Lebat sungguh hujan petang tadi. Dengan angin bertiup kencang. Sampai berdentum pintu bilik rumah mekar ni. Sejuk benar suasana itu. Apa nak buat ya petang ni? Mekar buka laci dan tengok buku-buku lama tak bersusun. Jadi mekar nak mengemas la mana yang patut buku-buku ni. Sambil menyusun sambil membelek. Tup..tup terjumpa satu buku ni. Buku ni kepunyaan mr suami. Mana ntah dia dapat buku ni? Kalau belek buku ni mesti asyik dok layan gambar-gambar mereka. Jadi mekar ada idea nak kongsikan dalam blog mymekar.com.
Inilah buku yang dimaksudkan iaitu buku Kenang-Kenangan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei yang ke -54. Actualy buku ni keluaran tahun 2000. Dah lama sangat pun. Gambar-gambar yang terkandung dalamnya juga gambar lama. Tapi seronok juga sekali-sekala melayan gambar keluarga DiRaja Brunei ini. Ok, jom kita cuci mata tengok gambar :-
1. KDYMM Paduka Seri Sultan Hj Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien – Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Baginda diPuterakan pada 15 Julai 1946.
2. Kebawah DYMM Paduka Seri Raja Isteri Anak Saleha Bt Al-Marhum Pengiran Anak Mohamed Alam. Diputerikan pada 7 Oktober 1946 dan berkahwin dengan Baginda Sultan pada 29 Julai 1965. (Gambar Tuanku Permaisuri masih tidak bertudung pada ketika itu jadi mekar gantikan dengan gambar peristiwa yang lain. Harap maklum)
3. DYTM Pengiran Isteri Hajjah Mariam Bt Hj Abdul Aziz. Diputerikan pada 29 Januari 1955. Berkahwin dengan Baginda Sultan pada 28 Oktober 1981 dan bercerai pada tahun 2003. (Gambar Tuanku Permaisuri masih tidak bertudung pada ketika itu jadi mekar gantikan dengan gambar peristiwa yang lain. Harap maklum)
4. DYTM Paduka Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Ibni KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Putera sulong bersama isteri Pertama
5. YTM Paduka Pengiran Muda Abdul Azim Ibni KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Putera bersama isteri Kedua
6. YTM Paduka Abdul Malik Ibni KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Putera bersama isteri pertama
7. YTM Paduka Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Putera bersama isteri Kedua
8. YTM Paduka Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah Ibni KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Puteri Sulong bersama isteri Pertama
9. YTM Paduka Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah Bt KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Puteri bersama isteri Pertama
10. YTM Paduka Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulkiah Bt KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Puteri bersama isteri Pertama
11. YTM Paduka Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bulkiah Bt KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Puteri bersama isteri Pertama
12. YTM Paduka Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah Bt KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Puteri bersama isteri Kedua
13. YTM Paduka Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulkiah Bt KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. – Puteri bersama isteri Kedua
Di samping itu Baginda Sultan juga mempunyai seorang putera dan seorang puteri hasil perkahwinan Baginda bersama Azrinaz Mazhar Hakim. Perkahwinan yang dibina pada tahun 2005 telah berakhir dengan perceraian pada tahun 2010.
Okey semua. Dah puas hati cuci mata tengok gambar-gambar lama. Mekar nak sambung mengemas ni. Jumpa lagi.






kerabat diraja…
harus di sanjung ..pandang tinggi
jumpa suri di blogspot: http://loveisshearing.blogspot.com
Suri – Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah
dlm byk2 keluarga diraja, keluarga diraja Bruneilah paling bagus..smua wanitanya menutup aurat,,x mcm di Malaysia wlaupun ketua agama..huhu
adele recently posted..Kanak-kanak Yang Tidak Diterima Dunia The Child rejected by the world
Setakat ni keluarga diRaja Brunei boleh jadi contoh dari segi pemakaian kaum wanitanya
Hmmm… banar kaliah…aahaha..
menutup aurat itu kewajiban seorang muslimah bukan?
Benar. Muslimh itu wajib menutp auratnya
Kaum hawa kerabat diraja ni nampak elok, pakaiannya boleh la dijadikan contoh…
p/s : gambar terbaru YTM Paduka Abdul Malik Ibni KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah rasanya dah gemuk ckit kan..
decrewz recently posted..Cara periksa gambar palsu
Jai – ambil contoh yg elok buat panduan hidup kita. yg buruk jadikan sempadan. Mereka pun manusia biasa juga (cuma ada darah raja)
p/s: gambar terkini anak2 sultan brunei jarang kelihatan pula skrg
Privacy kot..he3. Bahaya jugak kalau banyak sangat gambar2 anak2 raja, nnti kena pulak ada yang gatal2 buat gosip..
decrewz recently posted..Cara periksa gambar palsu
menarik kalau dapat baca biodata lengkap dan perjalanan hidup mereka semua tu
etomyam recently posted..Kalendar Islam 2011 Takwim Hijrah 1432
Hi etomyam- insyaAllah kalu ada sumber dalaman, nak juga kongsi biodata terkini mereka. Tapi siapa lah saya
Keluaran tahun 2000. Ingatkan betul betul buku lama. Kalau buku tahun 90an, banyak sgt kat rumah saya ni. Tak tau nak buat apa. Nak recycle sayang pulak
Norasikin recently posted..Resepi Kastard Karamel
Norasikin – dah 10thn berlalu kira lama la pada mekar. kadang2 buku lama ni ada gunanya satu masa nanti.
Salam kak Mekar,
Terima kasih atas kata-kata semangat yg diberi. Salam kenal dari saya juga. :))
Comel-comel anak raja kat atas ni, kan? Sultan Brunei ni segak jer.
Hi nurindah – kita yg bukan anak raja ni pun comei-comei apa
Sultan brunei ni mesti jaga pemakanan dia, itu yg nampak segak tuh
nak sgt tgk gambar anak baginda dgn Azrinaz Mazhar Hakim…
intan – iyala. kat google pun xde gambar terkini anak2 dgn azrinaz tu
huhuhu wife anak sulung dia paling cantik!!dayangku sarah!!
farah recently posted..Sahabat Macam Iklan Astro – Macam-macam Ada!
farah – yup.. dayangku sarah ada kacukan mat salleh
akak dalam buku ni takde gambar family ke??? gambar ramai?? kalau ade leh tak akak letak kat upload tak???
Nana, gambar family ramai2 xde pula dlm buku ni. semua gambar2 peristiwa majlis rasmi dan gambar lawatan Baginda ke pelusuk Brunei
bukuan ke gmbr kedua2 permaisuri tu ditukar dari asalnya xbertudung? hurm.. amik gmbr rasmi xpakai tudung
betul. gambar dlm buku tu tak bertudung. jadi sya tukar gambar peristiwa lain
Bagaimana jika saya mahu melamar untuk jadi suri rumah salah seorang puteri KBDYMM Tuanku? Ampun Tuan Patik.
nice picture..nice people..semoga diberkati dan dirahmati Allah selalu…AMIN…..
Benar adinda sobah. Kerabat2 mereka ni menarik perhatian kita semua
kenak blog tu namanya adam…?
rasa mcm prtama kali tgk gambar anak2 sultan brunei nih …
sy ade seorg makcik yg menetap di brunei..dan pernah sampai ke sana sekali je seumur hidup ni
Ummi Hanie recently posted..Teringin header blog yang cun
hehe.. kiteorang selalu prgi malaysia.. raja kat brunei ni semua nya baik belaka… kerabat pun jalan2 di kedai mcm kiteorg… sya puas dh jumpa mereka kat mall sini… yg penting mereka smua baik lahh… cool lagi
perjumpaan kerabat brunei yang lari ke bayan lepas pulau pinang akan membuat kenduri doa selamat dan merapat kekeluargaan pada bulan 12 tahun 2011 sempena cuti sekolah.
oh..mereka lari ke malaysia pula. Tak apa, mereka punya banyak wang
..semua anak2 kerabat brunei tutup aurat…nice pic n love it!!!
Bertudung utk majalah pun tak guna jugak ….Ikhlas perlu
Puteri DiRaja yang jelita Puteri Naemah dan Puteri Fadzilah..
Always miss u.
Salam..
Would You Marry me Naemah & Fadzilah ?
setahu sayalah, dorang ni pakai tudung bila ada majlis-majlis je. bila biasa, tak pakai. contohnya P.A.I.P.A Sarah, PAP Azemah, PAP Fadzilah, dan kerabat diraja brunei yg lain. for me lah, i think royal malaysia lagi bagus. at least bile dah pakai tudung, takde bukak bukaknye. maaf kalau ada yg tidak suka but this is true. yang ni pun perlu dipandang juga, bkn setakat pandang pemakaian mereka bile hadir majlis-majlis, pandang jugak pemakaian mereka secara informal. dan pada pandangan saya juga, tak baik rakyat brunei mengutuk cara pemakaian azrinaz yg tidak bertudung. at least dia masih berselendang tak kira formal atau tak formal, dan bajunya sentiasa baju kurung. kalau hal aurat yang membuatkan rakyat brunei tidak menyukai azrinaz, maka itu tidak adil kerana kerabat diraja brunei pun tidak menutup aurat, berpakaian seksi. kalau setakat majlis aje pakai tudung, jangan nak membenci orang lain kerana tidak bertudung. ini pandangan saya, maaf kalau ada yang marah.
Pernah perasan juga. Mereka menutup aurat hanya apabila ada majlis rasmi sahaja. Macam chips more “kejap ada, kejap xde”. Adeh la… tak baik persendakan hukum tuhan macam tu kan
ade sebab kita orang tak suka azrinaz tu… sebab dia pencuri… satu lagi awak cakap dia pakai bju kurung selalu? ohh tidak ! pernah sekali masa majlis besar sempena hari keputeraan sultan Brunei dia pakai Gown mcam mat salleh tu.. tu wak ckap dia pkai bju kurung selalu? saya cuma nak betul kan wak jerr… kalau bagi saya lah, sya suka azrinaz tu dulu tapi lepas dia curi duit tu mula lah saya benci dia.. ada kah patut tu?dah lah masuk sini kna kemewahan tapi lepas tu tamak pula sampai curi duit… tapi walaupun saya tak suka dia sekarang tak juga saya benci kat die… selalu saya tersempak dengan dia kat taman peranginan sini (Brunei)… pasal aurat tu tak yah lah nak comment yeee… kat malaysia siapa cakap tak buka2 tudung? alah… tolong sikit yee.. jgn dpt maklumat tu secebis bulu keladi lah.. redah lah maklumat tu hingga ke padang masyhar… lau pun tak sampai padang masyhar sampai kan jee ke gunung himalaya… hmmmm… pasal smua kerabat Brunei tak tudung tu salah tu… contoh nye Baginda Raja Isteri pakai tudung bila pegi mana2 hari tu kat Washington pun dia pakai tudung, tak pernah dia buka tudung sejak tahun 2002… so kalau boleh lah kan baik pun rakyat Brunei mahupun Malaysia ker jangan lah nak mengutuk sesama sendiri, dua buah negara ni je lah yg terlahir nya anak melayu.. kalau kita orang bergaduh macam nak dengan pandangan orang negara lain tengok kite??? Kalau Brunei ni kaya Brunei boleh menolong Malaysia, kan Brunei pernah membantu Malaysia.. (ada tak ko rang tau pasal ni? tidak kan….) so.. bersatu padu lah sesama sendiri k… KDYMM Brunei dan Kerajaan Malaysia kan bersahabat akrab.. jadi kita orang pun jadi kawan yeeeee… peace dari saya DiBrunei….
saya sangat suka dengan keluarga diraja sultan brunei… wanitanya smua berpakaian sopan….