Artikel kali ini mekar mahu menyahut seruan kerajaan. Eh… bukan kerajaan tapi seruan Saudara Maza tentang peri pentingnya mengekalkan kehijauan alam persekitaran kita. Oleh itu, kempen bercucuk tanam sesama blogger di alam maya telah dicetuskan oleh beliau. Para blogger yang berminat boleh mencurahkan kreativiti dan idea dalam melaksanakan kempen ini dengan membuat penulisan menarik beserta gambar kehijauan “Garden of Eden” masing-masing. Mekar sangat menyokong kempen ini dan menyeru kawan-kawan semua untuk turut terlibat sama. Untuk maklumat lanjut, sila lah layari Taman Saudara Maza di “Gubuk Kecil Kembara Jalanan” iaitu di blog http://mazaaida.blogspot.com.
Taman Aku atau “Garden of Eden” pada mekar merupakan sebuah ruang di halaman rumah yang dipenuhi dan di kelilingi pokok-pokok menghijau, daun herba yang berkhasiat dan bungaan yang tumbuh dengan warna yang berseri-seri. Tak kiralah halaman rumah itu besar atau kecil.
Rumah “atas angin” juga sesuai untuk bercucuk tanam !
Walaupun kediaman mekar tidak mempunyai tanah hatta sekangkang kera (kerana tinggal di unit kondo), namun ia sedikitpun tidak membantutkan usaha mekar untuk bercucuk tanam di halaman kecilku ini. Disebabkan dengan itu, pokok-pokok mekar terpaksalah ditanam ke dalam pasu. Tanah juga mekar dapatkan ia dengan membeli di nursery. Memandangkan ruang yang ada agak terhad di samping kemasukan cahaya matahari yang terlindung di sebalik bangunan kondo, maka tanaman jenis-jenis tertentu sahaja yang sesuai untuk ditanam di sini.
Antara tanaman yang di letakkan diruang depan pintu masuk utama
Berikut adalah antara tanaman pokok-pokok yang menghiasi halaman rumah mekar. Kebanyakkan tanaman adalah tidak berbunga dan berdaun hijau.
pokok ini nampak semak. tapi ia meredupkan suasana pintu masuk rumah yang sememangnya sudah redup
ada orang ingat ini pokok plastik. tapi sebenarnya ia pokok hidup. cubalah sentuh !
merupakan spesis “pegaga”. tak susah menjaganya harus kerap menyiram air ditanahnya.
pokok bunga ini kelihatan seksi. bunganya tumbuh dicelah-celah daun. macam gincu pun ada! nama saintifiknya adalah Costus woodsonii
pokok orkid pemberian sahabat mekar yang tinggal di langkawi. tak memerlukan tanah sebab guna arang. penjagaannya juga mudah kerana tak perlu siram air selalu cuma elakkan terdedah dgn cahaya matahari
pudina adalah sejenis tumbuhan herba. boleh dijadikan hiasan utk kediaman juga dimakan sebagai ulam. mekar suka letakkan daun pudina dalam minuman teh. mmm..harum baunya. siramlah setiap hari untuk mendapat daun yang segar.
ini pula daun selasih sejenis tumbuhan herba. boleh juga dibuat ulam. seperti daun pudina, daun selasih juga perlu disiram selalu
pokok aloe vera dan buluh cina sebelum dipindahkan ke pasu besar. senang sangat menjaganya kerana tidak perlu kerap menyiram dan boleh hidup di tempat redup
Menanam pokok-pokok ni kekadang menguji kesabaran juga. Bila daun-daunnya rosak dan sakit mulalah mekar susah hati. Oleh itu mekar kena merajinkan diri dengan membelai, menggembur, membaja dan menyiram pokok-pokok ini mengikut kesesuaiannya. Tidak semua jenis pokok mempunyai penjagaan yang sama. Biasanya panduan penjagaannya mekar perolehi dari penjual di kedai nursery.
Bila tengok pokok-pokok di ”taman” ini makin membesar dan berkembang mekar, hati pun berbunga riang. Segala stress juga hilang bila terpandangkan kehijauan yang terdapat di ”taman” comel mekar ini. InsyaAllah dari masa ke semasa mekar akan menambah koleksi pokok-pokok lain bergantung kepada budget yang ada
Semoga sedikit sebanyak usaha yang mekar lakukan hari ini dengan menanam pokok-pokok hijau dapat menyelamatkan dunia di masa akan datang. Tentu kita semua ingin merasakan sejuknya udara, bukan udara panas yang diakibatkan oleh Global Warming bukan?? Masa depan manusia dan alam sekitar yang HEBAT sebenarnya terletak pada corak kehidupan yang kita amalkan sekarang. Akhir kata dari mekar “Hijau itu segar, hijau itu indah dan hijau itu menyelamatkan”.
psst : Rujuklah kembali artikel yang pernah mekar tulis baru-baru ini mengenai tips-tips utk menanam pokok bagi kediaman jenis pangsa/kondominium di “Rahsia Mahukan Pokok Tumbuh Subur“.

hehehee… penyertaan diterima.. sah, sah, sah….
hahahhaha
psst: jalan cerita dan ulasan yg menarik, terutama bab memuji yg itew.. mau kembang aje lubang hidung yg sedia kembang tak kuncup2 ini.. ahaks.!.. hahahaha
oppps,. maza melantun lagi, huhuhu,. maza minta simpanglah dari sifat mazmumah, sifat tagha.. astgha, astgha, astgha… huhhu
maza recently posted..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan
Sebelum Maza war-war kan contest ni pun mekar memang teruja dgn hiasan pokok hijau di rumah mekar. Bukan semata2 pertandingan tau
(alang2 dah ada meterialnya, jadi mekar bminat nak beri sokongan !
Puji-pujian itu ikhlas dr mekar sebab tak sangka ada org yg prihatin ttng bumi hijau ini. selalunya pihak kerajaan yg bersungguh2 dgn hal2 mcm ni
banyaklah juga pokok bungannya..alahai..kita juga tak tarak pkok bunga rumpu2 adalah heee..
tak pe suri. paham awk bekerja. mesti xde masa dan penat nak jaga tanaman ni
huu…pokok 10 mmg byk kakak mekar heee…
salam kak mekar..tahniah buat kak mekar sbb berjaya menyahut seruan cik Maza..
mmg patut setiap rumah org kena ada taman sebab bila melihat kehijauan ia membantu menghilangkan stress
Salam Dele, kempen yg bagus. itu yg berminat nak join tu.lagipun gambar2 utk artikel sblm ni pun ada lagi. teruskan ajelah utk bersaing dgn adele
saingan yg hebat..
saya mengimpikan deco ala english je untuk tmpat ketak kete..takat ni berimiginasi shaja..
nak bela pokok byk2 mmg tak done alahai..satu dua tu blh le
ye kak mekar..saingan yg sihat
tahun depan mesti bro maza wat lagi hee..blh kita update taman bunga lagi..ker tambah pokok2 lain plk heeee
Wah, kak Mekar turut menyahut seruan en maza juga neh
Rajinnyer dier….. hehehehe
Byk juga tanaman yg kak Mekar tanam
Ada nmpk hijau… hehehe
bEe recently posted..Aku Mencari 1-111
Kempen yang menarik buat sya tertarik. Eh..bee pun dah join kan? sama2 lah kita berentap
Assalamualaikum Mekar..Tahniah…
memang bagus isi masa lapang dgn aktiviti berfaedah spt berkebun ni..sekurang-kurangnya hilang rasa bosan..kalau tanaman berbunga tu, cuma pokok melur je ar ain tanam..yg lain kaktus…ada 3 lagi tanaman sayuran (boleh kira ke??)hehe…dah mula bercambah..hasil taktau le lagi…baru lagi…tungguuuu….
emm..dah nama Mekar..so tanaman semuanya mekar belaka,kan…
nurainvivian recently posted..BERNIQAB
Salam Ain.
Betul la dari masa terbuang begitu, baik lah kita bercucuk tanam. selain hobi ia dpt memberi ketenangan jiwa bila melihat kehijauan. Niat di hati nak juga tanam pokok berbunga. tp ruang amat terhad. Tgk la, nak buat rak bertingkat pula.
Ainn… kalu ada pokok-pokok hijau tu, jom la turut serta kempen saudara Maza ni. Ambik gambar dan buat karangan sikit
suka bunga ros kata orang tak mudah jaga pokok ros heee yer ker? heeee…klu balik rumah mak mmg byk pokok ros merah..mak tangan tak panas..klu saya tak tahu pula sb tak pernh tanam lagi..tapi sllu main campk2 tu sok lusa didup le dia heee
suri berguru dgn Mak la tanya petua dia macmana nak bagi hidup pokok rose. sya pun takut nak jaga pokok berbunga ni. bila dia tak bbunga, nanti sya jadi sedih
setakat ni nak cuba tanam orkid dulu
balik melaka nnti mau tanya sama mak heee…
orkid cantik hee.. bunga klu mekar mmg tahan lama
suri, jaring2 tu utk halang kemasukan cahaya secara direct jer. kalu area rumah tu redup, tak perlu letak pun tak apa2
Kata org, nak tanam pokok ikut tangan.. Kata org2 tua la.. Bila tangan x sesuai, mesti pokok tu x leh nak idup..he3
decrewz recently posted..Bakar Masjid Felda Tersang Kerana Dengki
haaa. tu tak best ..tak serasi tu aduh mmg pokok mati..
apapun slwat byk2 nak tanam pokok tu..klu hati bersih insyalalh pokok yg d taman akan hduop jua ..
cewah…
jai- melalui pemerhatian sya, kalu kita bagi cukup PERHATIAN pada pokok2 tu insyaAllah dia men”JADI”.
pss: rajin siram, gembur, cakap2 dgn pokok
wah..saya baru join satu kontest..xkan nak join lg sekali kot..haha
hafiz, kalu material dan bahan2 nya ada, tak kisah jer nak join contest ni. sambil tu boleh update blog
x larat nak join..byk dh dlm otak nih cuma nak luahkan
wah banyaknya pokok yang akak mekar tanam..bagus..go go green untuk hidup yang lebih sihat..heee..good luck akak!
cik tom recently posted..Perselisihan Faham Dan Dibelasah Kerana Kura-kura
hehe.. ada la sikit2. itu pun nak tambah lagi pokok2 tu. TQ ciktom
rajin la akak ni…cik tom suka tanam pokok tapi busy skang…huhu
cik tom recently posted..Jom Menang Macbook Pro Dari Treasure Hunt Online MyNewshub
http://puanbee.com/small-giveaway-dari-puanbee-com/
salam mekar saya datang nk menjemput hehe..kalo sudi moh ler join !
puanbee recently posted..SMALL GIVEAWAY DARI PUANBEECOM
terima kasih puanbee krn menjemput mekar. InsyaAllah ada kesempatan akan sertainya
sis mekar..cntik uma sis,ni rasa nak makan free je ni..heheeeee
*tak sbr nak tggu raya…hheeee
cantik ke tu… hehe terima kasih achie. Puasa pun belum lagi..dah tak sabar tunggu raya
Wah cantik juga taman ala babylon. Walaupun ruang terhad masih dapat memberi sentuhan kehijuan. Good luck yer
akubiomed recently posted..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan
cantik ke tu.. terima kasih akubiomed. Ruang memang kecil ttpi keinginanku (thadap pokok2 ini) sangat besar !
Salam Mekar,
Kak tie tertarik pada species pegaga tu. Menarik sekali, sebelum ni tak pernah tengok pun. Walaupun tinggal di kondo, Mekar berjaya menghijaukan kediaman dengan baik sekali. Syabas diucapkan. Semoga berjaya.
Tie recently posted..Riang ria di Shah Alam bersama Aza
Salam Kak tie,
Itu pegaga hiasan. kalau utk buat ulam, ada jenis yg lembut sikit. Sama2 kita menghijaukan kediaman ya. terima kasih & slmt bjaya buat akak juga
Rajinnya mekar menjaga tanaman… Kat rumah sy banyak pokok-pokok hiasan peninggalan arwah mak… tp.. semua nya kering sbb selalu lupa nak siram… kesian pokok-pokok tu.. terseksa zahir dan batin.. hehehe…
Nyz recently posted..Macaroons- Projek Mak Aroon
baik jangan tanam bung lagi dok nnti siksa dia plk sb tak bgi air ..cahaya matahri yg secukupnya huuuu..
pokok pegaga tu bt saya jatuh cinta.dulu masa baru2 duduk dan bli umah poko ni le suri tanam.tapi kembangnya pegaga tu tak pula menjulur cam gambr kakak kat atas tu heee..
asal ek hee…
suri- tu pegaga spesis HIASAN. Nak makan pun sayang jenis ni.
Kalu utk buat ulam tu rasa sya batangnya lembut sikit
Kata orang, rumahku syurgaku.
Hisyam recently posted..Pekerja Fikir Dan Tak Fikir
mekar selalu rindukan rumah sendiri kalau beberapa hari terpaksa ikut suami ke luar daerah
subhanallah…cantik2 pokok yg Mekar tanam..nampak tumbuh dgn riang dan ceria jer..
tahniah mekar sbb berjaya menghijaukan bumi ni…bertambah oksigen yg ada…alhamdulillah
hafizmd recently posted..Milik siapa 1 dollar ni
Terima kasih hafiz- kalau tanam pokok berbunga-bunga mesti akan kembang mekar seperti nama tuannya kan hehe (perasan la mekar ni)
Pingback: Hadiah dari mazaaida.blogspot.com | Mata Hati Mekar
pergh byknya pokok ..tp best tgk kehijauan daun berbanding dinding konkrit..
Jebeng Otai™ recently posted..Rumah Baru