Pekan Rabu oh Pekan Rabu

Assalammualaikum…

Jika anda ke negeri Kelantan, di sana ada Pasar Siti Khadijah. Manakala jika ke negeri Terengganu, terdapat pula Pasar Payang. Kali ni saya nak cerita sikit pasai Pekan Rabu kat Alor Setaq, Kedah.  Mungkin cerita ini berguna utk pembaca-pembaca yg belum sampai lagi kat Pekan Rabu.

Pekan Rabu tersergam indah sebagai mercu tanda Bandaraya Alor Setar

Baiklah, selalunya bila balik dari Langkawi, saya menaiki feri menuju ke Kuala Kedah. Kemudian ambik kereta yang diparking di jeti untuk meneruskan perjalanan pulang ke KL. Kalau mr suami tak penat atau dia nak jumpa dengan kawan-kawannya, maka kami akan singgah sekejap di Bandar Alor Setar samada untuk jalan-jalan cari makan, jumpa kawan2 atau shopping kat Pekan Rabu. 

Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah.  Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.

Nak tahu apa yang ada kat Pekan Rabu ni? Jom tengok gambar-gambar di bawah :-

Bangunan Pekan Rabu ada 4 tingkat. Yang menariknya tangga di sini berbentuk zig-zag. Penat juga nak mendaki tangga tu tapi alah bisa tegal biasa. Ia terbahagi kepada 3 bahagian. Antaranya ruang yang dalam gambar ni ada banyak lot-lot kedai menjual tudung, pakaian, songkok cek det, pakaian ihram, pakaian sekolah, kedai jamu dan barang kraftangan. Saya selalunya cuci mata jer kalau berjalan di ruangan ini sebab xde apa yang menarik di mata saya :?

Hasil anyaman dan bedak sejuk pun ada !

Bahagian yang berikutnya pula terdapat ruang menjual makanan-makanan kering dan kudapan. Kebanyakkannya merupakan produk tempatan dan ada juga produk dari siam. Contohnya beras2 tu semua dari siam  :P   Kat area ni barulah saya memborong samada utk keperluan sendiri atau dibuat ole-ole

Ada gerai yang menjual asam jawa tanpa biji, belacan special, dodol dan pelbagai jenis serunding.


 Ikan pekasam pastinya menambat selera. Anda boleh tentukan ikan jenis apa yang diingini. Harganya bergantung kepada jenis ikan yang dipilih.

 Salah satu makanan yang wajib dibeli kalau saya singgah Pekan Rabu ialah membeli kuih baulu yang panas-panas. Kat sini ada beberapa gerai yang menghasilkan baulu tetapi yang sedap tu bergantung pada tekak masing2 ler. Haritu saya beli baulu kat kedai ni RM5 untuk 33 biji. Rasanya sedap, lembut dan rupanya pun comel :-)

 

Saya sambar juga Kuah Rojak Mak Bee yang agak popular di negeri utara. Pada mulanya saya tak berminat nak beli sebab pernah beli Rojak Mak bee ni kat R&R PLUS, tapi rasanya tak sedap langsung. Rupanya baru saya tahu. Menurut peniaga di sini, ada orang jual kuah rojak Mak Bee yang tiruan tetapi mereka menggunakan label yang sama utk MENIPU pengguna. Oleh itu, kalau anda nak tahu ianya keluaran yang asli, maka pastikan ada logo kecil di atas penutup kuah rojak tersebut.

 Ini pula ruang di tingkat bawah sekali iaitu terdapatnya food court yang menjual pelbagai juadah menarik antaranya gerai nasi ayam, aneka sup dan kuih-muih. Waktu tengahhari adalah masa yang sangat sesak di sini.

 

Disediakan juga kemudahan surau untuk pengunjung muslim solat

Ini pemandangan di sekitar Pekan Rabu dari atas jejantas. Dulu nak mendaki jejantas ni kena naik tangga tapi sekarang dah ada tangga bergerak. Canggihkan orang alor setaq :mrgreen:

 

Cukup dulu gambar dan cerita yang mahu saya sampaikan kali ini. Jika anda ada pengalaman menarik di Pekan Rabu, jom lah kongsikan cerita itu di sini  :mrgreen:

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 thoughts on “Pekan Rabu oh Pekan Rabu

  1. bEe tak berapa gemar pergi pekan rabu neh (tak kiralah apa jenis shopping ker mmg tak berminat kalau takde brg nak beli)

    Tmptnya sesak yg amat….

  2. Assalamu`alaikum mekar,
    pandainya ambil gambar, tak sangka pekan rabu kalau dalam gambar jadi secantik itu. :)
    Sebenarnya Pekan Rabu taklah besar mana, tapi yang menariknya bandar tu dibina secara berpusat. Jadi kalau nak pi dari satu bangunan ke satu bangunan, memang tak perlu jalan jauh. Satu yang jelas, tempat parking memang jadi isu di sini.
    Mama Murai recently posted..Terdesak ingin menjadi Top Malaysian Bloggers? Apa kata anda tiru cara penulis blog Taiwan ini

  3. Assalamualaikum Mekar.

    Wah seronoknya dapat berjalan dengan suami tersayang..hehe…ain dan suami berapa kali merancang nak ke area langkawi-kedah..tak sampai lagi…seronok dpt baca entry mekar , at least dpt idea gak apa ada d sana…terima kasih.. :o nurainvivian recently posted..PENGERTIAN DAKWAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge