Salam sejahtera semua. Lama mekar tak update blog sebab baru balik ke rumah setelah hampir 2 minggu berada di negeri sebelah utara. Walaupun begitu, melalui perjalanan ini mekar beroleh idea untuk menulis sesuatu dalam entri kali ini.
Biasanya apabila melalui perjalanan yang jauh, mekar akan menaiki kereta yang dipandu oleh mr suami. Biasanya sebagai seorang isteri kita kena melayan mr suami berbual untuk mengelak dia mengantuk apabila sedang memandu. Macam-macam topik yang kami bualkan untuk mengelak kebosanan sepanjang perjalanan dan paling haru bila mr suami mula membebel apabila melihat senario ramainya pemandu Malaysia yang tidak tahu penggunaan “lorong kanan” yang terdapat di atas jalan raya.
Baik lelaki atau perempuan mereka sedap aje makan angin di lorong kanan. Bukankah lorong kanan itu hanya untuk memotong dan membawa laju. Sudah lupakah kita peringatan yang menyatakan “ikut lorong kiri jika tidak memotong”. Mustahil kita tidak tahu atau tak pernah terjumpa tanda amaran ini di jalan raya
Bila sebut pasal lorong ni, ada segelintir manusia yang diperhatikan terutama mereka yang memandu kenderaan kecil kerap berada di laluan paling kanan. Mekar rasa, dengan kuasa cc yang terhad yang dimiliki oleh kenderaan itu, ia tidak sepatutnya berada di lorong itu, terutama selepas memintas kenderaan lain. Kesannya, berlakulah deretan kereta yang berbaris panjang di belakangnya. Ditambah pula dengan sikap negatif kebanyakan pemandu kenderaan yang tidak mengendahkan signal kenderaan di belakang yang ingin memotongnya.
Perhatian kepada semua bila berada di lorong kanan, tolong la alert jika ada kenderaan yang bagi isyarat terhadap anda. Jangan sampai kereta lain di belakang membunyikan hon. waktu tu pasti kita rasa PaNas kan? Silap gaya boleh menyebabkan perlanggaran pula.
Senario yang sama juga kerap berlaku bila memandu kereta arah ke utara. Memasuki saja tol Juru, mr suami dah mula geleng kepala. Tengoklah bagaimana kereta bernombor plat P sentiasa berada di lorong kanan (lorong laju) walaupun dipandu dengan perlahan. Bila kita beri lampu isyarat hendak memotong, dia buat bodoh saja. Kalau kita beri lampu, lagilah dia memperlahankan keretanya. Macam tak de apa2 perasaan. Boleh sakit jiwa bila mengenangkan keadaan ini.
Kesimpulannya di sini mekar sarankan dan ingatan sesama kita supaya berada di lorong kiri jika anda tidak memotong. Kalau nak memotong bagi signal dan potong (drop gear & tekan minyak) dengan pantas. Pastu masuk lorong kiri balik kalau kenderaan anda tiada kemampuan untuk memecut laju berbanding kereta di belakang. Sama-samalah kita hormat-menghormati pengguna-pengguna lain di jalan raya. Sekian.
salam kak mekar..
btul tu,lama akk tak update..
rindu cerita santai akk..hehe
biasanya kalau melancong mana2,
mmg terlalu byk perkara yg nk dikongsikan..
pasal lorong kanan tu, sy stuju sgt dgn akk!!!
sy dulu pun tergolong dlm manusia yg tak reti bahasa
guna lorong kanan bukan pda tempatnya..sukati je bwk lembab
kt lorong kanan..lepas dah kena marah ngn penasihat sy, brulah
sy sedar mmg sy salah selama ni gunakan lorong kanan tu bkn pda tmpatnya..
skrg ni sy plak yg marahkan org yg lembab di lorong kanan..huhuhu
Salam adele – Jujurnya kamu mengakui ke alpaan diri
Biasanya melalui kesilapan itulah membuatkan kita lebih peka dan berubah pada keaadaan yg sewajarnya.
klu mak tgh drive, ada kereta yang tak reti nk gunakan lorong kanan tu, rasanya berbakul la dosa mak tambah…kenapa mereka tak reti nak gunakan ilmu sivik diorang yek??
Hi mak- Bila sya duk sebelah pemandu, jd ada lah peluang sya menjeling kat kereta yg menghalang laluan kami tuh
emm..apakata mak dara gtau kwn tu? dia tak tahu tu..kalau dia tahu mesti dia tak buat
adele recently posted..Semakin Rendah Pangkat Seseorang- Semakin Bongkak Mereka Di Kaunter
hy mekar..
MDT hari2 tumpang opismet pegi keje..dia kan selalu guna lorong kanan tu even cc keta kecik dan keta pun langsung tak pikap! pastu konon nak bawak laju2..tp tak laju pong!
geram dgn perangai dia tu..grrrrrrr
makdara TERdiva recently posted..Segmen Tanya MDT
Hai MakDara – hehehe…. MDT mengumpat kawan sendiri eh. Nasib baik dia tak singgah mymekar.com utk baca komen ni . Kalu tak lepas ni pasti dia tak kan tumpangkan MDT lagi. Kena naik public transport la lps ni
umm kadang2 rasa marah juga, kalau bawak slow tu cepat2 lah masuk kiri semula kalau takde kereta di depan, betul, menjadi bertimbang rasa juga merupakan asas pemanduan berhemah,
Hi Padin – Kadang2 kita kena sedar diri tentang keupayaan kereta yg kita pandu tuh. Tak pasal2 org “aim” kereta kita sepanjang pjalanan itu
adakah ini lagi satu bukti mentaliti kita masih di kelas ke tiga?? mungkin kot..
Fitrihadi recently posted..Mesti Baca 5 Youtuber Terbaik Abad Ini Inspirasi Kepada Semua Vlogger Serta Blogger Malaysia
Fitri – Selalu dgr org luar puji rakyat malaysia sangat bersopan & berbudi bahsa. Tetapi tidak di Jalan Raya !
Pernah dgr tak org kena saman sbb bawa slow di lorong kanan ? Kalu pandu laju tu selalu dgr
sepatutnya kena beri surat saman
mereka menghalang laluan orang lain, ini juga satu kesalahan
tehr recently posted..Terlewat
Tehr – betul. kena ada tindakan sewajarnya. kalu tak, seronok aje diorg bersantai kat laluan laju tuh
setuju jugak.. memang ade jer eksiden disebabkan pemandu drive slow kat lorong kanan.. kdg2 org lain yg jadi mangsa sbb brek mengejut lepas tu terbabas..
Ezany-Kun recently posted..Tiz Zaqyah Zaman Sekolah Gambar
Ezany – Tiba2 jer memotong masuk lorong kanan padahal kereta kat lorong kanan tengah laju masa tuh
Ya.. saya pun kerap terjumpa perkara sebegini di semua jenis jalan raya. Nampaknya pihak yg berwajib hendaklah membuat ‘up-date’ tentang perkara ini (seperti yg pernah dibuat satu waktu dahulu).
Satu lg yg membuat saya panas hati ialah perangai ‘potong Q’ terutamanya dilampu isyarat. Kalau dikatakan mereka hendak cepat, semua orang pun ada perkara yg hendak diselesaikan.
Entahlah..
fikryn recently posted..Diantara Blog- Facebook- Twitter dan Tumblr
Fikryn – Sya tak perasan pula suatu ketika dulu pihak b’wajib highlight pasal hal ni. Skrg senyap aje kan?
Sya cukup xberani nk potong Q kat trafik light. nanti org jeling kt sya pulak
Dulu benda ni sampai dibuat makluman di TV.. Tp kita ni kalau dh pegang stereng semua jd lupa..
fikryn recently posted..Diantara Blog- Facebook- Twitter dan Tumblr
takut naik motor.. bila di highway…. lori/atau bas… rasa dia punya angin… terhuyung hayang… huhu , pandu dengan berhemah. ingatlah orang yang tersayang…
zik recently posted..Pencipta mesin pengeluar wang automatik ATM
Zik- bukan naik motor jer, kalu naik keta cc rendah pun sama. bila bas /lori lalu sebelah, boleh bgoyang kita dibuatnya
dapat lak kalau pemandu tu muda2 belaka..
tengah gian pegang stereng.. buat jln tu cam diorg yang punya je..
sifat hormat tiada langsung..
kakngah recently posted..crack
Kakngah – org muda baru dpt lesen tu ! Tak tahu lagi selok belok dan sifat berhemah di jalan raya.
pasni kena kena iangat..take note sekli huuu..
salam mekar..
apa khabar? sihat ke tidak?
pemandu bijak akan mudah d senangi oleh pengguna yg lain hiii
Salam suri- Mekar sihat alhamdulilah.
Betul. Sama2 kita beringat. heh.
Setiap kali memandu kena tanamkan sikap berhemah di jalanraya. Tapi kadang2 kita ni cepat naik angin