Ayam Masak Kicap

Hari ni mekar nak memasak pula. Menu yang simple dan digemari oleh anak-anak iaitu ayam masak kicap. Jom kita semak resipi dan cara penyediaannya.

Bahan-bahannya (Hidangan untuk 5 orang)

6-7 keping     ayam dipotong sederhana

20gm              bawang besar dihiris #

5gm                 halia dihiris #

1.5inci             kulit kayu manis #

3biji                 bunga lawang #

2biji                 buah pelaga #

2biji                 cengkih #

1paket            Maggi kreatif-sos serbaguna

1cm                 kicap pekat

200ml            air

1cawan           minyak

sila klik “continue reading” di bawah untuk melihat langkah-langkah penyediaan bergambar.

Cara penyediaan

1. Goreng ayam sehingga sederhana masak. Angkat dan tos.

2. Panaskan minyak, tumis ramuan bertanda # hingga kekuningan dan wangi.

3. Masukkan air, Maggi kreatif dan kicap pekat.

4. Kemudian masukkan ayam dan renehkan hingga kuah agak pekat.

5. Boleh masukkan saleri, daun bawang dan cili merah. Siap dan boleh dihidang bersama nasi panas.

kredit : Buku panduan masakan Maggi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

4 thoughts on “Ayam Masak Kicap

    • Ayam ni budak2 suka la mkn. (org dewasa pun sama). Tapi kekadang kena ubah selera juga. Makan ikan byk pun tak jejas kesihatan cuma dia mahal sikit je 8O

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge