Pagi ni mekar membaca laporan akhbar dan ada dua artikel berkenaan kes pembuangan bayi. Satu kes di Bandar Seri Jempol dan satu lagi di Danau Kota, Setapak. Mekar sebenarnya jarang membelek akhbar tetapi kalau ada kesempatan, memang selalu terkejut dan berasa sakit hati kerana laporan-laporan kes seperti ini teramatlah kerap menjadi tatapan harian kita.
Berikut ini adalah dua keratan akhbar dari Berita Harian bertarikh 14 Jun 2011(selasa)

Itu baru baca berita untuk hari ini. Macamana pula kisahnya untuk berita hari esok? Agaknya berapa ramai lagi bayi-bayi yang tidak berdosa ini dibuang pada hari berikutnya
Kita ni seolah-olah sudah balik ke zaman jahiliah pula. Zaman jahiliah di Tanah Arab dahulu, orang Arab membuang bayi perempuan kerana malu beranak perempuan yang dianggap hanya akan membesar menjadi wanita simpanan dan merosakkan maruah keluarga. Maka banyaklah bayi perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup kerana keluarganya mahu menutup aib.
Tetapi sekarang lagi dahsyat, bayi yang lahir itu dibuang sesuka hati saja, di tong sampah, tempat kumbahan, tepi sungai, dalam tandas awam dan entah mana-mana lagi tempat yang jijik dan busuk. Secara tidak langsung, ia juga menggambarkan betapa jijik dan busuknya pemikiran orang yang melakukan perbuatan itu !
Satu yang pasti, bayi ini dibuang kerana lahirnya tidak dipinta dan membesarnya dia dalam Rahim ibunya hasil perhubungan yang tidak sah.
Memang kalau mahu lemparkan marah dan sesal, 7 hari 7 malam pun tidak akan reda. Kerajaan pun risau. Polis sibuk jalankan siasatan dan hukuman. NGO tidak terkecuali memainkan peranannya. Semua ini tidak juga menyelesaikan masalah, malah makin bertambah sesak di dada. Jangan ingat kita sudah terselamat kerana andai terleka, ini pun boleh berlaku pada anak-anak, adik-adik, sedara-mara dan jiran tetangga kita.
Sepatutnya kesalahan ini tidak hanya dipikul oleh remaja/individu yang bertanggungjawab tetapi oleh ibu bapanya juga yang barangkali kerana ‘ter’salah asuhan menyebabkan remaja-remaja ini ‘ter’lanjur, ‘ter’silap, ‘ter’buat dan ‘ter’ dalam segalanya. (dalam hal2 begini selalunya ibubapa lah yang terpalit menanggung aibnya. anak2 sanggup menconteng arang ke muka
)
Apa yang mekar mahu katakan diruangan kecil ini, tak perlulah kita menunding jari mencari kesalahan orang lain. Semuanya bergantung atas diri kita sendiri. Kepada yang perempuan janganlah mudah percaya sehingga terpedaya dengan memberi ruang kepada “orang-orang” yang bukan sah milik kita untuk membuat ‘sesuatu’ yang tidak sepatutnya. Kepada yang lelaki pula, kawallah diri dan lindungilah kaum hawa yang lemah itu. Bayangkan saja kalau itu menimpa adiknya atau anaknya suatu hari, apa yang dia rasa?
Memanglah kita manusia selalu terlanjur, tersilap dan terbuat sesuatu yang di luar dugaan. Namun sampai bila hendak bergantung kepada kata-kata “tak sengaja” itu. Tepuk dada, tanya Diri.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah swt daripada menzalimi diri sendiri.
pst : Ada kes, pasangannya adalah suka sama suka. Tetapi bila dibuat laporan, si perempuan tidak cukup umur maka ia disabitkan atas kes rogol. Yang jadi mangsa dan dikenakan tindakan semestinya orang lelaki sahaja. huhu
lagi satu.. kes haruan makan anak.. pun dah makin berleluasa sekarang.
aduh… kesian mangsa yang tak berdosa tu. lebih memilukan ada’ibu’ merelakan anaknya diperlakukan sedemikian…
kakngah recently posted..saling merindu
Benar kakngah.bila dh jadi spti itu ada Si ibu tak berani langsung utk mbuat laporan polis. huhu..
memanglah dia takut kena sebat …. hehehe
benjy recently posted..KECEMASAN
kasi sebat saje
Mekar,
Memang kita tak patut tuding jari pada sesiapa. Tak patut bertanya pun salah siapa. Sepatutnya tanya pada diri sendiri. Masyarakat ‘kita’ khususnya lebih mementingkan maruah dari menjaga anak cucu dan agama kita sendiri. ‘Kita’ juga yang asyik mementingkan ‘apa kata orang nanti?’, ‘apa orang lain akan anggap nanti?’, ‘apa akan jadi pada keluarga kita nanti?’….’Kita’ terlalu taksub dengan maruah diri terhadap masyarakat dari mengajak mereka yang terlajak melakukan dosa besar itu kembali ke pangkal jalan. Selagi ‘kita’ terlalu taksub dengan nama baik ekluarga, selagi utlah gejala masyarakat Jahiliyah akan terus berleluasa apatah lagi bila kita semakin hampir di akhir-akhir zaman ini. Saya bukan liberalis. Jauh sekali konservatif. Saya kasihan pada mereka yang berbuat dosa ini. Sudahlah dosa berzina, ditambah pula dengan dosa membunuh zuriat sendiri. Apatah lagi si ibu, trauma hingga ke akhir hayat…saya pasti!
Apa tindakan ‘kita’ selanjutnya bila membaca berita seperti ini (yang seakan sudah imun terhadap diri sendiri)? Jika tidak mengata? Mengutuk? Mengecam? Menyalahkan ibubapa bayi tidak bersalah itu?
Syukur Alhamdulillah jika bayi itu tidak panjang nyawanya kerana syurga sudah pasti menanti mereka.
Fara recently posted..benang basah
yes fara.. semuanya atas diri individu/remaja itu sendiri. Tapi sokongan dr ibubapa juga amat penting dlm menerapkan nilai2 BAIK terutama aspek keagamaan dan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Bila anak2 terlalu diberi kebebasan, maka perkara spti ini xmustahil berlaku. (ini belum termasuk individu/remaja yg lahir dr keluarga yg berpecah-belah).
aduh ! …. sakitnya dunia ni bila lagi bumi ni nak MC …. hehehe
benjy recently posted..KECEMASAN
Kak mekar perasan tak skamg…
Berzina tu dah jadi mcm “makanan harian” remaja skang! Apatah lagi membuang anak… dah jadi trend!
meluat bila dah jadi trend kak bee kak mekar..
ibarat berkawan terllu rapat inilah jadinya..
itu ada pepatah mengatakan “duduk rengang-rengang”
benjy recently posted..KECEMASAN
wanau’zubillah…mintak jauhlah dari benda2 camni…seriau tgk dan dengar
Plg marah & geram pd remaja yg bertudung terutamanya TAPI MasyaAllah!!!!!! Tak tahu kalimah syahadah ke mana
Sedih sgt bila berlaku kes pembuangan bayi mcm ni. Kesian anak tu. Bukan senang nak mengandung 40minggu kak… Apatah lagi dlm proses nak bersalin…. Sakit tau!!!!!
Betul bee.. kalau baca paper tentang hal2 spti itu seolah2 ia perkara biasa dan terjadi HARI-HARI.
pst : xboleh nk bayangkan mcmana mereka sanggup hadapi kesakitan dgn beranak sorang2 dalm tandas, blkg semak dll. Sedangkan yg beranak (cara betul) kt hospital siap ada aircond pun terasa kesukarannya
terutamanya kalau baca harian metro…bersepah cerita2 camni…kalau baca hari2 HM…mmg boleh sakit jiwa, tp kalau tak baca, tak tahu krisis masyarakat pula…
hafiz-nasib baik sya xbeli paper hari2. kalu tak, setiap hari rasa “kecewa” mengenangkan gejala ini.
pst: tp kalu xbaca paper, kang tak tahu isu2 semasa pula. (esok lusa harga minyak/gula naik pun xtahu..huhu)
bila dosa sudah tidak terasa, begitulah sikap zalim mula mengelodak sakan hingga membinasakan diri sendiri.. huhuu
geram dok ada dlm hati ini.. tandanya iman tu; bencikan perbuatan jahat!..
huhuhuu
maza recently posted..Terjah sama itu orang
jangan terikut2 hawa nafsu. kelak nanti buat dosa besar pun tidak terasa apa2
budak sekarang makin menjadi2..kadang2 org salahkan mak ayah katenye tak mendidik anak dgn betul tapi setengah tu mak ayah dah didik dengan betul tapi bila dah besar, jauh dari mata mak bapak..anak mula buat perangai..nak2 kalo jumpa pulak pasangan yang selalu mengajak melakukan perkara tak elok…
leez recently posted..Part Time job
betul juga kata leez. xboleh salahkan ibubapa 100%. kadang2 didikan dh cukup sempurna, tp bila dh berjauhan keluarga, mcm2 hal pula boleh berlaku. yang penting, kesedaran perlu di tanam dlm tuan punya badan sendiri
ciktom rs ketidakadilan jgk kalau kes yg suka sama suka tp hanya lelaki disabitkan kesalahan..pttnya 2-2 kena bertanggungjwb barulah kes camni tak terus berleluasa…
cik tom recently posted..Gambar Model Baru Perodua Myvi 2011
maksudnya begini CT- kalu girl tu umur 16 tahun dan pasangannya 20 thn. Kes ni terus di sabit kes Rogol sb si girl xcukup umur 18 lagi. si boy yg kena tindakan undang2. padahal sama2 “seronok” sebelum ni. huhu (ini kes yg buat report la)
Inilah kalau semua dah ingat nikmat dunia sahaja, dah lupa pada tuhan.
Didikan ibubapa itu penting untuk anak-anak.
Sabahan Bloggers Club recently posted..Ultrasurf anti-censorship software
SBC- Paling utama didikan dr ibubapa. tanamkan aspek2 keugamaan dlm diri anak2 kita. InsyaAllah.
Itulah. biar kita sama-sama belajar dari kesilapan orang lain sebenarnya. Bila kita ada anak, didik mereka dengan betul. Jangan main biar jer.
Sabahan Bloggers Club recently posted..Access block website with DNS IP
alamat b3njy risau ni dah jadi ayah ni … isk..isk..isk..
benjy recently posted..KECEMASAN
sesiapa yg dh jadi ibu bapa mesti tdetik rasa bimbang dalm diri. Semoga sukses ben
rasanya kita hidup bermasyarakat patt ambil tahu & satu (1) lagi didikan awal tu jua penting
Kamarul Azri™ recently posted..Cabaran 60 hari- 1-000-000 dalam Alexa Rank
Betul KA. Bukan menyibuk atau jaga tepi kain org tetapi “Mengambil Tahu” hal sekeliling
salam..
zulkbo recently posted..Kenali Modus Operandi Tektik Penyamun Snap & Grap
ermmm..dengan tetiba
saya “ter” datang
dan “ter” baca la pulak
tak salah kan..?
eh..masuk la. pintu tak kunci
benda sedap, siapalah tak mahu..tu pasal..macam-macam dah jadi sekarang..
titan recently posted..Edisi Siasat – Buat duit dengan Clicksor
sedap masa tu aje. lepas tu merana la jawab nya huhu
Kawe pun setuju tuding jari bukanlah yg wajar kita buat masa nie. Yg terbaik adalah memikirkan cara bagaimana hendak membantu mereka ini. Ramai yg terperangkap adalah remaja yg terbiar dan tiada didikan sempurna. So nak marah mereka 100% pun tak patut juga.
Masaalh kita adalah lahirnya golongan yang liberal yang memperjuangkan hak asasi dunia kononnya… Dapat sokongan lagi tu.. Hmmm… Bila mereka ni dah disokong oleh org Islam, Kristian dsb, maka makin besar kepala lah dan makin banyak “ter” terjadi. Kawe paling tension dgn Lady Gaga tu…. erkkk nak cakap lebih2 pon susah sbb kawe pun tak rasa diri alim mana… Hmmm semoga anak2 kawe dilindungi syukurlah juga..
panjang ehhh.. artikel tambahan jadinya..sorri..
DuluLainSekarangLain recently posted..Cara Keluarkan Duit Dari Paypal
Bro, tak perlu tunggu jd alim untuk mengeluarkan pendapat yang bermanfaat buat masyarakat ni. Anyway, TQ atas info nya.
Betul la. gejala spt ini MUDAH TERJADI pada remaja2 terbiar / kurang mdapat perhatian keluarga
semua org harus peka..hata jiran tertangga..
anak2 tak blh d beri peluang utk bebas keterlaluan sgt2 kena pantau dan bendung sllu..klu tak kita ibu bapa lah yg sush kemudian hari
Kena pantau. jgn tlalu bebas
sangat sedih sy kak mekar…
bg sy yg terlalu harapkan kehadiran zuriat namun mereka yg berhati binatang nih sesuka hati jer buang2 bayi….entah dimana iman mereka….
smg Allah beri balasan yg setimpal ats apa yg mereka lakukan…
teruk ye membunuh nyawa seorang bayi yg tidak berdosa…SGT KEJAM!!!
Lorna recently posted..Comment on izzlornacom 1st Special Giveaway Listing! – by izzlorna
memang kecewa dgn sikap mereka tu kan lorna ?
Geram je..tambah lg macam kita yg dah kawin tp belum rezeki ada zuriat. Berusaha sungguh2 kan. Tapi diorang senang2 je pegi buang bayi tu
tak suka betul baca kes pembuangan bayi. sebab tersentuh betul kt hati…kita yg nak sgt anak tp perlu berusaha sungguh2. mereka yg mudah dpt anak, mensia-siakannya… rs mcm nk tikam2 je manusia ehh binatang-binatang tu. sori emo. hehe
Nini Hartini recently posted..Spicy Chicken DalBokeumTang 닭볶음탕
heh..nini tgh marah sampai nak tikam2 org
sama la kita. bersusah payah berusaha nak dapat anak, deme senang-senang ja pegi buang
Dosa zina, ditambah dosa membunuh. Bila dah berkali-kali buat silap, itu bukan “ter” lagi dah. Betul tu Kak Mekar, tak boleh menuding jari. Tapi kena eratkan jari. (kerjasama)
Mrs.Ayie recently posted..Suara diam
Perlu ada KERJASAMA membanteras gejala zina & buang bayi.
Susah juga kita asyik harap pihak2 lain(kerajaan, sekolah, polis, ngo dll) membantu gejala ini dr berleluasa tetapi tuan empunya diri tak de kesedaran langsung. Makin syok dia ada la
alamak saya ter komen la plak, hehe. Kes kes macam ni selalunya bagi wan budaya ambil kisah perlu dititik beratkan, jangan mentang mentang bukan anak kita, kita biarkan mereka melakukan maksiat yg menghampiri zina.
“ter” komen xpa
Hidup bermasyarakat perlu ambil kisah dan ambil peduli ttng kehidupan di sekeliling
emm..apalah nak jadi. asyik terrr aje..
beritacikgu recently posted..Semakan Keputusan e-Rayuan UPU 2011 Secara Online & SMS
“ter” yang boleh mconteng arang ke muka sendiri & keluarga
Saya orang yang Berkecuali…ehehe….
soalan ini sepatutnya ditanya pd diri kita sendiri…
MDHAFiZ.NET recently posted..Jame’ Asr The Largest Mosque In Brunei Darussalam
Jaga maruah diri. itu yg utama
salam ziarah..
hmM..ini akhir zaman, kembali pada permulaan..
bukan saja perlakuan malah pada pemikiran..
aku juga menjadi mangsa!
qamarguyz recently posted..Harapan Terakhir Ayah
qamar- jadi mangsa ?maksudnya boleh jelaskan ? (kalau xkeberatan)
dunia sekarang ni macam2 ada. yang paling ngeri ialah hari tu, kes buang bayi dari tingkat 5. sangat kejam!
Hisyam recently posted..Wordless Wednesday
kesian bayi tu. apalah dosa dia
Apa yang berlaku sebenarnya kat sini ?… sekarang ada yang terbalik juga …. anak bila besar buang emaknya … aduiii ! … mengapa jadi begitu …
benjy recently posted..KECEMASAN
Buang sampah sudah la ! Jgn la nak buang orang. tak paham..tak paham..
Adakah kita dah termasuk zaman jahiliah, anak bagaikan sampah
Hisyam recently posted..5 Tanda Blog Anda Memberikan Tekanan
dah jd mcm trend la buang2 bayi nie…
Mr Rileks recently posted..Cara pasang Iklan Google dalam Blog Bahasa Melayu
diaorang buat macam “buang sampah” pula kan?
ramai juga yg guna istilah ‘ter’….aduhai…mmg seriau tgk gelagat anak remaja sekarang…
YA Allah, KAU lindungilah anak2 dan keturunan kami….ameen
InsyaAllah hafiz semoga keluarga kita dilindungi
Paling sedih apabila sanggup mencapakkan bayi yang dilahirkan keluar apartment. Itulah nilai harga diri seorang manusia senang-senang sahaja cabut nyawanya
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Kojak Jr
satu2 nya TER yang disengajakan. Terlanjur..
Kalau bawah 18 memang kategori rogol tak kira suka atau tak.
Khidhir recently posted..Pesta Hack Website Anjuran SKMM
susah hati menjaga anak2 sekarang tak kisah lelaki atau perempuan
ciksembang recently posted..Makam Abu Ayub AlAnsari di Istanbul,Turki