Saya boleh dikatakan kaki online shopping. Senang shopping online ni.. tengok2, belek2, bayar2, pastu barang terus sampai ke muka pintu.
Ramai orang takut nak beli online, sebab takut kena tipu. Memang… itu memang risikonya. Sebab tu kena hati2, siasat dulu dan beli hanya di kedai yang dipercayai. Sebelum membeli di mana2 kedai online untuk kali pertama, saya akan hubungi pemiliknya untuk memastikan barang yang diperlukan masih ada stok..lepas tu bila dah yakin barulah membuat bayaran.
Baru-baru ni saya sekali lagi membeli secara on9 hajatnya mahu membeli perencah soto lalu mencari laman web yang sesuai. Memang niat asal nak beli sejenis barang tu aje tapiiiii ….. (biasa la pompuan), kalu boleh semua yang ada dalam iklan, semua mahu diborongnya..hehe sabar..sabar. Laman web itu memang hebat kerana memancing saya untuk membeli sejenis makanan ringan yang cukup terkenal di negeri Johor iaitu tak lain tak bukan… Mee Siput Muar. (Orang Johor mesti dah tak heran benda nih). Tiba-tiba saya jadi mengidam. Mengidam sangat…! Kali terakhir menikmati mee siput adalah kira-kira 5 tahun lepas semasa tinggal bersama housemate yang berasal dari Johor. Setiap kali dia pulang dari kampung, pasti juadah mee siput akan dihidangkan kepada kawan2nya. Selepas berpisah dengan kawan, saya dah tak pernah lagi berjumpa mee siput, sehinggalah saya order di SINI.
Ting..tong..loceng di luar rumah berbunyi. Pekerja Pos Laju menghulurkan parcel. Wah besarnya. Apa yang aku order ni sebenarnya
Tak sabar nak tengok isi dalamnya. Jeng-jeng-jeng, inilah benda yang saya order iaitu Perencah Soto Maharani dan Mee Siput Muar.
mak aih..beli mee siput macam nak buat stok meniaga (kata mr suami) … saya pun terkejut. Tak sangka mee siput ni agak besar saiznya (sya dah lupa mee siput yg sya makan dulu). Banyak pulak tu… 20 keping. Saya ingat 1 keping tu kecik2 jer. Itu sebab saya order sampai 20 pax. mmm.. tak pe..tak pe.. kalu ada tetamu mari rumah nnti, boleh hidang mee siput ja . Setiap sekeping mee siput dibungkus bersama sepeket sambal pencicah yang pedas.
Inilah rupa Mee Siput. X perlu susah2 untuk goreng. Buka plastik, siram sambal pedas dan makan. Krup..krup…berselera sungguh saya makan sambil mengadap blog. Maklum la mengidam hehe. Mee Siput boleh juga dicicah bersama sambal kicap pedas. Olehitu kalau anda teringin nak makan mee siput boleh tempah kat blog yang disertakan itu. Selamat Mencuba.
Tentu sedapkan siap dijual online lagi. Go glokal kata PM Dato’ Sri Najib Razak.
skrg semuanya jual secara online. lebih mudah
Tak sangka. Benda yg camnipun dah boleh kita beli online. terbaik!
hafizmd recently posted..Ada cerita sebenarnya…
Borong mee siput nampak… hehe~ tengok sekali memang dah tahu, mee siput yang mekar beli tu rangup. Tak sangka ek, biskut dan makanan ringan pun dah maju ke hadapan la ni. Siap ada blog gitu. Tapi makanan yang diposkan selamat tak, i mean bebas radiasi… manalah tau pihak pejabat pos guna sinar-x untuk scan parcel yang dihantar. Ada sesiapa yang tau? Kalau selamat, saya pun nak order makanan dari blog jugalah…
Mama Murai recently posted..Give Away berbentuk insentif tunai untuk setiap traffik daripada anda
Sya tgk dlm blog tu kecik2 je mee siputnya. Tak sangka pulak 1pek tu boleh puas makan.
Mama, kalu ikutkan banyak je makanan2 lain yg kita dok beli (kt pasaraya, kedai runcit dll) diimport/diambil dari luar, akan melalui proses2 scan ni. Ia bukan setakat beli online mcmni je. Entah la…. harap sesiapa yg pakar boleh tlng jawabkan ?
Rasanya, pihak pos takde scan2 kot. Trus masuk lori, hantar…hehe
hafizmd recently posted..Ada cerita sebenarnya…
salam.
pernah dihidangkan dengan mee siput ni untuk makan malam. tapi macam tak kenyang lak
Salam.
Mee siput ni sejenis makanan ringan (Macam mkn popcorn tu). Sbb tu la xkenyang
Mee siput tu rangup ke? Masa mula baca, Kak Long bayangkan mee siput yang macam yee mee tu dan sedap masak hailam, rupanya lain.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Harum : Wordless Wednesday
Memang ranggup. Mcm kita mkn keropok ikan, keropok udang tu. Tp yg ni dibuat style mee. Dia tak perlu masak mcm mee hailam lagi
rangup. macam maggi yang tak letak air. tapi kalau makan dengan sambal dia..memang berpeluh dibuatnya. haha..
titan recently posted..Komisen terakhir dari Adgitize
Betul. Macam mkn mamme. Tabur sambal dia lagi sedap
Titan kalau bab2 makan meee memang kau kacak OOoo
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 5
hehe…titan memang…semuanye kacak bergaye =)
hafizmd recently posted..Ada cerita sebenarnya…
terima kasih bagi review meesiput. mohon izin nak share di fanpage ye.
meesiput recently posted..6 hari lagi sebelum closing date..order meh order
Silakan
memang membuatkan kita rasa nak rasa aje ni..
ohcikgu recently posted..Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) – Sekolah Menengah
salam ,
oo..gitu kaa mee siput … mati2 sy ingat kena celur ka..goreng ka… tiba2 teringin plak walipun sblum ni dah penah tgk org promo kat FB , tp buat dek jer.. hehe
Ummi Hanie recently posted..Sup brokoli berkrim
Sama. Tak pernah tgk mee siput. 1st time ni…Nampak sedap dan menyelerakan…fuhhhh
hafizmd recently posted..Ada cerita sebenarnya…
cam sedap mtk sikit haa heeee.ni mkn baca doa ke idak heee
suri recently posted..Tentera Bergajah Abrahah dan Burung Ababil
Uikk ! napa nengok macam maruku jeee bentuknya ? … ataupun Benjy salah nengok kot ….
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 5
Pelik juga kenapa namanya Mee Siput ? tak macam siput pun bentuknya
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 5
eee..kalu tengok betul2 memang macam siput
mee siput tue nmpk cam keropok goreng yg halus2 je..hee…dpt sedap..teringin nak rasa jgk..
cik tom recently posted..Hadiah Misteri Istimewa dari Titan Kacak
oh, itu keropok ikan.
salam ziarah…wah bagus lah mee siput order online..mantapp
tq singgah. skrg semuanya online
Wah, sedapnya. Rasa nak cuba jugak lah kalau macam ni. Senang pun senang nak hidangkan untuk tetamu.
Bukak plastik….terus hidang kat tetamu
wahh, nampak sedap tuh..ha’ah la, ingatkan mee siput macam mee kuah ker, mee bandung ker…hehehe, alih2 lain plak..;)
farz recently posted..Coklat Coral Delight
semuanya ter’kena’. hehe
kalau dah terlebih order apa lagi sedekah lah kat kami ..hahaha.
p/s tak sangka mee siput macam ni rupanya
kalu berjiran boleh le hulur rasa
mmg mudah mee siput nie. .
beli dan ngap.. saya pun pernah beli… sedopp…
Hairul Hissam recently posted..Tips menegangkan kulit muka dari sekolah lama
Makanan popular kat johor kan cik hairul
Aiikk mengidam ada apa2 ke kak? hehe
Selalu jer mengidam ni…hehe…mengidam nak makan
Teringin nak merasa mee siput ni..oder guna link yg mekar bagi tu ada kod diskaun tak he..he..
anjangman recently posted..Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1
hehe…macam nak beli domain & hosting pulak siap ada kod diskaun