Aktiviti Berkelah Di Hutan Lipur sekitar Langkawi

Assalammualaikum..

Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti semua. Pergi Dataran Merdeka ke pagi tadi? Mesti seronok kan dapat tengok perbarisan?. Saya tak de ke mana-mana pun. Duduk rumah aje tambahan cuaca di Langkawi  sangat redup ketika ini.

Baiklah..ini cerita saya untuk minggu ini. Alhamdulilah saya dah berjaya menamatkan puasa ganti dan puasa 6 kelmarin. Lega benar rasanya bila dpt selesaikan ibadah yang satu ini. Jadi pagi semalam adalah hari saya menyambut ‘Hari Raya’ untuk kali yang ke-2. Bersempena dengan ‘perayaan’ ini, saya ada mengajak sahabat saya namanya Rafeah (dia ni orang Langkawi) pergi berkelah di tepi pantai.

Untuk pengetahuan anda, walaupun saya selalu cerita yang saya sering ke Langkawi tetapi saya jarang benar berpeluang mandi laut. Jadi dikesempatan hari raya yang mulia ni tiba2 teringin pula kami mahu bermandi-manda sambil berkelah. Kebetulan mr suami pun sibuk dengan urusan kerjanya maka saya, Rafeah,ibu dan anak saudaranya saja yang membuat aktiviti santai ini.

1. Hutan Lipur Pasir Tengkorak

Destinasi berkelah kami pada hari itu adalah di Hutan Lipur Pasir Tengkorak. Pantai ni agak jauh sikit dari kota terdekat iaitu sekitar 40km dari pekan Kuah. Mula2 dengar nama tempat ni memang menakutkan. Tapi sebenarnya di situ terdapatnya sebuah pantai yang bersih dan menarik serta menghadap ke arah Pulau Taratau, Thailand. Kebetulan kami ke sana di awal pagi dan hari orang bekerja. Jadi memang tak de orang pun masa tu kecuali kami berempat sahaja. Hoyei..hoyei..Seronoknya dapat mandi-manda dalam suasana tak de orang macam ni. Kami menjadi bebas untuk berbuat apa saja. Namun nasib baik kami tak berbikini..auww       :mrgreen:

pic pemandangan indah di Pantai Pasir Tengkorak. Lokasi pantai yang agak tersorok dan  jauh  dari pekan membuatkan ia sungguh privasi. selain itu, banyak kemudahan asas yang terdapat di sini seperti tandas, surau dan beberapa buah chalet.

sarapan pagi nasi lemak yang disediakan oleh ibu rafeah. yummy..yummy. saya pula menyediakan pisang goreng dan karipap

Selepas menikmati juadah yang dibawa dan mandi-manda, hari pun semakin meninggi dan matahari semakin menegak. Panas pula rasanya. Maka kami merancang untuk beralih ke lokasi berkelah yang lain pula.

2. Hutan Lipur Lubok Semilang

Kalau tadi kami mandi-manda di lokasi laut masin, tapi di Lubok Semilang ia merupakan sebatang sungai sepanjang 2 KM. Air sungai di sini sangat jernih dan bersih. Bila mandi pula terasa seperti berendam di dalam ais batu..sejuk woo. Hutan Lipur Lubuk Semilang terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Disamping itu terdapat tapak permulaan denai mendaki ke Gunung Puncak Raya melalui tangga yang diberi nama Tangga Helang Seribu Kenangan.

Pemandangan di sini juga sangat nyaman dengan kehijauan alam semulajadi dan bunyian air terjun yg menggamit suasana. Saya memang lebih puas dapat mandi-mandi di kawasan sungai berbanding mandi air laut. Semasa kami mula-mula sampai pun masih tiada orang berkelah di sini. Memang seronok kami dapat memonopoli setiap ruang sungai ni pada hari itu. Sedang kami seronok bergurau senda dan mandi-manda, tak semena2 hujan pula turun dengan lebatnya. Kami sempat bermandi hujan seketika sebelum berteduh di bawah pondok kecil yang disediakan namun hujan masih tak reda2 malah semakin lebat. Akhirnya kami ambil keputusan untuk pulang setelah jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari  kerana ibu Rafeah ada appointment dengan sinetron Amanah Dalam Cinta di TV3      8)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

29 thoughts on “Aktiviti Berkelah Di Hutan Lipur sekitar Langkawi

    • Salam.
      Sya ‘berlumba’ dgn kawan, tu yg laju je nak habis kan puasa :mrgreen:

      Awal2 berblog dulu ingat tak nk cerita sgt pasal aktiviti diri sendiri. Tp lama-kelamaan sbb dh kering idea, maka cerita jln2, makan2 yg kerap publish di sini. hehe… sekurang2nya blogku ber update

  1. Uisk…karangan mcm xde perenggan penutup ku rasakan… :-)
    Hmm seronoknye surirumah boleh jalan2 time org keje…semacam jeles je rase….
    Kami nih, bile cuti je rase segan nak keluo memandangkan musT semua rakyat nak kuar time cuti umum….heh! malas nak bersesak2 dgn manusia…sudahnye duduk di rumah dengan kerja2 rumah yg semacam xpernah nak abes….
    p/s: Disember nnt agak2 cuaca ok x kalo nak ronda2 Langkawi… :lol:

    • hehe..cikgu sudah mari. kalu student upsr baca karangan ni, sure nangis :wink:

      Jgn la jeles ummu. Ada masa seronok, ada masa boring juga jd surirumah :roll:
      Jadi wanita bekerjaya lagi mencabar dan sedap dipandang org. Apa2pun bab berlibur masa tak ramai org ni memang seronok lah :D

      pst: cuaca disember..mm…nnti i check dgn ramalan kaji cuaca. Bulan disembr thn ni lebih sesak sbb cuti skolah + ada LIMA. Masa ni semua benda/brg naik harga melambung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge