Minggu ini mekar berada di Sungai Petani, Kedah atas urusan kerja mr suami. Seronok juga mekar sekali-sekala dapat berubah angin dan keluar dari kesibukan kota KL. Okeylah, selepas 3 hari berada di Sungai Petani, sahabat mr suami (Sdra Rahim) mengajak kami ke Gunung Jerai untuk melihat keindahan di puncak bukit sambil berbincang tentang hal-hal kerja mereka.
Kami pun apa lagi terus bersetuju dengan pelawaan tersebut dan petang itu juga terus kami bergerak ke Gunung Jerai dengan menaiki kereta. Perjalanan mengambil masa hanya 20 minit dari Sungai Petani ke kaki gunung dan jarak lebih kurang 11 km lagi untuk tiba di puncaknya. Dengan memiliki ketinggian 1,217 meter, sepanjang perjalanan kami lihat ramai orang melakukan aktiviti riadah dengan memanjat bukit ini.
Kami berlima semuanya tiba di puncak bukit lewat petang. Suasana di sini sungguh nyaman dan damai serta tidak terlalu sejuk. Seperti biasa mekar tidak melepaskan peluang dengan merakamkan gambar-gambar menarik sepanjang berada di sini. Wah..dari puncak ini mata mekar terpaku melihatkan pemandangan indah Negeri Kedah terutama pemandangan petak-petak sawah yang kelihatan seakan tersusun hingga ke kaki langit.
Sayur sawi ini di tanam di halaman resort dan ia tumbuh subur menghijau
Tumbuhan berbunga juga senang hidup dan menghasilkan warna yg terang
Tidak banyak aktiviti dapat dibuat di waktu malam. Selepas makan malam mekar masuk bilik ingat dapatlah balas komen kawan-kawan di blog. Tapi line di sini seperti hidup segan mati tak mahu. Kehampaan seketika, akhirnya mekar melayan cerita di TV sambil menunggu mr suami yang berbincang dengan rakannya di coffeehouse. Makin lewat malam suasana pula semakin sejuk. ZZzz..
Mendaki Bukit-Bukau di Hari ke-2
Pemandangan di sekitar resort
Wahh.. tajuk macam gempak! Keesokan harinya selepas sarapan kami meronda-ronda di sepanjang Bukit Jerai dengan menaiki “buggy” hehe.. (..sepatutnya dah tiba sini ambil la peluang mendaki dengan berjalan kaki kan?). Bila dah naik bukit sudah semestinya dikelilingi pokok-pokok hutan. Di sini terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan “hutan Dipterokarp Bukit”.
Nenas Batu penyembuh penyakit
Kemudian kami ditunjukkan oleh Sdra Rahim dengan sejenis pokok iaitu pokok pines yang buahnya boleh dijadikan ubat bagi membantu masalah dalaman golongan wanita. Buah ini juga dikenali sebagai Nenas Batu.
Inilah buah yang dimaksudkan. Khasiatnya seperti Kacip Fatimah tau !. Antara khasiatnya ialah mengecutkan rahim, melawaskan kencing dan melancarkan pembuangan angin. Cara guna :- rendam dalam air panas selama 1 jam kemudian minum. Mekar dan CT (sahabat kami) pun apa lagi kutip la buah ni yang banyak gugur di sekitar bukit. Dekat satu beg plastik kami dok mengutip buah ni seolah macam nak bawa meniaga kat pasar malam
Kemudian kami ronda lagi dan singgah di sebuah ladang penanaman sayur dan Cendawan shitake di kawasan gunung berhampiran. Mekar nak cerita hal ni dalam entri berikutnya. Tunggu ya.
Singgah kejap di Telaga Tok Syeikh
Selepas membeli sedikit buah tangan, kami bersiar-siar lagi menaiki “buggy” dan singgah sebentar di Telaga Tok Syeikh. Menurut sejarah, telaga ini diberi nama sempena nama Tuan syeikh Abdullah Yamani (Mufti Pertama Negeri Kedah) iaitu orang yang bertanggungjawab mengIslamkan Sultan Mudzafar Syah 1 pada 1136M (531H). Air telaga ini telah digunakan oleh Sheikh Abdullah Yamani dan digunakan oleh tukang-tukang yang membina masjid di puncak Gunung Jerai satu ketika dahulu.
Kami juga tidak melepaskan peluang dengan membasuh muka dan merasai kenikmatan air bertaraf air mineral ini. Pergh…sejuk giler air macam minum dan pegang ais batu! Menurut penduduk setempat, air ini banyak khasiat. Selain memberi kesegaran ia juga dapat menyembuhkan penyakit. Menurut mereka yang arif, jika simpan air dari telaga ini selama dua bulan, ia akan tetap kekal jernih dan tidak keruh. Jadi mekar pun tadah sebotol airnya untuk di bawa pulang nanti.
Masa Berangkat Pulang
Hari dah lewat tengahari. Perut pun dah lapar. Tapi kami ambil keputusan untuk lunch di bawah kaki bukit bila turun nanti. (minta maaf habaq, makanan di resort ini tidak mencapai selera kami. Jadi sesiapa nak datang sini, kalu tak keberatan boley bawa bekalan sendiri).
Kami harus bergerak balik ke Sungai Petani kerana ada urusan kerja masing-masing. Selepas mengemas barang-barang peribadi di resort, kami bertolak pulang jam 3 petang. Nampak gayanya tak sempat juga mekar untuk singgah di satu lagi tempat menarik iaitu Muzium Perhutanan Sg. Teroi. Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang menjadi sejarah untuk kita lawati sepanjang ke Gunung Jerai. Tapi tak pa lah. Lagi pun kami ke sini bukan atas perancang awal. Hanya secara kebetulan saja. InsyaALLAH boleh singgah lagi nanti.
pst : Jemput singgah di blog jalan-jalan cari makan saya di JuadahMalaysia.com untuk mengetahui tempat makan best di negeri Kedah.






nampak mcm best je di sana..tp kalau kawasan gunung2 ni mmg menarik sgt….sejuk n mndamaikan
adele recently posted..Risiko Korek Telinga Dengan Putik Kapas Cotton Bud
Adela- Suasana semestinya nyaman! kalau first time pegi rasanya mesti seronok. tp kalu selalu, mekar rasa cepat boring kot
salam.. cantek n menarik nya scenery kat ctu.. ouh, penah dgr nenas batu, tapi skang baru taw dtg dari pokok pine.. nice info, thx 4 sharing (^o^)v
klAnA recently posted..Masalah Ketagihan
klana – pemandangan memang cantik dan fresh aje rasanya. Betul.. nenas batu memang byk khasiatnya. mekar pun baru tahu juga
Assalaamu`alaikum Mekar,
Mama Murai recently posted..gambar bikini Fasha Sandha
amboi seronoknya dia berjalan-jalan. Teringin pulak nak bercuti ke situ.. Hehe..
Makanan kat resort tue tak sedap ek? Jangan Mekar… Kalau bos resort tue baca komen awak, mesti dia naik angin. Alahai.. Buah nenas batu kat situ jer ke ada? Apasal saya tak pernah dengar orang minum ek? Mungkin terlalu culas nak ambil tahu
Salam mama- ini lawatan kami yg tanpa dirancang pun !..
heh, kang org saman mekar cakap mcm tu kan? Ya Ampun !
Tapi lepas selesai mkn tu, manager dia ada dtg tanya- ok tak makanan dia? Kami pun beritahu dia terus terang (dgn cara bhemah) supaya mereka dpt tingkatkan kualiti rasa mknan. Harap ada perubahan lps ni
Pasal nenas batu pun mekar baru tahu kewujudan & khasiatnya tuh. setahu mekar kt langkawi pun ada jual. lain2 tempt xtahu nak dpt mana
salam..
selalu juga ke sungai petani
belum berkesempatan singgah
di hotel tu..kepunyaan seorang
rakan saya..
zulkbo recently posted..Ya shafee’ee ya Rasulullah Kemulian Agama Islam Bermula Dari Kita
Salam zul-Kalu nk ber camping & riadah sesuai la naik kat puncak tu. Kalu member ada situ, senang la kalu ada apa2 problem
bestnya mekar alahai untung dapt iku sekli..
sesekli bawa diri jauh dari tmpt tinggl best gak..rasa amn dan damai..
satu malam rm berpa sewa hotel tu heee
Suri- sekali sekala best juga bawa diri dr tempat biasa kita duduk. Resort tu sewa 1mlm rm 200 ++ (deluxe). ok juga
Pingback: Gigitan si Charlie yang berbisa | Mata Hati Mekar
Pingback: Gambar Menarik di Gunung Jerai | MyMekar.com
bila lah saya boleh ker sana yer
Juan recently posted..Hijrah, Perlukah..
Pingback: Gunung Jerai dah tak sejuk lagi.. | MyMekar.com