Hari ni mekar nak sambung cerita expedisi mekar ke Gunung Jerai seperti yang telah diberitahu dalam artikel semalam.
Pada hari ke-dua, kami telah dibawa oleh sdra Rahim untuk melawat sebuah ladang penanaman cendawan shitake yang diusahakan oleh Dr Shirley bersama keluarganya. Ladang tersebut beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future.
menggunakan media oat sebagai media benih untuk cendawan shiitake ini
Kami telah dibawa untuk melihat proses-proses pembuatan cendawan ini bermula dengan proses strain selection di mana pemilihan benih cendawan yang bermutu tinggi dilakukan. Diikuti proses innoculation, kemudian dilakukan spawn run di mana pemilihan media oat digunakan untuk benih cendawan shiitake untuk menghasilkan mycelium yang baik dan seterusnya menghasilkan badan buah yang stabil. Di ikuti proses fruiting dan harvesting yang semuanya perlu dilakukan dengan teliti dan penuh kesabaran barulah cendawan terbaik dapat dihasilkan.
Shiitake disimpan di tempat khas bagi menggelak serangan tikus dan kucing. Di ruang inilah tempat shiitake ini direhatkan untuk melalui proses percambahan benih cendawan.
Tempoh matang cendawan ini adalah selama sembilan bulan dan bagi setiap beg cendawan akan dapat mengeluarkan hasil selama tiga bulan secara berterusan.
Tanaman cendawan yang diusahakan di sini juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam iaitu kurang populasi bakteria. Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia. Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu.
Menurut Dr Shirley, banyak khasiat dan kebaikan cendawan shiitake ini antaranya memberi tenaga kepada sistem imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
New packaging utk cendawan shiitake keluaran Dr shirley dijual dengan harga Rm 45 seberat 1KG
Pekerja2 ladang sedang memilih cendawan dan sayur mengikut saiz dan gred masing2 untuk dibungkus
Pertumbuhan cendawan shiitake ini memerlukan suhu yang sejuk jadi kawasan gunung jerai sangat sesuai dijadikan lokasi penanaman kerana kawasan ini terletak berhampiran laut menjadikan cendawan ini dapat hidup dengan mudah dan terhasil bermutu tinggi.
Walaupun tanaman utama mereka adalah cendawan tetapi kelihatan mereka menanam sayur-sayuran lain juga seperti lobak putih, salad, timun, kobis ungu dan strawbery. Lihat lah sayur-sayuran ini. Nampak segar dan geramkan !
Sebenarnya sebelum kami melawat ladang cendawan ini, pada malam ketibaan kami telah dijamu dengan hidangan berasaskan cendawan shiitake. Ini lah menu yang telah di order oleh sdra Rahim iaitu Sup cendawan, shiitake goreng dan sayur sawi shiitake.
Yum..yum… tak sangka pula mekar yang Cendawan shiitake ini sungguh lazat rasanya. Teksturnya kejap, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging ayam. Sungguh ! Berselera betul kami nikmati hidangan malam itu.
Apa lagi, sebelum berakhir lawatan ini, kami tak lupa memborong cendawan dan sayuran segar di sini untuk di bawa pulang ke KL dan buah tangan untuk kenalan kami juga.










kak Mekar, sedapnya makanan2 tu…sy suka sgt cendawan x kisahlah cendawan apa pun tp paling suka cendawan tiram..nyum2…shiitake tu sbnrnya diambil sempena apa ye?
adele recently posted..Risiko Korek Telinga Dengan Putik Kapas Cotton Bud
Adele – cendawan memang sedap. banyak pula khasiatnya. Tp bila dapat mkn cendawan shiitake yg fresh dr ladang ni, rupanya ia lagi sedap
heh..lupa nak cerita asal-usulnnya – Shiitake adalah cendawan makan, asal dr asia timur dan terkenal dgn nama aslinya dlm bhs jepun. Ia cendawan dr pokok Shii(castanopsis cuspidata)krn batang pohonnya yg sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake
Mekar.. bila saya tengok cendawan shiitake ini, terus saya teringat pada salah seorang watak utama kartun Ninja boys. Haha…
Sup cendawan dan sayur sawi shiitake memang sedap. Kalau ditambah dengan sayur asparagus lagi sedap….
Mama Murai recently posted..gambar bikini Fasha Sandha
mama- ni mesti tpengaruh dok tgk kartun dgn anak2 eh
Cendawan yg di salut tepung tu pun best juga. Dia buat crispy.firtime cuba tuh, rasanya pun mcm ayam.
Haha…. dah takde kerja lain nak buat, jangan mekar… semua watak kat dalam kartun tue saya cam tau..
Rasa macam ayam? dia bubuh daging ayam sekali ke? atau tepung jer
Mama Murai recently posted..kita suka memperbetulkan orang lain tanpa memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu
Confirm la mama layan kartun..hehe. Boleh release tension juga kan?
Itu hanya cendawan salut tepung semata2. xde campur ayam/daging pun. Tp rasanya mcm kita mkn daging ayam
bestnya kalau ada org bwakan sy cendawan shiitake utk sy dr Gunung Jerai
adele recently posted..Risiko Korek Telinga Dengan Putik Kapas Cotton Bud
hehe.. kalu adela dok sebelah rumah k.mekar boleh juga hulur2 shiitake ni
poskan boleh x? hehe. kak Mekar dah balik KL ke blum ni?
adele recently posted..Muhammad dan Cinta – Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah
Belum blk lg, terus berenang ke langkawi. mggu dpn kalu cndawan tu elok lg bole bg
adele- tak tau hari apa lg nak blk. hal mr suami xselesai lg. rindu kat rumah sendiri dah ni
wah bestnya tempat ni….menarik!!ain pun suka makan cendawan,tapi kalo ditanya asal usul cendawan,hehehe…geleng kepala je jawabnyaa…
nurainvivian recently posted..INGATAN
Sekali-sekala pegi best juga, boleh beriadah sambil makan angin.
Makan aje ain. asal-usul cendawan tu xpenting. kalau tahu pun itu kira bonus
Mekar buat projek tanaman cendawan ke?
Jai – mekar pegi Gunung jerai tu!. kat situ ada ladang penanaman cendawan. Alang2 dah sampai situ, jd kami pegi la melawat
bestnya hee… nampknya hari2 bersantap cendawan yer
suri- mekar x sempat santap lagi cendawan tu sb xblk rumah lg !
lama sungguh kak mekar kat sana? bila nak blk kl nya
adele recently posted..Peringkat-peringkat Perubahan Segelintir Lelaki
best nyer akak punyer ekspdisi…Gunung jerai tu bukan ke yang ada dalam lagu cinta pantai merdeka kan..heheheh
Hi af – first time pegi situ best juga. Iya ke ada dlm lagu cinta pantai merdeka? akak pun tak pasti la af
yelah tu adoii..
kak dete deg tersayang tu ahai..
gedek..gedek.. buat kajian ker dok honi moon heee.. good job entri kali ni siap part 2 lagi
Suri – hehe, ini lah caranya nak update blog.kena buat part 2. kalu tak, xde idea lg nak tulis entri
salam..
pengalaman yang menyeronokkan
dan berilmu..terima kasih berkongsi
dengan pembaca semua..
zulkbo recently posted..Ya shafee’ee ya Rasulullah Kemulian Agama Islam Bermula Dari Kita
Salam Zul – Sudah semestinya pengalaman pertama kita ke sesuatu tempat baru pasti menyeronokkan
berapa lma disana 2 hri ker?
erk..
suri- 2 hari 1 mlm jer. xleh lama2.boring
aduss… dah lama tak makan cendawan… last time makan… kat RnR seremban… on the way balik rumah kat Serting… huhu…
Budak Melayu recently posted..Bila Masa Aku Tidur…
Budak melayu- sekali sekala makan, itu yg sedap dan berselera kan !
salam
menu cendawan sedap sekali hee..
suka cemdawan goreng sehingga rangup pastu makan nyum2 ..
muka yg kena serangga tu..ruam2 dah ok? jumpa dr pakar? harap dah berkuragan..
suri-cendawan goreng kalu kena tepung rempah yg best akan jd sedap ! Eh, macam tahu jer muka mekar kena ruam2 lps turun bukit ni
fuhhh, sedapnya..lapar balik jadinya. hehe..
cikgufaezah recently posted..Too many personal blog exist
Salam Cikgufaezah – asal tgk makanan terus lapar
Pingback: Gambar Menarik di Gunung Jerai | MyMekar.com
cendawan memang sedap
Juan recently posted..Hijrah, Perlukah..