Assalammualaikum…
Anda suka baca novel? Mesti ramai yang suka baca novel kan? Lagi-lagi kalau perempuan. Yang pastinya novel berkisahkan cinta? Lelaki pon ada jugak tau baca novel-novel macam tu. Macam tak percaya je. Tapi itu lah kenyataannya. Masa saya muda remaja dulu pun suka juga baca novel terutama dari penulis Ahadiat Akashah. Tapi bila usia meningkat dewasa, saya dah tak berminat @ malas lagi membaca novel. Kalau membaca pun lebih kepada yang berunsur motivasi dan masakan.
Kali terakhir saya membaca novel sekitar 2 tahun lepas. Itupun setelah di’paksa’ oleh rakan-rakan supaya menghayati sebuah kisah cinta luar biasa karya penulis dari Indonesia iaitu Ayat-Ayat Cinta. Alhamdulilah, novel cinta berunsur keislaman itu tidak menghampakan saya. Disebalik kepiluan terselit maksud kehidupan penuh makna. Novel ini juga diadaptasikan ke filem tapi saya rasakan ia “kurang” memberi “rasa” kepada penonton berbanding apabila menghayati novelnya.
Ayat-Ayat Cinta karya HabiburRahman El Shirazy
Baiklah, hari ni saya sebenarnya bukan nak cerita pasal novel Ayat-Ayat Cinta tapi saya nak fokuskan kepada sebuah novel yang saya beli kira-kira sebulan lepas. Rupa-rupanya novel ni dah lama berada dipasaran iaitu kira-kira 10 tahun dulu. Wah..kesiannya saya baru sedar kewujudannya itupun setelah membaca blog hiburan beautifulnara. Katanya ada sebuah novel karya Damya Hanna berjudul Bicara Hati akan diadaptasikan ke sebuah drama tak lama lagi. Bila baca komen-komen kat blog nara tu rata-ratanya memuji akan ‘keseronokkan’ membaca Bicara Hati. Mereka juga mengalu-alukan novel ini diangkat ke versi drama pula. Mereka mahukan Bicara Hati menjadi satu fenomena seperti yang terjadi kepada drama Nora Elena yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci.
Saya pun apalagi…. dengan gigihnya terus ke kedai buku MPH untuk mencari senaskah Bicara Hati. Dalam pada tak gemar membaca novel, akhirnya saya terjebak. Bagus la tu… membaca kan jambatan ilmu ! Sebelum drama Bicara Hati ditayangkan di kaca tv, adalah lebih afdal saya membaca karya Damya Hanna ini terlebih dulu. Harap2 ceritanya dapat “masuk” ke dalam diri saya.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati mengungkap segala rahsia.
Komen saya bila dah baca Bicara Hati
Novel melayu ni biasa-biasa saje jalan ceritanya. Bila baca sinopsisnya lebih kurang sama dengan kebanyakkan novel cinta lain dipasaran. Kisah Tengku Syahran & Zahlia berkahwin bukan atas dasar cinta. Mereka berkahwin disertai perjanjian peribadi yang dicipta oleh mereka sendiri. Mula-mula tu konon benci la, tak suka la, menyampah la. Last-last jatuh cinta! Aiseh… Kalau nak tahu lagi, anda perlu baca sendiri. Tak aci kalau semua sinopsis saya tulis di sini. Pada saya ceritanya sangat klise. Balik-balik kisah kena kahwin paksa, kisah kahwin kontrak. Saya membaca untuk 15 bab pertama kemudian berenti. Dua tiga hari kemudian baru sambung semula baca. Berenti..pastu sambung lagi. Hampir sebulan berlalu, novel Bicara Hati tak habis lagi dibaca. Bukan tak best,… best tapi sikit bosan dengan plot mendatar. huhu. Nampaknya memang sahih saya bukan terdiri dari pencinta novel cinta. Tak reti nak feeling-feeling mungkin disebabkan faktor peningkatan usia sebab novel ni saya rasa sangat sesuai untuk golongan remaja aje. Pada pendapat saya, kebanyakkan pembaca yang suka membaca novel ni banyak bergantung pada babak “sentuh-sentuh″ yang sweet dan adegan mahu tapi ego oleh watak utama tersebut
Dua pelakon utama drama Bicara Hati . Gambar dari blog zana46.com
Apa-apa pun saya harap peminat novel Bicara Hati tak berkecil hati dengan pandangan peribadi saya tentang novel ini. Masing-masing ada komen mereka tersendiri apabila menghayati jalan cerita sesebuah novel. Terhibur bagi anda tetapi tidak ‘memberi kesan’ bagi saya. InsyaAllah kalau rajin, teringin juga nak tengok drama Bicara Hati yang katanya bakal bersiaran di Tv ASTRO tak lama lagi. Jadi kita saksikan dan buat penilaian….mana lebih memberi kesan pada penonton…samada Bicara Hati versi Novel ataupun Bicara Hati versi Drama.
pst : Ada hati nak sahut kempen sebulan sebuah buku seperti yang dipelopori oleh blog WanWidget. Harap impian menjadi kenyataan. Anda suka baca novel cinta? Novel apa yang best dan yang patut di baca?



serius..
novel AAC lagi superb dr filem.
fahri novel lebih berkarisma dari fahri filem.
kakngah recently posted..Keperluan ke Hospital Untuk Bersalin
ACC novel paling best yg pernah sya baca
salam kak..
adele recently posted..AMNF di UNISZA, Terengganu
sy dulu pun peminat novel melayu jgk..masa awal kemuculan alaf 21, sy lah pembaca tegar..tp lama kelamaan, cerita diorg semakin byk yg sama..tak lari jauh..sy tinggalkan dunia membaca novel melayu dan sekarang semakin benci pulak sbb idea diorg tak bercambah..Bicara Hati pun sy dah baca masa cover dia bukan yg ni..yg in latest rasanya..hehe..tp mmg best citer ni masa zaman sy baca tu..skrg dah jd bese2 je..jd sy xdelah eager sgt nak tgok drama yg bakal ditayangkan ni
Salam dele.
Betul la cerita ni seronok dibaca oleh golongn remaja. Maklumla masa remaja kan kita suka berangan2 …nak suami hansome la, romantis la..,suka gurau la..,(kebanykkan novel cinta remaja ada elemen ini). Skrg bila sya dh jadi remaja tua, memang dh xboleh “masuk” cerita2 sebegini ..:mrgreen:
pst: cover awal dlu, pempuan tu xpakai tudung
Kurang minat baca novel rasa lama sangat nak habis lebih memilih cerpen sahaja.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #18 – Famili Gajah
hehe…cerpen lebih pendek yg cepat hadam…
hafizmd recently posted..Bola sepak Kelayakan Olimpik:Malaysia vs Bahrain
Sy tak suka siri TV atau filem yg di adaptasi dari novel. Hilang ketulenan.
Kebanyakan novel yg ada kat pasaran pun sy kurang minat utk baca. Lebih banyak rekaan dan fantasi.
Ada 1 novel smpi kini sy syke baca – Jibam.
Fara recently posted..sakit batu hempedu
b3njy recently posted..PENGAJARAN DARIPADA APPRAISAL
B3njy bukanlah seorang yang minat cerita cinta2 … tetapi kisah cinta yang diselitkan dengan kisah gaduh, suspen dan lawak bolej jer B3njy layan … biasalah lain orang lain ternd nya … b3njy ni trend hip hop rock … hehehe
b3njy recently posted..PENGAJARAN DARIPADA APPRAISAL
b3njy recently posted..PENGAJARAN DARIPADA APPRAISAL
saya tengok ketebalan novel pun dah geleng kepala.. tak sanggup nak abiskan.. mungkin belum terjebak lagi kot..
Hairul Hissam recently posted..Resepi bread butter pudding dengan vanilla sauce
Assalamu`alaikum mekar,
betul tu, jalan ceritanya macam salah satu filem popular melayu yang pernah saya tonton di pawagam (lupa tajuk filem tu). Tapi satu yang saya puji, gaya penulisan penulis itu yang dekat di hati pembaca remaja.
Mama Murai recently posted..cermin diri sendiri
Damya Hanna, nama nih best, sama best dengan novelnya. Saya dah baca novel nih beberapa tahun lepas, sekarang dah lama tak baca novel. Baca majalah je. huhu
eiela recently posted..Tahniah Adik-Adikku.. Asrama Ke Harian Biasa?
menarik juga , nanti cuba cari ..
puanbee recently posted..Saya Nak Memenangi Samsung Galaxy S|| Dalam Contest Gadjet Impian Denaihati
wah, minat baca novel ker, dah lama sangat saya x baca novel, skrg baca bahan ilmiah jer, hehe, wahhh, theme baru, good
Juan recently posted..Bisnes oh Bisnes, Jangan Pancit Sudah….
Jai kalau bab novel memang out abis la.. Dari dulu sampai sekarang x pernah baca novel kecuali masa form 5 dulu ada kena baca sebab cikgu suruh…he3
Jai recently posted..Malaysia vs Myanmar – Keputusan Sukan Sea 19 November
Saya pun dah berenti membaca novel lebih2 lagi novel cinta. Saya rasakan teknik penulisan mereka semuanya lebih kurang sama. Kalau yang jiwang tu, bunga2 ayat melampau sangat. Angin sepoi2 la, burung berkicauan la padahal cuma nak bgtau yang dia mengantuk sangat. Jadi membaca satu mukasurat semata-mata untuk mengetahui maksud yang sedikit begini saya rasa memboringkan. Dah beberapa kali saya berhenti membaca kemudian baca semula bila saya jumpa penulis dengan konsep baru. Saya juga pernah meminati novel jenayah dan kemasyarakatan seperti tulisan abdul rahim awang kemudian meminati novel epic dan misteri seperti ramlee awang murshid tetapi semuanya saya hentikan bila merasakan jemu pada tulisan mereka. Sekarang belum jumpa yang sesuai.
Norasikin recently posted..Saya mencari Zarina Hashim
Adaptasi novel kepada filem, filem kepada novel juga dah jadi trend sekarang. Ingat lagi bila Yusuf Haslam keluarkan novel sembilu bersama filem sembilunya. Sekarang cereka di tv banyak dari tulisan syarifah abu salem. Dengar skrip je dah tau siapa yang tulis. Kini dah banyak skrip yang saling tak tumpah macam tulisan Syarifah Abu Salem. terpaksa la saya menjemukan diri tengok cereka di TV
Norasikin recently posted..Saya mencari Zarina Hashim
sekarang aku lebih suka ramlee awang murshid. yang lain..malas sangat nak baca. haha..
titan recently posted..Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!
penulis tu antap gak cara penyampain kisah dia..saya rasa nnti nak beli volume 1 , 2 3 tuh rasa cam baru best beli semuadan baca terus menerus heee…
erk..kata org siapkan wang jer heeee
suri recently posted..Apabila Harimau Baham Garuda
sebelom nie x mnat pon bca novel RAM tp bla bca Fiksyen 302 trus trkinja2 gian nk bca lg sumer novel RAM..
Liena Mahmod recently posted..FIKSYEN 302
novel pertama yg saya baca amsa zaman belajar dulu pastu baru saat tu gila baca novel asal tiada kelas heee
suri recently posted..Apabila Harimau Baham Garuda
siapa nama 2 pelakon di atas tu heeee
suri recently posted..Apabila Harimau Baham Garuda
Salam,

Dolu2 masa muda belia saya pon suke bc novel…siap berangan2 lg nak jd mcm heroin novel, nak cr mcm hero dlm novel lah…hehe kelako je bile ingat blk….
Skrg mmg xsempat layan novel….heh! Busy n buat2 busy
Emm tp Sis…ku cadangkan mu baca novel nih….
Bumi Cinta karya Habiburrahman El Shirazy…..ku layan novel dia je skrg ni….
trademarknye “Sebuah Novel Pembangun Jiwa”. Hampir semua novelnye sudah dimiliki & dibaca….
boleh beli di sini kalo malas nak kuar rumah heh!
http://bukuonline2u.com/index.php?route=product/category&path=68_154
Nak pinjam dr Mini Library kami pon buleh jgk
Selamat Membaca!! Membaca escalator Ilmu
Bumi cinta? ok..ok.. tak perasan pula kat kedai buku sini. insyaAllah bila rajin boleh cuba baca.
pst: bagus sekali motto nya cikgu ” membaca escalator ilmu”. Lagi cepat sampai berbanding naik jambatan ya
owh siar kt astro ke?xdpt la nk tgk kt uamh xde astro..hee
cik tom recently posted..Facebook Page Community Kura-Kura Comel
novel…plg lasy yg saye bace ialah Ombak Rindu…oklah
dan yg terbaru (wife yg beli)…baca 1st page terus tutup sbb lenggok bahasanya tak kena dgn jiwa saye..hehe
sekarang lebih suka bace buku2 perjuangan para sahabat, pejuang Islam yg diolah dgn begitu baik dan sungguh menarik
terima kasih juga Mekar kongsi sinopsis novel ni
hafizmd recently posted..Bola sepak Kelayakan Olimpik:Malaysia vs Bahrain
Ombak Rindu sedang meletup dipawagam katanya
Assalam,
Bicara Hati adalah novel pertama Damya Hanna, apa kata you try novel terakhirnya Ilham Hati dan tunggu novel yang bakal diterbitkan tak lama lagi.
Enjoy reading!
Terima kasih atas cadangannya Esliza. Adakah sinopsis ilham hati lain dari kebiasannya ?
Assalam,
Dari pandangan saya, kebiasaan Damya Hanna, sinopsis tak lari tetapi cara penulisan semakin matang, jalan cerita yang menarik dan teratur dan penggunaan bahasa yang tidak berbelit-belit.
agk2 novel bicara hati ade lagi x???
n mane bleyh dpt novel tu????
lame dah mncari tp x jmpe2 lagi stakat ni….
ada lg tp kna rjin mncari..last month sy g mph alamanda n this novel is still available..kna rjin jenguk2 bookstore..
Liena Mahmod recently posted..FIKSYEN 302
sy mmg suka baca novel..bg sy novel Bicara Hati mmg best but bla tgok drama Bicara Hati kt astro mcam x best jer..tp x tau la kan bcoz bru tgok episod 1..hopefully next episode much more better..novel latest sy baca adalah novel Ramlee Awang Murshid Fiksyen 302..novel nie mmg best gler baca smpai rasa yg watak zonan 2 mampu mghantui diri..bla dok sorang2 rasa mcam diperhatikan oleh zonan..for those yg x baca lg novel nie boleh la g beli n baca k..
Novel Bicara Hati sampai skrg sya xhabis baca lagi. bukan xde masa tp susah nak “masuk”. Tadi ada juga tengok drama BH di Astro. Wajah segar pelakon2nya kelihatan menarik utk ditonton. Tp lakonan dua pelakon utama itu kelihatan kaku. Apa2 pun ini baru episod 2. harap episod berikutnya akan lebih mantap.
Sya pernah baca review pasal novel RAM ni. Semuanya seronok dan tidak mhampakan. InsyaAllah bila tbuka hati nanti, ingat nk sambar juga novel RAM
Kalau dah muak dengan novel cinta apa kata try baca karya dari ramlie awang mursyid. semuanya ada misteri, cinta, sejarah,etc tapi novel dia tak boleh langkau2 nanti tak paham jalan cerita kena baca sampai habis.
Tq kak vog atas rekemennya. Ramai juga yg suruh baca novel tulisan RAM nih
salam….
utk pndangn sy yg masih muda remaja ni….novel die lg best drpd yg tlh diadaptasi mnjadikn drama nie…coz watak utama dia mcm x sesuai lngsung dgn novel ni….pelakon lelakinya lebih ssuai dipegang oleh Aaron Aziz….
itu hnya utk apa yg sya rsakn betul utk sy jela….klw org lain x puas hati sy x kisah…
heh..ni mesti peminat Aaron Aziz
Selalu org kata sesebuah Novel itu adalah lebih baik berbanding drpd diadaptasi samada ke drama/filem
Salam.saya suke Dari Mata Arissa–adaptasi novel Kau Sayangku.Lagenda Budak Setan tu boleh tahan.tu Dua2 ni saya xbaca dulu novel die.Bicara Hati ni macam okje..watak2nye sepadankot..hehe..cite pon bole tahan..kalo Ombak Rindu tu xminat nak tengok sbb gambaran watak utama dan novel memang xsamala saya rasa..huhu..Tapi personally la,saya rasa kalo saya belum baca noveltu saya boleh terima ,tapi kalo saya baca novel dulu dari tengok movie,nanti saya ad je xpuas hati..hehe..always like that..-D
nurul recently posted..Irfan Makki – Mabrook with Lyrics
Salam Nurul. Tq atas pendapat anda. Ini mesti peminat cerita Novel kan.
Kitorang ada pandangan sendiri ttg novel kawen2 kontrak ni. Check us out – http://squidoo.com/kahwinpaksakontrak
Jay recently posted..Novel Kahwin Paksa / Kontrak updated Fri Feb 24 2012 3:55 am EST
Ok, sya dah komen di blog anda. Semua point lengkap tentnag novel2 bertema “kawin paksa” ni.