Kenapa Takut Mati .. ???

Salam hari Jumaat yang indah kepada pembaca semua. Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada pelakon pujaan ramai Lisa Surihani kerana telah selamat bergelar isteri kepada Yusri (KRU) pada tanggal 23 Febuari 2012. Wah…mesti berlumba-lumba blog di luar sana yang dah update hari bahagia pasangan ini di blog masing-masing kan?

Baiklah, kita lupakan seketika kisah bahagia Lisa. Apakata saya bawakan tentang perihal seorang artis yang suam-suam kuku ni, tak lain tak bukan tentang penyanyi/pelakon Azza Elite. Terlebih dahulu post ni bukanlah berniat untuk menjatuhkan nama Azza. Tapi disebabkan dia selebriti yang dikenali ramai, ditambah pula baru-baru ni keluar satu kenyataan yang tak berapa bijak di akhbar Harian Metro berkenaan komen azza tentang dirinya yang “takut mati”.

mmm…kita berasa ‘takut mati’ mungkin kerana kita sendiri tak tahu cara mana, bila dan di mana kita akan menemui ajal itu. Mungkin juga kita ada banyak membuat kesilapan/dosa yang belum sempat kita memohon taubat kepadaNYA.

Kenyataan Azza itu membuat kami yang membaca Harian Metro hari itu tertawa kecil :o Bukan kerana kenyataan itu SALAH, tetapi kenyataan itu tidak seiring dengan posing-posing dan gambar azza dalam metro itu yang agak terbuka auratnya. Atau bahasa mudahnya “Cakap tak serupa bikin”.

Ini Pose/gambar sebahagian saje yang saya copy dari akhbar harian metro. Maaf kerana kualiti gambar xterang kerana saya sengaja kaburkan :wink:

Ada seorang ustaz cakap kita selalu kata takut MATI tapi sepatutnya kalau takut akan KEMATIAN, kenapa tiada PERUBAHAN??? asyik-asyik kita berada di takuk lama, tak solat, tak puasa, tak tutup aurat (bukan dituju kepada azza semata2 tapi ditujukan kepada kita semua)…. hairan, takut mati, tapi tak nak lakukan perintah Allah swt. Sifat WAHAN, atau CINTAKAN DUNIA TAKUTKAN MATI memang sentiasa ada dalam hidup seorang muslim.

Ustaz itu cerita lagi. Katanya dia sangat marah dengan kawan-kawannya yang mana ketika orang sibuk solat berjemaah ASAR, mereka tidur, bila di kejutkan MARAH!!! tapi lepas waktu riadah dalam pukul 5.30ptg mereka yang tidur tadi terus bangun dan ambil “boot” kasut sukan untuk main bola,dan terus main bola,lepas tu ada yang kata pada kawan ustaz tu,”KO TAK NAK RIADAH KE???CUBA-CUBALAH RIADAH, RIADAH TU PENTING UNTUK BADAN, APA LAH NAK JADI KO NI!!”…bayangkan kawan-kawan, mereka lebih mementingkan RIADAH dari solat,siap cakap APA NAK JADI,yang mereka tak solat tiada masalah pula,ya ALLAH….

Oleh itu, kepada mereka yang takut mati sebab sayang nak tinggalkan segala keseronokan di dunia, haruslah bertaubat segera, sebab menyesal di hari hisab tak ada gunanya lagi. Sesiapa yang wish hidup selama2nya, hanya wish yg impossibble..kalau semua org lived forever, penuhlah dunia ni dalam satu generasi je.. Kita patut berusaha to make his life longer untuk beramal sebanyak2nya juga berkhidmat untuk masyaratnya..so that people of his society my continue 2 profit from his good deeds.. Kita hanya mengharap matinya kita itu dalam iman dan baik utk semua orang. InsyaAllah  :D

sumber pencerahan : wahdahperkongsian.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

13 thoughts on “Kenapa Takut Mati .. ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge