Kerabu Bronok hanya di Langkawi

Selamat berpuasa kepada pembaca mymekar.com. Sedar tak sedar, hari ni kita dah melepasi Ramadhan yang ke 16. Macamana dengan ibadah yang kita lakukan? Harap semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada halangan besar.

Sepanjang ramadhan ni, cerita tentang makan memang seronok untuk dibualkan. Oleh itu, gambar makanan yang saya publish ni bukan semata2 mahu mengujakan anda tetapi ada info yang mahu saya kongsikan. Telan saje air liur kalau anda teruja dengan hidangan kali ni  :lol:

Apa itu Bronok ?

Anda pernah dengar nama bronok ?…. Baru-baru ni dalam artikel lepas, saya pernah publish cerita tentang kuih bronok atau kuih sagu. Tapi kali ni maksud bronok bukanlah nama sejenis kuih tetapi ia merupakan sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Bronok dimakan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti melayu di Langkawi, Kedah.

ha..ni la bronok yang saya maksudkan. ia berwarna coklat atau merah jambu. rupa macam gamat tapi bukan gamat. adik-beradik sea cucumber ! . ada berani makan ! eee… macam lintah.

scroll…

-

-

Taraaa………

bronok yang telah dijadikan kerabu. bila dah jadi kerabu memang tak nampak lagi rupanya yg menggelikan itu. bronok tak boleh dimasak. kalau kena panas terus jadi cair. itu sebabnya sesuai digaul buat kerabu ja.

Pertama kali menikmati kerabu bronok adalah semasa dinner di warung Mak Teh di Kg Kuala Triang. Masa makan tu saya tak pernah tahu apakah si bronok ni.  Yang saya tahu, mulut saya mengatakan ianya sedap. Sungguh… memang sedap. Bronok ni dari segi rasanya agak masin, isinya lembut dan sedikit kenyal seakan-akan isi kelapa. Lagi berselera bila dimakan bersama nasi panas. Sejak daripada tu, setiap kali datang ke Langkawi saya mesti mencari kerabu bronok untuk menikmati keenakkannya.

Semalam semasa saya ke pasar di Padang Mat Sirat ternampak orang menjual bronok ni. Selonggok bronok berharga rm 2. Suami saya terus beli. Nak suruh saya projekkan bronok ni memang saya tak tahu. Jadi kami pegi kedai Mak Teh dan minta dia sediakan kerabu bronok khas untuk kami.

juadah berbuka puasa semalam. order dari Mak Teh

Walaupun rupa paras bronok ni huduh, tetapi ketahuilah anda bahawa ia merupakan makanan yang berkhasiat (macam khasiat gamat juga). Ia boleh digunakan sebagai ubat luka ringan, sakit sendi, radang, asma, paru-paru, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Satu lagi saya pernah dengar bronok ni bagus juga untuk manfaat kesihatan kaum lelaki.

Sekarang anda semua dah tahu kan apa itu bronok?  Jadi bagi sesiapa yang belum dan ingin mencuba bolehlah datang ke Langkawi dan rasainya sendiri.

 

pst : Jemput singgah blog jalan-jalan cari makan saya di JuadahMalaysia.com untuk mengetahui tempat makan best di Langkawi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

40 thoughts on “Kerabu Bronok hanya di Langkawi

  1. Wow! Bila baca entri Mekar n tgk pulak gambar kerabu tu, buat sy meronta-ronta nak merasa keenakan bronok. Saya mmg sukakan hidangan eksotik halal nie…

    :D

    • Bila mentah mcm tu memang huduh. tp bila nak makan kita kena cuci dia bersih2. bila dijadi kerabu memang rasa sedap. Yg pasti bronok ni xleh di masak. nnti cair. so, mmng xdpt dijadikan kfc la

    • salam.
      Memang senang nk jumpa kerabu bronok ni kat langkawi. kebetulan kedai mcik ni dkt dgn rumah. itu sbb order je dgn dia. nak buat sendiri masih xreti :wink:

    • adik beradik gamat bro… Kalu tgk rupa gamat pun geli kan. tp kita boleh jdkan makanan dan ubat. mcm tu juga dgn si bronok ni

  2. salam…camna nak kenai kedai juai nih…..die pasal signboard x or any clue….sbb rsenye xbyk org jual bende nih kt sne….certain area je kan…

    • Hilal, tak banyak warung di langkawi yg nak jual kerabu bronok ni. mungkin leceh nak mencuci kot! Memang kalu bernasib baik pi makan2 kat sana barulah dpt jumpa bronok ni.
      Masa bulan puasa, ada juga sya lihat org mjual di bazar ramadhan.

  3. Sy ni khwin dgn orang Lgkawi. Pertama kali tengok bronok waktu ngandung anak nombor 2. Mak mentua suruh bersihkan bronok muntah sy. Lepas tu suami dan kak ipar buat krabu sy cuba ckit, ckit at last marvellous! Sampai sekarang ianya jadi makanan kgemaran kami anak branak! Cubalah delicous!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge