Baru-baru ni masa balik kampung sempena cuti raya, Moknie daku khabarkan yg beliau ada menanam pokok bunga telang. Katanya ada kawan beri biji benih. Beliau pesan, jika daku nak tanam di rumah KL, boleh saje ambik anak pokok/biji benih yg ada di halaman rumah kami tu.
inilah pokok bunga telang yg menjalar & hidup subur di halaman rumah abah
kasi zzoom sikit..
-
-
tuu dia…..
Apa kegunaan Bunga Telang ?
kalau kawan2 nak tahu, rendaman air daripada bunga telang yg berwarna biru itulah dijadikan sebagai pewarna utk sajian nasi kerabu iaitu makanan popular bagi org sebelah pantai timur.
Antara juadah hari raya kami di kampung baru-baru ni sudah semestinya hidangan nasi kerabu. Walaupun kami orang Perak, namun nasi kerabu tetap popular di sini kerana abah berkahwin dgn arwah emak dan kini Moknie yg kedua-duanya berasal dari Terengganu.
minta maaf ya pembaca, juadah nasi kerabu sempena aidilfitri lepas lupa nak snap, jadi daku tempek nasi kerabu yg dibeli di bazar ramadhan tempoh hari. Kelihatan nasinya berwarna biru. Ada juga peniaga yg menggunakan pewarna biru Star Brand. Namun hasil & baunya kurang menyerlah. Menggunakan bunga telang adalah yg terbaik dan warna nasi tidaklah terlalu ‘garang’.
Tak sia-sia balik kampung baru-baru ni. Dapat rembat 3 anak pokok utk ditanam dirumah daku di KL.
harapan daku semoga pokok-pokok ni tak banyak ragamnya semasa di bawah jagaanku. paling tak sabar nak tunggu pokok telang mengeluarkan bunganya. boleh daku petik utk dibuat nasi kerabu..yeah
Cara Menanam Bunga Telang
Bunga telang senang nak tumbuh. Biji benihnya kecil sedikit dari petai belalang. Campakkan benih bunga telang ke tanah, lalu ia akan tumbuh dengan sendiri.


nanti tanam pokok kunyit & kari pulak eh… hihihi!!
kakngah recently posted..Pertengahan 30
macam2 dalam kepala idea nak menanam nih… bimbang tak cukup ruang pula
Baru tahu bunga Telang digunakan untuk membuat nasi Kerabu.
akubiomed recently posted..Misteri penyelongkar sampah terungkai
kuih muih yg berwarna biru juga menggunakan bunga telang ni
aku pon baru tau nih..
padin recently posted..Saat Bersama Siri
sebelum ni tau makan je,
series baru tahu kegunaan bunga ni..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Tips Perniagaan Online : Pembungkusan
owh,bunga telang namanya..hehe..saya tak minat nasi kerabu jadi bunga ni tak perlu ditanam di rumah sy kot..
adele recently posted..Harapan dan Kembali, Taubat dan Doa
Bukan hnya nasi kerabu, tapi kuih / makanan berwarna biru juga boleh menggunakan bunga telang.
baru tahu namanya.. banyak tunbuh kat belakang rumah
donnyien recently posted..Jamu Selera Di Mamak Restoran Mutiara D’maju
sebagai hiasan kat belakang rumah pun menarik juga don !
saya pun tak tahu kegunaan bunga telang sebelum ni, mujurlah jiran sebelah rumah duk bagitau yang airnya boleh dijadikan sebagai pewarna dalam makanan….
betul mama. bunga ni sama fungsi spti daun pandan yg boleh dijadikan pewarna makanan
Baru saya tahu bunga telang la rupnya penyebab nasi kerabu jadi biru. Ingatkan pewarna semata-mata.
Naziman recently posted..1ST Giveaways BudakFelda.Com
ada juga org guna pewarna. tapi aromanya kurang sikit lah
Aroma ya. Kalau sedap mana lagi sedap? guna bunga telang ka guna pewarna?
Naziman recently posted..SEO blog? Blogger tolong jangan belajar SEO
pastilah bahan asli lebih sedap aromanya
Kayaknya di daerah aku tidak pernah dijumpai tanaman ini atau akunya yang kurang tahu informasi ya ??!! hehe
nice share sis dan salam kenal dari blogger Indonesia…
Ramzi recently posted..Cara Membuat Dan Memasang Artikel Terkait / Related Post Disertai Logo
Tak pasti juga di daerah kamu jika membuat makanan yg berwarna biru menggunakan bahan apa. Jika di sini kami guna bunga telang.
Salam kenal Sdra