6 Makanan Boleh Turunkan Kolestrol

Assalammualaikum…

Sejak kebelakangan ni artikel di mymekar.com banyak berkisar tentang kolestrol. Walaupun mekar bukanlah penghidap kolestrol yang serius tetapi pengalamanku yang nyaris-nyaris terjerumus ke arah itu (kisahnya di artikel kolestrol oh kolestrol) membuatkan mekar sangat berhati-hati. Seboleh mungkin  mekar mahu mewar-warkan sekerapnya kepada anda semua tentang bahaya penyakit ini jika tiada pencegahan awal.

Berikut ini adalah 6 jenis makanan yang boleh dijadikan sahabat untuk anda yang bercita-cita mahu menurunkan paras kolestrol. Point ini mekar perolehi melalui pembacaan di majalah dan info di internet. Ada yang pernah menjadi amalan mekar sebelum ini dan ada yang baru untuk diamalkan. Antara makanan yang perlu dijadikan sahabat ini adalah :-

sajian oat sangat bagus untuk kesihatan jantung

1. Teh - Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik. Pelbagai perisa teh terdapat dalam gobok dapur mekar. Alhamdulilah tak sia-sialah amalan mekar dan mr suami selama ini kerana kami suka menikmati secawan teh panas tanpa gula.

pic : syarasin.blogspot.com

2. Anggur – Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang. Mekar tak pernah mis beli anggur setiap kali ke pasaraya. Yang menjadi pilihan tentulah yang crunchy dan manis. kruk..kruk

3. Minyak Zaitun – Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia. Semenjak tubuhku mencapai  bacaan kolestrol yang tinggi membuatkan mekar beralih menggunakan minyak zaitun dalam beberapa jenis masakan tertentu. Harganya memanglah mahal  :oops:   Oleh itu, puan-puan harus pandai berjimat ya :mrgreen:

4. Oat – Iklan di televisyen kerap-kali melaungkan kebaikan oat untuk kesihatan jantung. Ia mengandungi serat larut yang mampu melawan kehadiran kolestrol jahat. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda. Sebenarnya ini adalah makanan yang paling sukar untuk melepasi anak tekak mekar. Tak tahu kenapa.  Nampak gayanya mekar harus lebih kreatif di dalam menyediakan sajian ini agar dapat menarik minat seleraku. Macamana nak bagi oat ni berasa sedap?

5. Ikan – Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau omega 3. Selain dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah, asid ini juga mencegah terjadinya pengumpulan kepingan-kepingan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalkan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Panggang atau bakar ikan anda, ia lebih sihat ! Dulu mekar suka makan ikan yang digoreng ggariing. perh… Kalau ada gulai kari lagi bertambah selera itu. Tapi Sekarang  bertukar memasak ikan ala-ala sup dan stim.

6.  Epal - Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah. Epal hijau lagi bagus. Tapi mekar suka makan epal merah  :roll:

Sesekali makan lah makanan yang bebas kolestrol ini walaupun anda bukanlah sedang berdiet. Makanan seperti ini mampu membantu mencegah penyakit sekiranya kita rajin mengamalkannya. Ada apa-apa lagi makanan terbaik untuk mengawal kolestrol yang anda tahu. Jom kongsi sama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

65 thoughts on “6 Makanan Boleh Turunkan Kolestrol

  1. Kalau hampir2 nak tua tu takut juga dengar kolestrol ni … tapi maklumat diet tu berguna sebagai rujukan … bawang putih pun boleh menyekat kolestrol … senaman juga penting untuk kesihatan…

  2. kak Mekar,
    Try test makan peria…. huhu pahitnyerrr
    bEe tak sanggup nak makan tu… huhuhuhu….
    Tp bEe better makan oat. Skang mantain makan nasi + lauk waktu breakfast & dinner (sebelum kul 7). Lunch @ kalau bEe tak sempat breakfast, bEe akan makan oat….

    Chaiyok kak Mekar!!!! :-)

    • Pahitnya peria bee… mak sedara penah masak gulai udang letak sayur peria. tp perianya sya tak makan, cuma kutip udang je huhu. Penah try nak mkn mlm seblm jam 9mlm. tp jam 10 ke 12 dah lapar balik huhu

      huh.. apasal la susah sya nak telan oat ni :oops:

  3. salam kak mekar..
    sy rasa,antara byk2 mknn ni, oatlah yg terbaik utk mengurangkan kadar kolestrol..
    sbb oat adalah penyerap kolestrol yg terbaik..lemak2 akn keluar bersama oat bila kita buang najis..bila difikirkan blk, dh terlalu byk mknn yg sedap kita amik seharian, jd apalah kiranya kita amik oat tu sehari sekali kan..kita selalu mkn mknn yg manis, sesekali juga kena amik yg pahit..sy ni pun pandai ckp je sbb nak menaip mmg senang..slmt beramal :D adele recently posted..Prihatin Terhadap Pengunjung Blog dengan Comment Reply Notification Plugin

    • Salam adele, kalu tanya sesiapa hatta pakar pemakanan sekali pun pasti mereka syorkan makan oat. Nak try juga makan sambil pejam mata huhu.
      psst: oat ni rasanya payau aje kan :lol:

    • Ooo..Suri org melaka tp kerja ipoh ya. Ipoh tu susah nak cari makanan sedap kan? kedai cina aje penuh.
      Tahun lps ada beli sepeket oat utk buat biskut raya. Baki oat tu sampai skrg tak usik2 lagi.huhu
      Betul2..banteras habis-habisan. kita tak mahu Rakyat MALAYSIA banyak dijangkiti penyakit2 spt ini. Negara akan mundur jika rakyatnya banyak penyakit :D

      • cuba kak mekar buat susu panas rendah lemak, campur 3 sudu besar oat dan sedikit kismis (dlm 21bj)..insyaAllah mesti tak sabar2 nak minum lagi esoknya..

  4. Assalamualaikum,mekar..
    Mcmana ye mekar makan oats?maksud ain oats+susu semata-mata ke??
    Apa kata ubah cara pengambilan,cth:

    ~tambahkn 2-3 sudu dalam minuman harian,misalnya milo/tehsusu..lama-lama nanti tekak sure leh telan!
    ~goreng ayam disaluti dgn oats
    ~gantikn santan dgn oats (blm cuba lagi ni)..tlihat kat rancangan TV..

    Samalah ain mekar, time lewat mlm tu la perut rasa lapar sangat..so kena paksalh diri makan oats!!
    nurainvivian recently posted..NIQAB AND ME

    • Salam Nur,
      Mekar pernah makan oat tapi yg 3 in 1.
      Bagus juga idea nur masukkan oat tu dlm milo /teh susu. Laju2 telan tak terasa sangat. Boleh lapik perut bila lapar tengah malam kan! Tapi yg gantikan santan dgn oat ni tak berapa paham :?:

    • Salam perkenalan sabahan,
      Teh paling mudah disediakan dan murah. cuba minum teh hijau. kat sabah banyak ladang teh kan :-)

  5. Semua makanan tu memang saya ambil tapi tak de la setiap hari. Bergantung pada budget. Kalau anggur tu masih mampu lagi. Minyak zaitun memang saya tak mampu nak beli. Jadi saya hanya gunakan carotino je. Kalau betul2 perlu untuk masakan barat, baru saya beli itupun setelah mendapat suntikan dana dari mr suami
    Norasikin recently posted..Resepi Mi Hong Kong

    • eh..selalunya dlm masakan barat org letak minyak zaitun kan? rupanya boleh ganti dgn Carotino ya.
      Minyak zaitun memang mahal :oops: Baru pertama kali beli. nak guna pun rasa sayang. tp guna utk masakan tertentu jer

  6. Assalamualaikum, Mekar..
    pbincangan hangat tul ye kat sini..santan dlm masakkn dgantikn dgn oats tu ain tak pernah cuba lagi, so susah nak xplain :wink:

    tapi biasanya ain jarang masakkn bsantan, katalah masak kari ayam sekalipun tanpa santan..yg penting lebihkn rempah,sure sedap! untuk kari ikan lak ain guna asam jawa je..masak lemak lain2 tu tak pulak..hubby pun tak minat..hihi..

    tak makan oats tak semestinya kolestrol tak dpt dturunkn, guna cara lain lah kalo tekak memang dah tak leh nak telan… :lol: nurainvivian recently posted..NIQAB AND ME

    • salam. oh..gitu. Sebab ain kata ada tgk kat rancangn tv gantikan santan dgn oat. Itu yg nk tahu mcmana di buat. Adakah oat itu dimasukkan dalam gulai ikan/ayam dll. Takpe2. Kita cuba makanan lain eh :D

  7. boleh ganti jus epal hijau dgn teh suam limau nipis..lagipun selain mahal, epal hijau tak elok dimakan selalu, asidnya boleh mengurangkan daya ingatan..

    • ros merah- suka juga minum teh limau ni. rupanya epal hijau boleh kurangkan daya ingatan ya. betul la sbb dia masam.
      Kat secret resipe ada jual jus epal dengan asam boi. huh sedap tak ingat !

  8. saya penternak kolesterol…hehe.. sama la kurang sikit dengan oat ni..rasa macam makan gam..huhu.. tapi kalau minum susu anlene + oat tak muak sangat rasanya..guna air suam kalau tak dia cepat kembang dah kureng sikit rasanya bila guna air panas.
    ferry recently posted..Apa kaitan SEO Dengan Budak

    • ferry muda lagi. takpela nak ternak kolestrol pun :mrgreen:
      Mekar pun paksa diri minum susu anlene tapi xpenah masukkan oat selama ni. sedap ker? boleh cuba juga ni :-)

    • Oh..begitu ya akuchey.TQ. Kena panggang la kan? kalu goreng tak elok juga.
      Tapi sebenarnya yg ditambah perisa garam tu lebih menaikkan selera :mrgreen:

  9. Salam, untk nikmati oat yang enak dijadikan jus sedap. Sonang jerr boleh guna buah segar contoh oren/epal (kalu guna buah kena ler campur air/sejuk) @ jus (yang sedap oren- tropical orange/goodday) campur oat then blend jangan tunggu lama-lama nanti oat tu kembang. Nyam nyam my friend nak bagi toddler die, jadi i suruh juer dia blend ngan susu coklat kegemaran si Rayyan. so u all kenalah adjust drinks ape nak guna yerkkkk….. Selamat sihat… Meeeooooowwww…. bye

  10. Salam kakak2 sekalian…sy merupakan pengidap high kolestrol di awal umur 20thn…skarg umur 25thn baru bebas drpd tekanan kolestrol tinggi ni…cara sya mudah je
    Pagi – amik 3 sudu oat + 3 sudu susu omega + kismis or pisang( setiap pagi )
    Tghari – bubur oat or sup oat
    Bubur – amik 5 sudu oat rendam dlm air panas, dah kembang masukan 1 sudu minyak zaitun perisa lemon ( utk hilang kembang tekak ) pastu campur ikan bilis goreng + lada hitam
    Sup oat – buat sup sayur n masukkan oat 5 sudu…telan tp jgn lupa letak lada hitan sikit n minyak zaitun perisa lemon

    Ps: sy ✗ tinggal makan nasi, cuma kalau sy mkn nasi waktu lunch dinner sy akan mkn oat..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge