Ayuh Kitar Semula Barang Terbuang

Sedar tak isu-isu yang berkaitan dengan ‘kitar semula’ kerap menjadi bahan perbincangan di media massa, media elektronik mahupun di blog-blog?.
Sebenarnya, semua orang kat Malaysia ni patut amalkan ‘kitar semula’ bukan sebab nak cari income tapi just nak save our planet…jangan jadikan dunia ni penuh dengan sampah, biarlah dia penuh dengan flora & fauna…lagipun amalan ‘kitar semula’ ni kita boleh buat kat rumah jek tanpa perlu berusaha keras selongkar tong sampah or kutip mana-mana tin di tepi jalan.
ada lokasi2 tertentu disediakan kemudahan tong sampah berwarna-warni ini.
Share

Jerebu Belum Reda

Ku intai jendela. Rupanya keadaan jerebu di sini masih belum menampakkan pengurangan. Entri yang lepas (klik SINI) baru saje daku khabarkan yg asap jerebu kian surut. Namun sangkaanku meleset.

Lihat gambar yg baru daku bidik pagi tadi sekitar jam 11am.

asap putih menghalang penglihatan di pusat membeli belah OneUtama di Damansara Utama

Continue reading

Share

Cara Pasang Favicon diblog WordPress

Kelmarin sehari suntuk saya dok mengadap PC gara-gara mencari kaedah yang sesuai untuk meletakkan favicon di blog mymekar.com. Saya dah lama teringin nak letak icon-icon comel disebelah nama blog namun kebanyakkan tutorial lebih menjurus ke arah blog yang menggunakan blogspot. Ada pula tutorial yang memberikan penerangan kurang jelas, sampai saya berasa sedikit hampa (atau akukah yang tak paham2 & tak leh pick-up ilmu itu..mmmm).

Sekian lama meminta petunjuk mr google dan menjelajah dari satu blog ke satu blog, akhirnya saya bertemu dengan satu blog di konsultasi-it. Penerangannya ringkas dan mudah difahami walaupun tiada printscreen disertakan.

Disebabkan saya dah berjaya mendapatkan kaedah yang mudah untuk memasang favicon, maka saya berbesar hati untuk persembahkan ilmu ni kepada anda melalui versi saya pula.

Continue reading

Share

Cara Pasang Shoutbox diblog WordPress yang bertema Twenty Eleven

Assalammualaikum…

Kebanyakkan blog yang dah mencapai usia matang, biasanya tidak akan memasang kotak shoutbox lagi diblog mereka. Rasanya ramai yang dah tahu mengenai shoutbox / shoutmix diblog macam dah tak releven disebabkan kes penipuan blogwalking. Ada juga alasan mereka yang mengatakan bahawa shoutbox akan memberatkan lagi blog atau  mereka mungkin malas nak layan pesanan yang bukan-bukan. Jadi terpulanglah kepada hak masing-masing samada nak menggunakannya lagi atau nak buang jauh-jauh shoutbox/shoutmix tersebut.

Pada pandangan saya pulak kan, Shoutbox ni ibarat nadi kepada blog. Dalam contoh ni, saya merujuk pada blog saya sendiri la. Kalau takde shoutbox, saya rasa blog saya ni suram dan tak ceria. Takde pon suasana beramah mesra. hik. Shoutbox jugak la tempat saya dapat kenal blogger2 yang selalu melawat mymekar.com. Kadang-kadang ada message yang tak berkaitan dengan artikel boleh disampaikan melalui shoutbox saje. Dalam masa yang sama, saya pun dapat jumpe blog2 baru yang menarik. Contohnya baru-baru ni saya mendapat pesanan dari seorang bloger yang mahir membuat doodle. Selama ni saya tak pernah tahu pun apa itu doodle/dolly pada sesebuah header. Jadi bila klik ke blog tersebut barulah saya tahu ada sesuatu yang menarik diblog tu yang tak mungkin saya suka-suka nak blogwalking tanpa sebab sebelumnya.

Continue reading

Share

Jus Roselle Buat Sendiri… Arrh…Nikmatnyaaa…

Assalamualaikum…

Bulan ramadhan yang lepas, semasa saya balik kampung di Perak, tiba-tiba saya terpandangkan pokok roselle yang ditanam Abah disekeliling rumah kami (dalam hati dah terdetik nak masukkan cerita si roselle dlm blog ni..hehe..ada juga ideaku !). Walaupun pada masa tu, bunga roselle tak berapa nak ada (sebab baru lepas petik), tapi ada sepokok tu masih lebat pertumbuhannya. Jadi apa lagi… saya pun terus menjalankan misi mengambil gambar dan memetik beberapa kuntum bunga-bunga cinta roselle untuk dibuat jus. 

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share