Bronok Merah Menyala

Bronok @ kuih sagu

Pernah dengar nama makanan ni tak kawan-kawan ? Ala..kuih bronok ! Jangan terkejut ya dengar namanya yang tak komersial ni kerana walaupun namanya huduh tetapi rasa kuih ini sangatlah sedap terutama dimusim Ramadhan nanti. Ada sesetengah orang memanggil kuih ni sebagai kuih sagu kerana bahan utamanya adalah dari biji sagu itu sendiri.

Semalam saya teringin nak makan kuih manis-manis untuk santapan ketika berbuka puasa isnin. Kebetulan bila belek-belek kabinet di dapur maka ternampaklah stok biji sagu yang masih banyak itu. Apa lagi, daripada membazir baiklah saya usahakan sesuatu. Mula-mula saya google kat internet untuk mencari resepi yang sesuai. Setelah beberapa ketika berjalan-jalan mencari resepi maka saya tertarik dengan satu resepi yang simple dan mudah ini. Terima kasih kepada penyumbang resepi iaitu Mama Kastam Tioman @ myresepi.com. Berikut inilah resepi yang saya gunakan untuk membuat kuih bronok @ sagu ini :-

Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir – saya kurangkan utk mengelak terlalu manis
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja – saya guna desiccated coconut
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih. – letak daun pandan untuk bau yang lebih wangi.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam Loyang yang sesuai.
  4. Kemudian kukus selama 20 minit.
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
 saya terlajak memasukkan pewarna merah. jadilah ia merah menyala :mrgreen:

Ada orang mengacau sagu ni di atas kuali sahaja tetapi bila kuih ni kita kukus pula seketika, hasil nya kita tak akan nampak lagi biji-biji putih pada permukaan adunan bronok itu. Rupanya menjadi jernih dan licin seperti gambar di atas. Kemudian, untuk lebih menyelerakan, saya simpan seketika di dalam peti ais. Bila nak makan baru saya potong dan gaul bersama kelapa parut segera yang digaul dengan secubit garam. Semasa nak potong kuih ni, saya cukup berhati-hati kerana adunannya sedikit lembik dan melekat-lekat. Tak tahu la kenapa. Mungkin saya terlajak memasukkan air tadi :oops:

Apa-apa pun saya tak berputus asa untuk mencuba lagi membuat bronok ini sehingga ia betul-betul menjadi.

memandangkan harga kelapa sekarang agak mahal, jadi saya menggunakan kelapa kering ini yang boleh tahan lebih lama.tp untuk rasa yg lebih umph, gunalah kelapa parut asli
inilah kuih bronok hasil air tangan ku. enak dimakan ketika sejuk. tak manis, lembut dan lembek :mrgreen:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

48 thoughts on “Bronok Merah Menyala

  1. Dah lama tidak makan kuih ini. Teringat ketika kecil dahulu saya duduk di Pulau Pinang. Tiap-tiap pentang akan tolong jiran buang kulit kentang nanti dapat upah makan kuih Badak :-)

    • Byk tempat sya lepak suri hehe.(nampak mana?). Blog sakit lagi ya. Bila doktor kata boleh baik semula? rindu juga kat suri. harap tabah :D

  2. assalamualaikum Mekar…apa khabar?

    wah,berbakat sungguh mekar ye…pandai bkebun, pandai memasak, ni pula, pandai buat kuih…btuah suami…dapat merasa hasil tangan isteri sendiri… :wink:

    • wsalam ain. sya sihat. tq

      Biasa la ain. nama pun surirumah. kena create sesuatu la utk dijadikn aktiviti. ini pun masih proses belajar :lol:

  3. Opps.. maza pernah makan bendalah ini.. tapi maaflah kurang berminat..
    sbb manis dan ada biji2… hehehe

    psst: dolu2 maza suka makan kuih kuachi.. ahaks..
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  4. mmg sedap tak terhingga kuih bronok ni…mmg glamer lebih2 lagi kat terengganu..

    salah satu kuih yg lembek tp sedap…

    pssst..mana nak cari kueh ni ek…ermm

  5. rajin akk buat kuih muih ye..yelah, xbyk keje duk rmh kan..kuih sagu ni mmg sedap sgt kalau dpt yg lembut..akk pny kuih ni lmbut x? boleh nak rasa ckit? :D

  6. suka.. saya adalah penggemar kuih sagu.. kalau kt penang, senang nak jumpa.. tapi bila dok kl ni, susah sikit la.. uhuhu..

    pasni nak try buat kat rumah la.. kot2 menjadi.. thanks mekar..

    • oh ada juga org suka kuih ni kan?sedap kan! iya ke kat kl susah nk jumpa. sya selalu nmpak org jual kat gerai pagi2 utk mkn breakfast.

  7. Ya Allah….sy suke sgt kuih nie. Mmg dah lama tak mkn kuih nie. Nak bt sendiri….sy tak cuba2 g. Lgpun, kat umah tu sape lah nak mkn klu bkn sy sorang je? :(

  8. bEe baru tahu nama kuih ni Bronok…
    bEe tahu cuma kuih sagu jek kak! Tp bagus juga akak bgtau namapanggilan kuih ni. Boleh bEe sampaikan kat kwn yg suka mkn kuih sagu ni. hehehe musti muka pelik mereka akan ada nnt… :lol:

  9. Pingback: Kerabu Bronok hanya di Langkawi | Mata Hati Mekar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge