Salam Ramadhan,
Pertama sekali, daku ingin mengucapkan selamat mengejar Lailatul Qadar. Rupanya kita telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan.
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:
- Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
- Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
- Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
- Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
- Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa apabila dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Antara Tanda – tanda Malam Lalilatul Qadar / Lailatul Qadr ialah :
- Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
- Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
- Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
- Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
Peringatan ini untuk diri daku dan anda juga. Semoga kita sama-sama panjang umur, murah rezeki, ditunaikan hajat, dimakbulkan doa dan berbahagia hendaknya didunia dan akhirat nanti. InsyaAllah
Sumber : MyKeledek
Kena ambil peluang untuk 10 malam yang terakhir ini.
akubiomed recently posted..Hasil projek hujung minggu persiapan Raya.
Pingback: Rahasia Malam Lailatul Qadar - Catatan Perjalanan Spiritual, Pengembangan Diri, Ide, Informasi, Hobi, Ilmu, wisdom, Filosofi, idealism dan Pemikiran .To Reach Highest Human Potentiality. - FajarNurzaman
tp better wat jer hari2..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Giveaway Pertama Daddydee : Review Ringkas