Resepi Tepung Pelita dan Cara Membuat Kelongsong

Salah satu kuih kegemaran saya di bulan Ramadhan ialah kuih tepung pelita @ limas. Tambahan kalau dapat makan sejuk-sejuk (lps keluar fridge) memang tak terkatalah kesedapannya. Musim ramadhan yang lepas2 boleh kata setiap hari saya membeli kuih ni kat bazar ramadhan terutama yang berjenama “tepung pelita paya jaras”. Jenama ni memang terbaik (ikut selera tekak sya) dengan rasa lemaknya, manisnya dan satu lagi rupa kejadian kuih itu tersangatlah kemas! Tapi sejak seminggu saya berjalan-jalan kat bazar ramadahan kali ni dah tak nampak lagi kelibat gerai tepung pelita paya jaras. Entah la…. mungkin bazar yang saya pegi di sini xde wakil peniaga tepung pelita paya jaras kot  :roll:

ini lah gerai kuih ‘tepung pelita paya jaras’ yang saya maksudkan. tapi ini situasi tahun2 lepas. skrg dah tak jumpa lagi gerai ni   :oops:

Namun begitu saya tetap tak berputus asa kerana tahun ni saya mencabar diri untuk membuat sendiri kuih tepung pelita versi mekar pula. Sebenarnya sebelum kedatangan ramadhan kali ni saya dah praktis awal2 lagi cara nak buat kelongsong dan resepi membuat tepung pelita yang tak kurang sedapnya. Apa2 pun saya berterima kasih pada ‘Jurnal Resepi Bdaria‘ yang banyak memberi tunjuk ajar tentang cara2 pembuatan tepung pelita dan kelongsongnya. Sebelum tu jom kita tengok resipi mudah berikut :-

Bahan untuk membuat Tepung Pelita

Lapisan bawah -warna hijau
1 cawan  tepung beras
5 cawan air
5-7 helai daun pandan (dikisar bersama dengan 1 cawan air diatas)
sedikit pewarna hijau epal (jika anda nak tebalkan warna hijau)
1/2 tsp air kapur
gula secukupnya ( saya guna gula halus supaya gula cepat cair)

Lapisan atas – warna putih
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan (saya guna 1 1/2 santan pekat + 2 1/2 cawan air)
1 tsp garam (ratakan)

Kelongsong daun pisang secukupnya @ bekas plastik

Cara-caranya:-

  1. Bahagian Bawah. Tepung, air, jus pati pandan dan air kapur disatukan. Tapis dan masukkan ke dalam periuk
  2. Masak bancuhan tepung sehingga naik wap. ( Kacau dengan senduk kayu sehingga nampak ada ketulan tepung yg pekat pada senduk. angkat dan guna whisk tangan, ratakan adunan tersebut supaya tidak berketul)
  3. Masukkan 1 sudu makan gula (lebih jika anda suka manis) ke dalam kelongsong daun pisang/bekas dan barulah dituangkan bancuhan lapisan bawah yang masih panas (separuh dari kelongsong). Buat sehingga habis. Biarkan seketika sambil tu buatlah adunan untuk bahagian atas pula.
  4. Bahagian Atas. Satukan tepung, garam dan santan sehingga sebati. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
  5. Masak sehingga pekat dan likat. Jika nampak berketul guna whisk tangan untuk ratakan.
  6. Masukkan adunan yang masih panas ini di atas adunan bewarna hijau tadi.
  7. Biarkan seketika.
  8. Kemudian saya masukkan dalam peti sejuk untuk mendapat rasa yang lebih nikmat.

Nota : Jika ikut cara pembuatan Bdaria, beliau akan kukus setiap kali lapisan di masukkan ke dalam kelongsong. Memandangkan saya tak menggunakan teknik kukus, jadi semasa proses memasak bancuhan tepung di atas dapur tadi, saya memasak dalam tempoh yang agak lama (tapi jgn sampai keras). Namun begitu, gula yang saya letak dalam kelongsong tu tetap akan cair semula jadi (ini kerana saya tuang adunan hijau dan kemudian adunan putih yang masih panas2 ke atas gula tersebut). Saya juga mengelak utk mengukus kerana tak mahu kelongsong kuih tu jadi lunyai dan herot2 ( pengalaman saya pada eksperimen pertama, saya guna teknik kukus dan kejadiannya agak kurang memuaskan hati !)

saya suka makan tepung pelita yang gulanya cair di bawah tepung berbanding gula yang sudah bercampur dengan tepung

Cara membuat kelongsong tepung pelita

Kelongsong tepung pelita diperbuat daripada daun pisang. Dua minggu lepas, semasa ibu bapa saya datang ke KL, mereka membawa segala macam daun (yg ditanam kat belakang rumah d kg) ke rumah saya iaitu daun pisang dan daun pandan. Seperti pucuk dicita ulam mendatang maka air daun pandan saya gunakan untuk membuat adunan lapisan hijau (spti resepi di atas) manakala daun pisang saya cuba praktis buat kelongsong. Pada mulanya memang tak berapa kemas. Kali kedua cuba buat lagi kelmarin untuk juadah berbuka puasa dan alhamdulilah ada peningkatan. Bila nampak kejadiannya cantik sikit barulah saya berani nak tempek kat blog ni.

Macamana cara nak buat kelongsong ni ya? Ok, meh sini saya ajarkan step by step cara membuatnya… Senang jer (ini hanyalah untuk anda yang baru nak belajar cara membuat kelongsong supaya ia kemas) :-

Peralatan yang diperlukan : gunting, stepler, kotak 4 segi (ikut suka apa2 saiz yg kecil), daun pisang yg telah dilayur dan dilap bersih

letakkan kotak di tengah seperti gambar atas

Pastikan kedua-dua sisi adalah sama tinggi supaya kelongsong anda tidak kelihatan senget atau tinggi sebelah.

Lipat dibahagian tepi seperti gambar di atas kemudian lipat dibahagian yang satu lagi sehingga menjadi kotak seperti gambar di bawah.

 Kedua-dua bahagian telah dilipat. Keluarkan kotak @ anda boleh biarkan ia terbuka terus sbb kesan lipatan telah kelihatan dan anda boleh lipat semula tanpa perlu ukuran kotak lagi. Kemudian staplekan kedua-dua bahagian seperti dibawah.

Kedua-dua bahagian boleh di staple @ disemat dengan lidi/ pencungkil gigi. lebihan daun pisang hendaklah dipotong.

Tara…. dah jadi pun kelongsong yang kemas (eh..kemas ke nih ?) dan mudah (terima kasih sekali lagi buat JurnalResepiBdaria). Seterusnya masukkanlah bancuhan tepung ke dalam kelongsong ini. Memang sedap kuih pelita bila bekasnya dibuat daripada daun pisang berbanding bekas plastik kan ! Tapi kalau nak mudah, pakai saje bekas plastik pun dah memadai asalkan anda bijak membancuh adunan tepung agar ia sesedap rasa manis dan lemak berkrim. Pasti disukai ramai   :lol:

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

64 thoughts on “Resepi Tepung Pelita dan Cara Membuat Kelongsong

  1. Wah, kuih tradisional ni. Rasa nak makan je berbuka nanti. Hehehe. Pandai mekar buat kuih ni, btw lama tak singgah blog mekar. Busy sikit sekarang.

  2. wah.. mesti sedap kuih pelita cik mekar…
    siap ada tutorial step by step buat kerongsong..
    bagus la cik mekar nie…..

    mak saya rajin juga buat kuih nie dan saya rajin makan je.. he.he.he.
    mak saya letak sekuang cina dalamnya… dipotong kecil…
    memang sedap makan sejuk2 sambil mengunyah sekuang cina…..
    cuma cara mak saya buat kerongsong dia lain sikit…

  3. bulan puasa ni belum ngasa lagi tepung pelita sebab tak ke param. cuma 1 ramadhn haritu jek ke param kejap. tu pun beli murtabak utk adam. tak teragak pun nak cari kuih. dulu, masa keje… mesti order ngn akk klener tepung pelita @ tako.
    ni dah tau step by step camne nk buat kelongsongnya.. boleh la buat sendiri. cuma, nak cari daun pisang tu jek la payah sikit. :P

    • kalau dah ada kawan yg pakar membuat kuih sedap, baik tempah je kat mereka kan ? mudah!

      Kat area rumah sya ni, d kedai runcit, tesco dan giant ada je mrka jual daun pisang ni :wink:

    • pakai stepler memang mudah kerja. tp nk elok pakai la lidi.

      Betul..aroma daun pandan dan daun pisang myedapkan kuih2 melayu ni :-)

  4. Mekar,

    Saya pun suka sgt tepung pelita paya jaras. Terasa lemaknya. Pandan aslinya menyerlah. Mmg tak penah menghampakan.

    Saya kurang gemar msk kuih. Sbb yg mkn hanya sy dan suami. Klu ramai2, seronok juga.

    • Kuih pelita paya jaras dah tak jual kt area rumah sya ni. tak tau la area fara ada tak? memang sesedap rasa kan :-)

      Betul. kalu ramai tukang mkn kt rumah, memang seronok nk buat projek masak2 ni.

  5. thanks for the recipe :)..
    walaupun sy x pernah makan kuih ni ( x minat kuih berlemak santan)..
    tp akan ku buat khas utk si suami yg begitu sukakan kuih ni time2 ramadhan ni..
    hopefully dapatlah buat sesedap dan seindah rupa spt tuan punye resepi ni.. :P

    • hi fairuz,
      Sya pun mengidam kuih ni masa bulan ramadhan jer. lagipun kat negara kita ni memang popular apa2 makanan berasaskan santan. sedap ! tp xleh ambik byk2 nnti tinggi pula kolestrol kan :wink:

    • pakai lidi la yg terbaik tp leceh sikit (sbb malass).senang2 pakai ubat kokot jer..

      Bro, kelongsong daun pisang tu ada lebih. Nakk ? hehe

      • Ceh.. ambo bukan kambing….

        tapi kalau difikirkan balik, jika dikumpul2 … mungkin boleh bungkus ikan bilis.. kasi bakar, lepas tu cicah air kicap! apa mcam?

        hahahahhaa

    • Salam Musi,
      Kurangkan santan dan gula semasa pembuatannya, dan jgn terover makan. insyaAllah boleh control kesihatan badan :D

  6. 3 tahun berturut-turut saya buat tepung pelita dibulan ramadhan. Tapi tiap kali buat kuih ni, malamnya nak buka mesti blackout. Terpaksa berbuka dengan lilin. Lepas 3 kali ramadhan kena mcm tu, saya tak pernah buat lagi dah.

  7. tepung pelita paya jaras mmg cdp, kwn sy ade jual tepung pelita tu, klu nak beli dtg le bazar ramadan saujana utama, tp klu lmbt abis le pulok..sbb cepat sold out.. cdp le katakan…

    • mr9naz – sya cari kat bazar kota dmsara dan mutiara dmsara dah tak de jual :cry:

      ooo.. kat saujana utama ada ya? nmpknya thn depan la cari pulak. sya dh blk kampung skrg. Apa2 pun ia memang sedap kan !

  8. salam, mahu tumpang tanya. Kalau tak ada air kapur boleh ke? Sebab saya tak ada di Malaysia sekarang ni tapi kempunan nyaaaa la tepung pelita. terasa mcm nak try buat sendiri bila tgk resepi nii. nampak sedappp sgt. terliurr. tapi tak jumpa pulak kapur dekat tempat saya ni. kalau tak pakai takpe ke?

    • Salam siti.
      Fungsi air kapur dlm kuih pelita ni utk beri adunan tepung itu KENYAL dan sedap. Kalu terlebih bubuh boleh jadi pahit pula.
      Kalau tak letak pun tak pe. kemungkinan adunan tu jadi sedikit lembek saje lah :-)

  9. Pingback: Tepung Pelita « Home Maker By Choice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge