Selebriti Pilihan MasterChef

Diam tak diam, satu-satunya rancangan realiti televisyen yg berjaya mencuri tumpuan saya iaitu program MasterChef Selebriti akan melangkah ke episod akhir minggu depan. Selain melihat gelagat & keletah para selebriti, rancangan ni secara tak langsung dapat menambahkan ilmu saya dalam bidang masakan.

Masa mula-mula rancangan ni keluar kat Astro Ria, saya jangkakan si Serena (anak chef Wan) dan Juliza Adlizan (yg ada buku masakan sendiri) akan sama-sama berentap di peringkat Final Masterchef Selebriti. Namun, rupanya masih ramai selebriti kita punya kemahiran memasak. Bukan rezeki Serena namun lihatlah Selebriti yang terpilih ke peringkat akhir adalah selebriti yg tidak disangka-sangka kemahiran memasak pada awal2 kemunculan mereka.

1. Farouk Hussien- setahu saya dia hanyalah pengacara sebuah program makan2, pelakon serta pelawak terkenal. Tiada background dlm bidang masakan. Dia kata dia cuma tahu makan jer…haha.. Minggu lepas nyaris2 terkeluar namun impiannya utk ke final masterchef dimakbulkan Tuhan. Saya seronok dpt menyaksikan dia ke peringkat akhir nanti krn dia dpt menceriakan suasana program.

2. Soo Vinci- seorang Ratu Cantik dan Model. Masih belum dikenali dikalangan penggemar hiburan melayu. Namun kecekalan dan semangatnya membuatkan dia satu2nya selebriti tionghoa yg berjaya memasuki peringkat akhir. Saya suka juga lihat dia di dapur masterchef krn walaupun kelam-kabut berlari nak masak itu ini, namun dia maintain cantik dan sweet. Satu lagi saya berbangga sbb dia fasih berbahasa melayu. Masakkan Soo baru2 ni pun berjaya mendapat komen positif dari juri.

3. Dato Fazli- Sebaik-baik manusia kat dlm program Masterchef ! Kontrol macho.. hehe Daya kepimpinan yg tinggi dan sabar melayan kerenah peserta lain membuatkan sya respect pd kesungguhan dia. Tak sangka sgt yg dia mempunyai bakat memasak walaupun dia kelihatan spti “anak emak” suatu ketika dulu. Satu lagi dia selalu konsisten dr minggu ke minggu, sangat kreatif dan mempunyai macam2 idea masa nak masak.  Saya harap dia terpilih jadi Juara nanti sebab sya lihat dia ada imej yg positif yg mampu menaikkan jenama MasterChef Malaysia. .. hehe jangan mare :-)

4. Juliza Adlizan-  Seorang guru vokal dan memang pakar memasak. Saya pernah lihat kelibat buku masakannya di kedai2 buku. Jadi tak mustahil dia mampu ke peringkat akhir menghidangkan juadah2 hebat. Saya perhatikan dia memang mempunyai kelebihan yg lebih byk berbanding peserta lain. Namun sesiapa yg mampu hadapi tekanan pertandingan di peringkat akhir, maka orang itu pasti akan beroleh kejayaan.

5. Angah (Raja Lawak)- Tak sangka seorang pelakon dan pelawak yg seorang ni ada kemahiran memasak. Lagipun dia pernah kerja di sebuah Restoran sebelum ni. Aksi Angah di dapur Masterchef membuatkan penonton tak kering gusi. Dalam dia dok hu..ha..hu..ha.. terlompat-lompat macam tu pun dia mampu memasak dengan sempurna. Adoyai…tercabarnya saya…! Memang patut la si Azwan Ali mengeluarkan amarannya “Kau adoo”…

Jadi siapa pilihan Korang ??

Untuk mengetahuinya jangan lupa Saksikan 2 episod terakhir MasterChef Selebriti Malaysia pada hari Ahad dan Isnin, 15 dan 16 Julai, 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

mekar : secara tak langsung, rancangan masterchef telah membuatkan dapur rumahku lebih kerap berasap  hehe..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

7 thoughts on “Selebriti Pilihan MasterChef

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge