Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

Alahai kakak, tukarlah paradigma. Sekarang tak sama dengan dulu. Dulu anak dara sekarang emak dara, maka cara fikir tidak boleh sama. Cara fikir anak dara takkan sama dengan cara fikir orang dewasa. Masa anak dara  okeylah kalau itu takut, ini takut, itu tak reti, ini tak reti, ini tak pandai, itu tak pandai.

Cara fikir anak dara memang kena terkongkong sikit, baru dia boleh terima adab dan adat. Kalau cara fikir dia tak terkongkong, mahu dia round dunia, sorang-sorang. Salah tu, mana boleh anak dara round dunia sorang-sorang, kecuali anak dara orang putih. Dia lain, awak lain.

Baiklah, kita kembali pada cara berfikir golongan wanita. Alahai kakak, tukarlah paradigma, tukarlah cara berfikir. Dulu tak berani bawa kereta sekarang kenalah berani-berani, sebab kalau kakak tak berani, takkan nak harap kat mr suami memanjang. Time suami ada okeylah, time suami sakit ke, outstation ke, kakak asyik takut nak belajar kereta. Tu boleh tahan lagi, boleh tunggu suami balik, kalau suami meninggal macamana? Anak-anak masih kecil, kena beri makan.

Ramai wanita terutama yang suri, yang tak suri pun tak terkecuali masih berfikir sebagaimana dia anak dara padahal anak dah tiga. Ketakutan yang tak pasal-pasal, contohnya apa..contohnya nak ke sekolah jumpa cikgu, ambil report card, itu pun takut. Laaa, pasal apa? Tukarlah cara fikir. Tak boleh terkongkong dan kuno terus. Zaman terus berputar. Memang tak mampu dipikul seorang. Dah namanya perkongsian hidup, kakak kena tolong abang. Jangan andalkan semuanya pada abang.

Ini kisah ibu saudara saya. Ceritanya sangat biasa tetapi boleh dijadikan pedoman buat kita. Suatu hari saya menziarahi beliau di rumahnya. Setelah asyik berbual, saya meminta izin beliau untuk ke tandas. Tiba-tiba saya terdengar curahan air yang melimpah deras dari bilik air sebelah. MasyaAllah. Kelihatan seperti Paip bocor ! Melimpah-limpah. Saya tanya mak cik.

Saya : Mak cik macamana ni? air melimpah banyak?

Mak cik : Itu la..paip bocor tu. Entah tak tahu nak buat macamana (cuma tadah dengan baldi untuk sementara).

Saya : Dah cuba baiki untuk sementara?

Mak cik : Baru je jadi macam tu. Aku tak tahu nak buat. Nak tunggu pakcik kau balik malam nanti untuk betulkan.

Saya (dalam hati) : Biar betul makcik aku ni. Sekarang baru jam 5 ptg. Nak tunggu pakcik balik dari kerja mau jam 10 malam dia sampai rumah. Tak pasal-pasal banjir pulak rumah ni. Bil air pun boleh meningkat ! Ini tak boleh jadi. Saya pun apalagi,  dengan gigih dan semangat terus gedik² godek² sendiri paip tu. Pusing2, ketatkan dan ambik kain perca sebagai pengikat penyambungan antara paip tuu. Akhirnya…. aku berjaya!!!!!!!. Heh..! Tak de la susah sangat nak membetulkan nya. Walaupun ini hanya pembaikan sementara (saya bukan pakar), tetapi sekurang2nya kita ada usaha dan tak perlu tunggu dan terlalu mengharap kepada mr suami tentang hal2 yang remeh seperti ini. Selagi ia tak mendatangkan bahaya kepada kita, apasalahnya kita “berfikir” bagaimana cara untuk mengatasi sesuatu masalah kecil samada di rumah atau di luar rumah. Jangan jadi isteri yang semuanya tak tahu. Nak bayar duit api pun tak tahu (skrg guna online). Nak hantar anak ke klinik tak berani (melainkan suami kakak, 24jam ada kat rumah).

Tengok puan-puan semua. Selagi boleh, bantulah ringankan bebanan suami. Berdikari lah demi kepentingan peribadi kerana hidup kita ni bukan boleh dijangka. Si suami pula bila dah dapat isteri yang tahu berdikari, janganlah terus mengada-gada dan lepas tangan. Yang saya sebut ni muhasabah diri, kedua-dua pihak. Masing-masing kena tahu tanggungjawab. Tujuannya supaya kehidupan berumahtangga itu dipermudahkan dan selamat dunia dan akhirat.

pst : perlukah isteri/wanita berdikari ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

51 thoughts on “Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

    • suatu hari nanti kena belajar bawa kereta. takut bila dah kawin nnti, si isteri yg terlebih berdikari (dia buat semua). Mana pula tanggujawab si suami masa tu kan?

    • pasal memandu kereta tu sangat setuju.

      tapi saya bangga gak, ada isteri yg umur dah 30 tahun sanggup nak g belajar memandu sebab nak hantar anak ke sekolah. Agaknya dulu masa study tak sempat belajar, pastu terus kahwin hehe. Sekurang2 kalau memandu, boleh lah hantar anak sendiri ke sekolah

  1. perlu!
    paling perlu, kene pandai dan ada lesen memandu. incase apa2 terjadi pada anak2 @ diri sendiri ketika suami takde, tau dan boleh nak buat apa.
    jangan terlalu bergantung harap dengan suami.
    kesian suami. tak banyak, sikit jadi la kita ringankan beban dia dgn berdikari.

    *** tapikan… kalau tayar kete aku pancit, aku tetap harap kat abg sayang.. :P
    acane tuh?? huhuhu!!!

    • hehe..bab kereta tu, sya pun tarik diri ( xde kudrat). Kalu nk gi bengkel ke, itu wajib kena ajak org laki (suami). Kang tak pasal2 kena kelentong kat tokey bengkel tu.
      Tapi kalu nk gi servis kereta, sya selalu gi sendiri jer kat proton tu :-)

  2. Wanita sepatutnya berdikari. Bukan hanya pada luaran. Tetapi dalaman juga kita sepatutnya berdikari. Jangan terlalu bergantung harap dan perasaan kasih seorang lelaki. Walaupun itu yang kita perlu tetapi untuk bergantung harapan 100% adalah tidak patut. Demi mengelakkan kita menderita kerana kecewa di suatu masa nanti. Kita tak tahu putaran hidup kita macam mana. Kita tidak tahu dugaan yang Tuhan bakal turunkan pada kita bagaimana. Subhanallah…..

    Apa yang penting, kita seharusnya bersedia menghadapi segala situasi.

    =)

  3. Salam,
    Ada satu entri pasal berdikari yg belum dipublishkan.Ceritanya lebih kurang sama seperti diatas :).

    Memang betul jangan harapkan suami semata2,saya ada kawan(lelaki)setiap hari dia mengeluh yg isterinya nak beli kicap sebotol pun tunggu suami balik dari kerja baru boleh ada kicap hmm,kalau beras habis kebulurlah anak2 sebab nak tunggu suami balik dari kerja.

    Saya tabik kepada wanita yang ada kemahiran memandu walaupun hanya sekadar motosikal :) nice entri saya nak share kat fb yer :) :) :)

    • Salam. Tak apa bro. boleh di kongsi-kongsi bersama.

      Saya tak suka tengok perempuan yg “manja”. Betul kata bro, nk beli kicap, nak beli beras. itu belum lagi gas masak habis. mau tak berasap dapur semata2 nk tunggu suami balik rumah. Ingat dulu kawan lelaki sya pernah mgadu nak byr apa2 bil semua dia kena uruskan. padahal kerjaya dia tsangatlah sibuk. isterinya xpernah ambik kisah perkara ni. huhu.. (kita bukan hidup zaman tok nenek kita lagi skrg !)

    • mmg agak payah juga kalau sebotol kicap terpaksa juga tunggu suami belikan…

      p/s – tp suami kena ingat, itu mmg tanggungjwab yg wajib disediakan, tak gitu?

  4. maza setuju…

    apa2 hal berlaku kita tidak hadapi masalah kejutan budaya.. tak lah mengeluh tak sudah2 dan akhirnya berputus asa..

    akhir kalam, moga2 aman dunia ini.. hehhehe :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  5. perlu sangat2.. nak2 nanti dapat suami yang selalu outstation.nanti tak la terkial2 sorang2.ini tak tau itu pun tak tau.haru tu.nak manja biar berpada2.

    pernah dulu jiran syiela husband dia tentera.ada operasi sebulan++ kat hutan. then kami jiran2 kena tolong belikan brg rumah sbb dia tak tau nak bli sendiri sebab sebelum ni husband dia yg uruskan semua.haru!

    ***keta mmg perlu tau nk drive sbb time majuk sng nk larik.. hehehehe
    tapi kalau bab repair keta tetap tgu suami tersayang bawa ke workshop.sebab pernah kena tipu…

    • Nak manja2 biar kena pada tempat. Setakat nak beli brg dapur, usaha2 lah sendiri. rasa malu kat jiran kalu benda mcm ni ppun diharap pd org. lain la kalau kita ni sakit.

      pst : Err.. tak baik lari dari rumah kalu merajuk dgn somi. sorok dlm bilik jer :mrgreen:

  6. Mengikut situasi sekarang, rasanya mmg perlu seorang wanita lebih2 lagi seorang isteri lebih berdikari dalam usaha bantu suami…

    Suami pulak, kenalah tolong2 juga berdikari, contoh, kalau setakat nak air teh, kopi, buatlah sendiri sekali sekala…atau lagi bagus, buatkan utk isteri sekali…

    • kalu anak dah berderet(dan kecik2 lagi) memang patut la suami bancuh air sendiri. masa ni isteri nak buat semua memang tak dan la :-)

  7. wanita mmg kena berdikari cuma kena pandai tarik tali kadang2 suami ter alpa
    habis semua yg isteri kena settle
    kereta kenalah pandai bawak..jgnla takut bebenor, tapi respek lah kat mymekar boleh repair2 paip..part yg tu sy belum berdikari..mungkin sy tutup paip besar kat meter je yg paling ringkas utk dibuat..ok tak? at least berpikir jugak sikit kan :D

    • Sebenarnya pyambung paip tu longgar jer. xsusah pun. tp sebab kita dah set dlm kepala kalu hal2 bkaitan kerosakan mesti suami yg uruskan. itu sbb kita xmau pening pikir.hehe.. Bagus juga idea kak tu. Tutup aje punca paip utama.

      Apa2 pun berdikari ni releven masa suami kerja OT/Outstation/busy sangat. Kalu dia free, kita suruh dia selesaikan la.. :mrgreen:

  8. aisehman… tak dapat la cik mekar nak jadik anak dara berdikari..
    sebab kita nie.. anak teruna…ha.ha.ha…

    semenjak arwah ayah ke rahmatullah.. byk gak kena buat….
    mcm ari tu.. paip bocor… seminggu gak mengerjakannya…
    pasang2 .. bocor… pasang2 bocor… tapi akhirnya berjaya gak.. he.he.he..

    tapi lepas dah paham caranya.. memang senang …
    ingat nak wat artikel tentang pasang paip la kat blog saya… :D

    • Jadi anak teruna memang sah-sah kena tahu buat kerja2 kemahiran hidup ni. Bertukang, baiki paip, baiki letrik malah MEMASAK pun anda ambil tahu juga kan?

      pst : buat la artikel cara baiki paip tu.
      sya suka tengok pekerja2/kontraktor yg sedang mbuat kerja2 pembaikan di rumah supaya bila apa2 terjadi kt rumah suatu masa nnti, sya senang mgambil tindakan pantas.

  9. Wanita perlu berdikari kerana tidak terlalu bergantung kepada suami. Kalau selalu manja diri supaya suami buat payahlah. Bukan suami menyerah bulat-bulat semua tugas rumahtangga tapi ada perkara boleh dilakukan oleh seorang isteri. Si isteri perlu anggap dirinya seorang setiausaha kepada pengurus tapi skop suri rumatangga :-)

  10. Salam kak.

    SETUJU!!!!!!!!

    Ya, jadi isteri kenalah berdikari, jangan harap pada suami sepanjang masa. Apa yang boleh tu, buatlah. Ringan sikit kerja suami.

    Harap2 nanti dapat kahwin dengan isteri yang pandai berdikari . Amin :D

    • Salam affan,
      Bila isteri dah berdikari, si suami mesti hargai pgorbanan isteri itu. Jgn pula segala hal diserah bulat2 kpd isteri sampai suami seronok sbb boleh lepas tgn.

      Semoga impianmu tercapai :D

  11. Assalamualaikum Mekar.
    Wah, bijak sungguh Mekar..cepat bertindak bila ada masalah timbul.Pada pendapat ain wanita sekarang kena pandai berdikari dan tidak boleh terlalu mgharapkan suami dalam segala urusan.Adakala perkara kecil dan mudah misalnya pbayaran bil-bil rumah boleh saja dibuat oleh isteri.Adakala dalam membuat keputusan juga para isteri harus bertindak cepat jika ianya melibatkan nyawa atau kecemasan.Selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan masih dalam batas-batas agama, maka harus para isteri bertindak dan berdikari dalam sesetengah perkara.
    Bagus juga jika saudara Hairul nak buat enrty baiki paip,leh ain tumpang belajar… :mrgreen:

    • Salam ain. Yang simple2 tu boleh lah di usahakan. tp kalau bab letrik rosak, sya takut juga nak tunjuk pandai 8O
      Betul kata ain tu. Bukan kita nk tunjuk panadai tp kalu sesuatu perkara tu memerlukan tindakan segera, tiada masalah utk kita mhulurkn bantuan. Asalkn ia tak melangar batas2 agama.
      pst: xsabar tggu hairul buat entri baiki paip :mrgreen:

  12. Suka entry ni. :) Setuju sangat. Terutamanya pasal bawak kereta tu. :)

    *mama yati pun selalunya akan fikirkan sendiri cara nak betulkan paip. Kreatif sungguh walaupun langkah sementara.

  13. sy rasa sgt dihargai kerana seseorg yg menyayangi sy berkata dia sygkan sy kerana pandai berdikari. tak terlalu bergantung dan tak fragile. smoga sy dpt teruskan sikap sy yg satu ini :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge