Jom Belajar Membuat Macaron

Salam sejahtera semua. Memandangkan ini blog seorang surirumah jadi adalah sikit sebanyak artikel tentang dunia masakan. Untuk pengetahuan, selepas setahun menjadi surirumah terhormat membuatkan Mekar suka sangat menghadiri kelas masakan. Dulu orang sibuk belajar buat coklat, mekar pun ikut menyibuk. Kemudian muncul era buat kek-kek comel / “cupcake”. Sekarang tiba pula musim menikmati Macaron. Eh.. apa benda pulak macaron ni ? Makaroni ker?

Kelmarin mekar berkesempatan mengikuti satu kelas membuat Macaron di Ara Damansara, Selangor. Kepada sesiapa yang belum tahu tentang rupa macaron ni, meh belek gambar di bawah ni.

warna dan filling yg pelbagai membuatkan macaron sentiasa menjadi igauan !

Ok. Dah jelas kan rupa kuih ni macamana. Comel dan sweet kan ! Begitu juga lah keadaan mekar bila pertama kali mengetahui tentang makanan ini. Mekar tahu semua ni pun melalui persinggahan di blog cikmin.com iaitu seorang usahawan macaron. Keinginan bertambah kuat bila terlihat pula iklan Nuff menerusi milk A deal baru-baru ini yang mempromosikan macaron yang enak lagi berwarna-warni.

rangup di luar, lembut di dalam

Tanpa berlengah, mekar terus mencari maklumat macaron di google dan terjumpa dengan blog AngelCupidKitchen.Com milik Cikgu Rina. Beliau merupakan seorang tenaga pengajar merangkap usahawan dalam bidang makanan ini. Seorang yang happy go lucky..membuatkan pelajarnya tidak terlalu stress. Mekar berpuas hati dapat menuntut ilmu dengan beliau :lol:

Anglecupidkitchen banyak membantu merealisasikan impian mekar. Sesiapa yang mahu belajar teknik membuat macaron, bolehlah anda menuntut ilmu di sini.
Angeltreat.com juga milik Cikgu Rina. Sesiapa nak merasa Macaron dan Red Velvet Cake yang SEDAP jemput order dan singgah sini

Bersama cikgu Rina, mekar menuntut ilmu membuat macaron yang crispy ini. Kelas bermula seawal jam 9.30 pagi. Cuma 4 orang pelajar untuk setiap sessi memudahkan kami memberi tumpuan kepada pengajaran hari itu. Kami bermula dengan mengenal resipi-resipi dan kelengkapan yang “wajib” ada dalam penyediaan macaron ini. Proses pertama kami diajar untuk membuat “meringue” iaitu bahan asas yang terdiri daripada putih telur, gula dan serbuk badam. Walaupun kelihatan mudah tetapi penyediaannya amat rumit. Faktor suhu, masa dan sukatan resipi akan menentukan samada macaron anda ini MenJADI atau sebaliknya.

Campuran bahan2 asas utk membuat macaron shells
pelbagai pilihan warna untuk membuat macaron shells
sedang membancuh macaron shells yang berwarna coklat

Kemudian kami diajar juga cara membuat filling iaitu sebanyak 5 jenis perisa yang Sedap dan semestinya Manis. Sementara menunggu macaron shells itu mengeras, kami dijamu dengan Creamy Macaroni dan Red Velvet Cupcake yang sungguh menyelerakan hasil air tangan Cikgu Rina.

Ini barulah macaroni bukan macaron ya !

yummy…yummy red velvet cupcake“Suka sangat mekar bila dijamu dgn Red velvet ini. teksturnya halus rapat membuatkan keknya terasa lembap. lihat pula warnanya yg sukar diterjemahkan itu, memukau pandangan. dilepa pula dgn creamcheese buttercream serta ditabur hirisan coklat. yummy..yummy hingga tak terkata”.

Untuk resipi bonus, Cikgu Rina mengajar kami cara untuk menghias Fancy Cookies.  Walaupun nampak mudah tetapi berpeluh juga badan  kerana ia memerlukan ketelitian tinggi dalam penghasilannya.

inilah hasil fancy cookies yg direka oleh mekar

Selesai membuat fancy cookies, kami menyambung kembali untuk membuat macaron. Setelah ia dibakar seketika, bermulalah proses untuk memasukkan filling yang agak kenyal ini dalam macaron tadi. Wah.. akhirnya siap lah sudah Macaron seperti yang selalu dilihat sebelum ini. Geram dan tak sabar bila tengok hasilnya yang berwarna-warni. Mekar apa lagi, perlahan-lahan ku NGAP dia masuk ke dalam mulut ini. mmm.. hingga terpejam-pejam mata merasai keunikkan snek ni. Lagipun ini merupakan kali pertama mekar menikmati macaron. Paling sedap tentulah perisa Coklat. Vanila dan Strawbery pun membuatkan mekar diawangan seketika 8)

colourful. nampak sedap.. memang sedap !

Kelas berakhir jam 2.30 petang. Setiap pelajar dapat membawa pulang 30++ Macaron dan 4 keping fancy cookies yang sangat menyelerakan. Sambil memandu pulang, sebelah tangan ku memegang stering kereta manakala sebelah lagi memegang macaron. Tak sempat tiba rumah, macaron ku dah tinggal separuh.

Seronok sangat kerana akhirnya impian mekar untuk belajar dan merasai keenakan macaron telah terlaksana di sini. Terima kasih kepada Cikgu Rina kerana tidak lokek berkongsi ilmu dan memberi tips-tips hebat agar kami berjaya menghasilkan macaron sendiri nanti.  Juga kepada mr suami yang memberi Izin dan menyediakan duit yuran :lol:

piped macaron shells

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

83 thoughts on “Jom Belajar Membuat Macaron

    • Salam joev- sya penah dgr beberapa tempat jual. Kat Solaris Dutamas ada, empire shopping galery subang ada, G City Hotel,Jln Tun Razak ada.

  1. Slm..makasih atas backlinknya ye mekar..tahniah sbb dah tau apa itu dan rasa macaron..so bila nak try buat kat rumah pulak ni?cabaran bermula…p/s cikmin ada kat btr ni dan view by C3..

    • Salam. Sama2 cikmin. Mmm..bila nak buat? tu lah..rupanya banyak peralatan kena disediakan dulu. InsyaALLAH wajib try buat sendiri pula nnti

    • suri – dia pakai jelly termometer,oven termometr, nozel,pastu sya xde lg stand mixer. tu yg mcm xlengkp dapur sya tu. Pastu dia pakai serbuk badam memang mahal sikit la harganya.
      Kalu nk belajar suri kena cari cikgu la kt ipoh tu. kalu kt kl ni byk je kelas2 ni

      • hurm cam sush jer hee..perng tgok cara2 buat biskut sb dulu keje kilang julis melaka sbga pa..kenal juga apa brg2 yg akak ckp tu huu..

        nak cari cikgu norasyikin plk hee..

        kak mekar :mrgreen: klu sdp blh jual tu heeee

        • kalu kt kilang lg byk peralatannya.mudah kan kerja.
          Macaron ni buatnya tak susah mana cuma agak remeh dan kena penuh kesabaran.

          suri- ni nak buat bagi sedap la.hehe

  2. pn saadah student yang sangatlah berdedikasi. senyap jer buat kerja.. hehehe tgk tgk dah siap dah. hahaa… terima kasih sudi singgah dan datang jengok ke rumah kecik rina ni ya puan..

    • Terima kasih Cikgu kerana tak lokek memberi ilmu dan tips utk kami buat macaron. Semoga terus sukses dlm kerjaya & bisnes :-)

  3. Hi Yurn – Mekar pun xpandai buat tp bila dah pegi belajar ni adalah sikit pengetahuan.

    Hi Ferry – Fancy, memang sedap dan manis :-)

    Hi eiela – Byk org tertarik sbb ia comel :D

    • Lorna- mesti la seronok krn dpt belajar sesuatu yg baru. Cikgu tempat mekar belajar ni, dia kurangkan sikit bahan GULA dalam resipi dia. jadi tak berapa manis sgt macaron ni. Sesuai la dgn citarasa kita. alhamdulilah tekak mekar dpt menerimanya.

    • CekChun- ada kesempatan nanti boley la pi belajar dgn Rina. kalu tgk gambar di atas tu memang mjadi la hasilnya. Harap2 bila mekar buat sendiri nanti pun MENJADI jugala hendaknya.

    • MDT – Kalu dah biasa tempat tu senang la nak pegi sana. Skrg Cikgu Rina ada kat oversea.
      psst: apa maksud PIL tu? MIL tu baru tau….

    • Macaron & cupcake ni kalu kat oversea dah lama popular. Cuma kat Malaysia ni macaron baru nak meledak. Cupcake sebelum2 tu lagi

  4. salam mekar…waaaa..tahniah ye dh smpai ke kelas mcron rupenya dia..msti dh thu tip2 brguna nk buat mcron ni kan..memang leceh la nk buat mcron ni..kmaz hri tu rsa dh ok..cma rupe je out…kmaz dh link baru mekar ni kat meh lepak…
    maz recently posted..Cream Puff

    • Salam Kak Maz. Terima kasih link kan blog sya tu :D

      Ada juga tips yg saya dapat di kelas tu. Tapi tak tau la jadi macamana bila saya nk buat sendiri mac tu nnti.Harap2 mjadi. Yang pasti ketepatan suhu, masa dan sukatan sangat penting dlm mhasilkan macn ni.

  5. Pingback: WINNER of Holiday Giveaway!!!

    • Sama2 eida. tahniah juga buat kamu. Dah gi ambik hadiah ker? sya belum lagi. tak sabar nk minta cikgu buarkan red velvet kek :mrgreen:

    • Hana, Memang sedap ni. Nak belajar area Kuantan tu sya kurang tahu. tp kalu kat KL ni dah melambak org buat kelas :-)
      Jom la turun KL

  6. Pingback: RedVelvet CupCake from Angelcupid.com | Mata Hati Mekar

  7. Assalammualaikum…
    Kak Mekar,
    nk tny kt shah alm de x jual macaron nie??
    dh gle nk mkn nie..smpi termmpi2..hehe.. :lol:
    kt jb pun xde lg kan mne2 tmpt jual macaron..

    • Salam.

      Kat Shah alm xpasti la dkt mana ada jual mac ni. Niena order melalui online la. nnti dia pos dkt tempt niena tu.
      Tak pun cuba cari kat dalm mall SACC. skrg da byk org jual kt tempat2 mall mcm tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge