Pai Tee dan Cara Membuatnya

Assalammualaikum…

Kelmarin semasa sedang membelek-belek sebuah majalah wanita, tiba-tiba terselak satu ruangan “jom masak”. Kat situ disertakan resepi dan cara untuk membuat Pai Tee atau nama international nya Singapore Pai. Wah..bila diperhatikan, nampak mudah pula nak membuat pai tee nih. Selalunya saya dapat merasai pai tee bila sesekali menjamu selera di “The Chicken Rice Shop“.

Lantas terdetik dihati nak  mengasah bakat membuat hidangan yang ringkas ini. Petang itu tanpa berlengah, saya terus ke kedai yang menjual bahan bakery di Bagus SB untuk membeli acuan pai tee. Manakala bahan mentah lain telah sediada di dapur rumah.

Resepi dalam majalah tu lebih kurang resepi yang saya salin dari hanazmanis.fotopages.com . Cuma ada beberapa bahan yang saya olah mengikut bahan yang sediada di rumah.

Bahan-bahan untuk kulit Pai Tee :-

1) 100 gram tepung ubi  – saya guna tepung beras
2) 100 gram tepung gandum
3) 100 gram tepung jagung
4) 1 biji telur
5) air secukupnya ( saya guna lebih kurang 320 ml)
6) ½ sudu teh garam
7) minyak masak yang banyak (untuk goreng)

Cara membuat kulit Pai Tee :-


1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan
gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Kelihatan bancuhan tepung melekat pada bekas acuan.
5) Celupkan semula ke dalam minyak panas. Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri. Nak    lebih mudah, tolakkan dengan perlahan menggunakan lidi. Goreng sehingga kekuningan.
6) Angkat dan toskan – letakkan di atas kertas tisu untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.

Bahan-bahan untuk inti :-

1) 1 biji timun
2) 1 biji lobak merah
3) 1biji telur rebus – dihancurkan
4) segenggam udang kering – ditumbuk halus dan digoreng tanpa minyak

caranya – campurkan sayuran yang telah dihiris dengan telur rebus yang telah dihancur dan udang kering yang ditumbuk. Kacau hingga rata.

Masukkan inti ke dalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos thai. Sedia untuk dihidangkan terutama dijadikan juadah minum petang.yummy..yummy.. :P

Untuk makluman anda, resepi di atas boleh menghasilkan kira-kira 90 biji kulit pai tee. Huh..memang berpeluh satu badan semasa saya mengadap bancuhan pai tee ni. Dekat 4 jam berdiri depan dapur semata-mata nak dapatkan kulit pai tee yang benar-benar menjadi. Pada 15 biji gorengan yang pertama, ada yang melekat pada acuan, ada yang berlubang tang buntot nya dan ada yang patah. Aduhai… ! Namun alhamdulilah berkat kesabaran, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan kulit pai tee walaupun rupanya tak se comel yang dihasilkan oleh “the chicken rice shop“.


Inilah acuan pai tee yang saya beli di Bagus SB . Harganya RM 15.70 (saya tak pasti mahal/murah harga ni).  Kepada sesiapa yang baru mencuba, jangan mudah putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru seperti juga acuan pai tee ini. Selamat mencuba :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

30 thoughts on “Pai Tee dan Cara Membuatnya

    • Faham..faham.. Kalau ada budak kecik memang susah nak concentrate kat dapur.

      hee.. fara. Pai tee yang jadi je sya publish kat sini. Tak kan nak letak yg berlubang kat blog. malu la saya :mrgreen:

  1. salam..

    comelnya diorg..belum rasa lagi ni..mesti sedap!!

    rajin akak buat kulit dia satu2 gitu ye..kalau buat kuih tart..part tu lah yg paling sy malas!!

    • sya x rebus pun suri cuma goreng sekejap udang kering tu. Macam nak buat tauhu sumbat jer..hehe tp yg ni kena beli acuan.

      pst: xde majuk… cuma xde modal nak tulis blog. nak blogwlkg pun terasa hambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge