Resipi Macaroni with Chicken and Mushroom Sauce

Asalnya teringin nak makan macaroni buatan sendiri. Kebetulan hari itu anak buah mr suami namanya CT berkunjung ke rumah. Jadi semangat untuk memasak terus berkobar. Makanya sehari sebelum kejadian  kami soping la kat Giant cari bahan nak buat macaroni.

Ini lah percubaan pertama mekar memasak macaroni hasil tunjuk ajar CT. Tak sangka rupanya sangat mudah memasak masakan ala barat ni (pasti kak nora westernfood.com mengakui kebenarannya). Selalunya mekar dan mr suami makan ala western ni kat restoran aje :lol:

Taraaa….inilah hasilnya “macaroni with chicken & mushroom sauce” ala mekar

Resipi macaroni with chicken & mushroom sauce ala mekar :-

2 sudu          minyak zaitun

200 gm        macaroni – direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan minyak zaitun

1 liter            air

Bahan untuk sos :-

200 gm         ayam ambil bahagian isi dicincang – ganti daging pun sedap juga

5-6 kpg         cendawan kering – dihiris dan direndam supaya ia lembut

1 1/2 labu     bawang besar – dicincang

2 ulas            bawang putih – dicincang

2 biji              tomato – dilecek kasar

2 sudu           cili boh – buatan sendiri untuk rasa pedas

1 botol           sos spaghetti perisa cendawan – mekar guna jenama kimball

1/2 sudu teh  daun rosemary – untuk menaikkan aroma

garam dan gula secukup rasa

Brocoli dan capsicum hijau – untuk hiasan

minyak jagung untuk menumis

antara bahan-bahan yang diperlukan

 

 

 

ayam, cendawan dan tomato segar

 

 

Cara-cara membuatnya :-

1. Rebus air dalam periuk besar, masukkan sedikit garam. Bila air mendidih baru masukkan macaroni. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut, angkat dan toskan.

2. Untuk buat sos nya – Guna kuali yang agak lebar supaya senang mengacau bahan2 nanti. Panaskan minyak jagung, masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan ayam cincang. Kacau-kacau dan masukkan cili boh. Tunggu sehingga ayam keperangan dan cili itu masak.

4. Tuangkan 1 botol sos  spaghetti. biarkan seketika. kemudian masukkan cendawan yang direndam tadi. tunggu ia empuk. jika sos ini agak kering, tambahkan sedikit air.

5. Masukkan tomato segar yang dilecek tadi. Kacau sos sambil ditekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

6. Masukkan herba rosemary serta garam dan gula secukup rasa. Kalau kurang rasa masam boleh tambah sos tomato. tapi dalam hidangan ni mekar tak letak sos tomato sebab ia dah cukup masam kerana mekar menggunakan tomato segar tadi.

7. Biar sos mendidih lebih kurang 7 minit lagi. kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan sehingga sos jadi pekat kebasahan.

8. Dalam periuk lain, brocoli dan capsicum dicelur seketika

9. Siap dan bolehlah dihidangkan

10. Ambil pinggan dan isikan macaroni yang telah dicelur. Seeloknya jangan letak macaroni dalam pinggan banyak sangat! takut nanti cepat muak. kemudian sirami dengan sos spaghetti. Jangan lupa taburkan hiasan brocoli dan capsicum. Untuk makluman anda, macaroni juga mempunyai kandungan karbohidrat yang seumpama nasi putih. Ia memang mengenyangkan dan memberi tenaga kepada badan. Kalau dah jemu makan nasi, sekali-sekala boleh ubah sajian macaroni pula !

yum..yum..rasanya authentic Italian! perhhh…

11. Mekar juga hidangkan menu ini dengan “chicken ball” buatan sendiri. Resipi buatannya akan mekar kongsi dalam artikel akan datang. Tunggu ya. Penat dah nak menaip ni :oops:

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

42 thoughts on “Resipi Macaroni with Chicken and Mushroom Sauce

  1. Saya tak suka mkn makaroni dgn tomato based sauce. Tapi klu hadapkan sy dgn mac n cheese, yarabbi! Saya boleh tmbh berkali-kali! Yummeh!
    Fara recently posted..vektor

    • Seronok juga dpt cuba2 resipi baru. tp rumah akak xde org nak makan kalu masak beriya2 ni.. tu yg kami selalu makan kedai sebenarnya. bila ada org datang rumah baru la rajin masak ni. huhu

      • saya teringin nak masak makaroni tapi dia tak menggemari pula..klu beli satu bungkus bayk tu..tapi mana lalu nak simpan lama2 sb yg tukang maknnya saya..anak2 makn skit jer huuu.. :mrgreen:

        • beli macaroni yg timbang aje suri. kat tesco/giant ada jual. kalu beli yg tersedia paket tu biasanya 500gm memang banyak

          • ye ke ada jual timnag hee…saya rasa was2 jer tak tahu hala ke dak heee..

            saya semenjak dua mmg cerewt skit bab mkn nak2 yg bab halal. haram tu heee..

            p/s:nnti saya terjah heee

  2. Nampak sungguh menyelerakan tapi bahan yang hendak disediakan terlalu banyak<–pengamatan seorang lelaki yang tidak masak tapi tahu makan sahaja. Ha..Haa…

    • akubio- kalau kita masak sendiri kt rumah, memang macam2 benda kita nak bubuh dlm masakan tu. Baru puas hati. Tak percaya? tanya isteri akubio :-)

  3. Assalamualaikum.

    Petang-petang ni, nampak resepi yang sedap teringin nak cuba :) Yati memang suka sangat macaroni ni. Tapi selalunya buat sup je lah. :D

    • Ben – lain org lain citarasanya. tambah sekarang di pasaran byyk betul jenis2 sauce utk dimakan bersama macaroni ni.

  4. Tgk gambar mcm sedap hingga menjilat jari ;)

    Mcm bEe jarang masak western food sbb hubby tak berapa suka sgt makan. So, kena byk study psl masakan kg aje (study kat bapak mertua yg pandai masak) huhu :-)

    • wah bee, selera melayu asli nampaknya. Sya dulu pun mcm tu juga. tp bila dah kawin xleh ikut tekak kita aje lg :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge