Assalammualaikum…Pernahkah kawan-kawan buat rawatan Bekam ? Saya rasa mungkin sudah ramai yang tahu apa itu bekam dan cara rawatannya. Rawatan bekam sudah lama wujud iaitu sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Ini bermakna ia adalah salah satu perubatan islam yang paling baik. Bekam dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh dengan berkesan.
Kali terakhir saya menjalani rawatan bekam ialah kira-kira dua tahun lepas. Semalam saya pergi lagi membuat rawatan untuk kali yang ke-2. Nampaknya kali ni tidak ada perasaan takut lagi nak buat bekam berbanding masa kali pertama buat bekam dulu..hehe. Kenapa saya buat rawatan bekam? Kalau ikutkan setakat harini saya belum pernah memiliki apa-apa penyakit kronik lagi. Namun saya pergi membuat rawatan ini atas inisiatif sendiri demi untuk memiliki tubuh badan yang sihat
Inilah Klinik AkuBekam yang saya selalu pegi. Lokasinya di Lorong Rahim Kajai 14, TTDI. Kalau nak pegi, korang kena buat appointment dulu sebab selalu penuh walaupun weekdays. Untuk kali pertama pegi, harga agak mahal kerana dia caj pendaftaran (RM20) dan harga ubat sapu (beli sekali je).
Suasana klinik yang bersih membuatkan saya rasa selesa mendapat rawatan di AkuBekam berbanding rawatan di’tepi jalan’. Lihatlah laman webnya di SINI.
Cara Rawatan
Proses dia simple je. Mula-mula jururawat akan tanya part mana yang sakit atau rasa tak selesa. So saya cakap saya tak sakit apa2 cuma datang nak buang apa2 yang tak patut ada dalam badan je. Jadi, maknanya di sini saya kena ambik pakej asas.
Bermula proses bekam. Saya berbaring mengadap belakang. Mula-mula dia bekam tanpa lukakan dulu. Ni dia panggil bekam angin. Beberapa minit katanya ada keluar wap pada cup. Maknanya badan saya ada angin tapi tak banyak. So next dia cucuk dengan jarum. Ada lebih 5x jarum dicucuk. lepas tu dia bekam. sekejap je.. Next dia cucuk skali lagi d tempat yang sama. kemudian bekam.. lepas habis darah keluar.. dia akan lap dan sedut sekali lagi dengan cup. Proses ni berlaku 3x berulang . last sekali dia akan letak minyak untuk sembuh luka .. so proses tu berulang-ulang pada setiap point.. Keseluruhan badan saya dibekam sebanyak 6 point saje. Paling banyak darah keluar di bahagian jantung kerana kata nurse, kat situ saya banyak keluarkan toksik. Satu lagi darah saya senang nak keluar yang membawa maksud darah dalam badan saya berjalan lancar. Warna darah pun normal yang membawa maksud takde gejala penyakit diabetis.
Ngeri ke buat bekam..?.. rilek..rilek dulu.. tak sakit pun sebenarnya.. rasa macam digigit semut walaupun keluar darah. Seronok pun ada. hehe.. tapi memang tak sakit..
Selepas selesai rawatan, saya disuruh berehat 5 minit. Kesempatan itu, saya berbual-bual dengan nurse untuk mengetahui apa2 masalah lain dalam badan saya. Katanya setiap badan manusia memang tak terlepas dari angin dan toksid. Seeloknya dibuang demi untuk kesihatan yang lebih baik. Bila dah buang, badan akan terasa lebih ringan. Kalau orang yang ada banyak penyakit seeloknya kerap buat rawatan bekam 3 bulan sekali. Tapi kalau macam saya katanya setahun sekali sudah memadai. Lega sungguh saya mendengar penerangan dari nurse tersebut kerana katanya dalam badan saya tiada penyakit/masalah kronik buat masa ni. Tiba-tiba rasa lebih bersemangat nak menjaga kesihatan dan nak habiskan duit dengan membeli makanan kesihatan pula
sebelum pulang, saya dihidangkan dengan segelas air madu. Rasanya sedap tapi badan saya mula berasa sedikit lemah (kesan darah yang keluar dr badan tadi).
Nak tahu berapa kos bayaran di AkuBekam ? Untuk pakej rawatan yang diceritakan di atas, saya dikenakan dengan harga RM 115.00. Ia merangkumi rawatan selama 45 minit (1minit = RM2.33 dah naik harga, dulu RM2 je..). Dalam tempoh ni saya dibekam sebanyak 6 point. Kemudian caj RM 10 untuk jarum sterile pakai buang yang digunakan untuk mencucuk badan. Saya tak pasti rawatan di sini mahal atau murah sebab tak pernah ada pengalaman ditempat lain. Pada pendapat saya pula, ia cukup berbaloi selain menerima layanan yang baik, lokasi klinik di kawasan bandar (mudah nak pegi) dan suasana klinik yang selesa. Oklah tu dengan harga yang dikenakan..ya tak
Jadi kepada kawan-kawan yang ada masalah kesihatan serta rasa lemah dan tidak selesa pada badannya, maka elok sangatlah cuba rawatan bekam. Ada merata-rata pusat rawatan bekam di seluruh Malaysia. Memang bagus berbekam kerana ia ada disyorkan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Kepada yang saje-saje nak pegi untuk baiki kesihatan pun dialu-alukan membuat rawatan supaya bila dah tua, kita tak menyusahkan orang dengan sakit yang kita ada.
pst 1: bangun tido pagi tadi badan terasa ringan namun dipermukaan kulit badan penuh tompok-tompok kemerahan dan lebam kesan rawatan semalam.
pst 2: Nak tahu manfaat berbekam? Lihat artikel mymekar.com berikutnya di SINI
Pejabat saya dulu sebaris dengan AkuBekam sebelum pindah ke Kota Damansara.
akubiomed recently posted..TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik
tak pernah cuba berbekam lagi…
hhm… nak kene cuba jugak satu hari nanti…
kakngah recently posted..I Luv Dad Giveaway @ lindarosman.com
cuba la kakngah. boleh buang apa2 yg tak perlu dlm badan
Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…
org pempuan pun leh bekam ek.. belum pernah cuba..nak gak cuba sebab sakit belikat ngadap lappy lelama
ciksembang recently posted..Tali laju vs tali skipping
mestilah boleh CS..dua2 jantina digalakkan berbekam..berbekam tu sangat menyihatkan!
adele recently posted..Kecil-kecil Dah Pandai Mencuri!
Benar kata adele tu kak CS. Laki pompuan pun elok berbekam ni. Kalau ada apa2 masalah dlm badan, just beritahu nurse tu nanti dia akan cari point utk dibuat bekam.
Mekar recently posted..Berfikir Gaya Trump
sy pernah terbaca satu artikel salah satu nak mengeluarkan toksid di badan dengan memakan makanan yg masam2..spt tomyam yg asli dgn buah tomato dan air limau..sampai skrg sy masih berpegang pada tips tu..hihihi
adele recently posted..Kecil-kecil Dah Pandai Mencuri!
oh iya ke adele. Sya pun suka juga makan tomyam ni. Harap toksinnya ada keluar sikit la kan !
Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…
hoho..berbekam memang best..
ohcikgu recently posted..Pelajar ponteng sekolah kena denda baca Al-Quran
memang best. badan rasa ringan
Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…
belum pernah cuba, hee betul ke macam kena gigit semut je? dulu pun masa berkhatan orang kata gitu, tapi yang sebenarnya lagi sakit, wakakaaa
padin recently posted..Ponteng Kuliah
sungguh padin. tak tipu. macam gigit semut jer. bila disedut dgn cup tu baru rasa tersentak sikit tp tak sakit pun. relaks je..hehe..
pst: berkhatan tu sakit sangat ke..haha
Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…
wahhh, ini yang rasa mcm nak pergi ni, saya dah lama nak buat tp xda “seru” lagi nak ke sana
Juan recently posted..iQuran for Google Android
semoga artikel ini dapat memberi “seru”an kepada anda
Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…
Pingback: Manfaat Bekam | MyMekar.com
saya tak pernah buat heee..klu buat blh tapi tka blh pentingkan diri sb byk perkra asas wang pelu di salurkan pada anak2 pkra2 penting dulu huuu
Betul- Buat perkara yg lebih utama dulu suri.
manfaat bekam mmg tiada tandingan.sb dr zaman Rasulullah lgi perubatan ini mmg terkenal
pasni saya rasa klu ada rzki mu gak menyusul kakak mekar hee..
p/s:sihat ker heee…
Bila ada rezeki, insyaAllah suri boleh pegi buat. Rasanya ada pusat rawatan yg berikan caj lebih murah drp klinik yg sya sebut di atas
Mcm semut gigit ek…oklah tuh =)
Dah tau tmpatnya, dah tau budgetnye…senanglah lepas ni…
Thanks Mekar kongsi. Byk manfaat ni
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #9 Halal & Suci
Seronok kongsi pengalaman sendiri ni.
Kalu ada yg rasa takut dgn bekam, insyaalllah penerangan sya ni boleh legakan hati kawan2 juga
Tempat ok Broo … cuma budgetnya belum ada … hehehehe
b3njy recently posted..UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGER
seronok dpt kelaurkn darah kotor kan …
alhmdllh saya dan suami slaing bekamkan bdn masing2 …
so dah jimat byk kos di situ . bolehlah kami bukak pusat bekam yer
Ummi Hanie recently posted..Giveaway tahun baru 2012 [Sticky]
maaf,typo .. *slaing = saling
Oh ummi ada ilmu bekam ya. Bagus la tu. Boleh manfaatkan pada diri sendiri, keluarga dan rakan2 juga.
Bila dah ramai customer, boleh buka pusat rawatan sendiri nnti
teringin. tapi ntah bila ada masa ye..
titan recently posted..Lelaki kacak sedang demam selsema.
Tak kacaklah titan kalau tak mencubanya …
b3njy recently posted..UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGER
harga ubat sapu dengan pil di akubekam mungkin boleh di kurangkan sikit.. terlalu mahal untuk sekali gune
ubat sapu tu boleh simpan dan pakai utk beberapa kali treatmt.
Kalu pil, tak pernah pula mrka syorkan pada sya
Aduhhh !!! … cam ngeri je bunyinay … sampai keluar2 darah OOooo … Benjy tak boleh nengok darah nanti pengsan Benjy ni ..isk..isk..isk..
b3njy recently posted..UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGER
org perempuan dah biasa tengok darah kotor yg keluar tiap2 bulan…hehe
Wow ! nengok harga boleh tahan beb .. ni kalau beli sate kajang dapat beli myanyak cucuk Oooo
b3njy recently posted..UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGER
Pingback: Ujian Darah di PathLab | MyMekar.com