Santai di Eco Park Taman Botani, Ipoh

Assalammualaikum…

Cuti sekolah baru2 ni, saya balik kampong (Perak) beberapa hari utk melepaskan rindu pada ayah bonda dan adik2 tercinta. Kali terakhir balik kampung pada bulan mac lepas semasa kenduri adik Na bertunang.

Salah satu aktiviti yg dapat saya lakukan bersama keluarga baru2 ni adalah beriadah di Eko Park, Taman Botani.  Taman ni lebih kurang 15 minit (berkereta) dari rumah. Untuk pengetahuan korang, kita kena melalui kawasan perumahan untuk memasuki Eko Park. Kelihatannya tempat ni masih baru.  Keluarga saya selalu juga bersiar-siar ke sini. Cuma baru kali ni saya pula berkesempatan utk turut serta.

Haritu kami keluar rumah dalam jam 9.30 pagi. Perancangannya nak gerak lepas suboh. maklum la cuaca pagi-pagi terasa lebih segar. nak jogging pun tak terasa terik mentari.  Tapi biasa la adik2 ku semuanya liat nak bersiap tambah2  masa tu time cuti sekolah.

ada tasik yg ditumbuhi bunga teratai

Sesampai kami di Taman Botani, hari dah semakin panas. Pengunjung pun tak berapa ramai. Saya tak pasti pulak samada pengunjung lain dah pulang atau memang kawasan tu jenis tak ramai orang. apa2 pun tak kisah la ramai atau tak. janjinya kami dapat memanfaatkan semua perkara yg ada di situ.

Mula-mula sekali aktiviti kami adalah mengisi perut yg lapar. Kami mencari port yg sesuai utk menikmati sarapan pagi yang di bawa dari rumah. Duduk bawah pokok yg rendang sambil menikmati pemandangan tepi tasik. Ada nasi goreng, ayam goreng dan roti.

 makan-makan sambil mengadap tasik. suasananya sangat mendamaikan

 

juadah kami pagi itu

 

Lepas dah kenyang, misi seterusnya kami berjalan-jalan dan jogging di sekeliling tasik sambil menyedut udara yang nyaman.

 

Eco Park juga menyediakan peralatan senaman untuk pengunjungnya. Ada beberapa alat-alat seumpama yang terdapat di pusat-pusat gym di situ. Ada yang kegunaannya untuk otot-otot tangan, kaki, pinggang dan seluruh anggota badan yang lain. Tidak mengira usia, sesiapa saja boleh menggunakannya krn alatan itu kelihatan kukuh. Kami sekeluarga turut tidak ketinggalan mencuba peralatan senaman yang terdapat di sini.

 

Satu lagi tarikan di Eco Park ini adalah ikan-ikan di dalam tasiknya. Mak ai… punya la besar ikan2 kat situ. Saya dapat agak saiz ikan tu lebih kurang saiz budak berusia 2 tahun ! Mereka sentiasa berenang berkawan menantikan makanan daripada pengunjung yang terhibur dengan gelagat mereka. Nasib baik ada notis larangan memancing yang terpacak di tepi tasik telah menyelamatkan spesis-spesis ikan yang banyak membiak di dalam kolam ini daripada menjadi mangsa kaki-kaki pancing :P

Kami juga mengambil kesempatan dengan memberikan makanan berupa roti putih yang dicebis-cebis lalu dilontar ke dalam tasik. Bunyi kocakan air serta pemandangan gerombolan ikan-ikan yang berebut roti tersebut dapat menghiburkan hati pengunjung.

tak tau la ikan apa ni..! nampak macam ikan patin pun ada. kadang2 nmpk macam ikan semilang. besar gilerr.. pancing barang seekor dua buat gulai pasti puas makan..hehe… lariiii…

Dan yang paling mengujakan golongan kanak-kanak tentunya dengan terdapat alat permainan khas yg comel buat si kecil ini.

Selesailah sudah aktiviti kami sekeluarga pada hari tersebut. Walaupun Eco Park kelihatan tidak begitu gah namun ia amat sesuai untuk riadah sekeluarga. Bukan hanya untuk tujuan mengeluarkan peluh, tetapi ketenangan minda dan jasad juga boleh diperolehi dengan kunjungan ke sini.

Oh ya…sebelum saya terlupa, Eco Park ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjungnya. FREE for all. Selamat beriadah.

pst : Cerita ni dah lama tp baru semalam daku rajin nak karang..huhu..layan ajelah selagi blog ku tak bersawang-sawang :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

7 thoughts on “Santai di Eco Park Taman Botani, Ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge