Assalammualaikum….
Minggu ini mekar ‘berenang’ ke Langkawi lagi. Seperti yang pernah dimaklum sebelum ini mekar ke sini bukanlah semata-mata makan angin tetapi lebih kepada mengikut mr suami mencari rezeki. uhh.. seronoknya dapat pekena angin laut ni. Apalagi sambil menyelam minum air, mekar lakukan aktiviti mengambil gambar dan pusing-pusing mencari berita (macam wartawan pula) untuk mekar kongsikan perkara-perkara menarik sepanjang mekar berada di sini.
sila fokus kepada kain rentang berwarna merah sahaja !
Berita baik kepada penggemar-penggemar coklat di luar sana. Bulan ini telah berlangsungnya sebuah fiesta iaitu ” Fantasia Coklat Antarabangsa Langkawi 2011″. Fiesta anjuran syarikat pengedar coklat terbesar, Choc-Stop International, telah diadakan bermula 27 mei dan dijadual berakhir 30 jun ini dengan memberi potongan istimewa antara 10 dan 50 peratus pada setiap pembelian pelbagai jenis coklat.
salah satu tapak fiesta di Jeti Langkawi
Lokasi fiesta ini bertempat di dua buah laluan pintu masuk utama Langkawi iaitu di Kompleks Jeti, Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa (airport) di Padang Matsirat. Mekar hanya pusing-pusing dan snap gambar di sekitar lokasi JETI sahaja.
Antara gambar yang sempat di snap sepanjang berada di kedai coklat ini ialah :
Mekar perhatikan terdapat lebih dari 100 coklat dari dalam dan luar negeri termasuk yang diimport dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Itali ada di sini. Tidak ketinggalan juga coklat tempatan yang dikeluarkan syarikat-syarikat di Malaysia antaranya Danson dan Fidani turut dijual pada fiesta ini.
Oleh itu, kepada sesiapa yang sedang bercuti atau sedang mengikuti kursus di Langkawi mekar pasti anda akan mencari kudapan ini sebagai buah tangan apabila pulang ke destinasi anda. Bertuah sungguh sesiapa yang turun ke Langkawi pada bulan ini. Sungguh..! kesemua coklat-coklat yang dijual ini tersangatlah murah walaupun kita sedia maklum yang coklat-coklat di Langkawi memang sudah murah harganya berbanding jika membeli di luar kerana pulau langkawi telah diiktiraf sebagai salah satu lokasi Pulau Bebas Cukai.
Jomlah kita ramai-ramai memeriahkan fiesta ini disamping ia memberi manfaat besar kepada industri coklat malah ia juga dapat menggalakkan pelancong dalam dan luar negara menghabiskan wang di sini







Patutlah mekar tak update blog. ada kat pesta langkawi rupanya….
Selamat bercuti dan berehat.
PS: langkawi kalau ada kursus pun, semua sibuk nak berjalan je….
Sabahan Bloggers Club recently posted..Google pagerank prediction tool
Betul Sbc. Tq krn prihatin pasal sya.
pst : Kalu berjalan2 ni sya akan bawa netbook aje. memandangkn saiznya yg kecil jadi apa2 tulisan kat skrin ni semua jadi kecil. sya kurang selesa & sakit mata nk merempit dgn pantas ni
pst 2 : ada org pi kursus tp dlm kepala dok ingat nk pi soping ja
Sama ler tu. kitaorang pun bawak netbook tapi dah biasa kot guna. Cuma menaip tu memang beza ler. harga coklat murah ke kat sana?
Sabahan Bloggers Club recently posted..Can you hack it
rasa nk cari notebook 27” jer..hehe..
SBC, sya jarang survey harga coklat kt tempat2 lain di langkawi ni. smlm masa sya pegi situ tgk ramai org dok kerumun nk beli coklat, jd pd anggapan sya coklat tu murah ler
Kalau macam itu kena sambar iPad2 senang nak kemas kini blog
akubiomed recently posted..Keputusan Maharaja Lawak Akhir
wah.. seronoknya.
menyelam sambil minum air.
bila la abem kakngah ni nak out station gitu… harus aku angkut hanak-hanak sekali
hhmm.. bila dah bercampur coklat dari keluaran banyak negara, diorang ada noted tak samada produk tu halal atau tidak.. takut jugak terlepas pandang….
kakngah recently posted..saya raksaksa yang sedih -
angkut jangan tak angkut kakngah.
Saya ada perasan kat satu rak tu dia ada noted ” Non Halal”. so kita xyah pegi la kt rak tu. Sya lupa nk snap gambo tu
sy mmg suka sgt ngan coklat langkawi kak,murah2.. last sy mkn taun 2003 dlu hehehe~
Asalnya memang dah murah. tp bila ada fiesta ni lagi la murah
lama dah tak ke langkawi. tak de ke update fotog kat langkawi?
afzal laidin recently posted..Samsung Perkenalkan Google Chromebook
nanti sya tempek lagi gambar2 terkini langkawi dlm blog ni. Tunggu ya
Ni yang best. kalau boleh bagi tips nak melancng kat sana. kami pun bercadang nak ke Langkawi tapi tiket murah airasia tak dapat plak.
Sabahan Bloggers Club recently posted..Can you hack it
orait sbc. sya kekadang naik firefly. murah juga tp ambik dr KL la. Nak lg murah…kekadang sya naik feri tp penat sikit & makan byk masa.
Saya kalau pergi Langkawi, minyak gamat yang dicari. Saya tak cari cokelat. Kalau teringin nak makan cokelat, saya beli dengan kawan saya di sini. Lebih murah dari harga Langkawi (kawan kerja di Cocoa Tree! yeay!)
Fara recently posted..leka
sebenarnya coklat ni byk je org jual kat mana2. homemade pun byk dijual skrg. tp bila mai langkawi ni, seronok la jamu mata sbb kat mana2 tempat pergi mesti ada org jual coklat. Daripada tengok saje, baik la sambar sekotak dua
cantik gambar2 tu.. tapi naper ye..
tiada gambar Ms mekar N Mr Suami..
letak la satu… maner la taw satu hari saya ke langkawi..
terserempak ngan ms mekar and mr suami.. boleh gak mintak autograf…
peminat setia nie .he.he.he
hehe.. hairul tak nampak ke pic sya kat celah2 kain rentang tu ! cuba tgk betul2. Cak !
naper suka duduk celah2.. cik mekar oiiii..
sakit mata nie mencari tak jumpa2.. he.he.he.
anyway… nak bagi sikit idea kat cik mekar…
apa kata cik mekar jual coklat langkawi tu melalui pos…
mesti ramai yg nak beli.. upkan sikit harga.. mesti ramai nak beli…
Errrkkk… kalau kawe pi sana sure balik berat badan tambah 10kg.. Demam coklat ehhh…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..26th Sabah Dragon Boat Race
Bro suka makan coklat juga ker? sedapkan ! 10 kg tu bukan mkn coklat jer tu kan
Nak sikit volleh? huhuhu
maza recently posted..GKKJ kena sepak dengan MALWARE
meh..singgah sini
apasal huhu bro ? sedih ke
gulp! errr… malu.. hehehhe
maza recently posted..GKKJ kena sepak dengan MALWARE
saya nak cokelat…
hee…
kak brong cekelat blh kak jual kat blog semula heeee
suri recently posted..Doodle Summer Solstice
suri nak coklet ke? sya selalu beli utk sendiri makan dan bagi kat orang jer. takde sampai nk jual.
NAKKKKKKKKK!!!!…
Adoyai… chip tak leh tgk la coklat… kalo tgk je mesti rase nak beli..adoy.. tahun lepas dah g langkawi..abis dekat RM 200 beli coklat je… apsal la Fiesta ni tak berlangsung tahun lepas.. isk..isk..isk..
Chipcoklat recently posted..X-Men – Percayalah Sebenarnya X-Men Itu Wujud
wah..chip memang betul2 suka makan coklat ni sbb nama blog pun ada unsur coklat
Tp kalu xde fiesta ni pun, harga coklat kt sini pun masih murah bbanding luar kat tu kan
tapaukan boleh
Wah, tak sangka kaum Adam pun fanatik dgn coklat ek
besttt yerrr kak mekar g langkawi
Lorna recently posted..Pabila hati berbicara
lornaaa sukaaaa gi sana…hehe….
selamat ‘nyelam’ ngan cik abe syg….
enjoy ur self sis….
take care k!
walaupun dekat dengan langkawi, KA tak pernah pergi pun…
Kamarul Azri™ recently posted..Wordless Wednesday – kucing comel
kalau kawan² pergi sana oder jer…
waaa..wiii..coklattt!
ohcikgu recently posted..Bila nama Malaysia ada di dada Jersi Kelab Bola Sepak England
Assalamualaikum Mekar..wah berjalan sakan nampaknya ye…mekar selalu ke langkawi…cubalah cari sesuatu yg boleh djadikn biz sampingan…:D
nurainvivian recently posted..HIKMAH MENUTUP AURAT
bestnye! langkawi…kalau p, mesti beli coklah…mmg murah dan byk pilihan…rambang habis mata jadinya…hohoho
kita tunggu gambr2@aktiviti menarik kat langkawi lagi…hehe
hafizmd recently posted..Oh! Lelaki – Tips waktu si dia PMS…
InsyaAllah bEe akan menyusul ke Langkawi dlm thn ni kot
Nak juga pergi sbb kami pas kahwin tak honeymoon pun lagi. Masuk ni dah 3 thn tak pi honeymoon lagi. Pas nikah pas sebulan dah berisi mcm nak jenjalan jauh2 kan! hehe
I want to experience that kind of event… I love chocolates so most probably I will love this festival… What most attract me is the chocoloate shop… Yummy!
Evan Griffin recently posted..Famous Stars and Their Celebrity Weight Loss Diets
Saya ini hantu cokelat. Tempoh hari rasa cokelat Daim masih tidak hilang lagi. He..hee…
coklat, ermm da lama x makan. Rasanya insyaallah hujung bulan ni pi langkawi
moham29577Juan recently posted..Contest SEO – Tip Blogging Terbaik
roundaboard kat airpot nih… hahahha
xjmpa pon pestanya…
HiG lagi murah!!! serbu!!! kehehehehe
sjiehan recently posted..Ulangtahun hari lahir : Moga di sihat tubuh badan.
HiG tu kat mana pula jiehan ?