Assalammualaikum…
Salam hujung minggu semua. Hari ini (Ahad), di negeri Kedah kebanyakkan orang keluar bekerja. Mekar pula sudah beberapa hari tidak berupaya meng’update’ blog (kerana masalah talian internet yang kurang memuaskan di Langkawi ini). Jadi hari ni mekar publishkan artikel ringan tentang aktiviti masak memasak yang dilakukan untuk juadah makan tengahari tadi.
Memandangkan di Langkawi kita mudah untuk mendapatkan stok makanan laut, jadi hari ni mekar merajinkan diri memasak 2 jenis lauk sahaja yang semestinya berasaskan makanan laut juga.
Gulai Lemak Udang bersama Nanas, yang tak pedas !
antara bahan2 yang diperlukan untuk memasak gulai udang
Menu pertama yang di masak ialah Gulai Lemak Udang Nanas. Mekar dapat membeli udang yang kontot-kontot aje di pasar tadi memandangkan sekarang bukan musim udang mengawan
Menu kedua ialah ikan goreng kunyit yang digoreng garing. Mekar menggunakan ‘ikan sebelah’ yang sangat mudah didapati di sini. tak pasti pula ikan ni dipanggil apa di tempat lain. isinya nipis tetapi sangat lembut apabila dimakan !
Dan yang terakhir menu pembangkit selera iaitu sambal belacan dan ulam. Semua hidangan ini kami nikmati bersama nasi panas. Walaupun lauknya teramat simple tetapi memang berselera kami laki bini makan memandangkan cuaca di langkawi beberapa hari ini sangat redup dengan sesekali diiringi hujan gerimis membuatkan perut mudah terasa lapar.
Kesimpulannya, pada saat ini segala pantang larang makanan berkaitan kolestrol terpaksa dilupakan buat seketika. Seronok sangat dapat menikmati seafood segar di pulau ini. Saat ini juga wajahku mula ditumbuhi ruam-ruam kecil bahana mengadap seafood hampir setiap hari. huhu.. Apa-apapun tekadku apabila pulang ke KL nanti barulah menyambung kembali diet kolestrol.




Kenapalah mekar ni suka masak malam-malam.
Sabahan Bloggers Club recently posted..Aku seorang blogger
terliur tengok masakan Mekar ni.
tghari tadi punye lauk. ptg baru publish.hehe… kesian sbc.
pst: Asalkan blog ku ber’update’ sbc
Tahniah kepada Mekar sebab blog dapat pagerank 2.
Sabahan Bloggers Club recently posted..Google Pagerank update June 2011
betul la sbc. sya baru check td. mcm xpercaya boleh dpt 2. Ini yg buat sya bersemangat nk berblog ni
Tq, sya tahu semua ni pun melalui blog sbc juga. Dulu sya xtau apa2 pun pasal ‘pr’ . TQ
Salam Mekar.
Sama-sama. Bermakna penyampaian kami dah memberi outcome yang kami ingini. Memang tujuan kami untuk ajar newbies. Kalau dah biasa berblog, ada yang tak boleh terima cara kami tu.
Sabahan Bloggers Club recently posted..Why some blog still PR0 or PR drop
serius sedap, pepagi ni pon wan da terasa lapar, ni nak cari nasik lemak jap
Juan recently posted..Contest SEO – Tip Blogging Terbaik
apa2 pun dapat makan nasi memang puas kan? itu la perut org melayu
Mak aihh! Sedapnya lauk paukmu! Eh? Bahan mentah tu awak snap kat tepi laut ke? Wahhh!
Fara recently posted..bila pernah remaja….
iya fara. semua snap kat tepi laut. baru la kena dgn tema pulau langkawi tu
sy mmg suka ikan sebelah tu.. sedap
niena shopping2u recently posted..Pencarian bloglist..
tp xpuas kan? sebab dia nipis dan sebelah aje
Mcm ada bau aje kak mekar bila tgk gambar kat atas tu
mcm kita ni dok sebelah-myebelah pula
Alamak tidak makan masak lemak. Lain kali saya hendak mintak Mekar sediakan Udang goreng celup tepung boleh?
akubiomed recently posted..Maharaja Lawak Akhir – babak peserta akhir
rugi la org melayu tak makan gulai lemak
tp bagus la tak makan makanan bsantan ni. sihat tubuh badan.
Udang celup tepung? best juga tu. nanti sya buat
gulai lemak tu tak tahan tengok. Waa..lapar, lapar..
titan recently posted..Earning terkini dari YMads – 860usd
kalu perut kosong, memang boleh jd lapar
Sambal dan ulam, memang membangkitkan selera. Tambah lagi dengan gulai udang tu.
Lapar pulak
Mrs.Ayie recently posted..Hiasi peribadi
kombinasi yg simple aje
lapar lak bila tengok gambar tu.. hehe
nafsu makan sedang menggoda kamu
masa shah ade kat langkawi, xmo ajak makan … huhuhu
sjiehan recently posted..Ulangtahun hari lahir : Moga di sihat tubuh badan.
la…ingat kan dok ada langkawi skrg ni !
kombinasi gambar makanan terbaik. buat orang terliur je. nasib baik tengok di pagi hari.
afzal laidin recently posted..POW! Menjadi Penulis Hebat
pagi2 org pekena nasi lemak. tak pun roti canai !
ikan kering tu sungguh menyelerakan la pulak…
kalau di santap dengan keluarga best ni
Kamarul Azri™ recently posted..Penanti.com kini PageRank (PR) 1
bukan ikan kering tu KA. mbe sbb nipis, rupanya mcm ikan kering
adoiii kak mekar…
Lorna recently posted..Kenangan di Tasik Kenyir
dugaan sy tgk masakan kak mekar nih..
sy pose riniiii….huhuhu ;p
pndaii kak mekar masak
bila dah kawin ni, otomatik pandai masak
Gulai masak lomak tu menjadi den terliur nengoknya… ni kalau ado ulam2 ni..lagi syok wo..
Chipcoklat recently posted..Mengenali Hosting
ulam2 yg pelbagai itu lah penambat selera
hoho..lama tak makan masak lemak nih..udang plak tu..
sayacomel recently posted..Comel Nakal – Bila kucing-kucing comel bersenam..
sya kalu makan nasi mesti ada satu mata menu berkuah
ikan sebelah itu kalau tak silap juga dipanggil ikan lidah nabi.. atau ikan sisa nabi.. hehehhe
wah! sudah naik PR 2, tahniah..
blog maza juga ler masih sangkut kat PR2 sedari bertahun2 lalu.. uhuk!
maza recently posted..Rahsia terbongkar, Transformers ada kakak!
oh..namanya ikan lidah nabi ya? sya pun baru dengar ni. haritu peniaga pasar tu ada sebut satu nama. tp tak ingat pula namanya.
Tq atas ucapan. byk blog yg terima peningkatan ini.
Tak apa bro, kita cuba lagi utk mjadi PR3 nanti
Nampak sedap la ikan goreng + belacan ulam tu. Memang hari minggu mestilah santai.. tak perlu kerja.
kerja kosong recently posted..Asian Pac Holdings Berhad Manager and Accounts Asst Vacancy Sept 2011