Harum Manis

Assalammualaikum…

Dah lama benor saya tak update blog. Hari ni daku gagahkan diri juga untuk menulis sepatah dua kata. Sebenarnya saya dilanda masalah yang besar..huhu.. itu sebabnya blog pun menjadi sunyi sepi. Apa la masalah saya tu kan?…mmm ..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. :wink:

Saya dilanda masalah ‘kurang rajin’… diulang sekali lagi..’kurang rajin’. Bukan malas tau ! idea nak menulis pun tak kunjung tiba. aduhai :P

Okeylah, stop cerita pasal masalah kurang rajin tu. Hari ni saya nak kongsikan berkenaan satu produk hebat yang hanya terdapat di negeri utara semenanjung Malaysia di mana lagi kalau bukan negeri Perlis. Dari tahun lepas saya cuba utk mendapatkan produk ni. Namun baru sekarang saya berjaya memperolehinya. Kenapa susah benor nak dapat eh….? Produk apa tu Mekar?

Kalau saya kata teringin nak makan buah mempelam, mesti ada yg menjebek. Maklum la buah mempelam ni merata-rata kedai ada jual. Hatta di Tesco, Giant malah kedai runcit biasa pun ada stoknya. Tapi apa yang special sangat dengan mempelam yang satu nih 8O

Sekarang musim mempelam Harumanis. Ini buah trademark negeri Perlis kerana tanah dan cuaca kat area sana saje yang sesuai untuk penanaman mempelam harumanis. Istimewanya harumanis berbanding mempelam jenis lain ialah isinya yang lebih tebal kekuningan, bau buahnya yang harum serta rasanya yang manis enak dimakan begitu saje. Ada orang suka makan harumanis bersama pulut dicicah santan pun sodap ataupun dibuat mango jus  :D

Haritu cadangnya nak singgah Ladang Penanaman harumanis di perlis tapi pihak Jabatan Pertanian tidak membuka jualan di ladang seperti tahun2 sebelumnya kerana pada musim ni hasil buah Mempelam Harumanis berkurangan disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu.

Maka nya, saya diminta membeli secara online sahaja.

sejurus selepas membuat pembayaran, 3 hari kemudian kotak ni sampai (kotak dia cincai je. takde disertakan maklumat pemakanan berkaitan pun. Harga dah la mahal ..huhu).

Beli 3kg bersamaan dgn 5 biji  :wink:

menurut maklumat dari Jabatan Pertanian Perlis, kulit mempelam harumanis adalah berbintik2 hitam. oleh itu sesapa nak beli harumanis, jangan mudah tertipu ya…

selepas peram 2 hari, kupas la mempelam tu dan lihatlah rupanya yang kekuningan+jingga

Gabungan aroma harum dan rasa yang manis, terhasilah “harumanis” – antara baka mempelam terbaik di negara ini.  mmmm,… harumnya bau dia…. apa lagi… makan la (nasib baik sedap !).  Ia lebih manis daripada buah mempelam jenis lain 8)

Teringin nak makan dan nak order? Boleh klik SINI. Tapi korang jangan terperanjat kerana harganya agak mahal berbanding mempelam yg biasa kita lihat di pasaraya2 dan kedai runcit sekitar. Lagipun musimnya cuma sekali setahun. Selalunya ia boleh didapati sekitar bulan April-Jun shj. Kat tempat lain susah nak jumpa harumanis. kadang2 tengok kat luar kawasan Perlis, mempelam apa2 ntah tapi depa claim harummanis juga. So, kena hati2 yek.

Harap tahun depan harumanis berbuah dengan banyak. Boleh la sya pi terjah ladang harumanis ni kat perlis. baru puas hati nak pilih harumanis yg fresh dari ladang :wink:    (pic from : adie1408.blogspot.com)

pst : saya sedang menunggu header blog yang dah lama ditempah. harap lepas ni saya kembali bersemangat update blog dan blogwalking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

19 thoughts on “Harum Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge