Cuti sekolah penggal ini telahpun berakhir kelmarin. Pastinya banyak orang mengadakan majlis kenduri kahwin pada minggu itu. Tak lupa juga pada Bapa Saudara mekar iaitu Pak Muda yang telah selamat melangsungkan perkahwinan buat kali ke-2 setelah kematian Mak Muda pada tahun lepas. Majlis berlangsung di Terengganu dan Mekar tidak dapat hadir kerana ada urusan di Kedah ketika itu. Apa-apa pun Selamat Pengatin Baru dari kami buat Pak Muda dan isteri.
Bercakap tentang hal nikah kahwin ini, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan pengantin ialah lokasi untuk mengadakan majlis akad nikah. Samada mahu mengadakan di Masjid atau di Rumah. Kedua-duanya mekar rasa tidak mendatangkan masalah yang penting cukup syarat sah nikah dan mendatangkan keselesaan kepada pengantin dan keluarga serta tetamu mereka.
Jika pengantin mahu menjalankan upacara ini di rumah atau ditempat-tempat lain, ia tidaklah menjadi satu masalah besar, tetapi sekiranya pengantin mahu menganjurkan Akad Nikah ini di Masjid, maka perlulah kita menjaga adabnya agar kehormatan dan kemuliaan masjid terpelihara sama juga macam kita mahu menunaikan Solat di masjid.
Antara adab-adab yang perlu dipelihara itu ialah berada dalam keadaan menutup aurat. Baik lelaki mahupun perempuan, aurat tetap mahu dijaga. Tak salah untuk berfesyen tetapi bagi kaum wanita rasanya cukup tak sesuai kalau kita berpakaian ketat dan menampakkan lekuk badan ketika di masjid. Tambah lagi pakaian itu jarang di bahagian lengan dan terbelah pula di betisnya. Pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat seperti baju kurung ataupun jubah. Dan jangan lupa pula untuk bertudung. Kalau terasa pakaian itu old fesyen, mmm… ada baik nya kakak tunggu aje pengantin balik rumah nanti. Tak wajib pun kakak pergi masjid tu kalau setakat mahu melaram !.
Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah menjaga pergaulan dan tidak berbual-bual kosong. Biasanya di majlis seperti ini akan menemukan saudara-mara kita baik jauh atau dekat. Bila dah lama tak berjumpa, mustahil kita tak terlepas dari bergurau-senda atau bertepuk-tampar. Di masjid tempat mereka bertanya khabar. Ada juga yang berbual pasal bisnes, membelek-belek pakaian/barang kemas teman sebelah malah sempat lagi bergosip sakan. Aduh..Aduh… Itu belum lagi yang membawa anak-anak bersama dalam majlis itu. Biasala kanak-kanak suka menjerit, melompat sana-sini tanda gembira bertemu teman dan sepupu mereka. Sungguh meriah suasana itu !. Tetapi harus diingat kerana ketika itu kita berada di rumah ibadat bukan di rumah sendiri, di dewan mahupun di hotel. Adalah lebih baik kita banyakkan berzikir dan menyebut nama-nama Allah pada masa tersebut.
Ini cuma beberapa perkara yang perlu diberi penekanan sekiranya kita mahu melangsungkan Akad Nikah di Masjid. Oleh itu, kepada kawan-kawan, adik-adik malah bakal pengantin sekalian yang mahu melangsungkan majlis di masjid agar dapat berbuat sesuatu agar hal yang disebut ini tidak timbul.
Eh.. apa lagi ya adab dan peraturan yang perlu dilaksanakan jika mahu bernikah di masjid ni?
psst : tadi terbaca di laman sini , katanya akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasullullah saw. Mmm.. setahu mekar bukan bernikah di masjid tu lebih afdal ker? “Tolong Betulkan Aku”.

dulu aku nikah kat masjid jugak.. sebb ada lg 1 psgn lain yg nikah pd masa yg sama. memudahkan tok kadi agar tak terkejar2 sana sini….
kakngah recently posted..aiskrim ke… pisang
Kakngah- kalau semua pengantin kt kawasan tu memilih buat kt rumah msing2 pd hari sama, mau tercunggap-cungap dia
Erk, biar betul? Akad nikah kat masjid menyimpang dari amalan rasulullah? Bukan ke amalan tu dah diamalkan sejak dari dahulu kala lagi, knp sekarang baru ek?
p/s : Jai akad nikah kat masjid nanti, nampaknya x senang duduk la camni bila dah dijadikan isu..
Update terbaru :
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=572363
Lepas ni, senang sikit sebab dah boleh akad nikah kat masjid..
deCrewz recently posted..Cara Tukar Logo Admin Dashboard WordPress
Tq jai sertakan link utk update terkini dr BERNAMA. Mesti dah lega semua orang bila dah dengar kenyataan ini.
