Dari Susu Lembu ke Susu Kambing

Minggu lepas di artikel bertajuk “Minum Susu Untuk Cegah Osteoporosis“, daku dah janji dgn korang nak kongsi pengalaman minum susu Kambing kan ! Baiklah…..

Baru-baru ni masa daku merayap-rayap ke sebuah blog motivasi, tiba-tiba daku terpandangkan satu artikel tentang kebaikan meminum susu kambing pada kolum “popular post” di sidebar blog berkenaan. Apa yg menarik di situ ya?? …. Lalu daku klik pada tajuk tersebut dan mendapati ada lebih kurang 200++ komen dari pembaca blog itu. Wah…ini mesti ada sesuatu yg istimewa melalui artikel tersebut. Kalau tak, tak akan begini ramai  orang yg meninggalkan komen.  Lalu daku pun meneruskan pembacaan.

senyum kambing :D

Continue reading

Share

Minum Susu untuk Cegah Osteoporosis

Assalamualaikum. Selamat tengahari…kejap timbul kejap tenggelam..tengahari ni muncul balik..heh

Korang suka minum susu? Masa kita jadi bayi dulu memang wajib la minum susu kan? Semuanya kerana mak ayah kita nak suruh kita jadi cepat besar & sihat. Bila dah jadi dewasa pulak, macam2 alasan diberi utk tidak minum susu.. susu tu muak la, menggemukkan la, berbau la.. dan pelbagai lagi alasan.

Perkara macam ni sebenarnya pernah melanda hidup daku. Sangat liat utk minum susu. Kalau nak minum susu pun mesti kena letak segala macam perisa supaya ia mengaburi rasa susu tersebut. Paling mudah, daku akan masukkan perisa koko/milo dlm minuman susu. Itu pun bukanlah menjadi amalan kerana daku lebih taksub meminum minuman  kordial yg berwarna-warni tuh  :oops:

Namun semenjak daku mahu menginjak ke usia 30an kira-kira 2-3 thn lalu, baru lah timbul kesedaran yg lebih kuat ttng kebaikan meminum susu.  Daku pernah terbaca yang kemerosotan tulang (osteoporosis) mungkin bermula seawal usia 30-an. Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkatkan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah. Semua kerja tak leh buat kalau tulang dah rosak. Biasanya penyakit ni lebih kerap berlaku pada golongan wanita..

Continue reading

Share

Amalan Penjagaan Rambut Gugur

Ekceli saya nak kongsi la kan jika korang pernah ada masalah yang sama mcm saya hadapi dulu, kini dan bukan selamanya. Iaitu masalah keguguran rambut yg terlampau banyak seolah2 mcm korang sedang mengidap kanser otak bila tgk rambut yg gugur tu bukan main meriah nya. Lagi2 time mandi, boleh dikatakan lubang saliran air dlm toilet tu hampir2 nak tersumbat la gara2 rambut gugur yg terlampau banyak itu.

arrghhh…. tension !!

Continue reading

Share

Ujian Darah di PathLab

Bilakah kali terakhir korang menjalani ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan? Mungkin ada diantara kita yang hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika diterima bekerja. Tidak kurang beranggapan ia tidak penting kerana berasakan mereka cukup sihat ??

Baru-baru ni saya disuruh untuk buat pemeriksaan kesihatan. Asalnya pegi klinik nak check keadaan hormon dan mendapat khidmat nasihat berkaitan sistem reproduktif dalam tubuh badan saya. Tapi selepas menerima rawatan, doktor minta saya pegi jalani satu ujian darah untuk memastikan tahap kesihatan di bahagian buah pinggang (kidney/renal). Dia syorkan saya menjalani ujian darah di mana2 makmal yang melakukan pemeriksaan. Waa… terkejut juga saya bila disuruh buat ujian darah tu. Iyalah saya tertanya2, adakah ada kaitan antara masalah reproduktif dgn fungsi pada buah pinggang seseorang ???…

Jadi untuk penyelesaian masalah nie, keesokkan harinya saya pun pegi la ke Pathlab (Pathlab ni ada banyak cawangan di Malaysia). Mula-mula risau juga takut bayarannya mahal. Tapi bila fikir2, kalau dah sakit kos perubatan lagi tinggi berbanding dengan kos pencegahan. So saya tawakal lah. Mr suami juga bagi dorongan dan menemani saya ke Pathlab.

inilah makmal pathlab iaitu pusat pemeriksaan darah dikendalikan oleh pihak swasta. tak silap saya hospital kerajaan pun ada buat medical check-up darah ni. cuma mungkin prosedurnya agak rumit dan queue yang panjang. Sesiapa yg kerja dgn gomen / company2 yg besar selalunya ada panel klinik sendiri utk lakukan medical ni. (sya surirumah je. xde mana2 majikan nk sponser.. :P

Continue reading

Share