Ujian Darah di PathLab

Bilakah kali terakhir korang menjalani ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan? Mungkin ada diantara kita yang hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika diterima bekerja. Tidak kurang beranggapan ia tidak penting kerana berasakan mereka cukup sihat ??

Baru-baru ni saya disuruh untuk buat pemeriksaan kesihatan. Asalnya pegi klinik nak check keadaan hormon dan mendapat khidmat nasihat berkaitan sistem reproduktif dalam tubuh badan saya. Tapi selepas menerima rawatan, doktor minta saya pegi jalani satu ujian darah untuk memastikan tahap kesihatan di bahagian buah pinggang (kidney/renal). Dia syorkan saya menjalani ujian darah di mana2 makmal yang melakukan pemeriksaan. Waa… terkejut juga saya bila disuruh buat ujian darah tu. Iyalah saya tertanya2, adakah ada kaitan antara masalah reproduktif dgn fungsi pada buah pinggang seseorang ???…

Jadi untuk penyelesaian masalah nie, keesokkan harinya saya pun pegi la ke Pathlab (Pathlab ni ada banyak cawangan di Malaysia). Mula-mula risau juga takut bayarannya mahal. Tapi bila fikir2, kalau dah sakit kos perubatan lagi tinggi berbanding dengan kos pencegahan. So saya tawakal lah. Mr suami juga bagi dorongan dan menemani saya ke Pathlab.

inilah makmal pathlab iaitu pusat pemeriksaan darah dikendalikan oleh pihak swasta. tak silap saya hospital kerajaan pun ada buat medical check-up darah ni. cuma mungkin prosedurnya agak rumit dan queue yang panjang. Sesiapa yg kerja dgn gomen / company2 yg besar selalunya ada panel klinik sendiri utk lakukan medical ni. (sya surirumah je. xde mana2 majikan nk sponser.. :P

Sesampai di makmal Pathlab waktu tengahari, orang pun tak ramai. Saya beritahu budak kaunter nak buat “Renal Function Test”. Mula2 saya check harga medical yg ditawarkan. Kalau ikutkan, semakin banyak ujian darah yang diambil maka lagi murah kos yang dikenakan (kira ambil pakej la). Memang menarik juga kalau dilihat pakej2 rawatan tu. Tapi disebabkan saya nak cepat dan belum ada keperluan untuk ujian darah yg lain2 tu maka saya pilih nak buat Renal Function test sahaje.  Saya disuruh isi borang dan buat bayaran sebanyak RM 60. Sekejap kemudian saya dipanggil masuk ke bilik rawatan untuk di ambil darah. Hulur lengan kiri.., maka tangan saya pun dicucuk. auchhh.. Tak sakit pun ! Tak sampai 15 minit semuanya dah siap. Cuma keputusan ujian darah itu akan diperolehi 2 hari kemudian.

berbaloi la bayar RM 60. lagipun prosesnya mudah. tak perlu tunggu lama2. lagi satu, nak buat test pun tak perlu surat pengesahan mana2 doktor

Sementara menanti keputusan ujian darah, balik je ke rumah, saya terus meng’google’ sikit sebanyak info tentang kesihatan terutamanya berkaitan buah pinggang. Risau pulak saya, maklum la selama ni makan main belasah jer. Selalu makan kat kedai pulak tu! Bersenam pun malas. Sebelum ni saya cuma rajin buat ujian kolestrol dan ujian glukose. Manakala rawatan bekam pernah 2x buat utk membuang toksid (pengalaman buat BEKAM klik SINI). Namun rupanya itu semua masih belum memadai utk mengetahui status kesihatan diri.

Dua hari selepas ambik darah, keputusan ujian darah saya dah pun siap (dub..dab..dub..dab jantung saya). Memandangkan ada perkara2 yg tak dapat dielakkan utk saya pegi ke makmal, jadi saya minta pihak pathlab emailkan keputusan darah  kepada saya.

inilah keputusan ‘renel function test’ saya. Disebabkan tak berapa faham dan nak penjelasan lanjut, saya hubungi pegawai perubatan Pathlab utk menerangkan sedikit sebanyak ttng kesihatan saya. Bila diteliti, kata pegawai tu, semua test yg saya lakukan menunjukkan darah saya berada pada keadaan Normal.  Untuk ujian yg paling saya risau iaitu ‘uric asid’, bacaan saya ialah 0.27 mmol/l (range sesuai utk umur saya sekitar 0.14 – 0.34 mmol/l). Manakala ujian sodium 142 mmol/l (range sesuai : 137 – 150 mmol/l). Ujian kalsium pula iaitu utk menentukan kekuatan tulang dan gigi, sya dpt bacaan 2.34 mmol/l (range sesuai : 2.12 – 2.52 mmol/l). Alhamdulilah, saya lega sangat2 dgn petunjuk tu. Siap pegawai perubatan tu joke “ u boleh makan banyak2 lagi lepas ni“.. haha… suke nya saya dengar bab boleh makan byk tu (sebab sya suka makan)     :mrgreen:

Happy memang la happy. Apa-apa pun lepas ni saya kena lebih berhati-hati lagi tentang penjagaan kesihatan walaupun ujian fungsi buah pinggang kali ni tidak menunjukkan keadaan yg membahayakan. Kata pegawai kesihatan lagi, utk mengelak ‘uric asid’ bertambah tinggi dalam badan kita, maka kita kena kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan purines protein, seperti organ dalaman haiwan (hati, peparu, ginjal, otak dll), dan juga ikan-ikan dalam tin (sardin, ikan bilis, dll). Manakala perkara utama yg wajib menjadi amalan ialah mengambil air masak yg mencukupi.

InsyaAllah ada ‘budget’ lebih, saya nak buat ujian darah yang lain2 pulak seperti Hepatitis screen, Serology, Urinalysis,Liver function tests dll. Prinsip saya Jangan berkira untuk memastikan kesihatan kita menjadi baik. Jangan bila sudah sakit, barulah habiskan kesemua wang dan simpanan demi membayar rawatan. Mencegah itu lebih murah dan mudah daripada merawat.

pst : nanti nak tunjuk keputusan ujian darah ni pada Doktor yg check sistem reproduktif dalam badan saya. tak sabar nak tau apa komen dia pula… harap2 hal ni tiada kaitan besar dalam sistem reproduktif saya. tunggu pengalaman saya selanjutnya :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

19 thoughts on “Ujian Darah di PathLab

    • heh..buat jangan tak buat fara. sama la mcm sya dulu rasa takut nk buat medical check up. skrg sya tak kisah sbb dah biasa buat.

    • kita ni bila dah meningkat usia, barulah timbul sedikit kesedaran..heh.

      bertuah la akubio sebab ujian kesihatan dah mjadi satu kewajipan di tempat kerja. lebih mudah nk pantau kesihatan diri mcmtu :-)

  1. salam kak mekar…setelah sekian lama akhirnya update jgkkan..

    sy tak pernah pun buat Renal Function test mcm akk buat..huhu..selalu cek tekanan darah je kat rumah sbb ada alat tu..tapi normal lah..hehehe

    wah,berdebar je baca..mujurlah akk pny pun normal..walaupun normal, akak kenalah exercise sekali sekala jugak tau..utk memaintainkan kesihatan agar berada di tahap yg optimum..

    btw, apsal org atas tu panggil akak adele? sengal betul :D adele recently posted..Teman Lelaki Kejam, Potong Rambut Awek Tanpa Belas Kasihan

    • salam dele. hehe liat betul sya nak update blog skrg ni.

      tak pe adele umur masih 20an. macam sya dah 30 ++ memang kena rajin check kesihatan.risau juga kot ada benda2 yg kita tak tau. tq adele atas nasihatnya. bab senaman tu memang agak liat. sebulan ada la sekali buatnya..huhu

      pst : entah la si juan ni mimpi disiang hari agaknye :P

    • Salam mama – skrg sya tak makan RYR lagi. stop sekejap sbb nak tgk bacaan kolestrol, adakah dpt dikawal tanpa makan RYR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge