cengal buat congkak kayu sendiri … maka bertambah klasiklah ia …

          p/s: kalau tak jadi jangan salahkan b3njy …
          benjy recently posted..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH

          • dulu pernah balik kampung arwah ayah..
            diaorang main congkak kata tanah je..
            korek lubang2 kat tanah…. pakai biji getah..
            lagi tulen tradisionalnyer… :D

  6. err theme baru ke nih?
    mainan di atas kawe pun main gak.. FREE lagi costnya.. Baik utk kesihatan lak tu.. Bayangkan ler main galah panjang misalnya.. asyik berlari jer. Habis semua kolestrol turun. Padan ler budak zaman dulu slim, budak zaman sekarang.. errrk!
    Ismail N recently posted..Kopi KFC Kentucky Fried Chicken

    • masih tema yg lama Bro.

      Betul2. permainan dulu byk lari2, lompat2 dan keluarkan peluh. dulu sya ada juga ikut kwn2 main rounders, polis entri. seronok betul berlari apabila dikejar. :-)
      Badan pun maintain sihat sebab aktif bermain ni. Skrg budak2 byk obes sampai jadi isu utama negara :mrgreen:

  7. Antara banyak2 permainan kanak2 zaman ‘kuno’ b3njy suka betul dengan Guli … bermain guli adalah yang terhebat b3njy rasakan … tetapi malangnya permainan guli tidak divedio game kan … kalau tak boleh main di PS2 … hehehe
    benjy recently posted..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH

  8. bagus la artikel cik mekar nie.. teringat saya zaman kanak2.. Saya mmg aktif bermain diluar masa kecil dulu….main gasing.. layang2….guli.. konda kondi, payung terjun buatan sendiri dan bermacam2 lagi..

    tapi budak2 skrg nie asyik main game je dirumah… itulah punca sebenar obesity.
    p/s: kesian nasi lemak….. tak pasal2 kena tuduh penyebab obesity… :D

    • hairul – dulu suka juga tgk pakcik2 sya d kampung main gasing & layang2. Kalu layang2 tu pakcik sya buat sendiri jer dr bhn2 terpakai. maklum le org kg.
      Tapi main payung terjun ni tak pernah tahu pula.

      kesian nasi lemak dipersalahkan. walhal budak2 sekarg asyik tperap. tak byk aktiviti riadah yg mereka boleh buat. itu salah satu sbb obes :?

      • arwah ayah saya NAVI.. so selalu gak pindah randah dan duduk rumah tentera FLAT 10 tingkat.. so kita orang ambil plastik dan ikat tali bucu2 dia dan sambung ke mainan soldier kecik..

        Pastu dari tingkat 10 kita orang lepaskan ramai2.. sapa yg payung terjun last sekali jatuh.. dialah pemenangnya… mmg sonok cik mekar…

    • kalu ikut komen2 lain di atas, kebanyakkan budak laki suka main guli juga. kat kg sya dulu2 bdk laki suka main “tuju selipar”. entah apa2 kan :mrgreen:

        • tuju selipar – kena susun selipar. tegakkan 3 biji selipar sebelum kena lempar ngan selipar lain. mcm main “tuju tin”. susun tin byk2 pastu baling. budak laki suka main ni. mm..kat kelantan xpasti pula org panggil apa

    • ciksembang boleh masuk geng dgn budak2 laki la kalu agrasif spt mereka. kalu tak kuat fizikal, bdk pempuan mudah nangis kalu dibuli ni :o

  9. bestnya zaman kana-kanak kiter dulu kan kan kan… ingat dulu arwah abah leez siap tolong jalinkan getah nak bagi anak main..hihi, zaman sekarang banyak game yang tak menyihatkan badan.. contoh baru je ptg tadi leez singgah cyber cafe ader urusan pastu tgk kemain ramai budak2 main game .. ish ish ish..
    leez recently posted..Duk ngadap tv tak p manaaa dahhh !

    • memang best leez. kadang2 kalu tak cukup korum mak bapak pun kita ajak diorg main sama (tp bukan la main lompat getah tu..heh).
      Sya pun pernah singgah CC. spti biasa memang penuh budak2 sekolah menjerit2 sb main game kat pc. tak kira pagi,ptg& malam. mrka selalu dtg bkumpulan

  10. wakakaka.. kesemua permainan yg mekar tuliskan maza pernah main.. best wooo..

    paling best main dgn kengkawan fomfuan…. memang selalu kena buli terutama bila main baling tin.. ahaks…

    permainan yg maza selalu malu2 ialah main mak ayah ataupun pondok2. ahaks. malu sehhhhh
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: maza recently posted..Tha’labah bin Abdul Rahman

  11. semua yg mekar listkan tuh…mmg selalu main..lagi2 galah pjg tuh..rumah tepi pantai…tiap petang, kalau tak main bola, main galah pjg…abah pun main sekali..

    lagi satu, main laga buah getah tuh…selalu kutip tepi pantai jer (hanyut dari air pantai…)….lawan ramai2…macam2 nama buah getah tu…ada buah getah kura2, gajah, harimau…macam2…
    hafizmd recently posted..Subhanallah…tak mampu kita hitung nikmat Allah…

    • Yang sya list kt atas tu semua budak laki pempuan suka main permainan itu. tambah seronok bila time cuti sekolah asyik main dr pagi sampai ptg.

      oh buah getah tu kalu balik kampung memang mcm2 idea yg boleh dibuat main.

  12. terkenang zaman badak2 dulu..aku mmg suka main lompat getah & teng2.skang nih anak2 aku dah tak tau main teng22lompat getah.yg dia org tau game…psp,fb…hu3x….sayang la kalo permainan dulu2 nih x der pewaris…

  13. Woah! I’m really loving the template/theme of this site. It’s simple, yet effective. A lot of times it’s challenging to get that “perfect balance” between user friendliness and visual appeal. I must say that you’ve done a amazing job with this. Additionally, the blog loads super fast for me on Chrome. Excellent Blog!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge