Ajal si Ikan Emas

Sebelum ni mekar tak pernah lagi bercerita di blog tentang hobi mekar yang satu ini iaitu membela ikan. Entah kenapa hari ni tiba-tiba mahu berkongsi luahan ini dengan sahabat semua. Mekar akui suatu masa dulu mekar pernah merasa bosan bila mendengar sesiapa bercerita tentang kesedihan mereka jika menghadapi kematian binatang peliharaan. Kadang-kadang cerita kucing mati di langgar kereta pun boleh membuatkan mereka bersedih sampai tak lalu nak makan :roll:

Tetapi kini mekar lebih memahami perasaan mereka itu kerana aku juga telah melalui nasib yang hampir sama saat ini.

sumber gambar dari google. mekar lupa nak ambil gambar ikan emas peliharaan sendiri  sewaktu ia masih hidup

Baiklah. Kita teruskan penceritaan seterusnya. Hobi membela ikan ini timbul gara-gara mr suami amat suka melihat dan membela ikan. Katanya apabila terpandangkan ikan-ikan berenang dan berkejaran sesama mereka di dalam kolam/akuarium membuatkan hatinya berasa tenang dan puas. Pada mulanya mekar tak ambik pot pun tentang apa yg mr suami cakap. Jadi mekar ikut saja kehendak dia untuk membela ikan.  Setelah berbincang dan kata sepakat dilakukan, akhirnya kami bersetuju membeli beberapa ekor ikan emas yang sangat ceria warnanya beserta akuarium dan kelengkapan-kelengkapan lain.

di antara makanan, ubatan dan peralatan untuk membela ikan

Sejak dari itu maka bermulalah rutin harian mekar menjaga kebajikan dan memberi ikan-ikan itu makan secukupnya. Setiap dua minggu sekali pula mekar akan pastikan air di dalam akuarium berganti baru dan di letakkan ubat anti-klorin. Dalam tempoh setahun ini, kira sibuk juga la mekar dengan aktiviti yang satu ini. Proses nak menukar air ni pun memang bercinta juga nak di buat sebab mekar menggunakan baldi dan gayung aje. Berulang-alik ler ke tandas untuk menggantikan air (mau kurus aku dibuatnya!). Dekat 5-6 baldi juga la proses ini dilakukan utk memenuhkan air dalam akuarium mekar itu. Leceh tuh…..bila dah tukar air…tumpah ler..meleleh ler…dia punya melekit kat lantai….kena mop lagi…agghhh :twisted:

Mekar akui di awal-awal memegang tanggungjawab membela ikan ini membuatkan aku stress. Ada saje yang tak kena… kejap-kejap pam tiba-tiba tak berfungsi la. Air menjadi teramat keruh la. Ikan buat muka mabuk la. Paling sedih bila seekor demi seekor ikan emas ini menemui ajalnya. Asalnya ada 20 ekor, kemudian tinggal 15 ekor. pastu tinggal 10 ekor. last2 tinggal 6 ekor. Nak kata tak cukup bagi makan, aku rasa ikan tu dah terlebih makan. 2x sehari tak cukup lagi ker? hehe..sebenarnya itu baru aku yang bagi makan. belum termasuk bila suami ku yang lapar, dia budget ikan tu sama lapar macam dia. Diberi lagi ikan tu makan. Hah..cuba korang kira..berapa kali ikan tu dapat makan sebenarnya ?? :twisted:

Dan yang tak best nya, lepas ikan ni makan dia akan berak (maaf bahasa agak kasar). Bila makan lagi, dia berak lagi. Akhirnya air dalam akuarium jadi cepat keruh. oh..aku pening kepala gara-gara terpaksa mencuci akuarium dengan lebih kerap. Itu lah antara faktor yang membuatkan aku rasa terbeban sejak membela ikan ini :oops:

Lama-kelamaan bila dah hampir setahun melalui rutin ini, aku sudah boleh membiasakan diri dan tahu teknik-teknik yang betul  dari segi penjagaan akuarium dan jadual memberi makan untuk ikan. Aku bertambah lega dan makin seronok pula membela ikan-ikan ini yang semakin membulat dan buncit-buncit belaka serta cantik pula rupa parasnya. Perasaan sayang mulalah timbul sehingga ku rasakan ikan-ikan ini seperti anak-anak ku sendiri :-)

Peristiwa sedih di suatu pagi

Kegembiraan ku tidak lama. Kelmarin seperti biasa rutin awal pagi mekar sudah semestinya membuat spot check tengok ikan dan bagi makan ikan. Tetapi ku lihat ikan-ikan emas aku (yg cuma tinggal 6 ekor) sudah tak bermaya lagi. Muka mereka semuanya moyok. Kulit dan sisik bertukar keputihan. Mereka semua tak ceria melihat kehadiran aku seperti kebiasaannya. Makanan yang ku beri juga tidak di rebut-rebut seperti selalunya.  Ah.. aku mula kaget  :oops:  :cry:

kelihatannya ikan ini dijangkiti virus

“Abang.. abang…ikan kita tengah nazak ni bang. Nak buat camne ni?”. Aku melaung memanggil mr suami. Terkocoh-kocoh suamiku menghampiri dan melihat akuarium kami.

“Dah ganti air ke belum ni?” tanya suami kepada ku. Aku menjawab ” saya baru aje ganti air tu dua hari lepas. ubat klorin pun saya dah titikkan sekali”. mmm…suamiku juga tergamam seketika. Tak lama kemudian dia membuat kesimpulan. Katanya mungkin ikan ni dijangkiti penyakit. Kami sama-sama memerhati ikan-ikan yang sedang “nyawa-nyawa ikan” di dalam akuarium tu sampailah mereka menghembuskan nafas yang terakhir :cry:  :oops:

di antara ikan yang telah menemui ajal. tak sanggup aku nak melihatnya :oops:

Dalam hal ni aku yang lebih rasa bersalah (sebab aku bersama ikan2 ni 24 jam kecuali apabila keluar outstation berhari-hari ikut suami).  Jenuh memikir di mana silapnya penjagaan yang aku lakukan kali ini sampai kesemua ikan-ikan ku memenui ajalnya. Oh… tiba-tiba bergenang air mataku :cry:

Bermulanya hari yang suram

Hari ni rutin harian ku berubah sama sekali. Bile terpandang je akuarium tu cuma tinggal ikan bandaraya. Sungguh ..tak ceria lagi. Terkenang saat-saat manis ikan emas ku dulu akan melompat-lompat dan menganga-nganga mulut sekiranya ternampak kelibat aku melalui di kawasan akuarium mereka.  Kalu tiba-tiba rasa bosan, aku suka dok lepak depan akuarium…bercakap la aku dengan ikan-ikan tu seolah-olah dia faham apa yang aku bicarakan kepada mereka. Terhibur juga hatiku saat bersendirian apabila melihat mereka berkejaran dan berenang terkedek-kedek…

Kini hiburan itu tiada lagi. Oh.. biarlah kenangan itu berlalu dihembus bayu. Hari ni aku berkabung (tak keluar rumah..heh) sempena menghormati kemangkatan ikan-ikan emas ku kelmarin. Mr suami pun suruh aku rehat-rehat dulu dari membela ikan emas buat sementara waktu. Aku juga agak fobia dengan situasi ini. Tunggu sedikit masa dan bila ada rezeki aku nak bela ikan jenis lain pula. InsyaAllah.

Dalam akuarium ni cuma tinggal ikan bandaraya yang kerjanya memakan lumut-lumut di sekeliling akuarium. Ikan ni suka buat hal sendiri. Tak de perasaan. Asyik mengelap cermin aje. kalau kita tegur dan senyum kat dia buat tak tahu jer :evil:

 

Di bawah inilah ikan-ikan kesayangan saya semasa ia masih hidup. chomel kan?.  rupanya sepupu saya (ummu tasnim) ada menyimpan gambar ini di dalam kameranya. TQ. maaf lambat publish krn gambar baru di terima pada 8/6/11.

 

 

 

 

 

 

psst : Jika kawan-kawan ada pengalaman membela ikan atau apa saje petua mengenainya, apa kata kita kongsikan kisahnya di sini :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

69 thoughts on “Ajal si Ikan Emas

  1. hobi mcm ni lah yg kena cite kat blog kak..hehe..tak sangka plak akk bela ikan emas..dulu2, sy pelihara kura2 kecik tu..siap letak batu tinggi lg melebihi paras air utk kura2 tu menghela nafas..

    nak bg tips pun rsanya tak ada sbb mmg x pandai pun pelihara ikan ni..selalu bela kucing je.. :D adele recently posted..Gambar- Syurga Bunga di Dunia

    • hehe.. kesian tgk ikan2 tu buat muka lapar. apa lagi, kami pun bagi la dia mkn :D

      tp itu awal2 bela dulu jer. bila org kedai ikan tu “marah” terus kami tak buat lagi :mrgreen:

        • sya memang pertama kali bela ikan SBC. mcm2 masalh timbul sb xde pengalaman.

          Ada sekali tu, ternampak cebisan tulang ikan dlm akuarium. Hah.. sapa pulak la yg mkn ikan aku tu. sedih tau :twisted:

        • (nak mjawab komen SBC yg di bawah)

          haha..kantoi. haritu sya xde kat rumah seminggu. tp sya memang ada psg alat “food timer” supaya ikan tu xkebulur semasa ketiadaan sya.

          Bila sya balik rumah, bukan setakat makanan ikan tu habis malah ikan2 tu siap buat kenduri lg dlm akuarium sya. akhirnya ikan yg lemah mjadi mangsa kpd ikan yg gagah :evil: hadoi la

  2. Assalamualaikum Mekar.Diharapkan agar Mekar tabah ye, walaupun haiwan ia tetap makhluk ciptaan Allah.
    Sewaktu ain kecil dulu ayah ain berjinak-jinak pelihara ikan emas juga.Samalah, daripada banyak,tinggal bbrapa ekor je.Tapi ayah ain pernah bagitahu, ikan emas ni umurnya tak panjang.
    Sekarang ayah ain masih memelihara ikan(oops lupa lak nama ikan tu).Jika dahulu kolam kecil, kini kolam buatan sendiri ada di halaman rumah ayah.
    Apapun, Mekar cubalah pelihara lagi ye ikan emas atau ikan peliharaan lain ye.Dapat ubati kesunyian di waktu lapang..:D
    nurainvivian recently posted..MASIH BELUM TERLEWAT

    • W’Salam Ain. Sedih juga la sbb xde kawan utk bermain dan mengusik2 lg.

      Ikan emas ni rupanya cantik tapi tak boleh hidup lama ya.

      Rumah ayah ain ada kolam?. best tu. boleh bela ikan koi. cantik juga tu.

      InsyaAllah akan bela ikan lagi sbb ssayang pula biarkan akuarium ni kosong. nak rehat dulu buat sementara ni.

  3. err… maza pun bela ikan, tapi tak ler dlm aquarium yg best2 itew… sekadar aquarium plastik ahaks…

    maza bela ikan puyu jerk.. senang cerita.. hehehe

    agak2 nazak karang, sediakan kuali… chenggggg satu kali dgn lada dan bawang… ahaks…

    apa2hal pun, membela ikan ni perlukan ketelitian dan kesabaran, berbeza dgn bela kucing dan ayam kat kampung.. ahaks….
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: maza recently posted..Tha’labah bin Abdul Rahman

    • ehh..ok la tu bro pakai akuarium plastik pun ! asalkan kena rajin cuci.

      Hadoi.. tak sanggup la makcik nk masak ikan yg dibela sebegini cantik utk di makan.

      Eh.. bro maza, nak masak ikan pekasam ker ni letak lada & bawang. Bagus ar bro ni bagi resepi masak ikan emas :mrgreen: :lol: :mrgreen:

      • Uiks.. jangan buat pasai makan ikan emas naa.. karang ada yg masuk sepital…. huhuhu..

        rahsia: yg rajin membasuh aquarium dan menjaganya ialah sbgimana lazim org rumah, abah dan emak.. hehehehe

        maza rajin jengah2, jenguk2 lantun2 aje.. ahaks…
        maza recently posted..Tha’labah bin Abdul Rahman

  4. bercakap pasal ikan emas.. dulu sy pun ada bela..(family yg bela..hehe) sy suka bagi makan saja..kalau nak tukar air tu jgn harap la.. (time sekolah menengah) pernah sekali mak sy marah saya sbb beri ikan ikan itu makan daun kari!! HAHA..sampai mati ikan-ikan itu…dh nasib badan nak buat mcm mana…
    satu lg kes anak buah sy yg di semenanjung itu pun ada bela ikan emas kecik…abah dia baru beli.. lepas tu happy lah anak buah sy tu main dgn ikan emas kesayangannya.. x lama lepas tu ikan itu mati jugak akhirnya sbb diberi makan bedak wangi…

    Sejak dari itu kami dh x bela ikan lagi… :) MDHAFiZ.NET recently posted..Sultan Tengah- The First Sultan Of Sarawak Darul Hana

    • Sedang tepuk dahi sendiri ni :roll:

      Nasib baik la pekerjaan ni dibuat oleh budak2. Ade ke bagi makan DAUN KARI dan BEDAK WANGI. Tak pernah dengar la. ishh.. ishh.. tak boleh ikut petua2 macam ni ! Lagi cepat la jadi arwah ikan-ikan tu :mrgreen: :twisted:

    • Satu lagi ikan emas selalu ada air bubble kalau tidak tak lama jangka hayatnya. Paling senang bela ikan betuk tidak perlu selalu hendak basuh akuarium walaupun berlumut sekali pun

      • sya pun guna air bubble ni. tak pernah di off walau sekejap pun. mm.. dah ajal dia.

        Ikan Betuk? alamak, ikan yg mana ni? xpernah dgr ni. mungkin sya biasa dgr istilah lain

  5. Ada experience. Ikan kap. Bela dlm akuarium besar. Tapi ikan kap sensitif. Sekor mati, abis seme pun ikut sama. Cukup sekali bela. Tak sgp tgk ikan terkurung mcm tu. Tak moh lagi. (Penat pun ye)
    Fara recently posted..maklumbalas!

    • ikan kap ni mahal tak fara? kena pakai akuarium besar ya? Sya tgh pikir nk bela ikan apa pula lps ni :idea:

      pst: bab menukar air ni memang la paling malas. penat woo. sakit pinggang, punggung satu badan :(

  6. Saya pun pernah bela ikan Flower Horn pemberian arwah Pak Mertua dari saiz sebesar tapak tangan hingga 2 kali ganda saiz ikan. Masalahnya apabila balik kampung tentu ikan ini mengalami masalah seperti serangan bakteria hingga ke akhir hayat macam-macam ubat saya beli untuk merawat. Akhirnya mati sejak dari hari itu saya tidak bela lagi ikan.

    Seronok ikan berenang-renang bebas dan jinak setiap kali menghulur tapak tangan :-)

    Hendak beli kucing tidak boleh sebab isteri dan anak ada asma
    akubiomed recently posted..Dj Baby Aslah in d house let’s play music

    • wah.. macam best jer bela flowerhn ni? Lama tak bro nak tunggu ikan ni membesar? dia kena pakai kolam atau boleh je letak dlm akuarium?

      Sedihkan bila kita bersusah payah bela tiba2 dia sakit & pergi meninggalkan kita :oops:

      pst: sya laki bini pun xminat kucing. lagipun kucing tak boleh duduk setempat, dia mesti nk bebas merayau :roll:

  7. teringat lagi tahun 2006 bela ikan emas dari ikan tu kecik sampai gemuk gendempul. lebih kurang gambar ikan emas yang paling atas tu…. kalo tgk ikan tu bergerak.. memang geli hati… he.he.he…

    tapi saya bagi makan special … satu kilo makanannya harganya RM40.00 … Arwah ayah ada pasang mesin sedut air perigi ke rumah. walaupun rumah tengah bandar tapi ada mata air. So pakai air perigi tu la… Mungkin sebab tu kot ikan emasnya hidup lama.

    pastu macam2 perhiasan letak dalam aquarium tu.. setiap minggu ada je idea renovate dalam aquarium tu..he.he.he. tapi yg leceh dan malasnya nak menukar air…setiap minggu saya tukar.. hu.hu.hu…. dan bila lama2 bela ikan emas tu rasa bosan plak.. yelah asyik tgk benda yg sama.. hu.hu.hu.. tu yg kejap2 renovate aquariumnya…

    sebelum saya sambung belajar masak, saya bagi ikan tu kat office ngan kayu2 dan hiasan aquarium saya… citer nie tahun 2006. … skrg nie mmg malas nak bela apa2…

    • sama la macam arwah ikan emas sya pun gemok gedempol. Kadang2 badan dia terbalik ke atas sbb perut dia buncit. kelakar sgt bila tgk dia berenang terkedek-kedek mbawa perutnya itu :mrgreen:

      Tentang makanan pun sya bagi makanan yg khas utk ikan emas ini. tp mungkin sya guna air paip jer mbuatkan iya sukar nk hidup lama

      hairul, rajinnya letak perhiasan byk2. ada ke ruang utk ikan2 tu hidup dlm akuarium tu.

      iyalah, bila kita ada komitment lain, baiklah kita serahkan tanggugjwb tu pd org yg ada masa & sanggup nk bela ikan itu.

      • mmg kelakar kan cik mekar gaya ikan emas ni…
        kalo cik mekar bela ikan yg kat gambar google tu..
        bila dia besar .. dah macam bola… lagi lawak…he.he.he…

        betul tu cik mekar… air salah satu punca ikan mati.. walaupun letak antiklorin.. belum tentu hilang klorinnya… cuma kalo tukar air.. jangan buang semua air, tapi tinggalkan 1/4 atau 1/2 airnya…. baru ikan tak sesak nafas :D…

        oh aquarium yg sye beli besar sikit… tak ingat berapa inci punya….

  8. Errkk panjangnya tadi kawe tulis kena telan dgn wp comment spam??? :cry:
    Oklah ni versi yg pendek sikit: Bela ikan emas memang seronok kan sebab ia antara mahluk ciptaan Allah yang paling cantek dan menawan. Pengalaman saya jaga pon macam Mekar gak. Sbb tu tak bela lagi. Tapi hati ada juga simpan niat one day dapat letak ikan emas ni dalam rumah mcm dulu-dulu… :P Ismail N recently posted..Happy Birthday Dulu Lain Sekarang Lain

    • Gluup….komen kena telah? hadoi..penatnya menulis.mesti byk kasi petua tuh!

      Betul bro. sya pun tpesona dgn kejelitaan ikan2 ini. kadang2 bila ikan ni buat lawak pun boleh mjadikn sya gumbira. paling tak tahan bila dia buat aksi kuak lentang. bayangkan la perut dia yg buncit tergodek-godek, sampai bpusing naik ke atas :mrgreen:

      Bela ikan ni mcm satu terapi juga sebenarnya kan? insyaAllah bro ada rezeki mesti boleh bela lagi :-)

    • insyaAllah. bela kura2. macam menarik tu :-)

      sama la. bila binatang peliharaan itu mati, rasa fobia pula nk bela lagi :oops:

  9. Kesiannya ikan emas tu. Dahlah besar!!! Bukan senang nak jaga ikan emas ni :sad:

    Kak, ayah bEe pun suka bela ikan tp ayah bela ikan air tawar mcm ikan keli, ikan kalui. ikan sepat….. Makanan nyer pun taklah semewah mana. hehehe

    • memang dah besar bee. gemok & bulat pulak tuh 8O

      kalu ikan keli/ikan sepat tu sedap buat masak tuh. ayah buat perusahaan ikan air tawar ke?

      pst: ikan kaloi-teringat cerita bawang putih bawang merah

  10. bersabarlah kak mekar..so skrg dah tanam kubo dia kat ner…hee..

    yang hdup pasti mati..tu mmg lumrah kddupan kak..tak per bli ikan yg baru pula…

  11. Salam….
    Lorr sudah menemui ajal rupanye ikan-ikan emas mu yg shomel2 tu…hmm takziah ku ucapkan…
    Kami sempat jgk posing tepi akuarium mu itew….mmg chantek2 ikan emas mu itew…
    nnt ku email kan gambo2nye buat pengubat rindu ye… :-)

    • Salam.
      Akuarium dah kosong & licin ku bersihkan. Masa dia hidup memang tak teringat pun nak bergambar. Memang dah makin shomel dan montel ikan2 tu :oops:
      Nasib baik ummu ada snap kan gambar kenangan. Nnti email la buat pelepas rindu :D

      • Salam Sis,
        Sudah ku emailkan gambo-gambonye…
        Sila abaikan manusia-manusia yg berposing sakan itu ye…heh!!
        Sempat jgk la gambo ikan emas mu itu jadi wallpaper HP husbandku itu heh!!

  12. salam…sy sngat suka ikan emas..sbelum ini sy pelihara ikan emas mesti menemui ajal juga dan mmbazir duit dgn mmbeli anti-klorin dan pasang oksigen….tetapi selepas sy mnjadi ahli Elken Sdn. Bhd. dan mnggunakan air R.O Elken sampai skrng ikan emas sy sihat walafiat….sy beli pd 8.12.2011, 6 ekor (4 ekor di rumah dan 2 ekor di office)…yg di rumah belum pernah sy tukar air cuma sy tambah air R.O sahaja tetap jernih dan setiap malam sahaja sy guna penapis utk sedut kotoran…sy langsung tiada guna anti-klorin dan oksigen (sangat jimat)….yg di office pula sy tukar air R.O seminggu sekali kerana tiada guna penapis…bayangkan sunday sy tiada kerja monday baru dtg office beri ia makanan….pernah kwn dtg office, mereka sangka ikan emas sy berada dlm kaca padahal ia hanya air minum R.O (Reverse Osmosis) Elken…..

  13. Sabar.ikan emas sebenarnya blh bertahan seminggu tanpa makanan. kemungkinan kematiannya berpunca daripada jangkitan kulat didalam air.

    Untuk penukaran air, tidak perlu ganti 100% cuma sekadar 30-60% air. Gunakan filter yang banyak dapat dipasaran. Disini cuma perlu rajin membersihkan filter sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Air pula ditukar (hanya 30-60%) sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. insyaAllah, air yang bersih + air sedia ada + filter yang bersih = ikan sihat

    paling utama, jagan beri ikan emas makan berlebihan. ikan emas ni seperti tiada limit..akan terus menganga untuk makanan walaupun dah kenyang..

    p/s: saya pemelihara ikan arowana hampir 6 tahun.

  14. sedihnya cerita kak mekar,saya pun ada bela ikan emas,ikan emas ni ialah ikan yang sensitif dan manja,kalauboleh,elakkan memberi makan pada waktu malam,pagi dan petang lebih baik,jika ada sirip yang tertanggal cepat-cepat rawatnya,ian ni jenis lambat kenyang,jadi jangan bagi makan banyak sangat,sikita sangat pun tak boleh.semua petua ni memang diperlukan oleh ikan emas.

  15. Hi mekar, cerita mekar sama macam cerita saya..saya bela 5 ekor ikan, 3 ekor 3 minggu sudah mati hari ini 27/12/13 jumaat anak2 call ibu, ikan emas kita lagi 2 ekor pun mati juga..adoi la sedih nya hati ini hanya Allah saja yang tahu sbb syok tgok gelagat ikan2 ni..kadang2 dok sembang2 juga ngan ikan2 ni..saya bela ikan emas, ikan moly, ikan platy dan lagi satu lupa namanya tapi semuanya cantik2..ikan moly nakal suka kacau ikan emas yg lain2 main antara mereka saja..tadi cik somi sms kata kita stop dulu bela ikan emas dia pun frust juga sbb akuarium dari kecil dia susah payah gantikan yg besar agar ikan2 ni x stress tp hampeh semua ikan2 emas ku mati juga akhirnya..tamat lah sudah riwayat ikan emas ku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge