5 Perkara Rosakkan Akidah

Salam Hari Jumaat yang penuh Barakah.

” Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri”.

Bagaimana ya kita boleh menghancurkan diri kita sendiri?

Segala-galanya menerusi Hati !

1. Jangan resah dan gelisah – Usah selalu mengeluh dengan keadaan sekarang kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

2. Jangan sedih dan berasa derita – Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-NYA.

3. Jangan lemah dan malas – Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.

4. Jangan banyak berhutang – Nafsu jika dituruti , kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.

5. Jangan kedekut dan pengecut – Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa keranan keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka.

Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang “.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

7 thoughts on “5 Perkara Rosakkan Akidah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge