Hari ini tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seorang GURU kerana pada tarikh inilah mereka akan diraikan bagi mengenang jasa para guru terhadap usaha membangunkan kualiti modal insan menerusi wadah pendidikan.
Walaupun mekar telah lama meninggalkan alam pembelajaran di sekolah, tetapi jasa semua guru-guru yang pernah mendidik mekar tidak akan lupakan. Oleh itu sempena Hari Guru marilah kita renungi secebis kisah di bawah ini buat pedoman bersama :-
cerpen mengenang jasa Guru
Kakak, kenapa nak kena hormat kat cikgu eh?” Tanya adik saya yang berumur 8 tahun.
Soalan itu kelihatan begitu mudah sekali untuk dijawab tetapi saya terpaksa berfikir seketika. Satu persoalan yang terpaksa saya fikirkan ialah, bagaimana mahu menerangkan kepentingan menghormati guru kepada kanak-kanak berusia 8 tahun? Fahamkah dia nanti?
Selepas seketika, saya pun bersuara, “Arif, pernah tengok emak tuang air teh dari teko tak?” Jawab Arif , “Pernah.”
“Bila emak tuang air teh, air keluar dari mana, teko ke cawan?” Tanya saya lagi. “Mesti la dari teko,” jawab Arif.
“Antara teko dengan cawan, yang mana kedudukan dia lebih tinggi bila emak tuang teh?” soal saya. “Mesti la teko kak. Teko kat atas, cawan kat bawah” Jawab Arif sambil menggayakan kedudukan teko dan cawan menggunakan tangannya.
“Hmm… kalau cawan tu lebih tinggi dari teko, boleh tak teh tu masuk dalam cawan? Soal saya lagi. “Mana boleh kak. Macam mana air teh nak jatuh ke atas pulak,” jawab Arif tegas.
“Haa.. kalau Arif nak tau, hubungan cikgu dengan murid macam tu jugak,” kata saya. “Macam mana?” Soal Arif.
“Ilmu datang dari cikgu, macam air teh datang dari teko jugak. Murid menerima ilmu dari cikgu, macam cawan menerima teh dari teko,” balas saya.
“O, ye ke. Habis tu?” Soal Arif lagi sambil mengerutkan keningnya.
“Kedudukan teko tu lagi tinggi dari cawan, macam kedudukan cikgu jugak, lebih tinggi dari murid. Kalau murid tak hormat cikgu, ia umpama murid tu nak tukar kedudukan, murid nak duduk kat atas pulak,” kata saya.
Arif diam tidak memberikan komen apa-apa.
“Jadi, kalau murid tak hormat cikgu dan nak duduk kat atas, rasanya boleh tak murid tu dapat ilmu dari cikgu?” Soal saya sambil menggayakan kedudukan cikgu dengan murid menggunakan tangannya.
“Ilmu pun takleh mengalir ke atas eh?” Soal Arif sambil tersengih.
“Ha, sebab tu la! Murid yang tidak menghormati cikgunya, nanti dia takkan dapat kuasai ilmu yang diturunkan oleh cikgunya,” balas saya.
“Habis tu, kalau tak hormat cikgu, nanti boleh jadi bodoh la eh?” Soal Arif dengan nada bimbang.
“Mungkin jugak,” jawab saya dengan senyuman sinis.
(Perbualan tamat di situ)
Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Bukan sahaja kanak-kanak yang tertanya-tanya mengapa guru perlu dihormati, malah orang dewasa juga kadangkala masih keliru mengenai persoalan ini.
Kesimpulannya buat kali ini, renungilah kata-kata seorang tokoh cendiakawan dan pemikir Islam yang hebat bernama Al-Zarnuji:
“Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan.”
Teacher, Thank You for making me what i am today !
salam..
guru terawal dalam hidup kita adalah kedua ibu bapa kita
jadi hormatilah mereka kerana tanpa mereka siapalah
kita di dunia ini..entahkan bersekolah pun tidak kan..?
zulkbo recently posted..Perjuangan Belum Berhenti – Selamat Hari Pendidik Guru
Salam.
Sudah pasti org yg pertama mjadi GURU kita adalah ibu bapa. Wajib patuhi mereka !
dulu dapat buku kemajuan ada jer markah merah dah kecut perut nk tunjuk kat ayah….
mau bising2 lama skit brulah resut semua biru hee..
@suri : takut nnt kena rotan pun ada juga bila da pen merah
bee
rasa nk mgis.. tapi mujur nenek ada hee…kdaan ok skit sn ada backup haa..
emm,besar sungguh jasa cikgu..rmai org zaman skrg jadikan kerja cikgu tu sbg pilihan terakhir, wlpun terakhir tp tu lah yg plg besar pahalanya..
selamat hari guru buat semua gru di Malaysia
adele recently posted..Aku Ingin Jadi Penulis yang Serius!
biasa juga dengar.. kalau tak dapat kerja lain barulah mereka menjadi Guru.
Apa2pun pekerjaan ini adalah terSangatlah mulia
Ikutkan dahulu, kwn2 bEe kebanyakannya taknak jadi cikgu. Mcm bEe pulak, tak kisah kalau dah itu rezeki. Skang dah lain pulak…. kwn2 yg taknak jadi cikgu yg jadi cikgu… bEe yg tak kisah pulak tak jadi cikgu. hehehe
Apa2pun itulah Qada & Qadar Allah kan!
Saya suka kiasan di dalam artikel ini. Mudah untuk dijelaskan & dihayati.
Hormat pada guru, i’Allah akan beroleh keberkatan ilmu dan keberkatan di dalam hidup. Ameen.
Hadi Rofiee recently posted..Ilmu dan amal
Hormat guru sama macam kita hormati ibu bapa. Baru ilmu dan kehidupan kita ada berkatnya
emm..teko dan teh? Perumpaan baru hari ini..
titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Smowtion
titan- boleh tukar teko dan milo atau teko dan kopi juga.. hehe
mmg payah pun nak explain sama budak2.. nak explain supaya hormati ibubapa dan org tua pun susah ehhh… Itu satu soalan jer – kenapa mesti hormati guru?
Ismail N recently posted..TM Everyone Connects Upin And Ipin Live In KK
Imagine guru2 kena soal macam-macam dek budak seramai 20 -4o orang dalam kelas tu? Dasyat dasyat…. mana tak kawe respect sama guru ehhh..
Seorang guru boleh handle beberapa ramai pelajar dalam sesebuah kelas. memang hebat kan?
Lagi sedih bila ada ibubapa yg tak hormati guru. Kalau bapak mcm tu, anak lagi teruk
Norasikin recently posted..Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™
Ibubapa yg tak hormat guru tu sbnrnya besar kepala…. Yelah, merekalah yg pandai… Anak mereka yg pandai. Padahal dari gurulah anak mereka tahu 3M
salam..
tanpa guru buta huruf lah kita
note RM 50 ingatkan note RM 1
tak ke haru dan rugi…????
SELAMAT HARI GURU buat
semua warga guru..
Salam…. Betul. banyak benda yg kita tak tahu kalu tak menuntut ilmu dari seorg GURU
uhh..tadi dah koem asal tak der..alahai….
tanpa guru kita agknay tak akan brjya smpi skrg
sng cerita tak jadi org le jwb nya hee
Hah.. komen tak keluar? xde pon
Kerana Guru lah kita dah berjaya menjadi manusia spt sekarang
dia menyorok balik entri kakak mekar hooo..
agaknya klu tak jadi org jadi hantu ker? heee..
SamsulAhmad.com recently posted..Ruangan Iklan Percuma di Rilekslah!
Guru sanggup mencurah dan mendidik anak2 bangsa. Tak kira masa mereka memberi khidmat
sebab aku suker jadik guru tapi x kesampaian, guru perlu ler kita hormat, tanpa guru siapa kita
bagus la ada cita2 nak jadi guru. tak jadi guru di sekolah, boleh jadi guru pada anak2 di rumah nanti
guru tinggi dia punya darjat…..
zik recently posted..Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!
Seorang Raja th tinggi darjat pun kita hormat. Inikan pula seorang GURU yg byk sekali mcurah bakti
setiap hari guru terkenang guru-guru yang telah meninggal dunia..al fatihah untuk guru tersebut.
Alfatihah juga buat bekas guru2 yg pernah mendidik sya.
Betul-betul….
Guru mencurahkan kesemua ilmu didadanya kepada anak murid. Cuma jangan sampai tertumpah air teh ke lantai sudah ler….
Sabahan Bloggers Club recently posted..Simple SEO tips for blogspot newbies
tuang air teh biar betul2 masuk dalam cawan okey !
Jgn tumpah, nanti emak marah !
jasa guru tetap dikenang.rasa nak marah tu ada
juga.lebih baik jangan terasa apa guru katakan.
takut tak berkat pula ilmu.
Ali ridha recently posted..Prestasi terjunam April 2011
Jangan cepat terasa dan terguris apabila dimarah guru. Ada sebab dia tegur, supaya kita menjadi manusia yg lebih BAIK
mudah juga nak faham ni, mekar
boleh dikisahkan kat dalam kelas nanti
hehe thanks
tehr recently posted..Salah Guru
Cikgu Teh boleh cerita kat budak2 di sekolah nanti. cerpen ni pun berkisar minuman teh
Saya buatkan kek buah untuk guru-guru anak saya. harap semuanya merasa sbb dkt 30 biji saya buat
Norasikin recently posted..Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™
Seronok jadi guru bila ada anak2 muridnya menghargai
terasa rindu pulak nak gi sekolah…rehat kt belakang kantin makan nasi lemak sama2 dgn member kelas sebelah..lepas tu main balas2 surat cinta dgn amoi kelas sebelah..hehhe..adeh….kantoi sudah..
MDHAFiZ.NET recently posted..MDHAFiZNET WordPress Version!!
amboi..kecik2 dah pandai cintan-cintun. Mesti cikgu denda kamu ? bila dah dewasa ni rasa kelakar utk imbas kisah2 silam tu
Hormati dan berterima kasih, kepada orang yang mendidik dan mengajar kita. Tak kiralah guru tadika, guru sekolah, guru sekolah memandu sekali pun.
*Terima kasih cikgu-cikgu
Mrs.Ayie recently posted..Kata diukir- kisah disusun I
betul..betul. sesiapa saje yg mengajar kita sesuatu ilmu itu dipanggil guru. Hormatilah kita sesama manusia
Guru adalah nian yg membakar jiwa & raga
Tp bEe teringat masa sekolah rendah. Bila ada cikgu sandaran lelaki tf kiut confirm bEe suka…. Hahahahaha
asal bee tak ngurat haaaa
Dah ngurat (stail budak2 sekolah punya cara)
Cikgu mana nak pndg yerlah kan “budak hingusan” hehehe
bEe recently posted..Ilustri & Gambar Bak Irama & Lagu
sebab guru hormat kita. Oleh itu, kita pun mesti hormat mereka..
titan recently posted..Interface baru Says yang lebih handsome
Saya suka entri ini dengan penerangan yang mudah untuk anak kecil fahami. Keberkatan dan restu yang dipohon didalam mengejar ilmu.
Lagi sedih bila ada ibubapa yg tak hormati guru. Kalau bapak mcm tu, anak lagi teruk