Salam sejahtera semua. Pagi ini ada rakan menegur kerana melihat parut besar di wajahku. Tak sangka pula yang rakanku itu perasan akan kewujudan parut ini memandangkan mekar cuba sembunyikan ia di sebalik lipatan tudung dan sapuan bedak di muka. Mereka terkejut dan meneka-neka yang mekar terjatuh atau mengalami kemalangan.
Mekar berada di dua lokasi yang bertanda anak panah ungu (kemungkinan juga Charlie berada di situ)
Lalu mekar khabarkan yang mekar berekspedisi ke Gunung Jerai dan beberapa hari menetap di sungai petani pada dua minggu yang lalu (seperti cerita mekar dalam artikel lepas bertajuk “Ekspedisi ke Gunung Jerai“). Kedua-dua lokasi ini hanya bersebelahan.
Apabila bertemu Doktor Pakar Kulit di Sungai Petani, beliau mengatakan yang wajahku digigit serangga. Tak pula di sebut nama apakah serangga itu. Salah seorang rakanku tadi menyampuk katanya pernah dengar kejadian seperti ini berlaku zaman dia belajar di universiti di utara tanah air dulu. Serangga yang dimaksudkan itu bernama Charlie.
Ini dia si Charlie – Charlie
Apa lagi, tiba di rumah mekar terus cari maklumat berkenaan si Charlie ini di internet. Rupanya banyak maklumat tentang serangga ini. Cuma jika kita atau orang-orang terdekat tidak mengalaminya kita akan buat tak kisah aje
Tekun mekar meneliti rupa paras si Charlie, warnanya hitam berbelang oren. Ia juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Kumbang Rove, Semut Semai dan Semut Kayap. Serangga ini mudah ditemui di kawasan berhampiran sawah padi /bendang dan kawasan semak. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi (oh ada juga fungsi si charlie ni).
Charlie selalu berada di kawasan penanaman padi
Tetapi ia sangat bahaya jika bisanya terkena pada kulit manusia. Kulit kita akan melepuh dan mengeluarkan nanah. Sekali-sekala ada rasa pedih. Ada orang kena di belakang leher dan paling malang jika charlie meninggalkan bisa di muka seperti yang terjadi pada mekar. Memang rasa kurang selesa kehidupan mekar pada minggu itu.
Cara pemulihannya
Kepada sesiapa yang pernah di serang binatang ini, nasihat mekar cepat-cepat la pergi jumpa doktor. Kalau lambat bertindak ia akan merebak dan bisanya akan menjalar ke bahagian badan lain pula. Jangan la pandai-pandai dok sapu dengan minyak gamat ke atau krim OXY atau bedak sejuk. Ia boleh membuatkan kulit rosak lebih teruk.
Kalau pergi klinik di Sungai Petani, doktor di situ tak hairan sangat bila dia tengok kejadian yang terjadi ke atas wajahku ini. Rupa-rupanya kes seperti ini sering berlaku di kawasan itu tambahan pula ia berdekatan dengan sawah padi. Selepas “dressing” dan disapukan ubat, mekar juga dibekalkan dengan ubat antibiotik dan ubat gatal. Pesan doktor kepada mekar jangan garu di tempat jangkitan dan elakkan pengambilan makanan laut serta daging merah.
Inilah kemudaratan yang berlaku terhadap manusia setelah diserang si charlie. Ngerikan rupa nya !
pic from: ictpid.blogspot.com
Beberapa hari selepas itu, keadaan mekar beransur pulih. Cuma kesan parut masih belum hilang sehingga hari ini. Sedihnya melihat wajahku dicermin. Dah tak comei lagi. Sekali imbas macam lanun pun ada sebab ada kesan torehan yang panjang di bawah mata menyusur ke pipi gebu ku ini
Walaubagaimanapun, musibah ini mekar anggap ujian dari Allah SWT, bertujuan untuk menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang. Sabar, redha, tawakal dan baik sangkalah kepadaNYA.
Dan kepada anda semua, nasihat mekar agar berwaspada apabila berada di tempat-tempat seperti ini. Kalau sudah terkena, cepat-cepat dapatkan ubat kerana parutnya nanti mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.
terus je teringat dengan cerita charlie’s angel suatu ketika dulu
tapi si charlie tu tak pernah pula nampak muka
pemalu sungguh dia
hehe
tehr recently posted..Terlewat Lagi
Tehr – Haha.. charlie’s angel cerita lama tuh !. Charlie yang ini pun mengetip org secara senyap. Tak perasan pun kelibat dia. Tup2 muka dah bernanah
bila tgk gambar tu, nampak macam teruk juga.
owh, charlie tu serangga rupanya, saya tau charlie angels he he.
ps: biasalah tu, setiap ciptaan Nya ada fungsi masing2. Kadang2 kita je tak perasan
Affan recently posted..Oh Tidak! Laman Oh Artis digodam!
Affan – Sya pun baru tahu kewujudan serangga ini slps terkena sengatannya. Betul, setiap mahkluk TUHAN memang ada peranan masing2 dlm kehidupan ini. Tapi tak mau la berperanan mengetip aku lagi
tak pernah pun tau psl charlie yg berbisa ni..
rasanya tak pernah jumpa lagi pun….
kakngah recently posted..crack
Morning Kakngah – Biasanya kalau kejadian itu tak berlaku pada diri kita sendiri atau orang2 terdekat kita memang tak akan tahu langsung !
Sya pun xpenah perasan kewujudan serangga ni sbnrnya.
wah, tak sangka ada serangga nama charlie..em, dasyat juga makhluk ni mengganas kan..habis kulit yg cntik mulus..huuu
adele recently posted..Tamer Hosny Penyanyi No 1 Afrika Buah Hatiku
Betul adele namanya charlie selain ada beberapa nama lain. Rupa aje kecil tp bila dia mengganas…. huru-hara manusia jadinya
info menarik!!baru ain tahu ada juga serangga nama Charlie!!
nurainvivian recently posted..HAPPY BIRTHDAY DADDY!!!
ain- Kalau org tu biasa duduk area sawah padi mungkin tahu kewujudan serangga ni.
btoi 2 mekar…saye org klntan..bla blk kg aje,tnya org sume xtau ape bendanye c charlie 2….
hawani – tak semua org tahu charlie melainkan ada pengalaman digigit oleh nya
masa MDT masuk dalam utan kat bkt tinggi, bentong 2 thn lepas pun pernah kena gigit serangga..memang berbisa..sakit tuhan jer yg tau..macam kena sengat benda berbisa..tp tak tau plak benda tu ape..ish!
makdara TERdiva recently posted..sejenak bersama YB MDT
dah ada maklumat ni baru tahu heee..klu dak mmg tak tahu..pasni klu nak ke ceruk bukit dll tmpt kena sediakan bedak ker..bg menghalang muka kita di serang bianatang seperti ni huuu..
MDT – Kalau charlie yg cium, tanda dpt di lihat bilamana kulit kita akan melepoh dan ada nanah di mana bisanya akan menjalar dr sehari ke sehari (jika lambat ambil ubat). Binatang ni popular kat sawah. Dlm hutan tak pasti pula
sabar ya..
semoga cpt sembuh..kena rajin sapu ubat dan jgn makn makanan laut huu..
kenanag tuh..
erk..en suami tak kene gigitan miss chalie ker? huuu
Suri – kalu setakat sapu bedak, lg syok la si charlie mcium kamu.hehe. Org2 belah utara pasti familiar dgn serangga ni. Kulit diorg pun dah kebal. Lain la kita sekali-sekala datang tempat org.
Ubat pun da lama habis mkn. sapu krim parut tak sudah2
Alhamdulilah en suami selamat. mekar je excited lebih buat charlie berkenan tuh
hai mekar..
skrg cam ner dah oke ker huuu..
sabar ya nnti skit2 ulang ke paryt kat muka tu huu…
Suri – parut aje masih kekal. Nasib baik bole cover dgn tudung heh
Masa naik gunung tak de sesapa bg penerangan pasal charlie ke? Kalau kena kat tempat lain, boleh gak sembunyikan.
Norasikin recently posted..Nota Dan Latihan – Penyediaan Masakan Barat dan Timur PMBT
Kak Nora- Awal2 masa kena charlie pun sya ingat berpunca dr hutan yg sya pegi. Tp rupa2 nya charlie tu lebih banyak terdapt di kawasan sawah padi. Kebetulan Gununug jerai tu pun tak jauh mana dgn sg petani, Kedah iaitu kawasan penanaman sawah padi tbesar di Malaysia.
Oh semut kayap ni dipanggil charlie ke? Baru saya tahu hari ini.
Kesiannya, kena di bahagian muka. Apa yg saya tahu, kalau kena sengat semut kayap, jgn digaru sebab nanti ada kesan yang tinggal. Tp macamana nak elak dari di garu.. tempat kena sengat tu gatal rasanya.
Kesiannya.. kena kat bahagian muka pulak tu.
fikryn recently posted..Konsisten – Faktor SEO Yang Dilupakan
Fikryn – sya ni baik charlie atau semut kayap dua2 baru dgr slps digigit.
Muka la paling senang nak kena sbb ia bahagian yg terbuka. Haritu bila jumpa doktor, dia sapukan ubat & tampalkan pembalut kt bahagian muka tu. Jadi, kurang la perasaan nk menggaru tu
terus ingat yg youtube adik gigit tangan abag nya tu heeee..mendapat sambuta yg paling tinggi d youtube heee
salam..
ganazz..juga si cahrlie tu yek?
nasib baik sket…comei lagi kut?
he he..
zulkbo recently posted..Persoalan Cinta Ini
Salam Zulkbo – comei ala-ala lanun
Baru 1st time dengar nama Charlie.. Biasanya pangil.. errr.. ntah, x pernah panggil pape pun..hu3
deCrewz recently posted..Tukar Gambar Kepada Bentuk Teks
decrewz – memang jarang dengar serangga ni. Tapi ia memang wujud.
dulu masa study kat uitm penang mmg banyak charlie..
berparut2.. cukup tak suka bila kena kat muka.. =_=
sakit n berbisa..
Hi Amirah- Nampaknya ada juga pembaca sini yg pernah tahu pasal charlie. Pengomen lain semua tak penah dgr termasuk lah saya. Siapa penah duk Utara pasti tahu kan?
diorang panggil charlie’s angel
Ferry- Lebih mudah org tahu kalau gelar charlie’s angel
ooo…binatang ni yg saya jumpa mase balik penang hari tuh..tanya adik ipar…katanya charlie…mmg tertegun bila dengar nama binatang ni…rupa2nya boleh tahan bisanya…nasib baik tak kena gigit…
pssst…kalau guna fair n lovely baru tu ok tak?
hafizmd recently posted..Percayakah anda pada kad super ajaib ini
Nasib baik dia xgigit hafiz.
Fair n lovely tu fungsi dia utk putihkan kulit.tiada unsur ubat di dlmnya. Sya skrg masih pakai ubat parut”mederma”. kesan lanun ni dah agak bkurangan
sy dah biasa dgn charlie ni…masa kt maktab dulu di bukit mertajam (th96-99) dah menjadi perkara biasa kpd kami student kat sini. senior yg ajar namanya charlie. kwsn maktab tu kelapa sawit. ironinya bntang ni dia memang suka duk kat IPT la. sebab ari tu tgk kt national geographic kt vietnam pun camtu…memang spesis educated kut…yg plg takut klau kena kat muka, abih jadi parut hitam..lama lak tu nak hilang,dia punya bisa memang…adusss, panas pedih semacam…
Iya la umie, sya biasa dgr serangga ni suka kt student2
Maklumla kolej2/ipt kebanyakkan di bina di area hutan dan jauh dr kesibukkan bandar.
Tapi sya ni surirumah pun “terkena” juga. Dah dekat 2 bulan disenggat tapi parut kat muka ni masih ada hingga kini
Macam ni rupanya charlie… adik sy selalu mengadu d gigit charlie (skrg dia sdg bljr d universiti area utara).. dan dia pernah juga mms kesan gigitan tu.. mmg nampak lebam2.. bila baca entry mekar dan tgk rupa si charlie tu.. otometik rs meremang bulu roma.. kesian adik sy… huhuhu….
Nyz recently posted..Teka-Teki Pengetua AF Musim Ke 9
Nyz- Betul la ya serangga ni ada kat utara jer
Mula2 digigit, memang keadaannya nampak mgerikan dan sikit pedih. Tp bila dah mkn ubat, ada rasa lega
mungkin lah juga.. sbb sy d selatan ni x pernah pula jumpa… dan x pernah dgr pun sbnrnya… tu yg bila adik call ngadu pasal d gigit charlie, kitorang tertanya2… binatang ape charlie tu.. dia cuba describe.. kitorang imagine lah si charlie ni sbg kelekatu versi besor.. hehe..
* serius ckp… tiap kali masuk kat post charlie ni, meremang je rs.. hehe…
Nyz recently posted..ABPBH 2010 &124 Gimik Pengumuman Keputusan Bintang Paling Popular
Kat kawasan/negeri lain xpenah dengar pun. apa la yg istimewa negeri2 utara ni hehe..
Itu sebab pengomen2 artikel ni selain Nyz kebanyakkannya tak tahu kewujudan Charlie
charlie ni kategori serangga kan…
mungkin dia suka utara sbb byk kawasan sawah bendang… kalau kawasan rumah sy ni… bangunan byk lah… berkecai badan charlie kalau terlanggar..
Nyz recently posted..ABPBH 2010 &124 Gimik Pengumuman Keputusan Bintang Paling Popular
Nyz – Betul..charlie ni sejenis serangga. Iya tak iya juga… salah satu negeri d utara adalah Negeri KEDAH yg merupakan negeri jelapang padi. Sah2 la banyak sawah bendang kat situ. Negeri Perak & Penang pun boley terkena tempiasnya juga
adik sy stay d negeri TEMPIAS charlie.. tu pn.. dah teruk dia kena..
Bile terbaca pasal charlie, terus rasa nak komen, sebab teringatkan zaman belajar di Matrik Penang, tiap kali musim bakar sawah bendang tu, confirm charlie akan berkampung dalam bilik hostel saya, atas lantai, atas katil bawah selimut, tersangatlah ngeri, nak jalan pun kena sapu lantai dlu..
kena gigit?..jgn tanya la, muka ni dh macam panda, macam gambar si mekar ni tunjuk la, yang paling ngeri, charlie ni boleh bermutasi bile kite spray dengan ridsec(betul ke eje ni?spray nyamukla senang..hehe)..makin kite spray makin besar charlie ni jadinye…
Kalo di kenang2, mmg x sanggup dh rasanye nak berdepan ngan charlie ni, masuk tahun ni, dh 6 tahun la bekas gigitan charlie ni ada kt tangan…arrggggggghhhhhhhhhh…ngeriiiii
Azira – wah..ini satu pengalaman yang menarik yg anda kongsikan di sini. Tak sangka ada org kena cium charlie lagi byk drp mekar. Serangga ni org jarang tahu tp kalu tanya student yg belajar kt utara, konfirm diorg masak sangat dgn charlie ni kan. Apa..? 6 tahun masih tak hilang parutnya. nasib baik kat tangan. Sya kena kat muka. ada sikit lagi parutnya. harap dpt licin spt sediakala
hehe..xpe mekar, mengikut pengalaman la, bekas parut charlie di muka xkn lme, mungkin sbb kulit kt area situ nipis kot…hehe..
azira btol ke klau kna kt muka xlama kesannya? sy tkena kt muka sikit masa di perlis..nsib cuti sem ni.. tgh crik ubt nk ilangkn nya
Mawar merah,
Sya lepas setahun, baru hilang kesan parut dimuka ni
Mampir nich…
menarik sekali blog anda, dan saya sangat suka..
Salam….
oh ya ada sedikit info nich tentang bibit jabon dan kayu jabon semoga bermanfaat…
Darul recently posted..cah1blog
terima kasih Darul, Nanti saya berkunjung ke blog kamu
mmg bugs ni spesis educated…..sy study kt ALAM…kat melaka..tepi laut kot…tp mmg budak2 ALAM ni slalu kena laa…sy sendiri 3 kali kena geget menatang ni..sib bek xkena kat muka..mber2 sy yg kna kt muka..,sampai skrg parut ada lg..smpai ada yg dpt nm samaran lanun pon ada..huhuhu….yg muka cm kena kelar dgn pisau pon ada..huhuhu
http://qhaisrose.blogspot.com
betul kan binatang ni suka kacau student.hehe
hati2 ghaizaa jgn diberi si cahrlie gigit d muka. lama nak tunggu parutnya hilang tau. masa kena tu muka memang nampk brutel habis (mcm lanun !). Eh..dkt Melaka pun ada ya? ingat kt belah utara je popular benda ni
salam..
mase lpas kne ggtan tu ade kne dmam x?
ade x kulit mengelupas dan nanah?
Salam.
Demam xde pulak. Cuma ada rasa pedih-pedih. xde nanah.
Assalamualaikum..
bole x bg tahu ubt apa yg doktor tu bg?
klau di farmasi ada jual x?
kwn sy trkena charlie ni kesian die…:(
wsalam syafiq.
Mesti terseksa rasanya kalu tkena si charlie ni.
Kalu pi klinik kat Sungai Petani tu, doktor mmng dh tau nk bg ubat apa sbb dh biasa sgt org kene gigit ni.
Sya tak ingat nama ubat tp dia ada bg ubat sapu pastu ada 2 jenis ubat biji (antibiotik & ubat thn gatal).
Pastu sya tambah beli ubat kat farmasi.Namanya “mederma”, bagus utk hilangkan parut.
salam,hai nsib kite same lah, sy dan suami sy bru je tgl kt kwsan pertanian setiap mlm jmpa si charlie 2… first tgl ok lg dlm smggu tgl kt cnie s2 bdn sy kena gigit merah2 skit sgt smpai skrg parut x hilang… x tw plak sb binatang 2, jmpa doktor pm bg ubt n die ckp alahan dri bisa binatang… bru smlm sy search internet n tgk web nie bru sy thu rupanya dri si charlie nie…. sy dh fobia sgt lw tgk binatang nie, skit sgt bisa die… suami sy pm dh bising2 sb die pm dh trkena skali gigitan si charlie 2…. sedih sgt sb s2 bdan dh berparut… thanks 2 mekar for your information….