Pandan-Pembekal Bakeri Bumiputra

Salam hujung minggu semua.  Ini cerita jalan-jalan sambil meng update diari harianku. Semalam saya ke Shah Alam kerana ada dua perkara yang ingin dilakukan. Pertama : Ahli keluarga saya turun ke KL tetapi mereka terus menuju Shah Alam (SA) kerana Abah dan Maknie (panggilan utk emak) menghadiri satu program seminar di situ. Mereka mendapat satu bilik di Intekma Resort. Manakala adik-adikku yang lain terpaksa di eksport ke rumah saya. Jadi itulah sebabnya saya ke SA untuk berjumpa dan menjemput mereka (sampai sesat2 saya mencari lokasi intekma, maklumlah dah lama benar tak ke SA).

Tujuan Kedua : Saya tertarik untuk ke sebuah Pusat Bekalan Bakeri yang baru dibuka di seksyen 7 Shah Alam (nak ke sini pun saya sesat juga!). Dengar kata ia diusahakan oleh sebuah syarikat Bumiputra ! Itu yang membuatkan saya “excited” mahu ke sini. Maklumlah di negara kita ni cukup susah mahu mendapatkan bekalan bahan bakeri yg dijual oleh pengusaha bumiputra. Sesekali apasalahnya kita membantu perniagaan mereka pula kan?

Kalau anda nak tahu, nama kedai ni pun sungguh unik sekali iaitu PANDAN. Ala… sejenis daun yang orang selalu gunakan dalam kebanyakan masakan tu ! (saya pasti anda tahu). Jadi, bila saya memperolehi info ini, saya rasa seronok untuk berkongsikan dengan anda semua. Saya mengetahui kewujudan kedai ni pun semasa membuat carian di google berkenaan ‘daun pandan’. Tiba-tiba lain yang dicari, lain yang keluar :-)

Produk2 di sini saya perhatikan, kebanyakkannya tertera logo halal di setiap pembungkusannya.  Itu yang membuatkan saya berasa lebih yakin dan selesa untuk mencuba produk2 yang terdapat di Pandan. Sebelum ni kalau mahu membeli bahan untuk buat kek, cookies, pastri dan roti, saya biasanya selalu ke Bake with Yen dan Bagus SB. Tapi kini saya ada pilihan lain iaitu di Pandan.

macam-macam ada !

Saya memang mencari produk “red bean paste” yang Halal ini. Saya sambar 1 pac utk membuat projek masak2 saya ! Harga 1kg = rm4.90

saya sambar  choclate filling 1kg yg berharga rm6.10

Walaupun masih baru beroperasi, tetapi semasa saya berkunjung semalam, saya perhatikan agak ramai juga orang  membeli belah di situ. Pekerjanya juga tak sombong melayan pelanggan (tak seperti di Bake with yen Chow kit :evil:   Aksesori membuat kek, bahan2 mentah dan kotak hamper juga ada dijual di situ. Memang serba lengkap dan padat. Cumanya  yang kurang selesa adalah ruang kedai yang sungguh sempit. Kalau berselisih dua orang kat lorong2 rak tu, mesti salah seorang kena mengundur memberi laluan di antara mereka …hehe…

Semalam saya cuma membeli 3 jenis barang (seperti di atas). Selebihnya saya banyak survey harga produk. Perbezaan harga pun tak banyak beza dengan kedai Bagus. Oleh itu, bagi anda yang tinggal di kawasan sekitar Shah Alam dan berminat untuk membeli bahan2 membuat kuih raya sempena Aidilfitri nanti, apakata  anda datang ke sini dan boleh juga layari laman berikut : jomkepandan.com . Semoga anda berpuas hati.

Ralat : semasa artikel ini di publish, saya ada meluahkan rasa kesal kerana pihak Pandan telah mengenakan lebihan bayaran ke atas pembelian saya (kesilapan yang di luar kawalan). Tak sangka pengurusan mereka membaca artikel ini serta menghubungi saya. Akhirnya pemasalahan berjaya diselesaikan apabila pihak Pandan telah memulangkan kembali wang saya atas kesilapan yang berlaku itu. Terima kasih atas keprihatinan Pusat Bekalan Bakeri Pandan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 thoughts on “Pandan-Pembekal Bakeri Bumiputra

  1. Kalau saya pegi kedai bahan kek, seharian pun sanggup melilau dalam kedai. Belek tu belek ni. Suka tengok peralatan hias kek. nak beli memang tak mampu. Kalau yg kreatif tu memang terkebil-kebil fikir mcm mana nak guna. Biasanya saya masuk kedai mcm ni utk cari idea.

  2. harap2 PANDAN makin maju dan buka banyak cawangan seluruh negara. memang kebanyakkan kedai yg membekal brg bakery ni dipelopori oleh kaum cina. bila kita tak de pilihan, nak taknak kene masuk kedai diorang la…

    murah jugak ek inti kacang merah tu. memang ada hajat nak mencari. tingin nak buat pau bulan pose nanti hihihi!!! nak buat inti kelapa sendiri.. RAJIN bebenau!
    kahkahkah!!!

    • satu lagi cawagnnya di usj 1. harap2 dia tambah lg cawangan (kalu boleh dkt dgn umah, jimat kos minyak..heh).

      Sya pun suka buat kuih yg ber’inti. tp ‘tak rajin’ nk buat inti sendiri. Jadi bila jumpa produk yg diyakini, terus sya beli. Kedua2 filling tu sya dah cuba buat projek masakan sya dan alhamdulilh rasanya menepati citarasa :-)

    • Rasa seronok bila dpt tahu produk tu halal. Harap oven kakak dpt sampai dlm waktu terdekat ni. tak sabar nk mem’baking’ ya :-)

  3. siapalah yg tak sesat masuk shah alam kak kecuali yg benar2 pakar?hehe

    wah,bgus kedai mcm ni..susah nak cr..biasanya cina yg kuasai sumber bakeri ni..

    tp kan kak..adakah pasti pengeluar bahan2 ni drpd muslim jgk? sbb kalau kt kedai bakeri cina pun byk halalnya.. :roll:

    • Shah alam tu xde apa2 pembangunan pun !, tp boleh ler sesat pusing2 roundbt, cari seksyen..bla..bla.. adoiya

      Harap surat & logo ttera itu benar lah maksudnya.kalau xbetul, mereka ‘tanggung’ la. Tp jgn sampai kita was2. tp kan adele, tepung gandum, butter yg kita pakai skrg ni pun ada logo halal juga (contoh yg byk jual di tesco,giant). tp pgeluarnya bukan muslim. mcmana tu? biasanya pgusaha kek (yg muslim) pasti beli bahan2 ni. kita pula mbeli kek sebab pmbuatnya muslim, tp sumber bahan tu kita bukan check sgt pun? :roll:

      • ye..mmg kita akn pk mcm tu lah kak..kalo ada halal jakim, kita berpegang pada jakim lah sbb dia yg berkuasa dlm mnentukan halal haram ni..tp bila cek smula siapa pmbuatnya, cina jgk..boleh pasti ke cina 100% pembuatannya halal dan bersih? hmm..bertawakkallah kita..

  4. Wah bagus nie…selain supply, dorang ada jual kek jugak ker? Boleh la survey2 kot2 bagus untuk dapatkan bekalan untuk ApamPolkadot nanti hehe…

    Yang penting halal dan bersih…alhamdulillah

    • Cik apam lokasi di shah alam kan? Dekat dah tu. boleh la survey bekalan kt situ. Sya tgk ada pewarna yg halal di situ. Boleh buat apam polkadot warna warni gitu :mrgreen:

  5. Aduhai sian akak ken a byr double plak tuh…huhu…
    Pasnih byk la resipi kek, roti, pastry ya sis :)
    Happy baking kak mekar yaa…klu pndai wat moist choc, sy nk order tau :)

    • boleh dpt tepung 2 paket tu dgn harga yg tersalah key in tu :wink: . xape la. manusia xlps dr kesilapan. Nak dkt puasa ni sya nak cuba praktis masak2. setakat makan sendiri boleh la. jual tu belum fikir lagi :mrgreen:

  6. Bayar double la plak… ni mesti kesalahan cashier ni.. g key in dua kali barang tu.. anyway chip bangga ada dah kedai barangan kek daripada bumiputra.. ini lebih meyakinkan daripada kedai yang lain.. cuma bumiputra kurang dalam pengeluaran barangan asas seperti tepung, majerin, pewarna, bahan coklat dan juga perasa. Kebanyakan produk ini di boloti oleh bangsa lain.. mungkin selepas ini ada bumiputra yg boleh menceburi bidang pengeluaran ni… baru la kita yakini kehalalannya kan..

    • bukan rezeki sya kali ni tpaksa bayar lebih ! Sya pun bangga ada peniaga bumiptra yg bisnes bekalan spti ini. sekurang2nya kita ada beberapa pilihan. Bab pengeluran tu memang kbanyakkan dimonopoli non-muslim. kita tiada pilihan di situ. jadi kita mggunakan apa yg mudah didapati. harap logo halal yg tpampang adalah benar belaka.

  7. Assalamualaikum Mekar..singgah sebentar sebelum melelapkan mata.. 8O

    Kebetulan, mlm tadi ain pun dok borak dgn suami nyatakn hasrat nak belajar buat kek.Nampak entry mekar, terus teruja nak baca :lol:

  8. Salam MyMekar,

    First of all, thanks for all the update about Pandan and your support too. I am so concern about the double charge on your chocolate filling. Apprecicate if you could call me as I have send you an email with my contact number.
    Thanks,
    Maz

  9. Wah baru nk cadang g kedai bakery arini…xtau plak kt sec7 ade kedai ni..halal plak tu..semlm sya baru je cri kedai Bagus..so lepas ni terus je lah g Pandan ni…hehehe xsabar nk wat muffin dgn kek… Thanks akak bg info ni.. sya pun klu bleh ade kedai bumiputera, yg halal selagi leh cari kite akan cri dan beli..Thank you..

  10. wa,,, seronoknya ada kedai bakery org islam.. kat kuantan terpaksa membeli kat org bukan islam. dah tak de pilihan. teringin nak bukak kedai camni.. ada tips tak?.. hehehe

    • Filling utk red bean dan coklat mmng terbaik. Nanti nak cuba beli filling yg lain2 pula. :D
      Tapi harga dah naik, dulu 1kg=4.90 skrg 1kg=5.50 … :wink:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge