Assalammualaikum. Memandangkan mekar sekarang sedang berdiet (bukan untuk kurus tapi untuk kurangkan kolestrol), jadi kali ni mekar nak kongsi satu resipi berkhasiat dan sihat untuk merendahkan kolestrol. Jom sama-sama mekar menikmati menu berasal dari Mexico ini iaitu tortilla ayam bersama daun parsley.
Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat mudah diperolehi di mana-mana pasaraya. Untuk kulit tortilla pun hanya beli yang dah siap dijual. Tak perlu bertungkus-lumus menguli tepung bagai. Tapi kalau rajin, itu tidak menjadi masalah. Mekar juga mengelak dari menggunakan mayonis dalam hidangan ini. Kerana apa? Kerana nilai kalori dalam mayonis adalah bersamaan 1 sudu mayonis = 100 kalori. Hah.. banyak tu ! Macam tak percaya kan ! Okeylah, tak mau gebang banyak. Jom semak resipi tortilla ala mekar ini :
1 paket Tortilla gandum (ada 5 keping)
1 gengam English parsley dicincang
1 biji Tomato
1 biji Bawang merah
2 ketul Ayam bahagian isi
2 sudu Minyak zaitun
2 biji Limau kasturi
Garam secukup rasa
English parsley yang kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.
Cara menyediakannya :
Pilih ayam seeloknya yang banyak isi dan rebus selama 10 minit. Sambil-sambil itu hirislah parsley, tomato dan bawang. Gaulkan sayuran ini bersama-sama dalam satu mangkuk besar. Kemudian ayam yang siap direbus tadi diracik-racik halus. Masukkan ke dalam bahan-bahan sayur tadi. Jangan lupa letak minyak zaitun untuk memberi kesan berminyak dan berkilat. Akhir sekali perisakan sayuran ini dengan memasukkan jus limau kasturi dan sedikit garam. Setelah siap bahagian inti, bentangkan kulit tortilla di atas pinggan yang lebar dan sumbatkan inti sayur tadi ke dalamnya. Lipat dan gulunglah kemas-kemas supaya intinya tidak terburai keluar.
Tak berapa menjadi pula kejadian tortilla ini. Kulitnya pecah ketika mahu melipat dan menggulung. Nasihat mekar, belilah kulit tortilla yang mahal sedikit.
Ini lah rupa kulit tortilla yang seakan-akan capati
Kenapa mekar kata hidangan ini menyihatkan? Ini kerana kandungan nutrisi untuk setiap keping kulit tortilla tidak mengandungi kadar kolestrol dan lelemak yang tinggi. Ditambah lagi dengan hirisan daun parsley yang kaya dengan khasiatnya. Ia mampu mengenyangkan perut dan tidak memuakkan. Boleh dijadikan alternatif bagi menggantikan nasi yang kita santap hari-hari tu
Makanan ini sesuai dimakan untuk sarapan pagi dan sebagai alas perut di waktu malam.
uii nampak sedap yer…
nk try laaa
tq kak mekar!
hehe.. makanan orang nak diet ni lorna.
hehe…bgslah tuk kesihatan kan sis
Lorna recently posted..Tahniah Afiq – all d best 4 ur career k!
kak mekar, lorna dah tag akak tuk GA sy..
sudi2lah join yaa…
trm kshhh
orait, nanti akak terbang sana tgk GA tu
kuruskan badan hee…
rasanya mmg kurg sedp tapi manfaat bagus skli
nampak best, ni makanan orang mexico kan hehe
Affan recently posted..Beza Hidup di Kanada dan Malaysia
iya affan. asalnya dari mexico. sekali-sekala cuba menu negara org
Aku terkenang bandito poket KFC satu ketika dulu … ipaa-ipaa, andre-andre .. mexicanaaaa ! sambil menunggang kuda …. kekekeke
benjy recently posted..PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATU
salam kak mekar….
sedapnya….dhlah tgh lapar ni…huwaaa
adele recently posted..Gambar- Keindahan Alam Semulajadi
salam dele – kalu tengah study, mesti cepat rasa lapar kan?
kat mana kita blh jumpa roti tu hee.. kat tesco ada ker jual heee…
tesco, giant ada jual ni.
skli pandag cam roti capati
sekeping makn kenyang smpi ke tgari heeee..tapi tepung dia agak mahal huuu
nak yang murah punya petuanya senang saja … buat sendirilahhhh ! …. hahahaha (janlah marah gurau je )
benjy recently posted..PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATU
tak marah utk pengetahun jer org yang suka makan roti capati tepung dia mmg mahal berbanding dgn tepung nak buat roti canai..
sb suri penh bli tepung dia cari2 kat bandar melaka ada jual..tmpat lain kat ceruk melaka tak ada jual..susah nak carik tu..
capati klu makan kena cich dgn kari ayam mmg enak skli.nk diet mkn roti ca[ai bagus d darankn dri makan roti canai heeeee
kakak klu d gantikan dgn roti gandum jenama gardinia blh ker heee…
kak try makan quaker oat pagi2 tiap2 hari mesti kadar kolestero kak akan menurun
guna roti apa2 pun xde masalah. tp tortilla ni rasa tawar sikit la
quaker oat memang bagus. tp tak berapa sedap . makan sikit je pastu xhabis. rasa tak kenyang (ish..cerewetnya aku nih!)
heee. syasllu saya paksa makan juga sb saya rasa kolestro sy cam naik hee..ayh mak sllu makan bergandum jer huu..takut gak tu yg pksa diri huuu..moga2 kolestro akan turn
(sambung komen yg atas..) Oh iya ker tepung utk buat capati mahal? tak penah buat sendiri slalu beli kat kedai mamak. capati bagus utk kesihatan sbb dia masak tak pakai minyak mcm roti canai tuh. Tp kalu cicah dgn kari ayam… ada santan pula. uhh.. xleh jadi ni mkn santan
Nyum nyum nyum….
bEe recently posted..Pernikahan Kris Dayanti
Nmpk pic tu dah dpt membayangkan kesedapannya kak Mekar!!!!
Boleh try n test ni utk anak… hehehe
resipi simple bEe. selalu makan ROTI inti sardin.
sardin mmg makn kegemaran saya heee..tak kira masak asam ke…kicap ke,,sandwich bab sadin mmg d gemari..
mak ckp tu respi org segera sabau jerlh klo mak sndri dh ckop lgu tuh heee
1st time jai dengr tortilla, macam nama turtle je…he3. Kru2 dah perut tengah2 malam nih..
decrewz recently posted..Ku Kembali Dengan Orang Baru
Makanan ni ada buka kios dia kat ikano dan klcc. Tapi dia letak nama Popilla. Mekar pernah cuba. boleh tahan rasanya
KLCC? Dekat je.. Bape ek harganya?
decrewz recently posted..Cara Tukar Permalink Tanpa Hilang Traffik
Ada banyak pilihan popilla di kios tu. Ada yg rm 5++, ada yg rm 7++.
Ni kalau makan ni mesti terbayang topi mexicanaaa…. yahoooo! … makan yang berasaskan tepung/roti sekali sekala makan menyengat juga … tetapi kenapa yeee kekadang makan roti cam tak puas jeee … nak kena nasi juga ? tapi kalau sandwich telur gua sangup makan walaupun 10 keping … hahahaha (kekadang selera terover sikit )
iya la, baru teringat bila benjy sebut dulu kat kfc ada menu tortilla ni. Iklan dalam tv cukup meriah tp sya tak pernah beli tortila kfc.
Nak kata mcmana.. dah memang mknan rugi org asia adalah NASI. Itu yg buat tak puas tu kalu makan benda lain seperti roti, tortila dll nih . Tp kena kawal sikit xleh melantak banyak2
Hai, salam balas singgah! Boleh follow mcm nie. Banyak informasi.
Btw,
Tortilla awak sgt menyelerakan. Walau pecah2 tp peduli apa…janji sedap!
Yummeh!
Fara recently posted..anak luar nikah
Fara, biasala nak masuk dlm blog, tak mau la nmpak pecah
Janji mulutku kata sedap
Resepi yang mudah, tapi sihat dan lengkap nutrisi. (sedapnya nampak)
Mrs.Ayie recently posted..5 lontaran suara wanita
Maklum lah skrg sedang proses nak kawal kolestrol
Sedap tu…nak juga try nanti2…
Itulah rupanya daun parsley…biasa juga tgk chef2 luar negara guna daun ni..mmg berkhasiat rupanya..hehe
hafizmd recently posted..Tak belajar kat sekolah ke
Jangan tersilap dengan daun sup dan daun ketumbar pula sebab rupa dia seakan-akan sama
tortilla boleh tak dingantikan dengan lempeng???
zik recently posted..Kucing lawan Beruang- sapa menang
Lempeng boleh juga tp dia sedap cicah madu atau mkn dgn aiskrim. terpulang la
tak pena makan la..hehee tapi mcm sdp je..nak satu lorr..
mood lapar pagi2 buta ni..emrmmrr
meh sini meh ! tortilla sedap tapi tak puas makan mcm makan roti sardin tuh
Bagus la. dah mula amalkan makanan sihat. Masakan melayu ni banyak minyak, santan, lemak dan mcm2 benda yg kurang sihat. Sanggup tak kalau tinggalkan terus makanan kurang menyihatkan?
Tortilla tu kena panaskan sikit untuk melembutkannya. Letak je atas kuali leper beberapa saat. Boleh juga dibungkus dalam kertas dan disumbatkan dalam microwave untuk 2 saat.
Norasikin recently posted..Resepi Mi Hong Kong
Betul la kak. makanan melayu ni terdedah dgn bahan2 yg kurang sihat. Rasanya masih tak sanggup nak tinggalkan makanan santan dan bergoreng ni. kena perlahan2 la ya.
Oo.. rupanya kena panaskan dulu. Haritu sya takut tortila tu jadi keras itu yg sya tak panas kan tu. terus aje masuk inti. bila nak lipat, ira dia tak membentuk cantik huhu.. Ada baki lagi dlm fridge, boleh gi cuba lagi. TQ kak atas panduan
pagi-pagi, dah rasa lapar la plak..
titan recently posted..Komisen kedua dari PanduanDplicom
titan, jom breakfast.. tapi skrg dah petang
bagus bagi resepi sehat camni..bolehlah di cuba nanti
Bagus la kak. TQ singgah
amvoii.. lawanya gambar no.1 dan no.3
menyelerakan gitew… huhuhu
maza recently posted..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan
Saya pakai photoscape utk edit gambar2 saya