Minum Susu untuk Cegah Osteoporosis

Assalamualaikum. Selamat tengahari…kejap timbul kejap tenggelam..tengahari ni muncul balik..heh

Korang suka minum susu? Masa kita jadi bayi dulu memang wajib la minum susu kan? Semuanya kerana mak ayah kita nak suruh kita jadi cepat besar & sihat. Bila dah jadi dewasa pulak, macam2 alasan diberi utk tidak minum susu.. susu tu muak la, menggemukkan la, berbau la.. dan pelbagai lagi alasan.

Perkara macam ni sebenarnya pernah melanda hidup daku. Sangat liat utk minum susu. Kalau nak minum susu pun mesti kena letak segala macam perisa supaya ia mengaburi rasa susu tersebut. Paling mudah, daku akan masukkan perisa koko/milo dlm minuman susu. Itu pun bukanlah menjadi amalan kerana daku lebih taksub meminum minuman  kordial yg berwarna-warni tuh  :oops:

Namun semenjak daku mahu menginjak ke usia 30an kira-kira 2-3 thn lalu, baru lah timbul kesedaran yg lebih kuat ttng kebaikan meminum susu.  Daku pernah terbaca yang kemerosotan tulang (osteoporosis) mungkin bermula seawal usia 30-an. Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkatkan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah. Semua kerja tak leh buat kalau tulang dah rosak. Biasanya penyakit ni lebih kerap berlaku pada golongan wanita..

Adoyai… bimbang pulak daku terkena penyakit kekurangan kalsium. Jadi sblm usia menjadi semakin tua,  daku cepat2 bertindak dengan membeli setin susu tepung. Susu yang daku beli ni memang bukan calang2 susu tau ! Susu yg menggunakan model Datuk Michelle Yoeh… Susu Anlene. Memang popular sangat susu ni walaupun harganya …mmm… boleh tahan mahal. Hampir dua tahun minum susu setiap hari (kadang2 terlupa jugee), alhamdulilah keadaan tulang & kalsium dalam tubuh daku masih sihat dan kuat..hehe.. Buktinya daku pernah buat medical check-up di PathLab bulan mei lepas. Pengalamannya pernah daku coretkan di SINI

Result untuk ujian kalsium, daku mendapat bacaan 2.34 iaitu keadaan yg agak selamat (utk pengetahuan pembaca, range ujian kalsium utk wanita lingkungan 30an sekitar 2.12-2.52). Syukur sangat tapi daku tak boleh leka. Pemakanan harus seimbanag dari segenap aspek. Risau jugak sbbnya daku ni kuat makan. Boleh tibai apa saje (tolak batu & kayu). Siap ada blog khas ttng makanan gituw (oppss nnti daku cerita) !

 

Apa-apapun sesekali jika ada kesempatan, korang cuba check kesihatan kalsium dlm badan korang pulak macamner? Tak kira lelaki mahupun wanita. Pencegahan osteoporosis harus dilakukan sejak muda, kerana tulang mencapai puncak pertumbuhan dan perkembangan pada usia 30 tahun. Melewati umur tersebut,  keupayaan tulang akan menurun secara alami.
Diusia muda beginilah kita harus cepat bertindak. Sekiranya kita mengalami osteoporosis, kita mungkin akan kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan mudah dan melakukan aktiviti yang digemari suatu masa nanti

 

Hari Osteoporosis Sedunia disambut setiap 20 Oktober setiap tahun (esok la harinya utk tahun 2012). Ia bertujuan meningkatkan kesedaran umum tentang kesihatan tulang. Ayuh kawan-kawan kita bina dan kekalkan tulang sihat. Pastikan mengambil kalsium, vitamin D dan protein mencukupi serta menikmati diet seimbang setiap hari.

Sekian kempen kesedaran dari mymekar.com untuk hari jumaat yang mulia ini.

mekar 1 : Sekarang daku dah stop minum susu Anlene. Kini dah bertukar kepada susu yang menjadi sunnah Rasullulah iaitu Susu Kambing. Nanti daku ceritakan pengalaman minum susu kambing pada entri berikutnya. Tunggu tau :-)

mekar 2 : Selain susu, sumber kalsium juga boleh terdapat pada produk seperti daging, telur dan keju.  Okkk..okk.. korang, jangan lupa jaga kesihatan tulang ya…

update 23 Oktober 2013 :- Pengalaman daku minum susu kambing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “Minum Susu untuk Cegah Osteoporosis

  1. Pingback: Dari Susu Lembu ke Susu Kambing | MyMekar.com

  2. Salam, to my cousin & pembaca blognya….menarik topik nih :-)
    Sy tak pernah lg buat ujian kalsium mahupon kolestrol…hehe asik xnyempat aje :-)
    Riso jgk…ada plan nak buat tp masih xberkesampatan…
    Cumanya sy nak kongsikan di sini tentang Kalsium…mmg perlu utk kita mengambil kalsium dlm pemakanan seharian iaitu sumber kalsium yg tidak asing lagi adalah dr susu…sbg ibu yg menyusukan baby yg dah hampir setahun…mmg sy amalkan minum susu sy gemarkan Susu Segar Farm Fresh…mmg terasa ke”fresh”annya (oh! my bahasa)…
    Apa yg boleh membantu utk penambahan kalsium dlm badan adalah pengambilan tablet kalsium…ibu yg hamil jgk digalakkan mengambil kalsium berbentuk tablet kerana susu sahaja tidak dpt menampung keperluan kalsium seharian….
    Sy amalkan OsteMatrix ( Kalsium Magnesium)….mmg terbaik!!
    Nak tahu lebih lanjut boleh tanya en Google….@ contact saja saya :-) ummuTasnim recently posted..Samakah….? Edisi II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge