Kolestrol oh Kolestrol

Sebelum ni mekar jarang ambil berat soal pemakanan dan kesihatan diri. Maklum la mekar selalu berasa diri ini masih muda dan jarang dijangkiti penyakit membuatkan diriku leka seketika. Tambah-tambah lagi selepas mendirikan rumahtangga, selera makan pun naik secara mendadak. Apabila memasak di rumah, memang tak sah kalau tak ada hidangan yang bergoreng. Mr suami pula suka makanan bergulai (semestinya bersantan). Lepas tu asal ada peluang ke luar daerah,  kami akan melakukan aktiviti jalan-jalan cari makan. Tambahan lagi bila ada kawan-kawan atau ahli keluarga kami turut serta, maka suasana makan-makan itu menjadi cukup meriah dan berselera.  Boleh dikatakan banyak restoran-restoran SEDAP pernah kami singgah terutama Restoran Nasi Kandar, Gulai Kalut dan Restoran Seafood. Murahnya rezeki makan kami. Alhamdulilah.

Kesedaran melalui keputusan ujian darah

Nilai Paras Kolestrol dinilai dalam unit millimols setiap 1 liter

Beberapa bulan yang lepas barulah mekar tergerak hati untuk membuat ujian darah di farmasi bagi menentukan tahap kesihatan ini. Alhamdulilah keputusan untuk “blood pressure” dan kandungan gula dalam badan mekar ini cukup baik dan tidak membimbangkan. Tetapi yang sangat merisaukan mekar pada waktu itu adalah kandungan KOLESTROL yang sangat TINGGI. Hampir setiap minggu melakukan ujian kolestrol, namun keputusannya sangat mendukacitakan.  Lihatlah bacaan di bawah ini :-

12/2/2011 –  6.33 mmol/l

22/2/2011 – 6.00 mmol/l

26/3/2011 – 6.63 mmol/l

Keputusan terakhir yang berjumlah 6.63 mmol/l ini sangat mengecewakan kehidupan mekar. Lemah kepala lutut dibuatnya. Pharmacist pun terkejut sebab katanya dari segi umur dan saiz badan mekar yg kecil ini tidak sepatutnya mendapat keputusan sebegitu tinggi.

Apakah yang perlu dilakukan jika kolestrol tinggi?

Kali ni mekar TEKAD untuk menurunkan kadar kolesterol ke paras yang lebih rendah dan selamat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ada beberapa saranan pharmacist yang mekar ikuti antaranya :-

  • Elakkan dari makan makanan yang bergoreng
  • Tidak menjamah lauk berasaskan santan
  • Jauhi makanan laut terutama udang dan sotong (kegemaran mekar ni !)
  • Elakkan dari memakan daging merah. Gantikan dengan ayam dan ikan
  • Tukar kaedah memasak dengan cara merebus atau membakar
  • Makan roti yang rendah kolestrol (roti yg warna brown, bukan roti putih ya)
  • Pengambilan vitamin iaitu minyak ikan dan red yeast rice.
  • Mulakan program senaman sekurang-kurangnya 30minit sehari
Bertukarlah kepada roti fibremeal yang rendah kolestrol ini
pengambilan suplemen yang sesuai juga boleh membantu

Semua panduan-panduan di atas mekar lakukan dengan cukup berdisiplin. Kalau teringin sangat nak makan ikan goreng pun hanya ambil secubit jer.heh  Semangat itu penting kawan-kawan.

Mekar tak sabar nak jumpa pharmacist walaupun ada debaran melanda diri. Akhirnya pada 3/4/2011, mekar pergi lagi membuat ujian kolestrol. Dan keputusannya, jeng…jeng…jeng… telah melalui penurunan iaitu menjadi 4.05 mmol/l. Alhamdulilah. Puas hati mekar bila mendapat keputusan ini. (hampir memeluk mr suami & melompat riang  :lol: ! ). Tak sangka dalam masa seminggu kandungan kolestrol dalam badan mekar boleh menurun tanpa bantuan ubat-ubatan ( memang mekar mahu mengelak dari mengambil sebarang ubat).  InsyaAllah mekar akan kekalkan prestasi terbaik ini dan mahu jaga semuanya sebelum usia makin bertambah.

Inilah pesanku buat sahabat-sahabat dan adik-adikku sekalian. Semakin kita meningkat usia, paras kolestrol dalam darah juga akan meningkat. Ubahlah corak pemakanan bermula dari sekarang dan amalkan gaya hidup sihat. Perlu diingatkan kolestrol yang jahat  adalah merupakan salah satu pembunuh secara senyap terutama boleh menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.  Kalau ada masa ,  nasihatku jangan lupa membuat saringan kesihatan di klinik-klinik atau farmasi berhampiran anda. Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada merawati. SEKIAN.

psst : Anda ada pengalaman dengan gejala kolestrol ini?  Apa kata kita kongsikan segalanya di sini berserta tips yang dilakukan untuk menghindarinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

63 thoughts on “Kolestrol oh Kolestrol

    • TQ Hafiz. Tulisan saya kali ni mahu menjadi pembakar semangat kpd sesiapa yg membaca 8)
      Lakukan lah pemeriksaan diri bila ada kesempatan

      • Thanks Mekar,
        Satu nasihat yg amat berguna kepada semua orang. Kita kena selalu membuat pemeriksaan kesihatan agar kita dapat muhasabah diri mengenai nafsu makan kita yang tak pernah surut sejak kecil hingga sekarang….Kita kena terima hakikat bahawa makanan adalah punca segala penyakit jika pengambilannya hanya mengikut nafsu semata-mata…..

    • Betul, nafsu makan mengatasi segalanya. Tapi harus ada limitnya. Nanti bila dah sakit dan duduk di hospital langsung tak boleh makan apa2 pun :oops:

      • sy klu tension kakak mekar sslu makan heee..bukan mkn nasi..atau bihun tapi suka makan coklat.. dpt sepapan ok ar huuuu

        tpi tk blh sllu mkn nnti ggi sy rongak heeee :P

    • Hi Nieza- tak de apa yg perlu ditakutkan utk check kolestrol. Jarum yg di cucuk di jari terasa spt di gigit semut aje. sungguh :o

    • Badan yg kurus bukan penentu kolastrolnya rendah.
      Macam suami sya memang b’selera makan orgnya. Badan pun bersaiz besar. Tapi bila check kolestrol dia cuma 3.90. Maintain sentiasa. Mau tak jelous saya dibuatnya :evil:

  1. Assalamualaikum,mekar..
    Pertama sekali, ain respect betul kat mekar kerana begitu bdisiplin apabila ingin menurunkan paras kolestrol.
    Contoh yg baik bagi mereka kata susah dan hanya bgantung pada perubatan moden.
    Paras kolestrol yg baik dapat mengelak risiko penyakit lain yg berkaitan jantung spt Myocardial Infarct dan Diabetes (hehe…ntah ain akan ingat lagi tak term ni lepas bbrap thn lagi) :lol: nurainvivian recently posted..PURDAH SARA BOKKER

    • Ain – betul , disiplin mesti kuat. Hanya kawal corak pemakanan.
      kalau awal2 dah bergantung ubat, sah2 sampai ke tua la tabiat itu terpaksa dikekalkan.

    • Makan ayam dan ikan tak jadi masalah sangat. Kalau boleh kurangkan sotong, udang, kerang dll seafood dan daging merah juga !

  2. alhamdulillah paras kolesterol akak dah turun..emak cik tom tinggu jugak kolesterol masa tahun lepas..pastu doc suh berpantang makan..jgn makan makanan yg tinggi kandungan minyak macam roti canai dan keropok goreng..2-2 tue mmg fevret makanan keluarga cik tom…hehe..doc sarankan lagi makan quaker oat, masak masakan xmenggunakan minyak cnth sup, kukus dan panggang…
    cik tom recently posted..Blog Under Construction

    • Muda2 ni baik pegi check. Esok2 dah berumur susah nak maintain kandungan dlm bdn tu. OO.. suka kari mamak ya? memang best tp jgn la selalu sgt :-)

  3. Saya pun dah ubah sikit2 cara pengambilan makanan…dah cakap kat wife jangan masak yang berlemak dan makanan yang berkolestrol tinggi…siap pesan lagi..macam mana awak masak pun saya tetap syg awak he3… :)

  4. Pingback: 6 Makanan Boleh Turunkan Kolestrol | Mata Hati Mekar

  5. assalam ,mekar.saya dulu bacaan kolestrol 6.9 diet gila gila selama 3 bulan dan makan ubat hospital,p chek balik 5.1 selama 2 minggu tak makan ubat dan diet dia naik balik 6.3,pas tu makan supliment selama 3 bulan tanpa makan ubat naik lagi 6.5…
    nak tanya u makan red yeast rice tu sehari berapa biji pas tu u ada makan ubat lain lagi ke????
    terima kasih

    • Fitry – utk turunkan kolestrol, setakat harini sya tak pernah makan ubat hospital lagi. Cuma sya amalkan suplimet Red Yiest Rice dan fish oil 2 biji sehari (kedua-duanya). Bila kolestrol dah turun baru sya makan 1 biji sehari (disyorkan oleh pharmacist). Supliment2 ni sya tak pernah tinggalkan sampai skrg. InsyaAllah kena disiplin sikit :-)

      Disamping itu kamu kena control makanan contoh elak mknan bergoreng dan karbohidart tinggi(nasi putih).

      • TQ MEKAR…..
        ENTAHLAH RASA MCM KENA MAKAN UBAT HOSPITAL JE ……PASAL MASA MAKAN SUPLIMENT DULU PANTANG GILA2 SAMPAI SAYA KENA PENYAKIT ANGIN…& GASTRIK TAPI TURUNNYA TAK LAH OK SANGAT….MAKAN UBAT HOSPITAL NI SEBULAH AJE DAH TURUN GILA GILA KOLESTROL TU,CUMA KESAN SAMPINGANNYA RASA LETIH PLAK.MINYAK OMEGA TU BRAND APA?

        • Oh, begitu pula pengalaman fitry ya :wink:
          Sya selagi boleh btahan, memang nak mgelak dari makan ubat hospital. Alhamdulilah setakat ni kolestrol boleh turun dgn mkn suplemen & jaga pemakanan. (pst: sya sebenarnya org yg berselera makan).

          Skrg ni sya makan omega oil cap seven sees(cuba jln2 kat farmasi ada byk lagi brand yg sesuai diamalkan).
          Satu lagi, amalan yg sya buat skrg ialah minum segelas oat utk sarapan pgi.Mula2 memang xsedap tp sya gagahkn juga.Sbb fungsi serat oat ni akan mengikat kolestrol & seterusnya mhalang drpd diserap ke dlm sistem badan. Fitry, cuba la makan oat :-)

          • SMLM SAYA DAH P BELI RED YIEST RICE BRAND BIO LIFE & OMEGA 3 BRAND GOLD LIFE,SAYA NAK TRY MAKAN (2+2)TGK HARAP2 TUIRUNLAH KOLESTROL NI……..

  6. :-) pagi tadi 3.3.2012 p check total kolestrol….syukur alhamdulillah dah turun 3.9 bacaan nya.saya makan red yiest rice + omega 3 selama 25 hari,makan tak berapa pantang sangat,tapi tiap tiap petang ambil 30 minit kayuh basikal berpeluh sampai basah baju. :P :P

    • Wow…fitry. Tahniah dapat turun kolestrol sampai 3.9. Banyak juga perubahan tu. Mesti seharian senyum simpul bila dpt tahu result mcm tu… Semoga kekalkan point macam tu utk masa2 seterusnya :D :P

  7. Salam singgah… mama nak tnya ttg Kapsul Red Yeast Rice tu… kat farmasi ada jual ke? Mama nye kolesterol cam YoYo, jap naik jap turun… bulan lepas 4.5, mggu ni 5.2 .. mmg amalkan Omega 3 tapi cam berminat nak cuba Red Yeast Rice tu lak…

    • Salam mama.
      Pharmasict selalu nasihatkan ambil red yies rice(RYR) walaupun dah ambil omega. Sya memang makan RYR tu dan memang ada perubahan.
      Kat mana2 farmasi selalu je sya nampak vitamin ni cuma jenama lain2 la.

  8. Saya pun ada masalah kolesterol gak..mula2 check kat farmasi 5.7 bulan berikutnya 6.3..pastu amik supplement lecithin+ omega check sekali lagi dah naik 6.7 plak..stop amik lecithin kemudian sya amik red yeast rice + omega lepas seminggu terus check kat farmasi dah turun skit 5.66..dan kali terakhir sya check total kolesterol dah tinggal 3.88 ajer…fuh lega skit….

    • bagus tu, kita kena cepat ambil tindakan sekiranya ada perubahan tak elok pada badan. tak kisah duit byk habis, janji badan sihat.

  9. saya pun bru cek darah…hmmm…doktor bg msa 3 bln tuk turunkan kolesterol sbb umur muda lg…kalau x trun ke paras selamat, dia akan start ubat…dah la saya suka mkn udang sotong :( skg pg2 mkn oat…ptg sup+oat…buah…
    nk tanya red yeast rice +omega tu amik jenama apa??? boleh dpt kat watson ngn guardian x?

    • Haliz, cepat2 selamatkan diri awak. Sya kalu boleh tak nak ambik apa2 ubat. Oleh itu cuba kontrol pemakanan awk. kena kuat semangat dan byk bersabar.
      Utk RYR & omega sya da tempek gambar kat entri atas. farmasi2 kat luar mmng ada jual. Cubalah tnya diorg bila masuk farmasi tu

      • sy dh beli red yeast rice brand Bio-life…tu je brand yg ada…Omega 3 plak amik brand Pristin hasil nasihat pharmacist kt guardian…skg mmg contol mkn…just amik oat ngn mkn sup ikan ngn sayur…hopefully trun sbb mmg x mau mkn ubt…tp hati ni ralat la jgk ngn MA kat klinik kesihatan..spatutnya MA kena tau bca result ujian…after sebulan bru tau kolesterol tinggi..tu pun sbb bekeras nk jumpa doktor…. :(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge