Assalamualaikum kepada pembaca blog mymekar.com yg dikasihi dan dihormati sekalian. Masih belum terlewat kiranya dikesempatan ini daku ingin mengambil peluang mengucapkan Salam AidilFitri, maaf zahir batin terutama jika ada tulisan/komen mymekar.com selama ni yg bisa mengguris hati kalian. Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. Ameen.
Musim perayaan ni tidak lengkap sekiranya kita tidak menziarahi saudara-mara dekat jauh sambil makan ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Begitu juga suasana yg berlaku kepada daku sekeluarga.
Kali ni daku bukan nak coretkan kisah kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara @ teman sepermainan di kampung, tapi saje nak kongsi pengalaman “percutian” daku, family & sedara-mara kami pada hari raya ke-4 baru-baru ni.
Perancangan asal kami nak menaiki puncak Cameron Highland yg jaraknya cuma 45 minit dari kampung daku di Ipoh, Perak. Namun di atas sebab kesesakkan jalan dan kecederaan kecil yg terjadi kpd “pemandu utama” myebabkan kami mengubah lokasi percutian. Disebabkan pertukaran berlaku last minute, maka sehari suntuk kami adik-beradik dok google internet utk mcari lokasi percutian yg best di sekitar negeri Perak. Nak pegi Pangkor/Teluk Batik kami dah jemu sbb dulu2 kami memang pernah tinggal di Lumut. Nak pegi Lost World Tambun…huu mak aih.. tiket seorang je dah harga RM 40++..Family kami ada dlm 20 org (besar juga fulus terbang nnti !). Bekalan makanan pulak tak dibenarkan dibawa masuk dlm ..adoiya ! huh… rupanya kat Perak ni tak banyak tempat yg boleh diterokai !… (jangan marah org Perak !). Cari punya cari, akhirnya Abah sarankan kami ke Ulu Chepor, di Ipoh jer..hehe (confirm jln tak jem !).
The Lereng Adventure Camp & Resort
Apa yg menarik di sini? Jom ikut daku terjah ke dalam ‘hutan’ Ulu Chepor ni :-
The Lereng ni milik kawan Abah. Sebetulnya tempat ni hanya sesuai utk group2 pelajar yg sukakan aktiviti camping dan merentas desa. Tapi disebabkan kami dah buntu tak tau nak pegi mana, akhirnya sampai juga kami ke sini. Tak kisah la ceruk mana pun, asalkan kami ada tempat utk dituju.
ini pula bilik2 penginapan sekiranya pengunjung memilih The Lereng sbgai tempat utk bermalam
nak masuk ke kawasan ni memang agak jauh ke dalam hutan. mula2 melalui jalannya agak ragu2 utk meneruskan perjalanan. nasib baik abah ada pengalaman berkursus di sini. adventure sungguh kami merentas desa dgn menaiki 3 buah kereta pada haritu . Pendapat kami yg kategori remaja dewasa, tempat ni biasa-biasa aje. (rasanya tak pegi lagi kot lepas ni..hehe..)
tapi bagi adik2 & sepupu2 daku yg kecik2 tu kelihatan seronok sangat mrka mandi-manda di kolam yg disediakan
minggu perayaan ni memang tiada kelibat pengunjung lain kecuali keluarga kami. kelihatan adik2ku yg remaja seronok bermain bola tampar.
eh.. pokok kacang panjang pun ada juge
bekalan makanan yg kami bawa dari rumah
pecal pun ada ! – semuanya berselera makan tengahari tu
tenangnya suasana – bilik penginapan mengadap kehijauan pokok-pokok hutan
simple kan bilik penginapannya? rate 1 hari kalau tak silap daku sekitar RM50. siap penghawa dingin. ada bilik air disetiap biliknya. namun haritu nasib kami kurang baik krn bekalan air paip pula tiada. jadi sesiapa nak bersolat dan ‘melepas hajat’ terpaksa mengangkut air dari kolam berhampiran. adoiya..lecehnyee. kami ambil 2 buah bilik haritu sekadar utk rehat2 dan bersolat (day use). Alhamdulilah, pemilik resort tak mengenakan apa2 caj utk kami. namun kami beri angpau raya untuk anak2 beliau
Ok..itu saje aktiviti kami di sini. tak de apa yg menarik sangat. Sebelum asar kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. walaupun daku rasakan tiada yg best dgn percutian ini, namun daku gagahkan utk tempek juga ceritanya kot-kot ada sesiapa yg teringin untuk ber’camping’ di sini suatu ketika nanti. Selamat beriadah !
Macamana nak sampai sini? Nah..ambik peta nih :-

rasanya mcm berpotensi utk dimajukan..
Jebeng Otai™ recently posted..Komentator Tegar Ogos 2012
kalau ada budget besar, mungkin pemilik ada keinginan utk majukan & popularkan tempat ni jebeng
Mekar, Selamat Hari Raya. Wahh! Raya g holiday eh? Best!
Fara recently posted..kisah mat punggung
Fara, Selamat Hari Raya juga… Sesekali bersantai dgn keluarga mmng best dpt santai dlm hutan
Santai tempatnya dan sesuai untuk menenangkan fikiran.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # CorningWare
Lokasi agak terceruk de dlm hutan. tp biasanya kat sini jadi tumpuan pelajar2 remaja melakukan camping
aku orang Perak pon taktau nak berjalan ke mana… bila dah masuk ‘sarang’ bertapa je lah siang malam ekekee
padin recently posted..Kenangan Raya 2012
betul la padin.. tak tau nk gi mana kalu sebut Perak. Tambah2 kalu jln memalam bandarnya cepat “mati”..huhu
ahah yang ni pon aku setuju..
wah.. kuat lagi abah cik mekar ya…
tentu seronok dgn percutian bersama keluarga yg ramai… perghh 20 org tu…
Hairul Hissam recently posted..Petua Ubat Cirit Birit | Dugaan Masuk Rumah Baru
Alhamdulilah Abah dah berumur tp sihat (lgpun dia bebas penyakit2 yg sinonim dgn org2 tua).
Hehe..adik-beradik sya je dah 10 org. ditambah dgn 2 family sedara kami. mmng meriah le Hairul.
Ek eh.. dekat Ulu Chepor.. tempat riadah dan bercuti baru ke… tahu ulu chepor yang Sungai untuk berkelah je. dah lama betul tak pegi tempat ni…
ni tempat budak2 sekolah nak camping/ progrm outbound. kalau nak berkelah mcm tak best sangat mummy