Assalammualaikum…
Siapa antara anda semua suka dengan lavender? Mesti ramai orang perempuan yang suka..kan? Dah agak dah..! Anda tau tak lavender ni bukan sekadar wangi tapi memiliki manfaat-manfaat lain. Baru-baru ni baca kat blog suri pasal macamana nak buat minyak lavender.. mmm…, Nampak mudah je sebab kita hanya carik2 kan kelopak bunga tu dan rendam kan ke dalam minyak zaitun selama beberapa hari..akhirnya siap la bau yang harum tu… Nak tengok video cara membuatnya? klik suri
Lavender – Aroma bunga ini sangat digemari oleh wanita eksekutif dan surirumah. Bunganya berwarna lembayung muda. Kini dibudayakan di berbagai penjuru dunia. Sari minyaknya diambil dari bahagian pucuk bunga selain mampu mengusir nyamuk ternyata juga memberikan efek meningkatkan ketenangan, keseimbangan, rasa nyaman, rasa keterbukaan, dan keyakinan. Selain itu juga ia dapat mengurangi rasa tertekan, stress, rasa sakit saat menstruasi, emosi yang tidak seimbang, hysteria, rasa frustrasi, dan kepanikan.
Ketika ini, lavender banyak kita temui pada produk untuk haruman ruangan kediaman. kenapa lavender? kerana lavender boleh memberikan kesan relax dan santai malah wangian lavender umpama aroma terapi yang mampu untuk menenangkan fikiran. Bagi mereka yang sedang mengalami stress, ketegangan serta perasaan cemas, anda dinasihatkan untuk menggunakan haruman lavender. Saya pula suka gantungkan pewangi ni disetiap sudut rumah… Ruang tamu dan bilik tidur adalah menjadi sasaran utama. Kalau nak letak kat dapur pun boleh juga (tp saya xletak la). Satu lagi kalau letak kat bilik tidur dengan haruman lavender akan lebih menyebabkan tidur kita menjadi lebih lena. difahamkan kalau korang ada masalah tidur, bolehlah korang menghidu sedikit aroma lavender. InsyaAllah semua ketegangan akan beransur kurang malah ada ketika menerbitkan suasana romantis
mmmm… wanginya, segar otak jika kita dapat menghidu udara yang best dan boleh menghilangkan stress setiap hari (gambar minyak ni bukan saya buat sendiri tau… senang beli kat kedai melambak2 kan ! )
tak tau sejak bila minat aroma ni… tapi dari dulu lagi apa saja yang ada kaitan dengan lavender sya mesti beli… … penyegar udara, pencuci lantai/tandas/tingkap, pelembut kain… apa sajalah … semuanya lavender
pst : cuma tak nonton drama “sedingin lavender” di TV3.
ciktom pn suka beli produk yg bauan lavender..wangi..
cik tom recently posted..Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah
suka bauan Lavender gak..
mamawana recently posted..Ibu Oh Ibu! Emak Oh Emak!
ingatkan drama baru tv3 td.. . hehehe ..
MDHAFiZ.NET recently posted..New Proton Preve 2012
lama x jenguk sini.. . sy pun lama x blogging .. . cuti panjang ..
kalo dpt buat minyak lavender tu mmg jimat la..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..PosLaju : Kotak dan Sampul Prabayar
Seharum Cinta Lavender
Saya juga penggemar bauan lavender ni, tapi just gunakan untuk madian.
Yes, memang bau dia dapat release kan tension di kepala
nizamghazi recently posted..Tiada Tajuk Sesuai : Menulis Kerana Hobi featuring Tommy’s Theme
Saya guna harum Lavendar ini digantungkan didalam almari baju dan loker.
akubiomed recently posted..Day 1: belajar buat produk Fish ball, Fish cake dan Nugget
kalau duduk kat taman lavender ni mesti harum jer kan
Juan recently posted..Rumour – Samsung Galaxy S3 Photo and Video Leak
untung kalo boleh buat sendiri kan… :D.. lagi sihat…
Hairul recently posted..Resepi Kek Apa yang Anda Mahukan? Dari Kedai Kek Makcik Saya
tips yg menarik..kalo ade tips utk haruman mawar dan lain2 mesti leh tukar tiap2 bulan..hehe
LangkawiHomestay recently posted..Bunga Homestay
cantiknya bunga lavender, saya plak suka orange
eiela recently posted..Tips Tambah Pahala Ketika Haid
terima kasih atas linknya hee..masih ingat rupanya ya hee… samalah dg kita lavender sedapkan baunya
suri recently posted..Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan Itu