Lain orang lain kenyataannya membuatkan rakyat terkeliru
Itulah. terkejut jugak Jai.. Kalau x, termenung kat masjid masa akad nikah nanti..hu3
decrewz recently posted..Cara Tukar Logo Admin Dashboard WordPress
selagi perbuatan itu tidak ada nas dari al quran dan hadith yg mengharamkannya, maka ia harus..jd tak salah pun bernikah di Masjid
tak salah kat mana kita buat asal jgn buat perkara yg tak elok cam mekar ckp kat tu..masa nak nikah pakaian terdeda sana sini..jarang2 dan sebagainya.. uhu sungguh menjengkelkal adab sbgtu rupa
suri dlu pun buat kat sana juga..masa tu tak tahu pulak bab2 akad ni tak blh buat kat masjid..tapi dah masa tu hajat dihati nak wat kat sana buat jelah..haaa..
suri- itu la sya rasa tak salah buat majlis kt masjid/rumah. Bila lengkap syarat & rukun nikah maka sah la pernikahan itu.
ada org pilih masjid sebab kekandg tgok rumahnya sempit jadi tak muat bila tamu belah laki dtg tu yang g masjid…
hurm ada juga tok kadi bagi arahan bt kat msjid sb nak dtg umh pegantin jauh..dlm masa sama kat kg tu ada byk org kawin maka semua mmpelai terpksa dtg le majid ramai2 utk majlis akad nikah heee…
ini hya oandagan suri jelah..
betul la, ada org rumah dia tak besar mana utk tampung tetamu yg ramai.
Tok kadi di majlis mekar pula ialah ayahanda ku sendiri. senangkan !
haa samalah kita..besh2..
untung besar bg pihak llki keh..keh..
Assalamualaikum.
Antara hikmah tidak digalakkan akad nikah di masjid adalah dibimbangi tetamu yang hadir tidak dapat menjaga adab ketika di masjid.
Mrs.Ayie recently posted..Surat untuk saudaraku
Salam mrs ayie. Tq sudi singgah sini.
itu la, kekadang org ingat majlis akad nikah bagai satu pesta membuatkan tetamu yg hadir lupa diri. Maka adab & peraturannya diabaikan
Emm, belum sampai waktunya lagi..
ngah pikir2 nnti nak akad nikah kat masjid ke atau kt rumah jer..
Fossil Malaysia recently posted..FOSSIL Chronograph Men Watches
Fossil- insyaALLAH sampai waktu fikir yg mana terbaik utk memudahkan diri sendiri, pasangan, keluarga dan tetamu juga
Yup.. betul tu..
Fossil Malaysia recently posted..FOSSIL Chronograph Men Watches
salam kak mekar..
tak sabar rasanya nak menunggu masa utk akad nikah..
4 tahun dr skrg, sy akan bernikah di rumah je lah..lebih selesa dan tak byk mkn kos..nak g masjid nnt mcm2 lah nak kena itu ini..
Salam dele, Lambat lagi 4 thn tu
(mesti tertunggu2 saat itu!) Sabar dek eh. belajar habis dulu 
Skrg xleh tentukan lg sebab mana tahu nanti berubah fikiran. kekadang bila nak kawin ni mcm2 pendapat akan kita hadapi terutama dr keluarga sendiri, keluarga bakal suami dan dr bakal suami juga
assalamualaikum,mekar.apa khabar?
ain dulu bernikah di masjid tapi di perkarangan masjid saja, kiranya mcm dewan kecil kat situ.Sebagai tanda menghormati masjid dan keluarga ain daripada non-muslim, kami buat kat dewan je la, but still kat area masjid.Bukan apa, risau pulak ada yg bpakaian tak bsesuaian nanti.
Alhamdulillah semuanya bjalan lancar…(hampir 5 thn berlalu)…=))
nurainvivian recently posted..PROGRAM REALITI
Waalaikum salam ain,
Perkongsian yg menarik ! Alhamdulilah ain sendiri pun dah ada kefahaman ttng adab2 & peraturan di masjid ni. Kita mghormati agama dah rumah ibadat kita.
Ada sesetengah orang yg sejak azali ISLAM pun masih terlepas pandang tentang perkara ini. huhu
rasanya mesjid lebih mudah…. alang2 boleh terus sembahyang sunat, atau sujud sukur…kalau dah masuk masuk waktu….azan terus… pengantin lelakinya lah..
zik recently posted..Keputusan SPM 2010- hari ini !!
Hi Zik – Sepatutnya kena buat macam tu la. Ini tak… duk sibuk posing ambik gambar. huhu
hi mekar
lorna dulu nikah kat masjid…
ambik berkat kata org…hehe…
masjid pun dkt ngan umh, takde masalah…
Lorna recently posted..Sini Ada Hantu memang bestttt & klako!!!
hi lorna, masing2 ada pilihan sendiri. Alhamdulilah, mohon berkat dr NYA. iyalah kekadang buat dlm rumah xmuat nak tampung tetamu.
mcmcne boleh jadi anggota Majlis Fatwa Perlis kalau hukum pon xtau..sng2 je bg hukum tnpa kajian..haii
Mr.Kerro recently posted..Membuang Footer Attribution Di Blogger Dan WordPress
Entah lah.. Ada kitab lain kot yang di rujuk. Nasib baik kenyataan itu dah diperbetulkan semula slps itu.
rujuk sini : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=572363
Salam mekar.
Setuju dengan artikel ini. Kadang2 yang datang sama untuk akad nikah itu macam2 pula gayanya. Macam2 fesyen. Lelaki dengan gayanya. Perempuan pula dengan gayanya. Menyampah juga. Haiyaa…
Berkaitan dengan persoalan itu, menarik juga untuk dikaji. Terima kasih kerana menimbulkannya. i’Allah, akan minta pandangan daripada pensyarah Selasa depan.
Hadi Rofiee recently posted..Kejayaan tidak perlu dikejar
Hadi- Saya rasa sblm upacara mahu berlangsung , perlu ada wakil dlm keluarga yg menerangkan peraturan dlm masjid supaya tak timbul perkara menjelikkan mcmni!
Bagus juga tu hadi, nanti kongsi2 kat sini lagi pandangan dr pensyarah kamu itu
i’Allah.
Hadi Rofiee recently posted..Dia tidak salah- kita yang salah
Saya nak komen, sebab tertarik dengan tajuk artikel ni.
Berkenaan nikah di masjid, ada hadith yang membenarkan.
Baru2 ni tersebar fitnah, ada org kata bidaah buat nikah di masjid. Saya malas nak bagi nama je. Tapi akhirnya ada ustaz2 yang tampil memberi hujah http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/03/hukum-berakad-nikah-di-masjid.html
harap bermanfaat. hati2 lah sekarang ni, byk betul fitnah. perkara2 khilaf pun org awam dah berani pertikaikan, padahal belum taraf mujtahid pun.
dan saya setuju point kat atas, nak nikah di masjid, pastikan aurat pun jaga, tetamu pun pastikan berpakaian sopan
Affan recently posted..Panduan Asas Menggunakan Commentluv
aurat kena jaga..yang girl pastikan diri tdk dlm keadaan haid huuu..
suri – kalu wanita yg sedang haid, tak yah masuk masjid.Tggu kat luar jer
nikah kat luar masjid le namanya haaa…
Terima kasih Affan krn sertakan link ini.
Agaknya individu yg mgeluarkan kenyataan itu bermazhab lain. Ia boleh mbuatkan masyarakt terkeliru. Selepas ada beberapa penjelasan ini, maka selesailah sudah kebuntuan dan kemuskilan kita semua.
Hi Mekar,
bEe recently posted..Mini Cooper Type S
bEe dulu nikah kat umah ajer. Privacy sket xpyh tunggu turn! Kalu kat masjid ada no giliran. Ngeeeeeeeeee
Hi bEe – mana-mana pun xjadi hal. Kat masjid kena tunggu turn pula ya. Kita ni dah tak sabar nak kawin nye..huhu
hee..mujur masa suri kawin watu tu lapang jer tak der org buat kerja kawin pada masa yg sama
Agaknya suri buat majlis bukan time cuti sekolah . itu yg tak ramai tu
Salam…
2 thn lepas, majlis pernikahan adik saya d buat d masjid… lebih kurang 10 pasangan nak d nikahkan… mmg tgh musim time tu.. satu hari sampai 3 sesi… mmg x praktikal kalau tok imam nak kena pegi rumah sorg2… kalau request pun, mungkin x akan d layan… sbb tok imam x terlayan…
Ape2 pun.. Peringatan utk kt2 semua… patuhi lah adab2 ketika berada d masjid… yg paling basic… ttg pakaian… dan pergaulan antara lelaki dan perempuan… jgn buat mcm d taman bunga pula.. siap duduk berdua2 an sementara tggu majlis pernikahan saudara.. ada kan yg bt mcm tu….? kalau xde.. bagus lah..
Masjid tempat mulia.. rumah Allah.. tmpt utk kita beribadah… jd, jgn lah kt cemarinya…
Nyz recently posted..ABPBH 2010 &124 Gimik Pengumuman Keputusan Bintang Paling Popular
Salam.. memang penat jadi tok kadi tambahan musim cuti sekolah. Elok la buat di Masjid dengan mengikut giliran.
Tapi bila dah berkumpul ramai2 ni boleh buat suasana bising&riuh di masjid pula. Mana2 tempat pun ada adab dan peraturannya. Begitu jugalah di masjid. Patuhilah dgn sewajarnya
sekarang pun mmg da xdibenarkan wat kt masjid..ritu cousin kawin pun wat kat balairaya masjid je..xleh masukdlmmasjid dah
Ana Admi recently posted..Bukan Pinta Mereka
salam. nak tanya, cmane langkah2 nak nikah kat umah? susah x nak book tok kadi? sy taktau la , x lame je lg ni nak nikah . adoii
Salam. ikut kariah masing2 la. tok kadi mmng busy nak-nak time cuti sekolah. Kena booking cepat2 la dgn kadi kat situ.