Apabila Rumah Abah dimasuki Pencuri

Petang semalam tiba-tiba darah naik kat kepala aku. Mana tak berderau darah mekar apabila adik mekar dari kampung yang baru tiba di KL semalam, bercerita yang rumah kami di kampung di masuki pencuri. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.10 pagi semalam. (memang cerita panas nih !). Masa tu Abah mekar  keluar ke surau berhampiran untuk menunaikan solat subuh. Biasanya pintu pagar memang tak kunci semula selepas Abah buka untuk ke surau di awal pagi. Lagipun adik-adik mekar yang lain akan ke sekolah selepas itu. Tak sangka pula kejadian macam ni nak berlaku pagi tu. Mungkin pencuri ni sebenarnya dah selalu aim rumah abah kot! (agak mekar jer). Kejadian pun berlaku teramat pantas. Tak sampai 10 minit, menurut cerita adik.

Kisahnya, dua orang penyanggak (maaf, tiba2 bahasa jadi kasar sebab geramm..) memakai helmet masuk ke dalam rumah dan meluru ke bilik utama iaitu bilik Abah. Dalam bilik , ada Maknie (panggilan utk emak) sedang tidur-tidur ayam. Pencuri buka lampu dan geledah almari. Masa tu Maknie  ingat adik lelaki mekar sedang mencari sesuatu di bilik itu. Dalam hati Maknie hairan juga kenapa Pali (panggilan utk adik), awal pagi benar dia bersiap utk pegi kerja haritu. Lalu Maknie menegur. tup..tup..bukan kelibat adik yang kelihatan tetapi 2 org penyanggak meluru ke arah Maknie dah suruh berdiam. Kepala Maknie juga di selubung dengan selimut. Maknie amat terkejut dan dalam hatinya berdoa agar semuanya selamat. Dalam keadaan itu Maknie tidak melawan. ikut saje kehendak si penyanggak (kalu aku tak tau la macamana nak buat masa tu). Penyanggak minta duit dan barang kemas daripada Maknie. Rantai di leher Maknie juga habis dikebas si jahanam itu. (yang kelakarnya, si penyanggak tu siap tolong bukakan rantai di leher Maknie. kalau dia sentap dari leher, tentu peristiwa akan jadi lebih parah..huhu). Duit-duit dalam handbeg, barang-barang kemas, pasport, laptop abah dan hp adik semua disamun oleh si pencuri bedebah itu.

Kejadian ini memang sangat pantas berlaku. Pencuri itu keluar rumah dengan hasil2 rompakan tadi. Tak lama selepas tu, Abah pun pulang dari surau dan terkejut melihat Maknie yang pucat lesi. Selepas Maknie menceritakan peristiwa yang berlaku, Abah ke balai polis membuat laporan ini. Dua orang pegawai polis telah datang memeriksa rumah kami. Kini pihak polis sudah maklum akan kejadian kecurian yang berlaku di kawasan perumahan Abah ini. Mereka berkata mereka akan mula membuat rondaan di kawasan ini.

Malam tadi mekar terus menghubungi Maknie untuk bertanya khabar dan sehingga kini Maknie masih trauma dengan kejadian itu. Masih terbayang-bayang peristiwa yang dialaminya. Dan aku memainkan peranan sebagai anak sulung membebel-bebel juga la bagi nasihat.. kunci pintu, kunci tingkap, baca doa bla..bla…. Tetapi pada mekar walaupun peristiwa ini membuatkan sejumlah kerugian pada keluarga kami namun  mekar bersyukur kerana Allah swt masih memelihara semua ahli keluarga  mekar daripada sebarang kejadian yang membahayakan nyawa. Alhamdulillah.

Kejadian seperti di atas mungkin sering kita dengar dan mungkin telah terjadi kepada anda…kenapa ia berlaku?….  Adakah langkah keselamatan yang kita ambil terlalu lemah atau kelalaian kita…..

Bagaimana nak elakkan rumah kita dari dimasuki pencuri….?

Maka di sini Mekar mahu kongsikan sedikit peringatan buat diri sendiri, dan kawan-kawan yang membaca.

1. Jangan lupa kunci pintu - Pintu pagar, mungkin boleh dimaafkan sekiranya leceh asyik perlu dimangga, tetapi selepas jam 10 malam hingga ke awal pagi, mohon mangga.

Pintu rumah-Tambah selak sekiranya perlu. Jangan sangka jam 10 pagi ke, 3 petang ke, 8 malam ke, pencuri tidak boleh masuk.

Adalah lebih parah apabila kita sedang syok-syok tonton TV sambil makan nasi, tiba-tiba masuk orang yang tak dikenali, sambil bawa pisau. Mahu tercekik nasi itu.

2. Jangan lupa tutup dan kunci tingkap – Sekiranya untuk tujuan menganginkan bilik, hanya buka pada waktu siang, dan pastikan tingkap tidak boleh dimasuki manusia.

Dan tolong jangan buka tingkap yang berhampiran pintu. Orang jahat hulur tangan, pulas tombol, dah boleh masuk. Tak ada maknanya lagi.

3. Pasang lampu di luar, terang-seterang-terangnya Bagi mekar, apa sangatlah bil elektrik itu dibanding nyawa kita sendiri. Yang penting, kalau kita nampak ada orang memasuki halaman rumah kita, kita nampak macam mana wajahnya, dan bukan sekadar bayang-bayang. Malah sekiranya jiran-jiran kita ada yang belum tidur, dapat melihat sesiapa yang sedang berlegar di halaman rumah kita.

4. Pastikan ada senjata di dalam bilik kita. Tidak kira senjata tajam mahupun tumpul, mohon letakkan berhampiran katil.  Paling tidak, sediakan kayu seperti kayu besbol ataupun pistol angin, atau pisau daging sekiranya perlu.

Jika kawan-kawan ada cadangan ataupun sebarang pendapat marilah kita sama-sama berkongsi agar kita mendapat manfaatnya…

Wassalam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

66 thoughts on “Apabila Rumah Abah dimasuki Pencuri

    • Terima kasih zulkbo atas simpati. Sekarang ni xleh leka walau sesaat krn penyanggak ada di mana2.
      pss: ada pistol lagi bagus. tapi bukan kena ada lesen kan utk memilikinya ?

      • kena ada lesen mana blh pegang bgtu jer heee…

        bapa mertua kakak saya suka mmburu binatang dln hutan..ada senapang,.,skrg arwah dah meninggal terus senapangnya ada tersimpan kt balai polis..

        • itu la suri, pistol/senapang ni tak boleh dimiliki sesuka hati. Kalu xde kemahiran pun susah juga nak mggunakannya

      • Cukuplah kunci pintu, buka lampu je. tak perlu senjata. Setiap tindakan yang melibatkan senjata kebarangkalian besar akan membawa kecederaan atau kematian. Biarlah perompak nak ambil barang kita. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Insya Allah
        Norasikin recently posted..Resepi Kari Kental Ikan Kembung

  1. Salam kak mekar,
    Apa khabar kak? kesiannya abah kak mekar. Memang geram, kan, bila brlaku macam tu. Itu dah macam perompak dah, sbb terang2 ada orang dlm rumah. Syukur, mak kak mekar tak apa-apa. Harap keluarga kak mekar kuat hati dan sabar atas ujian ini..
    nurindah recently posted..Karipap Inti Keledek

    • Salam Nurindah, alhamdulillah akak sihat.
      Pada mulanya memang geram dan risau. Tapi bila semua ahli keluarga selamat, itu dah cukup melegakan hati kami semua. Tak kisah dah harta2 yg hilang tu. Ini ujian utk keluarga kami agar lebih prihatin lagi selepas ini. Tq Nur.

  2. syukur semua selamat..
    rasanya pencuri tu mmg dah aim timing abah mekar keluar setiap pagi la..
    sanggup penyangak tu bangun awal nk buat kerja tak elok ….
    kakngah recently posted..3 keping

    • Drama kisah benar ni adele. Alhamdulillah sangat2. Kita tak boleh leka walau sesaat !
      Biasa juga dgr kecurian masa kenduri kawin org sibuk layan tetamu, dia sibuk mencuri barang. masa tu org ramai dan penat pula. mesti tuan rumah ralit kan :cry:

    • suatu masa nanti harap si perompak itu sedar diri & insaf. kalu keluarga dia sendiri yg kena, baru dia dpt rasa kan ?

  3. Assalamualaikum, Mekar.ain harap keluarga semuanya sudah semakin pulih dari kejadian itu.Musibah yg terjadi tanpa diduga, mbuatkan kita agar sering mengingati Allah.Moga tiada lagi kejadian sebegini terjadi pada keluarga Mekar yea..insyaAllah..
    nurainvivian recently posted..2 HARI LAGI

  4. #tips.
    buat satu alarm yang agak kuat. letakkan suis di merata tempat. ada kecemasan, tekan saja..mungkin perompak ni akan cemas, dan blah? tapi, jauhi dari kanak-kanak. nanti diorang main tekan2, parah juga nak off alarm ni. 8O

    hurm..memang susah nak cari jalan elak pekara mcmni. sebab, diorang ni mmg tak berhati perut. kalau kita simpan parang, nak melawan, nanti lain pulak yang jadi. kalau kunci 100 kunci pun.kalau diorang betul2 nak masuk, dapat juga diorang masuk. berdoa saja agar dijauhi dari bencana bagini. :-) donha recently posted..Cuti- cuti- cuti…

    • Pasang alarm pun idea bagus juga. Tapi kalu dah gelabah, semua tu dah tak perasan lagi. hehe..kt kampung sya tu adik2 kecik pun ramai lagi.
      Nasib baik pencuri ni tak de niat nak aniaya nyawa org. cuma nak duit & brg2 berharga jer. Kalu kena pencuri yg licik pula, letak la 100 kunci pun dia pasti ada idea nk merompak juga. Apa2 pun mesti selalu berdoa supaya keluarga dilindungi. TQ Donha atas tips nya :-)

    • Tq akubio. Ujian ini mengajar kami lebih berhati2 dan peka. Macam2 taktik org jahat boleh buat kalu dia nk merompak. Lepas kejadian tu, terus keluarga sya maklumkan pd jiran2 lain supaya berhati2 :-)

  5. Ikut prihatin kejadian yang menimpa orang tua mbak Mekar.
    Memang patut bersyukur seluruh keluarga penghuni rumah tidak ada yang disakiti.

    Kenapa kejadian seperti itu berlaku di mana2? Karena di muka bumi ini masih menghuni orang baik dan orang jahat!!

    Saya ingin menambah 4 langkah tip yang disampaikan mbak Mekar agar terhindar dari perbuatan pencuri yaitu: lengkapi rumah dengan alarm elektris. Alat ini bisa dibikin sendiri secara sederhana. Beli bel listrik yang bunyinya keras. Buat sendiri perlengkapan mekanik secara sederhana yang berfungsi sebagai on/off disambung dengan bel listrik yang dipasang di dalam rumah. Perangkat mekanik sederhana tadi dipasang dekat pintu keluar masuk rumah. Bila pintu dibuka terjadi kontak, bel listrik berbunyi kalau pintu ditutup lagi bel tetap bunyi kecuali penyekat dipasang lagi memisah kontak kabel positif dan negatif atau muga dipasang saklar on/off secara tersembunyi. Begitu pencuri masuk, langsung bel berbunyi dan tidak berhenti pencuri akan panik dan langsung lari. Sementara penghuni rumah terbangun. Aman.

    • Alhamdulilah semua slmt Saudara Eyang.
      Cuma emaknya masih trauma dgn kejadian itu.

      Oh..boleh bikin sendiri alarm nya ya. Bagus juga idea dan teknik2 memasangnya mggunakan bel listrik. Bukan saja rumah di kampung malah rumah saya di bandar juga boleh praktikkan ini. terima kasih atas panduan ini ya saudara :D
      Mekar sangat hargainya.

  6. kadang-kala seram betul nak tinggalkan rumah ehhh… terutama time cuti panjang mcm time raya. Ada jer yg suka terjah masuk rumah org. Lagi takut kalau yg kurang ajar dan buat lebih2.. Kalau nak ambik brg ambik ler, jangan ler sampai sakitkan org pulak kan?
    Ismail N recently posted..Akaun Twitter Baru

    • itu la. nak tinggal kan rumah lama2 pun takut skrg ni. bila nampak rumah tu gelap dan sunyi, mula la si pencuri memasang strategi. Jangan aniaya org sudah la. ambik barang boleh dimaaf lagi :oops:

  7. Musibah dari Dia…peringatan buat yang lupa & leka…!!!
    Kami yg dekat nih pon sangatlah suspen sentiasa bile nak kuar umh skrg nih…lagi-lagi di malam hari…!
    Ku jadik seram sejuk nak menyidai kain di luar rumah…heh!
    Dulu-dulu (sblm kejadian) ku sidai kain samada malam @ sesudah subuh b4 g kerja…laani dok terbayang je kot-kotla ade penyangak dok menyorok tepi keta ke tepi pasu ke…tunggu masa nak menyelinap masuk ke rumah kite…! :roll:

    • Hi jiranku ummu. Hati-hati lah ya. kawasan perumahan kita tu walau kelilingnya lengkap berpagar tp si penyanggak tetap ada stategi deme. Org yg leka dan lupa memang mudah la utk ter”kena’. Risau juga kan tambah2 ada anak kecik dan anak dara. ish,.. :evil:

      • Itulah pasal…nasib baik deorg hanya “niat” nak mencuri barang berharga je….kot2 ade agenda lain itu yg paling ditakuti…
        Umah PakLong dulu pon gitu…..dia amik HP si anak dara, mujur tak diapa-apakan si anak dara…pencuri yg belum smp jd tahap p****** kots!! Moga-moga mereka bertaubat…carilah kerja yang halal…

  8. Hmm teringat satu drama lakonan Shiela Rusly with 3@4 anak dia yg mati sbb ade pencuri yang curi masuk rumah dia semasa dia blk dr amik anak dr sekolah….pencuri tu menyelinap ikut pagar auto yg sedang nak tertutup…hmm sadis cerita tu…

    • Ingat..ingat… Akak penah tgk crite tu. Walau sekadar lakonan di tv tp ia memberi peringatan dan panduan utk penontonnya. ishh seriau la pulak :oops:

    • Betul2 khid. Daripada mencuri/merompak (dpt dosa), baik la bisnes burger ke, cendol kt pasar malam ke. Tak pun bisnes online melalui blog.Dapat duit juga ma !

  9. 1. Alhamdulillah..semua ahli keluarga Mekar selamat…
    2. Memang sekarang, penyangak2 ni tak kira masa..siang ke..malam ke..pagi ke.asal ada ruang walau seminit..pasti mereka nak try juga..
    3. Sama2 kita pohon perlindungan Allah dari bala bencana dan ujian yg tak mampu kita tanggung…
    4. sekarang, kena lebih berhati2…cntohnya, kalau dah sampai rumah, sebelum turun utk buka pintu pagar, kena perhati betul2 sekeliling kita…line clear ke tak..kalau ade yg kurang senang….pastikan makhluk2 yg dirasekan asing berada jauh dari kenderaan kita…
    5. Kena adakan semula Rkun tetangga… :D hafizmd recently posted..Kaedah ramal tanah runtuh

    • 1. alhamdulilah semua selamat. cuma emak masih trauma.
      2. dah kerja fulltime nya adalah PENYANGGAK. masa siang ke, malam ke, subuh ke, senja ke mereka mjalankan kerjaya mrka itu
      3. Mohon petunjuk&doa drpd NYA
      4. kena selalu bwaspada. tgk org lalu2 dpn rumah pun dah ada perasaan buruk sangka.. huh (utk kesekamtan kita juga).
      5. iya juga tu. dulu2 kt kg ada rukun tetangga ni
      TQ hafiz

    • Slm Lorna. Memang teruk tu trauma dia sampai pindah rumah 8O
      Sya dah suruh family pketatkan langkh keselamat di rumah kg sya tu. kunci pintu sentiasa. tambah selak…bla..bla..

  10. Ini bukan pencuri lagi ni. Ni dah tahap perompak. kawasan rumah saya memang sering di rompak terutama ketika kawasan pembinaan pesat di sekitar. Mereka ni semuanya bercakap dalam loghat indon. Ada juga kes pukau. Mujurlah diblok saya ada pengawal membuat rondaan. Jiran2 pun banyak yang bekerja sebagai polis. Ibupejabat polis daerah pun dekat je. Jalan kaki 15 minit je. Tp fasa sebelah memang selalu sangat. Kalau masa besi mahal, meter air asyik hilang je.
    bagi saya utamakan nyawa dahulu jika dirompak. Barang yang dirompak boleh di cari/beli.
    Norasikin recently posted..Resepi Kari Kental Ikan Kembung

    • Oh..hati2 juga la kalu gitu kak 8O
      Sebut tang pukau, baru2 ni kawan nasihatkan saya hati2 kalu jln sorang2 kt mall area PJ ni. katanya ada pjahat ni dia cuma tegur kita & buat2 tercuit bahu kita. Tp rupa2nya dia memukau mangsa. habisla segala duit diserahnya pd si pjahat tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge