Pavlova – Resepi dan Cara Membuatnya

Assalammualaikum…

Saya ni bukanlah seorang yang pakar memasak. Tetapi sejak dah tak kerja ni, tiba-tiba suka pulak godek-godek di bahagian dapur. Selain godek mencari makanan, saya juga suka membuat aktiviti memasak dan mencuba resepi baru. Kebetulan ada anak buah mr suami tinggal bersama buat sementara waktu ni, jadi bertambah seronoklah untuk saya memasak sebab akan ada orang yang tukang makan  :P

Pavlova adalah desert yang pertama kali saya cuba untuk membuatnya. Entah kenapa tiba-tiba teringin benar nak mencuba resepi yang katanya berasal dari New Zealand/Australia. Bukannya apa..saya sebenarnya terpesona melihat kejadian pavlova yang berseri-seri ni bila tengok Nigella Lawson memasak di saluran AFC. Keunikkan pavlova membuatkan saya terfikir…    “wah, mesti sedap kalau dapat makan pavlova tambahan kalau dapat menghasilkan sendiri !”.

inilah pavlova yang saya maksudkan. ia sejenis desert yang dibuat dari putih telur dan gula (tak pakai butter). kemudian dihidangkan bersama whipped cream dan buah-buahan segar (jenis masam) untuk mengimbangi rasa manis pada meringue pavlova. menarik bukan !  Tuan2 & Puan2 gambar ni saya ambil dari Joy of Baking.

Bila tengok video  kat blog Joy of Baking, nampaknya bahan dan cara membuat pavlova ni tidaklah terlalu rumit. Untuk anda lebih faham, jom tengok resepi ini :-

Bahan-bahan

4 biji (120 grams) – telur putih

1 cawan (200 grams) – gula kaster

1/2 sudu kecil – vanilla esen

1 sudu kecil – cuka makanan

1/2 sudu makan – tepung jagung

Cara membuat

  • Pukul putih telur sehingga setengah kembang (saya guna hand mixer). Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur. Tips penggunaan telur dari chef azli – katanya jangan bercampur kuning telur semasa mengasingkan putih telur nanti putih telur tak naik, kedua semasa anda memukul putih telur hendaklah betul2 kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Masa ni kacau dengan spatula/senduk kayu perlahan-lahan.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila warnanya menjadi putih berkilat. Lagi satu  apabila adunan ditelangkupkan tetapi ia tak jatuh dan meleleh maka berjayalah adunan tersebut !

  •  Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak berdiameter 7.5 inci. Tuangkan meringue di atas kertas minyak itu dan bentuk/ratakan mengikut garisan bulat yang dibuat tadi.

  • Panaskan oven sekitar 15 minit. Kemudian masukkan meringue ke dalam oven dan bakar  selama lebih kurang 1 jam dalam oven yang bersuhu 130 darjah C .
  • Tutup suis dan biarkan pavlova sejuk di dalam oven sebelum ia dikeluarkan.

setiap 10 minit saya asyik dok mengintai kat depan oven tu. Suspen sungguh la masa menunggu pavlova ni macamana rupanya nanti. Bila loceng oven berbunyi kriiinggg…., itu tandanya pavlova dah siap di masak. Tapi cuba tengok gambar di atas tu…dia pecah2 di tepi  :?

Topping

1 cup (240 ml) whipping cream

1 1/2 sudu makan (20 grams) – gula icing

1/2 sudu kecil – vanilla esen

Cara membuat krim

Pukul cream dengan gula dan vanilla sehingga kembang. Untuk bahagian topping ni saya gunakan whipped cream yang readymade yang dijual dalam bentuk tin – (saya beli jer sbb malas nak basuh bekas dan mixer).

Bahan lain

Gunakan buah-buahan segar (yang masam) mengikut kesukaan anda. Contohnya blueberry, peach, kiub nanas).  Saya cuma guna buah strawbery dan kiwi.

 

  •  Bila pavlova tadi dah sejuk maka keluarkan dari oven dan sapu/semburkan  dengan whipped cream. Hiaskan dengan buah-buahan segar. Siap.

Nak tengok rupa paras PAVLOVA yang saya buat ?

-

-

-

-

 Tara…. Pavlova retak seribu. Nasib baik di cover oleh buah strawberry dan kiwi tuh     :mrgreen:        Ia jadi retak semasa proses perpindahan pavlova dari atas kertas minyak ke atas pinggan ni. olehitu sesiapa nak buat kena lebih berhati-hati sebab ia sangat sensitif dan mudah rapuh.

 

yumm…yumm..sedap ke tak pavlova ni? mmm.. sebab saya yang buat mesti lah saya kata ia sedap. hehe Sebenarnya ini lah pertama kali bagi saya merasai desert ni. Tak tahu nak kata rasa/tekstur yang sebenar pavlova memang macam ni atau sebaliknya. Yang pasti disekeliling luarnya sangat crunchy manakala dibahagian dalamnya lembut. Rasanya pula memang manis tapi bila tergigit strawberry dan kiwi yang masam maka rasanya jadi seimbang. Apa2 pun ia sangat tak sesuai untuk bakal penghidap diabetis       :mrgreen:

sumber rujukan :   JoyOfBaking.comDariDapur AzliRazali  dan  irmadilondon.blogspot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

60 thoughts on “Pavlova – Resepi dan Cara Membuatnya

  1. erk cam sedp.tapi tak suka masam sb sy bukan penggemar mangga hee…

    blh cuba ni..kakak mekar org sllu sebut cuka tu,maknanya cuka makan ye…
    klu pi kedai ckp sy nak cuka mkn? gitu heeee
    suri recently posted..Apa itu Gastrik?

    • eh..suri, tak suruh letak mangga pun…. :roll:

      ha.ah, cuka makan tu yg warna putih (mcm air) yg org selalu buat masak jeruk/jelatah dll. Jangan guna cuka getah sudah lah :mrgreen:

  2. Saya pernah merasanya ketika di Australia beberapa tahun dahulu disediakan oleh isteri seorang sahabat disana memang manis rasanya. Saya dijemput makan malan dirumah beliau dan Pavlova ini sebagai desert.

    Hmm..bila bercakap mengenai Australia terasa rindu suasana disana :-) akubiomed recently posted..Trafik blog di pagi Isnin

    • kalau disediakan oleh org yg dah biasa dgn pavlova ni mesti lagi meletop kan rasanya. Apa2 pun dia memang manis dan tak sesuai di makan selalu :-)

    • Bahannya memang simple. cuma nak buat topping tu yg leceh sikit sbb kena pakai whipping cream.
      Adele cuti sem nanti boleh cuba buat

    • err.. tanah liat? tak de la rasa liat lorna. Yang bahagian dalam tu lembut jer macam makan puding caramel. Bahagian luar dia rapuh dan crunchy. Apa2 pun dia memang manis. sya xlalu nak makan byk :|

  3. Assalamualaikum sis. Saya dah try. Memang menjadi. Cuma mula mula macam nak berputus asa sebab tak keluar tanduk, almaklum la pukul dan kacau secara manual. Mujur ada sepupu yang bagi sokongan moral dan tenaga (tolong pukul sekali) haha.
    Iena recently posted..Portraiture | Yani

    • Tahniah lena krn pavlova anda menjadi. Biasala kalu guna manual ni mahu berpeluh ketiak dibuatnya. nasib baik ada yg sudi membantu kan…

  4. sy da cuba buat..tp cubaan yg ketiga xjdi plak.sbb problm ovem..boleh tak sy bakar gne oven butterfly ats dapur tu..hikhikhik(mcm klaka je kn?

  5. salam.saya dah cuba 2 kali tapi ngapa pavlova saya luar dia mcm kulit waffer.puas saya bakar sampai 1 jam 30 min.tapi tetap tak garing….

  6. Hi,

    im looking for people who can supply me with excellent quality of pavlova upon orders.

    send emails or can call me if u know who can do that.

    019-614 8090

    thanks
    akmal

  7. Nmpk menarik pavlova cik mekar :P…tahniah lah sbb bjaya buat pavlova…kalo buat kecil2 pun ok gak…n gula tu bleh kurangkan skit kalo taknak manis sgt… (teringin lak nk mkn pavlova….) …

    • tq yanz. boleh buat saiz kecik supaya mudah masuk mulut. kurangkan sikit gula sbb ia agak manis. cuma lebihan kuning telur xtau nak projek apa setakat nih :wink:

  8. Cik mekar naper kalau sy buat luarnya x crispy lah.puas bakar 1 jam..1 jam lebih tp still luarnya lembap cam waffle. Saya kurangkan gula agak bnyk juga utk meringue..mungkin sbb itu ke..??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge