Gambar Menarik di Gunung Jerai

Assalammualaikum….

SABAN hari mengharungi kesesakan lalu lintas ke pejabat boleh membuat seseorang sesak nafas. Sesekali, tentu timbul keinginan untuk lari daripada hiruk pikuk kota, keluar kota mencari ketenangan, terutama di hujung minggu.

Sempena cuti sekolah ini, apakata kawan-kawan membuat pertimbangan untuk bercuti ( dalam negara jer) bersama anak-anak ke sebuah pusat peranginan di atas puncak bukit iaitu di Gunung Jerai, Kedah.

Baru-baru ni saya berpeluang sekali lagi ke Gunung Jerai dan ini merupakan kali ke-2 saya ke sana.  Kali pertama pergi sana sekitar bulan Febuari lepas. Jadi artikel kali ni saya tak nak berceloteh panjang cuma lebih kepada berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang 1 hari berada di Gunung Jerai. Untuk info-info lain tentang gunung jerai, bolehlah kawan-kawan klik Teruja ke Gunung Jerai dan Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai  iaitu artikel yang pernah saya tulis suatu ketika dulu.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan Canon EOS 1000D :-

Pemandangan yang damai dan sedikit berkabus  di sekitar Regency Jerai Hills Resort (RJHR). Masa saya pegi kali ni cuacanya amatlah sejuk. Menggigil segala tulang dalam badan nih :D

macam rumah banglo tapi ada 4 unit bilik di teratak yang tersergam indah ini

Deluxe Room yang cukup selesa buat kami. Harga bilik (termasuk tax) tak sampai RM200. Murahkan..! Sebab dapat special rate dari kawan.

SubhanaAllah..luasnya bumi ciptaan tuhan. Dari atas puncak, kita dapat lihat sebahagian Negeri Kedah yang memiliki sawah padi luas terbentang dan lautan nan membiru

Dengan paras ketinggian 986 M dari aras laut

Ladang penanaman orkid yang baru beberapa bulan dibuka. Tak banyak lagi bunga yang tumbuh semasa saya pegi baru-baru ni

antara gambar terbaik yang mampu saya hasilkan. okeyla tahap amatur spti saya :wink:

Dan yang paling saya suka…….Tengok tu…geram sungguh dengan bunga2 di sini yang hidup subur dan berkembang mekar. terasa nak bawa balik utk tanam kat rumah :mrgreen:

Ada banyak lagi gambar tapi saya nak stop di sini ! Banyak sangat gambar boleh membuatkan loading blog ni jadi berat. Kang tak pasal-pasal pulak kena top-up bandwidth untuk bulan ni yang tinggal beberapa hari lagi. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRIAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 thoughts on “Gambar Menarik di Gunung Jerai

  1. Assalamualaikum..Saya terbuka blog ni bila mencari info tentang Gunung Jerau/ Regency Hill Resort. Insya Allah saya akan ke sana pada hari Sabtu ni, 10 Disember. Nak bertanya, berapa jauh dari resort tu utk ke Agro Bio -Future (ladang shitake)? Ada signboard ke sana ke? Terima kasih.

    • Daddyziyyad – Ada perkhidmatan buggy disediakan dari regency ke ladang sayuran tu. Mereka akan pandu anda ke sana. Taapi kalu naik kereta sendiri pun boleh juga. tak sampai 5 minit pun. Jalan kaki pun boleh (tp penat sikit la). Signboard tu bila dah sampai, baru nampak :-)

  2. ASSALAMUALAIKUM….MEMANG CANTIK MELIHAT KEINDAHAN SANG PENCIPTA.SAYA PERNAH MERASAI KEINDAHAN DI GUNUNG JERAI SELAMA 3HARI 2 MALAM.RASA MACAM XNAK BALIK KE TEMPAT SENDIRI…

  3. JIKA DIBERI PELUANG BERCUTI BERSAMA KELUARGA,SAYA INGIN KE GUNUNG JERAI LAGI…TEMPAT2 NYA MEMANG MENARIK…. :P :-) PEMANDANGAN DARI PUNCAK GUNUNG MELIHAT SAWAH PADI TERBENTANG LUAS,LAUTAN YANG BIRU,DI TAMBAH DENGAN SUASANA SEJUK…RASA MACAM KT JEPUN PLAK….

    • Betul, pemandangan dr atas puncak sangat menakjubkan. Kalu hari hujan, lagi la bertambah best kat atas tu….
      pst: Pegi kebun shitakee tak siti

  4. tgk gambar je rase da x sabar nk pegy daki gunung jerai…. tapi yg peliknyer x der owg daki gunung jerai pkai kaki ker??? :wink:

    • Pegi la sekali Hazim.
      Eh..kenapa xde pulak org mendaki pakai kaki ! Ramai je sya tengok org mendaki petang2 kat situ

  5. mymekar : kalu nek atas gunung tu utk seharian or setengah hari perrlu juga ke duduk kat resort tu…klu nak ronda2 saja x boleh ke?..

    • Fiza, rasanya xde masalah. sbb haritu sya tgk ada juga yg mendaki ke puncak tu jalan kaki. ada yg saje2 ambik gambar. pastu kat situ ada ladang cendawan. boleh membeli sayur di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge