pic : i luv islam
Assalammualaikum….
Salam hari Jumaat semua. “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah.” Buat semua wanita-wanita di luar sana tak kira yang telah berumahtangga atau masih bujang, hari ni mekar mahu kongsikan kepada anda semua tentang artikel yang dibaca dari majalah Anis berkenaan balasan yang diterima buat isteri-isteri yang derhaka.
Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami. Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya dikhuatiri mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri derhaka.
1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami
Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?
Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
(Riwayat Imam Bukhari)
2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami
Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”
3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami
Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)
4. Balasan wanita yang lari dari rumah
Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)
5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami
Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.
6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya
Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.
Semoga point-point yang ditekankan ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua, khususnya kepada kaum hawa yang bergelar Isteri.

Blh jugak sugget org rumah Jai baca nih.. Thanks for sharing..
decrewz recently posted..Kisah Benar Lagenda Budak Setan Ruby & Shah – Pengenalan
Suami adalah khalifah. Oleh itu kena bimbing dan laksana tanggungjawab buat isteri
Sesuai sangatlah untuk pengantin baru dan pada masa yang sama Jai perlu menunjukkan kempimpinan melalui teladan<—dah macam motto kakitangan pula
akubiomed recently posted..Ke Pulau Langkawi mencari Daim
terima kasih mekar.. satu perkongsian yang amat berguna. saling mengingati antara kita.
kakngah recently posted..harini ada wordless wednesday ke
kita manusia mudah terlupa. ingat-mengingati sesama kita
terus ingt lagu ‘tolung ingtkn daku’ heee
serig ingat mana ko kita baik semula
bykkan lg buat entri seperti ini..semuga sama2 dpt iktibar
insyaAllah Hafiz. Yang baik itu dijadikan iktibar
Insaf…
Saya tak sempurna. Kadang-kadang terlanjur melakukan dosa. Semoga Allah mengampuni saya (dalam setiap doa selepas solat)
Fara recently posted..tak boleh!tak apa
Saya juga wanita yg masih belum sempurna. Teguran dan ingatan membolehkan kita berhati2 dgn tingkah laku kita dgn suami
byk beristifar smu org bt salah kan… mana ada org kawin tak penh buat silap walau seinci
Kalau bersuami perlu minta maaf dari suami
assalamualaikum Mekar..nice sharing…:D
kita kena lbih berhati2 tiap tanduk kita pada suami.. klu buruk maka habislah kita nnti …
Semoga golongan isteri lebih menghormati suaminy dan suaminya akan lebih menyayangi isternya itu …
(beratnya tanggungjawab b3njy sebagai seorang suami ni)
benjy recently posted..MY CLICK-CLICK CONTEST – Syarat & Pendaftaran
Betul. isteri kena hormat & patuh pd suami. suami pula kena ada tanggungjawab utk bimbing isteri & keluarganya
Terima kasih kerana mengingatkan
InsyaAllah akan dijadikan panduan bila diberi kesempatan bergelar isteri satu hari nanti
Mrs.Ayie recently posted..Positif
hemm..kalau isteri derhaka, tak taubat dan tak minta maaf pada suami, memang tak cium la bau syurga..
titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan YMads
itulah pentingnya si suami ada pengetahuan agama supaya boleh nasihat dan bimbing isteri supaya isteri tak derhaka
Patut la wanita yang ramai masuk neraka. Perbuatan mcm kat atas tu memang dipandang ringan. Kalau mengunpat suami tu mcm dah jadi biasa. Keluar rumah setiap hari langsung tak pernah mintak izin. Moga saya dijauhi dari sifat-sifat seperti itu
Norasikin recently posted..Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas
Betul kak. Tiap2 hari kalau nak gi kerja pun kena minta izin suami walaupun itu perkara rutin si isteri.
Wlpun ramai wanita di neraka tp sebenarnya sangat mudah juga kalu wanita mahu ke syurga. Caranya: kalau dah kahwin, wajib patuh perintah suami. kalu masih bujang wajib hormat & kasih pd ibu bapa.
perkongsian yang bagus ni akak sbb kadang2 isteri amik mudah jugak pasal perkara macam ni..diorang anggap remeh je..bagus sebagai peringatan pada cik tom kalau dah bergelar seorang isteri akan datang..hee
Ia, ada perkara2 ini yang nampak remeh tapi kalau diperhalusi akan byk manfaat dan ganjaran di sisi yg ESA. Panduan juga buat yg belum berumahtangga spt ciktom
indahnya da masam manis baru tahu kebahagain tu dlm resah ada bhgia d sebaliknya
kak Mekar,
Mcm mana kalau suami yg berdosa dgn isteri??? Huhuhu……….
Zmn skang ni ramai isteri jadi mcm tu sbb sikap suami jugak kan!!!!! hehehehe… Tp sbg isteri yg solehah perlu redha dgn semuanya sbb balasan yg plg sempurna adalah di akhirat kelak
Salam Bee, sya cuba menjawab ptanyaan ini melalui apa yg sya faham dan bacaan ilmiah.
Seorng Suami WAJIB melayan isteri dgn baik kerana isteri adalah saksi apabila suami disoal oleh ALLAH..Apabila si suami tidak menzalimi isteri, membimbing dan membahagiakan isteri barulah ALLAH meredhai si suami masuk syurga..
Tetapi isteri memerlukan redha suami,barulah ALLAH akan meredhai si isteri pula masuk syurga..Redha ALLAH pada golongan isteri bergantung kepada redha suami..Jika si suami tidak meredhai isterinya,maka ALLAH akan menangguhkan dari memberi Redha kpd si isteri..Krn itu ALLAH mengingatkan para2 isteri menjauhi sifat2 nusyuz.
Harap jawapan ini sedikit sebanyak dpt merungkai ptanyaan Bee tadi. TQ
hehehe
Betul tu kak mekar………
Tp ramai di antara wanita muslim yg tak memahami dgn benar konsep berkasih syg & saling menghormati dlm Islam. Suami skang ni kdg2 terlalu “alpa” dgn penghormatan dirinya sendiri. Sedangkan suami kena tahu di sebalik penghormatan yg Allah beri perlulah disertai dgn t/jwb yg sebenar-benarnya. Sedih kalau tgk statistik penceraian yg rata2nya akibat perbuatan suami tu sendiri. Sedih sbnrnya bila baca isteri yg tak diberi nafkah dll…..
Isteri yg redha adalah isteri yg bakal berada di syurgawi Allah & bEe sendiri merasakan bukan senang utk menjadi isteri yg benar2 redha sbb ianya bergantung kpd “iman” & “apa yg ada dlm hati”
alamak….best entry ni..
maza kira mahu kidnap ini cerita dan berkongsi dgn kengkawan lain, volleh?
huhuhu
maza recently posted..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan
kidnap la maza. perkara yg baik perlu dikongsi dgn semua org
Selamat malam mbak Mekar,
Kecuali no 6 ( Balasan wanita yang meminta cerai dari suaminya), suami juga bisa berbuat no-1 sampai dengan no-7. Suami yang seperti itu apakah juga bisa disebut auami derhaka? Balasannya juga sama dengan isteri yang derhaka?
Eyangkung recently posted..refleksi- MAKANAN DAN KASIHAN……
Salam saudara Eyang,
Selalunya kita dengar seorang ANAK yg derhaka kpd IBUBAPAnya. Bukan IBUBAPA yg derhaka kpd ANAKnya. Begitu juga biasa didengar seorang ISTERI menderhaka ke atas SUAMInya. Bukan si SUAMI yang berbuat derhaka kpd ISTERI.
Secara mudahnya saya membuat kesimpulan, seorng Suami WAJIB melayan isteri dgn baik kerana isteri adalah saksi apabila suami disoal oleh ALLAH..Apabila si suami tidak menzalimi isteri, membimbing dan membahagiakan isteri barulah ALLAH meredhai si SUAMI masuk syurga..
Tetapi isteri memerlukan redha suami,barulah ALLAH akan meredhai si isteri pula masuk syurga..Redha ALLAH pada golongan isteri bergantung kepada redha suami..Jika si suami tidak meredhai isterinya,maka ALLAH akan menangguhkan dari memberi Redha kpd si isteri..Krn itu ALLAH mengingatkan para2 isteri menjauhi sifat2 nusyuz.
Harap jawapan ini sedikit sebanyak dpt merungkai ptanyaan saudara tadi. TQ
I love my wife!…sebab dia tidak ada ciri2 seperti diatas syukur Alhamdulilah!
mankuchai recently posted..Video Seks Anwar – Mengapa masih ada lagi di You Tube
MasyaAllah, syukur sangat kan bila memiliki isteri yg taat kpd suaminya. Tahniah Man
artikel ni MK dah mohon share kat Facebook
Sama-sama kongsi ke arah kebaikan mr kerro
dapat tambah ilmu entry ni
ok, baca tu wahai perempuan sekaliannn…jangan keluar rumah tanpa izin suami. melainkan rumah dah terbakar..hehe
ahmadhaikal recently posted..Kung Fu Panda 2 Cantonese Version
Karang rentung pulak tak keluar2 rumah tu
Amboi haikal
susah ehh nak cari wanita perfect lagi zaman nih… Tapi suami pun kena tolak ansur sikit ler especially kalu sendiri pun buat salah. Takat masam muka dan sakit ati sikit,maybe boleh settle baik.. Tapi kalau bab mintak cerai dan lari dari rumah, oitt bahaya nie… Mintak dijauhkan tuhan ler hendaknya.. amin..
Ismail N recently posted..Akaun Twitter Baru
kita ni manusia biasa memang tak lepas dari buat salah silap.Isteri suami sama saje. Olehitu, sesuatu tindakan dan perbuatan tu kena pikir panjang utk kesejahteraan bersama
Isteri saya Pegawai Kerajaan bergaji 4 angka, Mempunyai ijazah dan master. Angan-angan nak ambil PHD. Cukup sempurna sifat lahiriah. (Subahanallah) Tapi boleh marah tiba-tiba atas perkara yang amat kecil seperti tersilap susun ayat semasa berbual kosong dengannya. Isteri saya mampu menengking dan menghina saya sebagai suaminya di khalayak ramai ( Nauzubillah). Suka memerintah dan bersikap sebagai ketua keluarga, Pantang kata-katanya di tentang. Suka mengungkit. Isteri saya memandang dirinya lebih baik, cantik, dan pandai berbanding orang lain. Bercakap bab agama memang first class. Tapi tak pernah mengamalkan apa yang di ucapkan… Tidak suka memasak di rumah dengan alasan penat bekerja serta mengenakan syarat jika saya mahu meminta dia memasak, saya mestilah memberi gajinya memasak selain daripada saya perlu menyediakan bahan masakan dengan secukupnya. Selalu sangka buruk terhadap saya. Dalam hubungan suami isteri… dia yang menentukan masanya.
Yang lain tak perlulah saya ceritakan.. tak sanggup untuk saya merungkai lara di hati..
Usaha saya untuk memulihkan keadaan.
- Memberi nasihat sebaik-baiknya , dia dengar dan menangis(menyesal agaknya) tapi pada masa itu sahaja.
- Meninggalkanya di tempat tidur– dah lebih 10 kali (tapi masih begitu juga)
-
Mohon pandangan dan nasihat daripada tuan dan puan tentang apa yang perlu saya lakukan untuk kebaikan rumahtangga kami.
Terima kasih.
suami sedih.. Situasi anda macam dgn saya…. Tiada kesedaran langsung isteri terhadap suami…
Buntu….