Samosa Daging

Gong Xi Fa Chai semua. Apa nak buat hari ni ya? Mekar buka fridge dan lihat ada sebungkus daging kisar masih tak berusik. Tengok tarikh luput, mm nasib baik masih boleh digunakan lagi. Jadi mekar terfikir nak buat projek masak-masak. Fikir punyai fikir akhirnya dapat idea nak buat samosa daging. Stok bahan lain semua dah cukup cuma kena beli kulit popia. Senang jer tu. Nasib baik Tesco ni kat depan rumah mekar.

Ok, tak perlu cerita panjang. Apakata kita semak bahan yang diperlukan dan cara penyediaan Samosa Daging.

Bahan-Bahan ( untuk inti ) :-

1 bungkus       Daging kisar – mekar guna jenama Ramly (boleh gantikan dengan ayam kalau suka)

3 biji                 Ubi kentang – dikupas kulit dan direbus hingga empuk (letak garam sikit)

1 1/2 biji          Bawang besar didadu

2 sudu              Rempah kari daging Baba’s

1 cawan           Minyak untuk menggoreng

60gm               Mentega

60gm               Tepung gandum

1 cawan            air masak

1 paket             kulit popia – saiz 190mm x 190mm

Tak kisah nak guna jenama apa-apa pun untuk kulit ya.

Inti daging yang telah siap dimasak. Kalau nak letak daun sup pun boleh juga !

Sila klik “continue reading” untuk melihat cara-cara penyediaan bergambar.

Langkah-Langkah Melipat Samosa :-

1. Ambil sehelai kulit popia dan bentangkan. Pastikan kulit popia tidak terdedah lama pada suhu luar kerana ia cepat kering. Seeloknya timpakan kulit popia dengan kain lembab. Sambil itu, bancuh tepung bersama sedikit air untuk dijadikan sebagai gam.

2. Kulit popia dilipat dua dimana sebelah kanan besar dan sebelah kiri kecil

3. Ambil gam tepung dan sapu sebelah kiri

4. Timpakan kulit popia bahagian kecil ke atas bahagian yang besar.

5. Ambil bucu A dan tarik ke atas (seperti gambar bawah)

6. Kemudian ambil pula bucu B dan tarik sampai ke bucu C.

7. Perbetulkan ia bagi sama serata.

8. Masukkan inti daging tadi. Sumbat ke dalam kulit popia hingga penuh.

9. Letak gam lagi. Kemudian tarik bucu D hingga ke bucu E. Tarik sesampai yang boleh.

10. Perbetulkan lagi supaya ia menjadi bentuk segitiga yang kemas. SIAP.  Bolehlah digoreng di atas api yang sederhana panas. (his..menggerutu pulak samosa ni. Kulit tu dah terbiar lama di luar fridge.itu yg jadi keras dan mudah terkoyak!)

Resepi ini menghasilkan 25-30 keping samosa yang padat.

kredit resipi inti : kelas masakan oleh Chef Rose (BAGUS)
kredit melipat samosa : kelas masakan oleh Pn Ani (kedai2020)

 

pst : sukanya saya kalau ada pembaca dapat link kan blog ini bila berjaya membuat hidangan samosa dan publish di blog masing-masing  8)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 thoughts on “Samosa Daging

    • Hi Norasikin – Betul tu, kalu buat sendiri memang semua benda nak bubuh. Memang puas hati bila mkn. Antara rajin dgn tak rajin je nak buat tu :o

    • Mak – haha.. macam2 panggilan dibuat pada makanan tu utk melariskan jualan :D
      Kalau sedap,kira bertuah la peniaga tu letak nama CT pd samosa nya.

    • minyak guna utk mengoreng samosa bila dah siap lipat nanti.

      air pula utk dibancuh bersama tepung. ia dijadikan sbgai gam utk menampal bucu2 samosa tadi.

    • majerin/butter tu bahan utk buat inti daging. bila semua bhn2 inti daging siap ditumis, akhir sekali masukkan majerin tu. -kasi dia berlemak & licin sikit. xnak letak pun tak pe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge